my lovey dovey followers

Wednesday, 12 June 2013

#short story#

Assalamualaikum and hai. rasa pelik semacam ja nak tekan keyboard ni. pelik. betul ni, pelik semacam ja. sebab selalunya tekan keyboard ni dok dengar bunyi cengkerik ja. tapi, malam ni dengar bunyi kipas pulak. hahaha. ehemmm, aku dah start belajar dah oiiii. macam tak caya pulak. maklumlah cuti sampai enam bulan dulu.

Jadi students KMPP memang terbaek ahhh. tiap2 hari stress. wakakaka. jangan tanya la stress kenapa. segala2nya buat orang stress. = ='. first day masuk KMPP happy2 jaa. after seminggu, macam orang tak terurus dah. lawak la hang ni. chemist and physics punya pasal. biol otak aku.

sebelum masuk sini beria-ria takmaw tengok dah subjek physics. kononnya nak jadi doktor, so, berangan la dapat modul 3. sekali rezeki turun untuk modul 2. pergghhh, nak jadi doktor ka ni? = ='. takda motif. kena buat research la untuk cita2 baru. seriously, aku tak nampak lagi apa aku nak jadi lepas habis matrik ni. gelap jaa. how? drop the subject. *bikin aku stress maa*

meh aku nak story pasal life aku sekarang. kawan2 praktikum aku semua sporting arr + owesome arrr. *F3P1* happy ja aku dekat kelas tu. 18 ahli. 13 males and 5 females. owesome tak? hahaha. bersyukur sangat2 sebenarnya dapat kelas macam ni. dulu kan aku pengalaman 5 tahun belajar dekat girl's school. perasaan menyampah memang confirm ada. sebab apa? kebanyakkan perempuan ni gedik2 sikit. aku anti girls like that.

kaum Adam ni macam sempoi sikit. so, tak stress sangat la pasal kawan2 ni. *baru lagi memang boleh ja cakap macam ni* kawan perempuan aku tu, alhamdulillah, baik2 semua. tak boleh nak mention nama depa lagi. nanti aku sediakan satu post khas untuk sahabat praktikum ku. :) hmmm.

makanan kat sini pun owesome jugak taw. tapi aku makan makanan berat such as nasi tu sehari sekali ja tiap2 hari. jimat duit weyyy. duit tu nak kena guna banyak lagi. bayar duit buku la apa la. hah,pasal roomates pulak. roomates aku pun owesome. hehehe. baik2 ja. caring. loving. everything is best.

actually, aku type post ni kalut2. homework banyak lagi tak siap. tak paham punya pasal. tertangguh semuanya. lain kali arr story panjang sikit. bila rasa diri ini dah sibuk rasa malas pulak nak melayan blog ni. dulu boleh arrr, dok rumah taktaw nak buat apa. blog ja yang dicari. K,Bye Salam.

Saturday, 25 May 2013

For SPM Candidates and SPM leavers

Assalamualaikum and hai. Last day update blog as penganggur lepasan spm. Lepas ni dah bergelar student Matrik dah. KMPP-ians. hehehehe. Tetiba rasa seronok. wakaka. gila tak seronok. nanti nak dapat kawan baru. cikgu baru. bilik baru. toilet baru. cafe baru. environment baru. library baru. senior baru. tukang kebun baru. makcik cleaner baru. haaaa, apa lagi yang baru? semuanya baru lah. kawan lama aku ja yang tak baru. erk? hmmm.

Oleh itu, saya nak ambil kesempatan ini untuk menulis post ni ditujukan khas untuk para junior sekalian. *kenapa formal sgt ni?* orait. nasihat ni ditujukan khas untuk batch under '95 yaa. dengan kata lain untuk sesapa ja la yang nak ambik SPM dan jugak lepasan SPM. bagi yang budak2 espiyem tuu, tolonglah terbaca post aku ni. tolonglah. tolonglah. *err. annoying btol* aku, sebagai insan yang sudah pun selamat melalui pahit-getir, dunia yang penuh dengan pancaroba, liku-liku kehidupan yang memenatkan, nak la jugak share kepandaian dan kebodohan aku melalui detik2 form 5 dengan adik2.

kalau nak berjaya ni, bukan nak tunggu mak ayah dan guru2 ja doakan kita. solat 5 waktu sehari, berdoa setiap masa saja, tak jadi jugak kalau takdak usaha. pandai sampai masuk book of record pun, kalau ilmu tu nak pakai untuk dia sorang ja, taat pada Allah, mak ayah dan guru2 pun tak, SPM tetap ada chances nak dapat 6A. *contoh la aku bagi. bukan nak mengutuk ka apa* nak berjaya ni sebenarnya senang ja.

balance kan ilmu anda dunia dan akhirat. itu pun dah memadai sebenarnya. memanglah kita cakap senang ja. BALANCE KAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT. macam senang ja kan. lima perkataan ja. tapi, kalau boleh list apa yang kita perlu buat untuk bagi balance tu laaa. emmm, penat jugak jari aku nak menulisnya. so, sebenarnya kan kalau kita fikir2 balik, memang senang la nak berjaya. maksud berjaya tu, berjaya capai apa yang kita nak lah.

Perasaan malas memang dah tersemai dalam diri setiap manusia. cuma manusia tu kena pandai guna ja. contohnya, malas untuk belajar jangan sekali. kalau malas mandi tuuu, dah selalu sangat,ya dak? aku dulu pun, nak belajar memang malas. elok buka buku ja, syaitan mai dok tepi. dok buat konsert dekat telinga aku. tidurlah tidurlah tidurlah. geram kan? hampa perasan dak setiap kali hampa buka buku, hampa akan menguap. tak caya cuba perhati lepas ni.

time dalam kelas tu please lah give 100% attention time cikgu mengajar. kalau yang style tak ambik perhatian dalam kelas tapi luar kelas dia struggle, takpa. tapi, tu laa kalau pandai sangat pun sampai tak payah dengar apa yang cikgu merepek dekat depan, jangan lah sampai buat cikgu tu macam tunggul kayu pulak.

kalau cikgu tu terasa hati, hampa nak kata apa? alah, chill laaa. before SPM nanti kan ada majlis minta restu, so, p la minta maaf kat cikgu time tu. nak risau apa? lol. dont think like that haaa. memang la hampa boleh p mintak ampun dekat cikgu time tu, tapi yang terasa hati cikgu time tu akan dihisab. buat2 kalau cikgu tu terlepas cakap apa2 kaaa, haaa. hampa jangan dok buat mudah pasal benda ni.

dulu aku macam tu laa. ambik mudah pasal ni. kena dapat result SPM yang...pergghhh. sampaikan first time aku tengok mak aku kecewa dengan aku. ayat mak aku. 'awat teruk sangat ni?' *dengan muka terkejut* sepatutnya mak aku la yang kena nasihat aku, tapi terbalik, aku yang kena nasihat ma aku. 'alah mak, okey la ni. better daripada exam orang yang sebelum ni'.

hampa nak ka jadi macam aku? mohon jangan. aku dah cukup sedih bila dapat taw ramai kawan2 sekolah rendah aku dulu dah takdak haluan. maksudnya, kahwin lah. ada yang dok keluar masuk penjara or pusat serenti. ada yang pernah masuk pusat pemulihan akhlak. come on. kita manusia, hidup kita hanya sementara di dunia ni. so, why not kita cuba jadi insan yang berguna? tak rugi pun. untung bersih lagi ada laaa.

Wednesday, 1 May 2013

SMK Sultanah Asma *my ex-school yang awesome*

Assalamualaikum. Hai. *selalu dengar bunyi cengkerik jaa. bila la nak ada pengunjung ni?* Hmmm. today nak story pasal my ex-school. heheheh. nama yang indah lagi terhebat dimata dunia. ini dia SMK Sultanah Asma.
-really miss this awesome school-
Walaupun kenangan pahit lagi banyak daripada kenangan manis*kah3*, tapi, sekolah tetap sekolah. banyak jasa dan pengorbanan dekat Asma. ahhh really miss that school. kenangan2 pahit tu laa yang buat aku jadi tak keruan after tinggalkan sekolah tu. pernah dengar bitter can be sweet? *pepatah khas yang direka oleh aku*ngeee. pengalaman dihina oleh guru - but i take it positive. di kutuk kawan sendiri - i take it positive. yang tu yang paling perit. aku nangis sampai kering air mata. but at last, i got it. ada hikmah disebaliknya. SPM result aku takgempak pun. just 5A 1A- 2B+ 2C+. padan laaa, main2 jaa. tapi, PMR 8A. huhu. pasalkawan2 pulak. aku tak bergaul dengan semua orang. cupp, aku tak sombong naa. aku bergaul rapat dengan geng aku jaa. syaza,izzati,maziah,fairuz,mimi,farah,atykah,syahirah. 






errr, lagi2...nadhirah,yaya,cekgi,sibah,aina,ama,pikah,syifa,farah w,ain,anne,pija,cikton,ayu...lain2, tak keluar dari otak ni, maaf. hehe. kawan2 aku memang sempoi laa. ramai kawan sebab aku ex-hostel. aku berbangga dapat berkawan dengan depa. hmmm. macam tak caya ja aku dah habis sekolah. rasa baru semalam aku lompat pagar sekolah semata2 nak beli aiskrim pop*yang warna-warni tuu*kah3. peristiwa paling lawak. rindu nak dengar teacher rahmah and teacher noni bertempik*sebab tak ikut peraturan*hehehe. sekolah aku sekolah perempuan. so, memang pelik2 la kami dekat sekolah. bebas melakukan apa saja. guru lelaki and lain2 staf lelaki tu ada laa. teringat kawan aku sorang ni, dalam kelas dia selalu selak kain dia sampai paras lutut. pernah kena tegur dengan cikgu lelaki pulak tuu. wakakaka. sekolah kami selalu jugak ada orang asing yang menumpang belajar sekali kami. keh2. kejam tak? orang asing tu aka pelajar dari sekolah lain. something like Program Perkongsian Pintar. and yang bestnya, students yang datang tu, kadang2 ada student lelaki. wakaka. bayangkan, hampa sekolah perempuan, and ada sekolah lain datang, lelaki+perempuan. memang best gila laa. selalunya, setiap kelas akan dapat 2-4 students lelaki. memang cover habis pastu. hahaha. lagi best kalau sekolah yang datang tu sekolah lelaki saja. agagaga. sangat best! lol. rindu jugak nak nyanyi lagu sekolah,lagu kebangsaan and lagu negeri Kedah sambil diiringi pekikan pancaragam. haha. i wonder bila nak pergi sekolah lagi ni. haih. tapi hakikatnya, sebenarnya aku nak lari dari kehidupan lama aku and nak bina kehidupan baru. maksudnya, aku perlukan lupakan cikgu2 yang dah banyak mencurahkan ilmu untuk aku. and kawan2 yang sangat awesome? tak jugak. aku tak perlu untuk lupakan depa. sebab masa silam yang buat seseorang tu jadi matang and profesional. so, i will stop here. *tetiba ja speaking* lol. K,Bye. Salam.

Monday, 29 April 2013

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Perhatian!!!
Entry ni macam syok sendiri. Heee. So, untuk apa-apa nasihat atau rujukan sila ke sini Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebarang comment atau pertanyaan akan di alu-alukan. Terima kasih.

Assalamualaikum. hai! *bunyi cengkerik ja* kejap ja masa berlalu. macam baru semalam daftar masuk form 1. huhu. hakikat yang tak dapat disangkalkan, ana dah 18 tahun bukan 13 tahun. keh3. sekarang ni masih buat kerja yang sama, menternak badan di rumah.

*smile* aku dah dapat tawaran universiti banyak dah ni. but, aku ignore. sebab semua swasta. matrik pun dah kluar result permohonannya. Alhamdulillah aku dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. niat macam nak pergi, tapi, result upu tak kluar lagi kan. so, tak confirm. dengar2 memang terbaik matrik ni. dengar2 ja laa. tak merasa lagi pun.

kawan2 sekolah aku memang ramai gila ar dapat kmpp. kalau masuk situ, senang la aku. tak jauh sangat dari rumah. macam time aku sekolah menengah dulu laa. dari rumah ke sekolah, dekat dua jam gak ar nak sampai. apa2 pun, life must go on. haha. *ada kaitan ka?*

cek semangat dah ni nak masuk belajar. almaklumlah, masuk dunia baru nanti. kawan baru, geng baru. suasana baru. pengajar baru. pakwe baru. erk? caption last tu perlu kah? *pakwe lama pun takda* porraahh.

sat, title besar apa tah? Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. start merapu dah ni. aku taktaw sangat pasal kmpp ni. lepas dpt tawaran kmpp ni, baru la terhegeh-hegeh aku buat research. serius tak pernah tahu pun pasal kmpp. time isi matrik last year aku letak ja kmpp pilihan number 3. tak sangka pulak dapat. sebab aku target kolej matrikulasi kedah sebenarnya. kaget sangat la dapat penang.

but, rezeki, Allah yang bagi kan, so...pandai2 la nak hargai. orait, lepas research pasal kmpp ni, macam2 la jugak aku dapat taw. korek dekat portal rasmi kmpp. hehe. biasa laa. curious sangat ni pasal kmpp.

kata senior kmpp, lokasi kmpp ni jauh sikit dari bandar. nak pergi bandar, naik bas dalam 5-10 minit baru sampai. *gaya cakap macam jauh sangat* meh aku bagi peta. *curi dekat portal kmpp. sebab kalau nak masuk kmpp ni nanti, cari tak jumpa pulak. here :
lokasi KMPP
jelas tak? aku cilok ja ni. kah3. orait, so. after aku research and research lagi. kmpp memang best laa. macam2 kemudahan ada. and, kalau boleh bawa diri, in shaa Allah, kalau tempat tu buruk sekali pun, we can make it comfortable. sekian. lepas ni aku post lagi pasal kmpp. K Bye. Salam.

Friday, 12 April 2013

Kawan Tetap Kawan

Assalamualaikum and haii you . now pukul 1:20 a.m. . aku dengan bangganya mengisytiharkan bahawa aku akan jadi Zoro tak lama lagi . erk? . yup, Zoro sebab suka sangat berjaga sampai lewat malam . kata mereka yang seusia dengan aku, tak remaja ar kalaw tidur awal . woooo ada juga ya pembicara begini . *aku la tuu* awat? tak paham? *ignore* .

my life takda la owesome sangat kalaw aku nak cerita pun . nak story pasal cinta? huuuu, aku blur bab ni . so, aku lebih suka bagi nasihat jepp . nasihat pasal apa yaaa . hmm . aku rasa my life boleh kot jadikan bahan untuk nasihat . hah! KAWAN . dua tiga hari ni lah kan , aku asyik terfikir pasal kawan2 aku jaa . macam mana depa layan aku dulu . macam mana aku layan depa . and so on laaa .

fikir pasal kawan sepatutnya yang baik2 kan . tapi, aku rasa aku ada perasaan tak puas hati dekat kawan aku . sampai aku pernah cakap dengan diri aku sendiri, aku dah tawar hati dengan kawan2 aku . but, WHY? kita sepatutnya dah taw kan...nobody is perfect . inilah jadinya kalaw asyik fikir negatif jaaa . ku akui aku memang berfikiran sempit plus negatif . take a note ya . POSITIVE THINKING BRING US TO GOOD AND BETTER LIFE .

tak kira la baik ataupun buruk kawan kita tu, kita kena selalu ingat dalam setiap doa kita jugak . even kawan kita tu kaki mengumpat plus mengutuk kita, kawan tetap kawan . tanpa kawan happy kah hidup kita? kawan yang dok mengata kita tu jugak la yang selalu tadah telinga dia untuk dengar setiap bicara kita . sama ada dia dengar atau tak bicara kita tu lain cerita laa . tu hal dia . orait, got to go . K,Bye! Salam.

Monday, 8 April 2013

20 sen vs. RM5

Assalamualaikum and hai from me to you all . about crush aku tuuuu . lain kali ar aku story pasal dia . mood bercrush-crush ni tak ada maaa . and now, story aku ni untuk pengajaran aku dan juga reader(kalaw ada yang baca la) . suatu peristiwa yang aku tak dapat jawapannya sampai sekarang .

kadang-kadang aku ada terfikir pasal benda tu . kenapa benda tu terjadi time tu . apa mesej di sebalik peristiwa tu . meh aku story ...... time tu aku and kawan2 keluar p Karnival Pengajian Tinggi dekat Stadium Darul Aman . kan masing2 lama tak jumpa . time tu la kami curi peluang nak berjumpa .

orait, so lepas penat dah cari ilmu, minta nasihat untuk pilihan masuk universiti and so on, kami pun take a break for lunch . kami lunch dekat KFC . and untuk related kan peristiwa yang aku kata tu , sebenarnya pasal duit .

before keluar tu aku dah bajet siap2 duit aku tu . untuk makan, tambang bas and teksi, and beli apa2 . kena bajet la sebab aku bukan anak orang kaya . aku keluar tu pun guna duit sendiri yang hanya ada RM40 . bayangkan wey, aku keluar dari kuala ketil ke alor setar dengan duit RM40 ja . tambang bas pergi and balik dah RM16 dah . teksi ada la aku habis dalam RM6 . untuk makan KFC tu aku dah bajet RM10 ja .

haa,time makan KFC ni la bajet aku hilang . sebab kawan aku yang tolong belikan . aku jaga meja . "nak duit berapa?"aku tanya. "rm20" damn!!! aku terkedu . sebab duit aku masa tu rm20 cukup2 . dengan muka yang cover habis aku sua kat dia rm20 . ingatkan lebih dalam rm7 .

dapat2 balik balance . rm4 . sepatutnya murah lagi . tapi, punya la cerdik kawan aku tu . dia beli semua yang large untuk aku . hahahaha . tapi aku tak complain laa . aku buat muka biasa ja . sembang and gelak2 . lama kan tak jumpa depa . dalam hati aku.........hanya tuhan saja yang taw betapa resahnya hati aku time tu .

then,kawan aku plan nak p sembahyang dekat Pusat Dakwah . and nak p situ kena naik teksi or bas!!! grrrr . duit lagi . naik bas takpa, jimat sikit . tapi, kawan aku semua mengebat sikit . depa nak naik teksi ja!! dalam hati aku ni...'harap2 teksi takdak . bagi la ada bas ja' Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih . Dia ja tahu keresahan aku time tu . kawan aku call teksi semua tak boleh . lepas 15 or 20 minit tunggu, penyelamat aku tiba . Bas! terujanya aku time tu . see....Allah tak akan biarkan hambaNya dalam kesusahan .

okey...lepas sembahyang apa semua . tiba la masa untuk balik . aku cek purse aku . hanya ada rm9.50 . rm6.70 untuk bas sungai petani dah lepas . nak balik kuala ketil ja tak lepas . tak cukup 20 sen! hahahaha . tapi aku relaks ja . apa gunanya kawan kan? tapi segan jugak ar nak mintak .

then, time aku on the way nak p dekat bus stop, aku jalan ngan sorang kawan aku ni . jalan dalam keadaan marah sebab ada la something kan . takleh cerita . sedang aku berjalan, sorang perempuan India mai dekat aku .

"adik, saya nak RM5 . saya maw balik kuala kedah tapi tak ada duit" tapi aku buat don't know ja..dalam hati aku "aku nak balik pun tak cukup duit ni, macam mana nak bagi kat dia" aku buat taktaw ja . bila pusing belakang tengok dia, aku rasa serba salah pulak .

aku ada kawan, boleh minta tolong kat kawan aku . tapi, perempuan tu sorang dia ja . perasaan menyesal tu memang rasa gila la . aku rasa aku di uji time tu . so, maknanya aku fail .

tapi, sampai sekarang aku masih terfikirkan mesej sebenar yang hendak disampaikan . kalaw ada yang baca ni, tolong fikirkan untuk aku ... time tu aku tengah serabut sebab duit tak cukup nak balik . tetiba sorang perempuan dekati aku and minta RM5 . reason yang sama . senasib dengan aku . nak balik tak cukup duit . K,Bye! Salam .

Saturday, 6 April 2013

nama blog aku tertukar pulak =,="

uikkkks :D sejuta kemaafan ku pohon.....hehehe. nama blog aku ni tertukar pulak . cantik kan bila guna nama sendiri yang indah lagi rupawan? heyyy! angguk please . :) masa tengah design blog tadi aku terfikir nak tukar nama blog sekali . bukannya apaaa...tadi aku search kat google, berjabu naik gadiskampong . ingat kan aku sorang ja gadiskampong . hehehe . takpa, it's okay aku dah tukar . aku dah taktaw la macam mana nak creative kan lagi blog aku ni...........aku nak minta tolong dekat orang yg pro pun, aku rasa depa tak layan orang macam aku . minta tolong kawan? boleh jaaa. tapi..........aku takmaw kawan aku tahu la pasal blog ni . buat masa ni laaa . errrrrr , apa lagi hah nak tulis(sambil tongkat kepala) ahah! aku comeyy :D . hahaha. readers mesti kata aku syok sendiri . nak tulis sikit lagi boleh? resah hati pabila terfikirkan CRUSH aku . nak tahu about my crush? siapa crush yang aku maksudkan? crush aku lelaki or perempuan? umur berapa? cantik or hensem tak? tengok post aku lepas ni kayyy . :D
K bye! Salam . :)