Thursday 21 August 2014

Pilihan

Inche Google

Assalamualaikum wbt.

Kucing comel di atas ibarat mood aku. Rasanya pic di atas lah yang terbaik untuk aku pamerkan untuk entry ni.

Okey. Jujur. Boleh lah aku berterus-terang. Boleh ka? Boleh kot. Izinkan aku luahkan perasaan di sini. Mungkin ada yang dapat membantu.

Seminggu saja lagi tinggal. Untuk buat persiapan akhir. Sebelum....

Macam orang lain. Aku pun dapat khabar gembira. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Kita pun merancang. Tapi kita tiada kuasa nak jadikan apa yang kita rancang tu betul-betul ada kecuali dengan izin-Nya.

Ada perkara yang buat aku perlu redha dengan apa yang aku dapat sekarang. Ada hikmah di sebalik kejadian. Aku percaya tu. Apa yang aku lahirkan dari hati. Apa pun keputusan yang aku buat. Datang-Nya dari Allah. Bukan saja aku. Kau pun sama. Mereka pun sama.

Sejak dulu lagi. Aku langsung takda keyakinan nak sambung belajar dalam bidang kejuruteraan. Sebab waktu sekolah dulu mata pelajaran yang paling membosankan aku. Fizik.

Subjek yang aku suka. Biology. Seronok nak belajar kejadian Tuhan. Otak aku waktu tu hanya mampu bekerja untuk menghafal. Fizik bagi aku. Kerja lelaki. Aku lembik. Takkan nak baiki kereta? Panjat tiang elektrik? Repair komputer? Bekerja tengah panas?

At last, sekarang ni aku tak nampak langsung kulit buku Biology. Dah terkubur dalam-dalam dah pun. Biology yang aku agungkan dulu. Lastly, makan diri sendiri. 

Masuk matrikulasi. Mungkin aku kena terima. Rezeki aku bukan untuk bidang yang berkaitan Biology. Terpaksa telan Fizik. Kunyah lumat-lumat. Hadam segala benda neutron, quantum, radioactive, force and motion, impulsive,..

Dan berat untuk mengaku...

Until today. I dont know. Aku minat fizik ka tidak sebenarnya ni???

Pengakuan yang menyedihkan. T_T

Dah tu kenapa tak pilih tengah-tengah?

'.......'

Something like Chemistry?

Errr. Kenapa hah?!

.....................

Inche Google nyata tak banyak membantu aku sangat. Hairan. Students Physics memang tak suka menulis blog eh? Students Physics memang takda yang status blogger kah?

Satu lagi kenyataan yang menyedihkan. T_T

Nampaknya. Aku wakil physicians sebagai blogger.

Sekiranya anda physicians jugak. Tolong mengaku. Nak buat geng.

........................

Doctor, actor, lawyer or singer

Why not president be a dreamer

You can be just the one you wanna be

Policeman, fire fighter or a postman

Why not something like your old man

You can be just the one you wanna be.

...................

Ya Allah..tetapkanlah hati ini dengan pilihan yang telah aku lakukan. Engkau permudahkanlah urusanku ini. Aamiinn.

'Kenapa tak masuk USM?'

'Kenapa tak terus masuk bidang kejuruteraan?'

'Kenapa pilih university yang jauh dari rumah? Yang dekat ada,'

'Kenapa tak masuk USM? Lepas graduate nanti senang dapat kerja,'

Allah...

Aku dah buat pilihan. Ada pulak yang nak menduga keyakinan aku. Nyata memang aku betul-betul sedang terduga. Tambah pulak sekarang ni aku masih kurang jelas dengan course yang aku dapat.

Doakan hati aku akan tetap redha dengan pilihan yang mak abah redha. Redha Allah kan letaknya pada redha mak abah jugak?

Dengan izin Allah semuanya akan okey. InshaaAllah. Allah akan permudahkan. Biar la orang cakap apa. Yakin dengan takdir Allah sudah. 

Bak kata mak. "Rezeki ni Allah tetapkan untuk masing-masing".

...................

We may have different ways to think

But it doesn't really matter

We all caught up in the steam of this life

Focus on every little thing

That's what does really matter

Luxury cars and bling that's not real life.
-Darin: Be What You Wanna Be-

....................

::Sekian::

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...