Monday 21 July 2014

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (ii)

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tu. Entry ni sambungan daripada entry yang lepas. Sila baca Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (i) dulu. 

"Kenapa merana? Kenapa sia-sia? Minat ja pun,".

Huh?!

Hati kita susah nak kawal kan? Orang tu baik dengan kita. Minat. Nampak orang tu hensem. Minat. Nampak orang tu cantik. Minat. And so on.

Sekali pandang saja. Dah terpegun. Dah mula nak berangan. Senyum sorang2. Usha dari jauh. Tulis dalam diari bagai nak rak. Puji itu dan ini. Syok sendiri.

Jujur saya tak pandai nasihat dalam hal ni. Sekadar melarang boleh la. So, ni ada penyelesaiannya. Wajib baca entry Boleh ke ada crush?. Harap sentaplah lepas baca. Haha. Make it clear. Okey?

Tak payah la ada crush bagai. Normallah tu hati kita tertarik dekat seseorang. Tapi jangan layan. Boleh? 

Buruk akibatnya kalau melayan. Jiwa tak tenang. Nak study pun terganggu. Terbawa-bawa dalam persahabatan. Menyusahkan diri dan kawan. 

"Gaya cakap macam ada pengalaman."

Ha. Ha. Sebab tu saya melarang anda. Please. Saya dah menyesal. Dan saya takmau adik-adik pulak hadap benda yang sama. Serius. If ada tertarik pada mana-mana lelaki/perempuan cepat-cepatlah istifghfar. Jangan layan.

Saya tegaskan dekat sini sebab. Matrikulasi. Masa yang singkat untuk belajar.

"Dah banyak kali crush dekat orang. Tapi result okey jaa. Takdak apa pun,".

Result saya pun okey waktu saya dok gila gedik pasal crush! Bahkan better daripada exam yang lain. 

Bukan sudut result ja dik kita kena pandang. Dosa dan pahala pun kena fikir juga. Masa dan tenaga. Hati dan perasaan. Boleh jadi kita okey. Tapi rakan yang asyik dok dengar kita cerita pasal crush? Tak fikir pasal diri sendiri, fikirlah pasal kawan.

Huuuu. Soal cintan-cintun ni. Takkan pernah habis nak tegur. Susah amat. Setiap entry aku dok cerita pasal ni apaa. Bosan dah. Tapi perlu. Wajib. Sebagai saudara Islam.

...

First day sampai KMPP. Iaitu hari pertama orientasi. Cari bilik dulu. Sebab masa jumpa bilik tu lah kita jumpa kawan yang akan bersama kita sepanjang setahun. Roommates.

Empat orang satu bilik. Bangunan kompel(asrama) paling tinggi pun tingkat 4. Tu pun jenuh nak panjat tangga. Letih ohhh. *buat teruk* Haha

Roommate yang kita dapat tu ikut nasib masa daftar. Tak boleh pilih-pilih kawan dah. Jumpa Mariam, Mariam lah yang akan bersama kita selama setahun. Mariam yang akan dengar kita membebel pasal homework banyak, lapar, penat and bla bla bla..

Dalam setahun tu macam-macam boleh jadi. Bergaduh. Berseronok. Luahan perasaan. Sharing masalah. Pergi sana bersama. Pergi situ bersama. Makan bersama. Lepak bersama. Merajuk.

Masuk matrikulasi ni maybe kamu akan celik sikit. 

"Dekat sekolah dulu tak pernah jumpa orang macam ni,"

Biasa. Dah nama pun lain negeri. Lainlah cara. Dalam berkawan kita kena buka minda. Kalau orang tu banyak cakap, memang dia tetap akan banyak cakap sampai bila-bila. Nak tak nak..hadapi dengan sabar dengan pelbagai kerenah.

Matrikulasi ni just persediaan untuk masuk university. Masuk uni nanti takda lah culture shock sangat. 

Nak pesan. Hati-hati apabila berkawan. Pelbagai orang pelbagai ragam. Sabar dalam bersahabat. 


...
Saya buat entry ni hanya untuk bersih dan mantapkan jiwa saja. Lebih kurang persediaan mental. Kalau nak tahu lebih-lebih. Pasal bangunan, kemudahan, tak payah la kot. Mai KMPP tengok sendiri.

Entry yang ke (iii) saya akan brainwash anda pasal exam. UPS 1. PSPM 1. UPS 2. PSPM 2. Lagi. Lecturer.

To be continued.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...