Friday 22 August 2014

Kuatlah!

Inche Google

Assalamualaikum wbt.

Saat jari laju menaip ni. Hati nun jauh ke sana. Ke sana yang tiada senyuman. Sana yang hiba. Sana yang pilu. Sana yang suram dek awan yang mendung. 

Hati ini hiba dan pedih. Tak dapat membayangkan tuan badan yang menanggungnya. Mungkin hati mereka lebih hiba daripada aku.

Bukan mungkin. Pasti!

Kepada seluruh keluarga mangsa tragedi MH17. Salam takziah daripada saya. Terimalah kehilangan ini sebagai ketentuan. Ketentuan daripada Allah yang Maha Berkuasa ke atas kejadian kita.

Kematian itu pasti. Cuma cara dan masanya yang berbeza. 

Setiap perjalanan. Mesti ada perhentiannya. Setiap permulaan. Pasti ada pengakhiran. Setiap yang bernyawa. Pasti akan mati.

..............

Kita tiada kuasa. Kerana kita hanya hamba.

Tapi kita ada senjata. Senjata kita adalah doa.

Saat mendengar khabar yang duka. Doa menjadi titik mula.

Bermohon kepada Yang Esa. Agar dikuatkan hati yang lara.

Kehilangan ahli keluarga bukan satu perkara yang biasa.

Kita rakyat satu Malaysia. Mustahil kau berduka aku gembira.

Terimalah dugaan ini dengan hati yang redha.

Kerana aku yakin Allah tidak akan menduga orang yang lemah hatinya.

.................

Sumber: Facebook Berita Harian

Sumber: Facebook Harian Metro
-anak tunggal kepada co-pilot, arwah Ahmad Hakimi Hanafi, Abderrahman, 9 bulan-

Wajah anak kecil ni yang paling aku sebak melihatnya. Andai dia dapat berkata-kata. Teringin sangat nak dengar apa yang dia sedang rasai. Tahukah dia kenapa dia di kelilingi orang ramai. Tahukah dia majlis apa yang dia sedang hadiri.

Tiada lagi ayah yang selalu meluangkan masa dengannya. Tiada lagi ayah yang selalu mendukungnya ke sana sini. 

Anak kecil. Membesarlah menjadi anak yang soleh. Jagalah ibumu.

Otak membeku. Fikiran ibarat terhenti. Hati sedih. Tekak pedih menahan sebak. Air mata bertakung menanti bentengnya pecah. Ini ketentuan Ilahi. Dugaan kepada mereka yang Dia kehendaki. Sabarlah hati.

Allah..kuatkanlah mereka. Tabahkanlah mereka untuk menghadapi hari-hari seterusnya tanpa orang yang tersayang di sisi. 

.............

Mereka yang di duga. Kita pula yang terasa. Kerana kita bersaudara. Meski bukan saudara kandung. Tapi kita saudara se-Islam. Kita saudara satu negara. 

Kau berduka. Mustahil aku gembira!

.............

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...