Saturday 9 August 2014

Aku Tak Hebat Aku Jahil

Assalamualaikum wbt.

Dah kenapa salam letak di tengah-tengah. Orang nak lalu pun susah. (Boleh tanya tuan punya blog kenapa hal kecik pun nak jadi isu)

Percayalah. Aku menelaah satu blog tarbiyah ni sampai terpejam sesaat. Eh bukan sebab tarbiyah yang di kongsi bosan. Aku suka penyampaian beliau. Cuma. Aku. Tak cukup tidur. 

Aku tak hebat.

Macam. Dia.

Dia. Orang hormat sebab..mungkin terlampau sebu dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat.

Cemburu? Tipu kalau cakap 'Tak'. Dia dah sampai mendidik ummah. Aku terdidik pun belum lagi. Sad. Orang lain dah boleh hafal hadis, ayat-ayat -Al-Quran. Aku dengar tengok baca. Nganga saja.

Al-Quran yang sepatutnya boleh khatam lima enam kali setahun. Aku belum tentu cukup tiga kali. See? Yang sepatutnya khatam berapa kali setahun pun aku tak tau. Main aci teka saja. Bila orang lain sibuk berbahas pasal ilmu itu dan ini. Aku sendiri tak tau nak cakap ilmu apa yang mereka bahaskan tu.

Sejak lahir aku tak suka dibeza-bezakan dengan orang lain. Tapi. Dalam hal ni. Aku berani cakap aku bo*** kalau aku masih tak suka di bezakan dengan orang yang tinggi ilmu akhirat dia.

(Cerita zaman sekolah) Beberapa akhwat dari sebuah sekolah yang berlatar belakang agama. Di jemput ke sekolah kami. Tanpa di beritahu umur mereka. Di atur program untuk men'basuh' kami. Memandangkan SPM tinggal hujung mata pensil saja waktu tu.

Tak mau panjangkan cerita. Nak tarik satu hal ni saja. Kami di pisahkan ke dalam beberapa kumpulan. Duduk dalam bulatan. Dan pasti ada ketua. Pelajar Maahad. Tak ingat dah apa nama ukht tu. Eheh. terang-terang kami sama umur. Tak salah nak panggil kakak. Lagipun dia naqibah kami.

Baru sekarang aku tau. Bulatan antara kami tu sebenarnya usrah. Allah...betapa jahilnya waktu tu apa pun tak tahu. Layak campak aku ke dalam lombong.

Bulatan gembira- Usrah

Dekat kmpp dulu selalu jugak nampak bulatan-bulatan gembira ni. Dan, sayangnya. Tak terdetik pulak di hati untuk join mana-mana bulatan. 

"Masuk university nanti jangan lupa cari usrah"

Pesan seorang ukht suatu masa dulu. Tegas benar dia berpesan. Dekat situ aku dah rasa. Kalau usrah tak penting dia takkan tegas macam ni.

Siap pesan lagi. "Kalau tak jumpa kumpulan usrah, contact akak. Tak kisah walaupun berlainan universiti". Nampak? 



Listening to ~~~ Beethoven Virus- Diana Boncheva



Bimbang jika suatu hari nanti aku terjatuh. Sedangkan sekarang aku dah hampir-hampir terjatuh. Dan masih menggeletar nak capai benda untuk bangun semula. Terfikir pulak...macam mana kalau aku jatuh dan sukar untuk bangun.

Waktu apa aku nak buat? Cari tongkat untuk menyokong. Jerit panggil sesiapa untuk membantu. Atau....

Biarkan jatuh dan jangan bangun lagi.

"Tak boleh...dengar macam berputus asa saja,"

Tanya diri-sendiri. 

Playlist dalam music. Lagu Korea lagi banyak atau zikir, nasyid dan ayat Al-Quran lagi banyak?

Folder dalam Hard disk. Drama korea, jepun, barat lagi banyak. Atau ceramah agama video untuk tarbiyah diri lagi banyak?

Rak buku. Novel cinta sampai tiga tingkat. Atau buku-buku majalah naskhah bersumberkan Islamik lagi banyak?

Mulut. Terkumat-kamit menyanyi lagu melayu cina korea jepun english. Surah dalam muqaddam dah habis hafaz? Atau surah tiga qul pun masih terkial-kial.

Sam Smith, Rihanna, Pitbull, CNBlue, Big Bang, Exo, JYP...apa lagi? Datang Malaysia berebut nak pergi tengok. Ada konsert. Live. Dataran penuh. Padat. Ketat. Rapat. Jerit sana-sini. Yang perempuan apatah lagi, suara paling kuat. Terkejut tengok artis pujaan real sampai pitam.

Sedarlah yang di agung-agungkan tu Bukan Islam. Dan Bukan Cara Islam.

Tambah pula yang lagi mencabar. Konsert CNBlue serentak dengan ceramah Ustaz Abdullah Khairi. Waktu dan tarikh sama. Last-last pilih pergi Konsert. Ya lahhh bukan senang CNBlue nak datang Malaysia. Ceramah dekat masjid bila-bila pun boleh pergi.

Sayangnya bila terlalu cintakan dosa, pahala di abaikan.

Aku bukan mengata orang. Teguran especially untuk aku yang selalu sasau. Tambah pulak tak boleh tahan hati bila Chris Evans depan mata. Ohhh memang kena basuh dengan air lumpur dah aku ni.

...
Part membebel dalam blog memang aku yang juara. 

Rasa macam nak update entry setiap masa. Kisah apa aku. Blog aku. Bukannya setiap kali update kena minta permission reader. username dan password aku yang pegang.

Annoying dak? Aku jahat. Tunggu aku baik nanti baru kawan.

Statement salah. Perlukah yang jahat di sisihkan?

...
:: Sekian ::

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...