Sunday 14 September 2014

Different

Assalamualaikum wbt. 

Cer teka ni siapa?

Krik krik.

Okey. Sengaja buat cara macam ada kebodohan sikit dalam diri. Kalau pandai sangat pun tak guna jugak kan. Wahaha. I dont know apa yang i tengah tulis ni.

Different. Beza. Lain. Apakah?

Dulunya menaip bersandar di dinding. Duduk beralaskan lantai yang keras tersangat sangat keras.

Sekarang. Dah ada katil sendiri. Meja sendiri. Almari sendiri. Kerusi sendiri. Extension sendiri. Lampu meja sendiri. Bilik sendiri. Cuba teka dimanakah saya? Di mana tempat yang super selesa ni? Di mana?

Mohon jeles.

Saya berada di hotel 5 - 1 bintang. Jadinya hotel 4 bintang. Biarpun hanya 4 bintang tetapi super selesa. Kerana. Wifi laju ohhhh. Okey sekarang betul-betul kena jeles.

Tak warming up apa tetiba cooling down. Hahaha. Tetiba saja ada entry kan?

Mohon jangan berhenti membaca.


...........

Mama Google

Ku termenung sendirian. Mengenangkan kucing-kucing di rumah yang mesti kebosanan sebab tuan yang selalu main dengan depa ni dok jauh. Menyampah pulak tengok susunan ayat ni.

Tak apa. Nanti kemahiran menulis aku mungkin akan ditambah baikkan. Kerana dengan sukacitanya saya mengumumkan bahawa. Aku ambil kursus kemahiran menulis. Menulis apa? Apa-apa sahaja.

Dalam beberapa hari ni banyak sangat perkara yang berlaku. Daya ingatan aku lemah sikit. Jadinya apabila bercerita pasti tak akan cerita sampai habis.

By the way, aku masih perlu biasakan diri dengan keadaan sekeliling dulu. Nak bercakap dengan loghat sendiri pun susah. Tercari-cari di mana sahabat kedahan ni.

Jangan benarkan aku merungut di sini. Bahawasanya, nasib seperti aku ni tak ada apa lah sangat jika nak di bandingkan dengan mereka yang sudah selamat mendarat di negara orang. Bukan negeri orang tapi negara orang. Lagi dahsyat dan mencabar.

...

Pernah suatu ketika pada zaman Rasulullah saw. Sedang Rasulullah dan sahabat-sahabat duduk lepak-lepak(maaf bahasa kurang sopan. lepak zaman Rasulullah dan zaman sekarang berbeza okey)...tiba-tiba ada seorang wanita cantik berjalan berhampiran mereka.

Salah seorang sahabat Rasulullah saw pandang wanita tersebut tak berkedip. Tak dialihkan langsung pandangannya daripada wanita tersebut.

Kemudian, Rasulullah menutup mata sahabat tersebut. Dan berkata, "Jagalah hatimu..," (lebih kurang macam ni la).

Persoalannya di sini. Kenapa Rasulullah tak cakap 'jagalah penglihatanmu'?

Ikut logik. Semuanya bermula dari hati. Kalau kita melihat perempuan cantik tersebut tapi, seolah-olah kita sedang melihat sebatang penyapu. Kita melihat tapi tiada perasaan. Maksudnya, hati kita masih terjaga. Alhamdulillah.

Tapi kan...betul ke kamu tengok perempuan cantik/lelaki kacak, tapi takda apa-apa perasaan?

...
Wassalam. 

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...