my lovey dovey followers

Friday, 27 March 2015

Penat.

Assalamualaikum wbt.

Tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Duduk di meja. Nak hadap lab report. Otak blur. Rasa macam tawar hati nak siapkan report. Try cari assignment yang ada. Pun sama. Blur lagi. What happen to me haa?!

Buka laptop. Buka blog. Buka new post. Menaip. Inilah yang aku taip. Ahhh what is this??!!

.
.
.
.
Naaaa. Membebel ja lah kat sini. 

Kerja banyak. Sangat. Nak update dekat sini pun curi-curi masa. Okay abaikan. Budak ni saja buat teruk. Tak sedar diri ka hapaa. Ingat dia seorang busy all the times. Cehhh. 

....

Kadang akal mempersoal. 'Tak penat kah dia?'

Kadang hati pula bertanya. 'Tak inginkah jadi seperti dia?'


Sibuk dengan hal dunia. Tapi lebih sibuk dengan hal akhirat. This.


Bila mana kehidupan kita sibuk sokmo. Maksud, sibuk dengan benda yang tak sia-sia. Benda yang ada kebaikan. Benda yang boleh dapat keuntungan di akhirat. Dah sesuai dah tu jadi ahli syurga. Wahhhhh. 

Dan bila masa banyak lapang. Di isi dengan tengok movie, scroll timeline berjam lamanya. Maka, kita perlu risau. Ada something wrong somewhere. Aiyokkk. Check balik. Ada la tu assignment, homework, report yang tak buat. Haaa. 

Kita merungut penat. Nak rehat. Dan ingatlah. Ada orang yang lebih beribu ganda penat dari kita. Penat yang rasa macam nak pengsan sekejap. Kemudian bangun semula. Life start from zero. Eheh. Hiperbola.

Jujurlah. Pernah rasa?

Penat sangat. Sampai satu masa.. 'Ya Allah..pengsankan lah aku walau seminit'. Wuuuu. 


Tak salah bila hidup kita selalu sibuk. Tapi make sure, kesibukan tu boleh membawa kepenatan yang membuahkan hasil yang lumayan di sana nanti. 

Penat sebagai robot dan penat sebagai hamba tak sama ye!

Robot - Setiap masa buat kerja. Tak henti. Ulang. Dan ulang. Tak ada masa dengan Tuhan.

Hamba - Setiap masa buat kerja. Dalam setiap kerja tu niat lillahi. Stop kejap benda duniawi. Focus dekat pada Allah. 


Waktu lapang yang ada baik gunakan molek-molek. Bila waktu dah singkat dan terhad nanti, menangis tak berlagu cari Tuhan. Nak mintak Allah bagi masa yang panjang untuk kita tagih cinta Dia. Janganlah.

Buatlah kerja apa pun. Bila kita sandarkan pada Allah. Kerja tu macam kita buat untuk Allah saja semata-mata. Bahagia! 

.....

'Tak penat ka?' 

Penat.

'Habis tu?'

Kalau penat ni boleh buat aku bahagia dekat sana nanti. Aku redha.

.....

'Sibuk kejar tuntutan iman. Assignment tunggang terbalik'. Haha!

Tak stabil. Jangan ikut.