Tuesday 26 August 2014

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (iii)

Assalamualaikum wbt.

hak milik sendiri


Entry Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (ii) dah janji nak cerita pasal pembelajaran dan exam di KMPP. Dont worry be happy. Memang saya akan cerita. Memandangkan hal ni yang student selalu ragu-ragu untuk masuk mana-mana tempat belajar.

Dengar ja tempat tu susah nak belajar. Reject.

Dengar ja lecturer dekat tempat tu tak bagus. Reject.

Dengar ja dekat tempat tu tak ramai yang graduate dengan kos yang hebat-hebat. Reject.

Tak bagus. Nak pilih tempat study ni memang la kadang-kadang jadi susah. Tambah pulak kalau dapat offer dari banyak tempat. Pening nak pilih mana satu. Lagi pening bila nak pilih. 

Matrik. Atau. Universiti. 

Nak cerita ni. Saya dulu tak pening-pening dah. Sebab sebelum dapat result spm lagi saya dah buat pilihan.

Lepas tawaran matrikulasi keluar. Alhamdulillah. Tak pening fikir. Terus reject university. Seingat saya dulu saya dapat tawaran diploma sains-uitm perlis. Tapi buat dont know ja. Sebab hati memang dah niat nak masuk matrikulasi. Start all over again.

Alhamdulillah. Dengan makanan 'orang cakap matrik ni susah' saya dapat ja survive dan tamat matrikulasi dengan jayanya. Be one of matriculation graduated? Good choice.

Bukannya nak paksa ikut ajaran saya. Setiap pilihan dan keputusan di tangan awak. Saya cuma tunjuk separuh jalan saja. Yang nak tujunya awak. Yang nak buat pilihan untuk teruskan perjalanannya. Awak sendiri.

......

Saya nak kongsi macam mana boleh saya ni senang sangat nak buat pilihan. Senang sangat reject uitm tu.

Firstly, saya dah cadang nak sambung dalam bidang sains. Matrikulasi pun memang terang-terang saya ambil sains sebab dekat sekolah dulu saya belajar sains. Akaun pun saya belajar jugak! Tapi oleh kerana tak berminat. 28 November 2012 hari terakhir saya berperang dengan Prinsip Perakaunan.

Senang cerita. Plan dari awal. Duduk dekat sekolah tengah rehat dekat kantin tu, plan siap-siap. Fikir. 'Nanti aku nak sambung dalam bidang apa?'.

Memandangkan saya dapat diploma sains. Yang memakan masa selama 3 tahun. Dan kena score sebanyak 6 kali. Kerana ada 6 semester. Fuhhh lamanya! Penat ahh nak belajar lama-lama. Dah lah kecundang time spm! Sebab bosan nak belajar!

At the same time, dapat matrikulasi dalam bidang sains. Hanya setahun. Hanya 2 semester. Kena score 2 exam penting. PSPM 1 dan PSPM 2. Singkat! Padat! 

Bagi saya. Masuk matrik ni macam mula balik zaman spm. Sebab spm dulu serius saya main-main sebab dah bosan nak belajar! Mood bosan waktu form 5...teruk sangat! So, akhirnya kecundang. Orang lain ambil result atas pentas. Saya senyap-senyap ambil result dekat cikgu dekat belakang dewan. Hahaha

Conclusion. I hate belajar benda yang sama lama-lama! Jadi, saya pilih matrikulasi. Walaupun hampir kecundang. Tapi, alhamdulillah. Lebih baik daripada result spm! Haha

.....

Macam dah lari topik. Tapi tak apa. Untuk awak jugak! Sharing pengalaman. Mana tau pengalaman saya bakal jadi pengalaman awak! 

Matrikulasi ni ada dua pecahan tau. Ada matrikulasi teknikal. Yang ni saya taktau sangat.

Mostly, PST(Program Satu Tahun) untuk result spm yang bermula daripada 4A dan ke atas. Tapi ada jugak yang 5A dapat PDT(Program Dua Tahun). Depends subjek lain. Kalau addmaths atau subjek yang berkaitan dapat C/D/E anda mungkin akan dapat PDT.

Jurusan Sains terbahagi kepada 3 Modul:
  1. Modul 1 (Mathematics, Biology, Physics, Chemistry, English)
  2. Modul 2 (Mathematics, Sains Komputer, Physics, Chemistry, English)
  3. Modul 3 (Mathematics, Sains Komputer, Biology, Chemistry, English)
Dan Modul tersebut akan di pecahkan pula kepada beberapa kelas. 

Jurusan Perakaunan pula tiada modul apa-apa. Just terbahagi kepada beberapa kelas. Subjeknya saya kurang jelas.

Dalam setahun ada 2 semester. Bagi PDT 4 semester sebab 2 tahun. Untuk satu semester ada UPS(Ujian Pertengahan Semester) dan PSPM(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi).

...

UPS(Ujian Pertengahan Semester)

Ujian biasanya hanya 3 hari. Dan selalunya ups ni agak killer la. Biasanya soalan-soalan yang keluar time ups ni adalah soalan yang lecturer sendiri tak jangka. Kertas soalan kita lecturer matrik kita sendiri yang semak.

PSPM(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)

Ambil masa dalam dua minggu. Satu hari dua paper. Pagi dan petang. Soalan-soalan yang keluar biasanya lecturer dah target. Dan biasanya. Betullah apa yang lecturer target keluar tu. Kertas soalan akan dihantar ke bahagian matrikulasi. Lecturer matrik lain yang semak.

Apa-apa pun. Jangan buat tak biasa dengan exam. Sekolah rendah, menengah dulu dah banyak kali exam. Sama lah jugak dekat matrik ni. Make sure sebelum exam lagi dah bersedia.

Time study week boleh relaks sambil tengok-tengok balik apa yang dah study. Boleh pergi jumpa lecturer untuk minta tunjuk ajar yang terakhir.

...

Lecturer kmpp semuanya terbaik!!! Percayalah. Tak payah segan silu nak bertanya. Tanya saja apa yang musykil. 

Dekat-dekat exam students akan nampak betapa lecturer sanggup bersusah payah arrange jadual untuk buat kelas. Buat revision terakhir dengan student. Terbaeekkk.

hak milik sendiri

Sebarang kemusykilan boleh direct tanya. Entry membosankan maybe tak baca habis pun kan. Haha.

Idea tak keluar banyak. Sebab minggu ni boleh dikatakan fikiran saya agak busy. Hehe. So, ada yang tak puas hati. Boleh comment. 

...
Adios.

1 comment:

  1. Salam kak, nak tanya, kmpp boleh bawa alat eletrik x macam seterika dan kipas?

    ReplyDelete

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...