Saturday 7 February 2015

Kerana Cinta.

Assalamualaikum wbt.


Termenung kejap. #np Sebuah Pertemuan-UNIC

.....

Hati orang lain-lain. Perasaan pun lain-lain. Setiap manusia Allah jadikan tak sama. Walau perangai sama. Tapi tetap ada yang membezakan walaupun satu. Itu yang zahir.

Tapi ada satu perkara yang sama. Bila kita faham perkara ni. Kita sedar kita ada persamaan. Aku, kau, dia, mereka. Kita sama.

Kita milik Dia. Allah Taala. Kan?

.....

Balik cuti ni banyak benda yang aku fikir. Banyak sangat. Sampai tidur pun tak cukup. Padahal cuti. Cuti mesti kena tidur banyak. Tapi aku tak cukup tidur. Gara-gara otak tak habis-habis memikir.

Aku nak sahabat2 berfikir jap. Tolong aku fikirkan. Nanti aku upah senyuman sebaris. Heee.

Sepanjang kita hidup kan. Contoh aku sepanjang 19 tahun 7 bulan ni. Hal apa yang paling kerap kita fikir ya? Hal apa? Apa yang kita kejar? 


Aku nak jujur ni. Aku banyak fikir... Cinta. Kahwin. Crush err tak crush sangat la. Sahabat. Family. Makan. Angan-angan.

Huishh. Jujur sangat. Hahahahaha


Banyak yang aku perhati. Cinta menguasai almost semua orang terutama anak muda. Kan? Tak percaya? Pergilah buka tv. Tak pun search youtube ke google pun boleh. Berlambak-lambak cerita cinta. 

Hah nak cerita apa? Semua ada. Cakap ja nak plot cerita macam mana. 

Kahwin muda? 
Kahwin lari? 
Gaduh-gaduh pastu kahwin? 
Kahwin paksa? 
Couple islamic? 
Islamic punya cerita cinta? 
Pengorbanan dalam percintaan?
Cinta tiga segi?
Couple sweet-sweet pastu kahwin?

Kalau bukan cerita cinta pun. Cerita lawan-lawan? Tumbuk-tumbuk? Tapi percayalah ada jugak terselit sweet-sweet tu. Bila sembang borak-borak dengan kawan pun. Mesti akan terselit bab cinta dan kahwin. 

Kita ni dah macam 'Aku hidup dalam dunia cinta'. Bak kata Izreen Azminda dalam setiap episod Mahligai Cinta TV3, 'Hidup tanpa cinta ibarat taman yang tiada bunganya'. Haa gituuu.


Aku tak bash Cinta naaa.

Cinta itu fitrah. Dah tersedia mengalir dalam darah kita.

Cuma. Aku terfikir. Hidup untuk cinta? Hidup? Untuk? Cinta? Cinta siapa?


Macam mana kalau Tiada Cinta Dalam Hidup di dunia?


Maksudnya. Tak banyak fikir pasal cinta manusia. Sampai boleh terlupa tujuan kita hidup bukan untuk cinta semata. Banyak benda lain yang kita kena buat. 


Risau takut nanti tak kahwin? Aku pun risau. Tapi, chill. Jodoh tak sampai di dunia, pasti di syurga nanti bertemu juga. Chill. Okey?


Perkara yang kita kena risau sekarang ni, 

Redha Allah. Allah tak redha, tak cium bau syurga. 

Jihad. Sejauh mana kita sedang perjuangkan agama Allah. Dah berperang?

Ibadah. Banyak mana ibadah solat, puasa, taat, sedekah, amal yang kita dah buat? Cukup?

Maruah. Pasti kita sedang jaga maruah kita, ayah, mak, keluarga, kawan, masyarakat, pemimpin? Pasti? Jaga? Are you sure?

Al-Quran. Dah hafaz? Baca tiap-tiap hari? Dah faham makna-makna setiap ayat, surah? Dah amalkan? Dah sebarkan?

Islam. Agama kita. Syarat nak masuk syurga. Kita jaga sebaiknya? Kita jaga maruah agama kita?

Ibu bapa. Ibu. Kita dah jaga hati ibu kita betul-betul? Pasti? Kita tak pernah buat ibu nangis? Pasti? Bapa. Kita hormat? Anak perempuan, jaga aurat?

Banyak. Sangat banyak. Nak tolong list kan? Boleh. Sila comment. :)

Takutnya, umur tak sampai 20 tahun. Dan ditakdirkan umur tak panjang. Tapi asyik sibuk fikir pasal cinta. Perkara dunia. Sampai tak ada masa nak buat persiapan untuk ke sana. Tempat yang kekal. Tempat yang pergi tak kembali.

.....

Nak sibuk bercinta boleh. Tapi jangan lalai. Jangan leka. Pastikan cinta itu cinta halal bersaksikan wali.


Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama.

Nak berborak dengan kawan pasal cinta, boleh. Tapi make sure cinta tu cinta yang boleh menambah iman. Cinta yang boleh menimbulkan ketaqwaan.

Nak berseronok pasal cinta pun boleh. Tapi make sure iman terjaga.


'Leceh laaa. Orang nak bercinta. Tapi ada tapi, tapi, tapi.'

Leceh?

Nak cinta yang tak leceh? Cinta Allah. Cinta Rasul. Cinta ibu bapa. Ini tak leceh. ^^

.....

Kawan, kalau aku tergelincir dari landasan, tarik aku. 
Betulkan jalan aku. 
Aku tak kuat mana. 
Aku boleh berjalan, tapi kadang aku rebah. 
Aku boleh bercakap, tapi kadang tak membawa manfaat.
Aku mampu mengejar mardhotillah. Tapi jalan hidup aku banyak simpang. Kadang aku tersalah pilih jalan.
Mata aku boleh melihat. Tapi tak semua yang aku lihat baik belaka.
Telinga aku mampu mendengar. Tapi banyaknya dengar perkara tak baik.
Aku mampu jaga hati. Tapi tak kuat mana. Selalu jatuh pada cinta yang sia-sia.

Wassalam.



Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...