my lovey dovey followers

Saturday, 25 May 2013

For SPM Candidates and SPM leavers

Assalamualaikum and hai. Last day update blog as penganggur lepasan spm. Lepas ni dah bergelar student Matrik dah. KMPP-ians. hehehehe. Tetiba rasa seronok. wakaka. gila tak seronok. nanti nak dapat kawan baru. cikgu baru. bilik baru. toilet baru. cafe baru. environment baru. library baru. senior baru. tukang kebun baru. makcik cleaner baru. haaaa, apa lagi yang baru? semuanya baru lah. kawan lama aku ja yang tak baru. erk? hmmm.

Oleh itu, saya nak ambil kesempatan ini untuk menulis post ni ditujukan khas untuk para junior sekalian. *kenapa formal sgt ni?* orait. nasihat ni ditujukan khas untuk batch under '95 yaa. dengan kata lain untuk sesapa ja la yang nak ambik SPM dan jugak lepasan SPM. bagi yang budak2 espiyem tuu, tolonglah terbaca post aku ni. tolonglah. tolonglah. *err. annoying btol* aku, sebagai insan yang sudah pun selamat melalui pahit-getir, dunia yang penuh dengan pancaroba, liku-liku kehidupan yang memenatkan, nak la jugak share kepandaian dan kebodohan aku melalui detik2 form 5 dengan adik2.

kalau nak berjaya ni, bukan nak tunggu mak ayah dan guru2 ja doakan kita. solat 5 waktu sehari, berdoa setiap masa saja, tak jadi jugak kalau takdak usaha. pandai sampai masuk book of record pun, kalau ilmu tu nak pakai untuk dia sorang ja, taat pada Allah, mak ayah dan guru2 pun tak, SPM tetap ada chances nak dapat 6A. *contoh la aku bagi. bukan nak mengutuk ka apa* nak berjaya ni sebenarnya senang ja.

balance kan ilmu anda dunia dan akhirat. itu pun dah memadai sebenarnya. memanglah kita cakap senang ja. BALANCE KAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT. macam senang ja kan. lima perkataan ja. tapi, kalau boleh list apa yang kita perlu buat untuk bagi balance tu laaa. emmm, penat jugak jari aku nak menulisnya. so, sebenarnya kan kalau kita fikir2 balik, memang senang la nak berjaya. maksud berjaya tu, berjaya capai apa yang kita nak lah.

Perasaan malas memang dah tersemai dalam diri setiap manusia. cuma manusia tu kena pandai guna ja. contohnya, malas untuk belajar jangan sekali. kalau malas mandi tuuu, dah selalu sangat,ya dak? aku dulu pun, nak belajar memang malas. elok buka buku ja, syaitan mai dok tepi. dok buat konsert dekat telinga aku. tidurlah tidurlah tidurlah. geram kan? hampa perasan dak setiap kali hampa buka buku, hampa akan menguap. tak caya cuba perhati lepas ni.

time dalam kelas tu please lah give 100% attention time cikgu mengajar. kalau yang style tak ambik perhatian dalam kelas tapi luar kelas dia struggle, takpa. tapi, tu laa kalau pandai sangat pun sampai tak payah dengar apa yang cikgu merepek dekat depan, jangan lah sampai buat cikgu tu macam tunggul kayu pulak.

kalau cikgu tu terasa hati, hampa nak kata apa? alah, chill laaa. before SPM nanti kan ada majlis minta restu, so, p la minta maaf kat cikgu time tu. nak risau apa? lol. dont think like that haaa. memang la hampa boleh p mintak ampun dekat cikgu time tu, tapi yang terasa hati cikgu time tu akan dihisab. buat2 kalau cikgu tu terlepas cakap apa2 kaaa, haaa. hampa jangan dok buat mudah pasal benda ni.

dulu aku macam tu laa. ambik mudah pasal ni. kena dapat result SPM yang...pergghhh. sampaikan first time aku tengok mak aku kecewa dengan aku. ayat mak aku. 'awat teruk sangat ni?' *dengan muka terkejut* sepatutnya mak aku la yang kena nasihat aku, tapi terbalik, aku yang kena nasihat ma aku. 'alah mak, okey la ni. better daripada exam orang yang sebelum ni'.

hampa nak ka jadi macam aku? mohon jangan. aku dah cukup sedih bila dapat taw ramai kawan2 sekolah rendah aku dulu dah takdak haluan. maksudnya, kahwin lah. ada yang dok keluar masuk penjara or pusat serenti. ada yang pernah masuk pusat pemulihan akhlak. come on. kita manusia, hidup kita hanya sementara di dunia ni. so, why not kita cuba jadi insan yang berguna? tak rugi pun. untung bersih lagi ada laaa.

Wednesday, 1 May 2013

SMK Sultanah Asma *my ex-school yang awesome*

Assalamualaikum. Hai. *selalu dengar bunyi cengkerik jaa. bila la nak ada pengunjung ni?* Hmmm. today nak story pasal my ex-school. heheheh. nama yang indah lagi terhebat dimata dunia. ini dia SMK Sultanah Asma.
-really miss this awesome school-
Walaupun kenangan pahit lagi banyak daripada kenangan manis*kah3*, tapi, sekolah tetap sekolah. banyak jasa dan pengorbanan dekat Asma. ahhh really miss that school. kenangan2 pahit tu laa yang buat aku jadi tak keruan after tinggalkan sekolah tu. pernah dengar bitter can be sweet? *pepatah khas yang direka oleh aku*ngeee. pengalaman dihina oleh guru - but i take it positive. di kutuk kawan sendiri - i take it positive. yang tu yang paling perit. aku nangis sampai kering air mata. but at last, i got it. ada hikmah disebaliknya. SPM result aku takgempak pun. just 5A 1A- 2B+ 2C+. padan laaa, main2 jaa. tapi, PMR 8A. huhu. pasalkawan2 pulak. aku tak bergaul dengan semua orang. cupp, aku tak sombong naa. aku bergaul rapat dengan geng aku jaa. syaza,izzati,maziah,fairuz,mimi,farah,atykah,syahirah. 






errr, lagi2...nadhirah,yaya,cekgi,sibah,aina,ama,pikah,syifa,farah w,ain,anne,pija,cikton,ayu...lain2, tak keluar dari otak ni, maaf. hehe. kawan2 aku memang sempoi laa. ramai kawan sebab aku ex-hostel. aku berbangga dapat berkawan dengan depa. hmmm. macam tak caya ja aku dah habis sekolah. rasa baru semalam aku lompat pagar sekolah semata2 nak beli aiskrim pop*yang warna-warni tuu*kah3. peristiwa paling lawak. rindu nak dengar teacher rahmah and teacher noni bertempik*sebab tak ikut peraturan*hehehe. sekolah aku sekolah perempuan. so, memang pelik2 la kami dekat sekolah. bebas melakukan apa saja. guru lelaki and lain2 staf lelaki tu ada laa. teringat kawan aku sorang ni, dalam kelas dia selalu selak kain dia sampai paras lutut. pernah kena tegur dengan cikgu lelaki pulak tuu. wakakaka. sekolah kami selalu jugak ada orang asing yang menumpang belajar sekali kami. keh2. kejam tak? orang asing tu aka pelajar dari sekolah lain. something like Program Perkongsian Pintar. and yang bestnya, students yang datang tu, kadang2 ada student lelaki. wakaka. bayangkan, hampa sekolah perempuan, and ada sekolah lain datang, lelaki+perempuan. memang best gila laa. selalunya, setiap kelas akan dapat 2-4 students lelaki. memang cover habis pastu. hahaha. lagi best kalau sekolah yang datang tu sekolah lelaki saja. agagaga. sangat best! lol. rindu jugak nak nyanyi lagu sekolah,lagu kebangsaan and lagu negeri Kedah sambil diiringi pekikan pancaragam. haha. i wonder bila nak pergi sekolah lagi ni. haih. tapi hakikatnya, sebenarnya aku nak lari dari kehidupan lama aku and nak bina kehidupan baru. maksudnya, aku perlukan lupakan cikgu2 yang dah banyak mencurahkan ilmu untuk aku. and kawan2 yang sangat awesome? tak jugak. aku tak perlu untuk lupakan depa. sebab masa silam yang buat seseorang tu jadi matang and profesional. so, i will stop here. *tetiba ja speaking* lol. K,Bye. Salam.