Tuesday 15 March 2016

Heart2Heart

Assalamualaikum wbt.



Aku rasa setahun sekali baru aku muncul sini. Sibuk sangat dengan kehidupan realiti. Sampaikan lesap terus dari maya. Jangan hukum aku. Nak update entry baru ni pun hati aku berbelah bahagi. Hati kata tak mahu. Tapi jari ni degil pulak nak tekan keyboard. 


acik google punya

Disebabkan dah lama tak membebel dekat sini. aku nak bebel panjang-panjang. but not really la. Sebab nak menulis ni pun aku rasa macam dah nak migrain stage 4 dah. Aku bukan seperti dulu lagi. Yes. Kalau dulu aku menaip guna jari yang lembut. Sekarang aku menaip guna jari yang liat + keras. Hehe 


Okay okay. Jom jadi serius 5 minit.


"Kalau nak mengubah Ummah, jangan jadi seperti semalam."

Hanya kau saja yang tahu seperti mana diri mu semalam. Apa yang perlu kau ubah. Apa yang perlu kau ada untuk terus berlayar di dunia ini tanpa cela. 

...

"Pernahkan kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong, bahkan menakutkan?

Itu adalah saat Allah mengizinkan kau untuk diuji. Dan Allah ingin mendengar rintihan serta doamu agar kau menyedari akan keberadaan-Nya. 

Kerana Dia tahu kau sudah mulai melupakanNya dalam kesenangan."
- Ustazah Fatimah Syarha-

Speechless actually. Aku hanya mampu sediakan kata-kata yang seseorang telah pun katakan. Direct. Tak ada kiasan pun. Kalian boleh faham.


Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...