my lovey dovey followers

Monday, 19 December 2016

Bebel.

Assalamualaikum.

Laaama sangat rasa tak update. Cer check balik tahun bila last update. Hahahahaha! Bukan taknak hidupkan blog ni. Tapi entahlah. Jiwa menulis tu kejap ada kejap hilang. Selalu saja aku ni buka sini tapi bila tekan new post... Taip.. Delete... Taip... Delete. Lol. What happened? Jiwa tak ada. Kot.

Kalau boleh kan... Nak je aku coret semua benda dalam ni. Kalau boleh. Memang aku jenis yang benda kecik pun aku nak cerita. Kawan yang rapat dengan aku tu faham lah aku macam mana. Tiap hari kalau lepak sekali aku akan cerita balik apa yang jadi semalam. Dari aku bangun tidur sampailah aku mimpi apa semua benda aku cerita. Haha! Suatu kepuasan okay kalau dapat membebel panjang lebar. Ada orang yang dia tak boleh cerita pada orang lain. Kena tulis. And yes mesti kena ada buku diari satu. Aku ni kalau ada pun buat perkasam ja kot! Bukan yang jenis suka menulis atas kertas. 

Download wattpad dalam fon pun ingatkan nak rajinkan diri coret segala benda. Tapi wattpad pun tak jalan! lol. Apa yang kau mahu wahai manusia? 

Telinga manusia. Indeed. 

I must have someone yang boleh aku buat jadi diari aku. Dalam banyak-banyak kawan mesti ada seorang yang aku tarik jadi diari aku. She will hear everything..... tapi itu dulu. Waktu senang dapat kawan. Biladah makin hari makin tua ni rasa macam method tu dah ketinggalan zaman. Lepas seorang, seorang pergi dari hidup aku. Choii ayat macam hapooo jahh. Not pergi. Tapi menjauh. Pergi tu macam dah innalillah. Semua still hidup lagi. Hahaha. Tapi itu lah... kekangan demi kekangan. Pastu masing-masing menjauh.

Tinggallah aku sendiri. Hari-hari yang dilalui itu aku telan je sorang-sorang. No more cerita pungpangpungpang dekat orang lain. Kalau ada pun..random people. Ikutlah siapa yang aku jumpa. Orang tu lah yang akan jadi mangsa. Hehe. Sorry chingu.

Rugi sangat kan setiap apa yang kita lalui tu kalau kita tak coretkan. Benda yang paling happy pun patutnya kita tulis di mana-mana. So that, we will remember that moment sampai bila-bila. Kadang memang kita akan ingat suatu moment tu. Dalam banyak-banyak moment best mesti akan ada moment yang paaaling kita tak lupa. Tapi sayangnya. Ia akan kekal sebagai momen paling bahagia hanya dalam ingatan. Ingatan kita tak tahan lama. Boleh jadi selepas dua tiga tahun, mesti dah lupa. Di ganti pulak dengan momen-momen happy yang lain.

Tak sepatutnya macam tu. 

Sekecil-kecil benda, kalau kita hargainya dengan buat sikit efort iaitu dengan tulis di mana-mana sesuatu tu akan jadi besar suatu masa nanti. Jadi rujukan untuk kita masa depan nanti. Aku salute orang yang boleh ada diari sampai berlori-lori. Kalau pergi rumah dia sure ada satu rak tu penuh dengan diari. I love read diary. It shows how your life actually. You dont realize how much you have going through until you recall back what things have you did actually. Entahhh apa aku cakap. Hahaha

Aku rasa bangga dapat update post ni. Ketahuilah ketika ni aku sedang menghadapi hujung semester. And, inshaaAllah second last semester. Baki lagi satu semester. Omaigadd. Rasa macam tak percaya i made it! Rasa macam tak percaya aku dah bentang proposal final year project! Rasa macam tak percaya aku akan menghadapi saat-saat final year project ni! Tak percaya! Dulu aku ragu-ragu betul ke aku dah sampai tahap ni? Betul kahhhhh? Bangunlah dari mimpi. You already made it. Tinggal 1/4 lagi dah nak habis. Sedarlah! 

K tu ja nak membebel. 

Adios.