Sunday 24 August 2014

Harapan

Assalamualaikum wbt.

Blur. Apa aku buat kat sini hah?

Takda kerja. Maklum lerrr cuti hanya berbaki seminggu saja lagi. Setelah hampir empat bulan berkampung di rumah. Setelah hampir empat bulan asyik mengadap netbook ni saja. 

Nanti nak hadap blog kena ikut time dah. 

Hee. Bakal mahasiswi. InshaaAllah.

...

Semakin dewasa naluri keibuan makin terserlah. Hoho. Macam tak perjaya ja aku cakap macam ni.

Baby kecik-kecik yang baru berapa hari tu memang tak akan aku dukung la. Tak berani. Kalau anak sendiri boleh lah nak buat apa pun. Masalahnya anak sendiri pun tak tahu nak wujud bila. Hehe

Macam tak percaya ja aku update entry pasal baby. @_@

Ini cerita semalam.

Aku di kira cucu tok dan tokwan yang ke 5 mungkin. Cousin yang lain mostly golongan adik-adik. Bila anak menantu cucu semua berkumpul. Penuh rumah tokwan sampai ke dapur. Kalau dah adik-beradik sebelah abah sampai 12 orang. Apa yang nak dihairankan?

Hampir kesemuanya dah berkahwin dan ber-anak. Anggaran aku..cucu tok dan tokwan mungkin dalam 50 ++++. Dan bakal bertambah. Murah rezeki. Alhamdulillah.

Tak lama nanti tok dan tokwan dapat cicit pulak! Cucu sulung dah 24 tahun! Cucu kedua dah 22 tahun! Cucu yang paling kecik baru 8 hari! Dan yang paling paling kecik menanti hari! Fuhhh

Ehh, macam mana boleh terbuka hikayat tok dan tokwan di sini.

...

Kisah kisah di atas tidak terhenti di situ.

Tengah syok aku duduk bersila santai. Tetiba seorang budak kecik yang baru bertatih. Berdiri masih tak teguh. Nak bangun masih bersentuh. Berjalan kejap-kejap terjatuh. 

Dengan lajunya dia berjalan sambil mata tepat merenung aku. Akhirnya jatuh di riba aku. 

Heyy, Iam not your mother.

Baby minat akak ye? Hehe

Tapi. Rasa macam dia anak aku pulak! >___<

...

Adik-beradik yang kahwin muda tiada untuk di jadikan contoh. Mak pun bila dibuka hikayat kahwin katanya 'belajar bagi habis, kerja dulu'.

Okey.

...

Pabila Imam Muda Azhar depan mata. Golongan pendakwah muda bersepah merata-rata. 

Mak pun dengan penuh berharap, berkata-kata..

"Nanti cari orang macam ni la nak buat laki".



Ya, mak. Memang ini yang anakmu juga mengharap. Bukan niat nak menggatal. 

Golongan muslimah mana yang tak minta pasangan yang soleh? 

..............

Inche Google
Kualiti imej kurang

Apabila hati mengharapkan sesuatu. Gundah memikirkan takdir yang tak menentu. Kerana hanya Allah saja yang tahu. Sama ada apa yang diharapkan benar-benar baik untukku. Atau bukan yang terbaik untuk di restu.

Gelap betul ni. Hujan nak turun. *tetiba*

Okey hujan dah turun dengan lebatnya. *tetiba lagi*

Mengharaplah sesuatu dengan sederhana. Jangan berharap dengan melampau. Sebab bukan kita yang berkuasa dengan ayat 'Kun faaya kun'. 

...

Terabur semacam entry kali ni. 

Hati dah nun jauh ke sempadan kegelisahan. Apa yang dicari tak dapat dapat lagi. Dan masih kurang jelas. Sigh.

...
Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...