my lovey dovey followers

Sunday, 12 April 2015

a Decision.

Assalamualaikum wbt.



Lapangnya saya rasa bila dapat menaip di sini. Kakaka. Dan ingatlah ketika jari ini mampu meng-update entry baru, ini bermakna ilham baru muncul setelah berbulan lamanya. Erk!


This is for you, 'kanak-kanak riang' yang bakal membuat pilihan ke matrikulasi atau asasi atau diploma atau form 6 atau apa lagi? Saya bukanlah luas pengetahuan tentang ni. Lebih kepada nak memberi nasihat. Dan guide kamu supaya buat pilihan guna mata hati. Bukan fikiran yang dah di set kan dengan niat yang tak betul. Okay?


Saya dulu buat pilihan ni adalah something yang too easy. Petik jari pun dah boleh buat keputusan. If dengar kawan-kawan cerita pasal macam mana peningnya diorang nak buat pilihan nak masuk ke situ atau ke sini, saya be like 'How come you all boleh confuse sampai macam tu sekali. Bersyukurnya saya bila saya tak macam tu.' Hehe.


Lets start.


Untuk asasi basically 7a3b dan ke atas baru dapat. Matrikulasi pulak 3a dan ke atas. And subjek addmath at least got C. Mungkin la. Diploma inshaaAllah if your result is not too bad dapat ja. 


Let say tak ada rezeki untuk ke semua yang di atas. Jangan risau. Banyak lagi pilihan yang ada. Peluang untuk belajar masih cerah. Dont stop. Belajar dan belajar dan belajar. Jangan berhenti.


Eg, pra-diploma, politeknik, kolej komuniti and......entah. ><


Bila nak buat pilihan tu, jangan lupa.. Allah lah yang akan beri kita petunjuk nak ke mana. Jadi, jangan pernah sesekali jauh dari Allah. Setiap apa yang kita nak buat, Allah lah yang menggerakkan kita. So, approaches Allah. And chill.


Tahu bila nak buat pilihan tu susah if dapat tawaran antara diploma dan matrik/asasi. Tapi, bila kita muhasabah balik hati. Sucikan balik niat. Allah akan gerakkan hati kita untuk buat pilihan tu.


This is my story. Rasanya kalau pernah baca entry yang sebelum ni, dah tahu kot benda ni.


That time bila harus buat pilihan. Antara Kolej Matrikulasi P.Pinang atau Diploma sains, uitm perlis. But actually sejak di sekolah lagi dah niat. Kalau result tak berapa nak cun sangat, masuk matrik. 


Dan ditakdirkan result spm saya memang kurang cun sikit. Cun. Tapi....kurang. Herher


Dapat ja slip spm tu. Okay aku nak masuk matrik! Isi UPU pun ala kadar saja. Dapat diploma sains, redha. Sebab bukan nak pergi pun.


At the same time, abah saya pun cakap 'Masuk matrik la'. Saya, 'Okay. That is my decision too.' Nampaknya possibility untuk masuk ke matrik sangat tinggi. Dan Alhamdulillah. Di sebalik pilihan yang dibuat tu, ada sesuatu yang sangat indah. Cantik Allah aturkan perjalanan hidup saya.


Walaupun orang cakap matrik susah and bla bla bla. I dont care. Saya tak suka belajar lelama. Belajar kejap cukup lah. Saya masuk matrik untuk cover balik result spm yang entah apa-apa.


Jangan fikir masuk sini nampak hebat, so, masuk sini ja lah. Dont! Clearkan hati. Bersihkan niat. Apa yang kita nak cari? Ilmu. Ilmu kerana siapa? Allah. Please jangan membezakan itu lebih hebat atau ini nampak macam tempat orang yang.....errr. Dont!


Kita nak banggakan ilmu yang kita dapat. Bukan tempat kita belajar. Buktikan kita boleh berjaya tak kira dekat mana pun kita.


Jadi, buat pilihan tu, dengan bersangka baik kepada Allah dan orang lain.


Saya masuk matrik tanpa saya tahu pun ke mana saya lepas ni. Just follow the flow. Bila orang tanya lepas matrik nak sambung apa? 

Errr..Krik krik.


Yes. Kita tak tahu pun ke mana kita selepas tu. Jangan panik! Belajar dulu. Perlahan-lahan kamu akan tahu dengan sendirinya. 


Dan. Sad to say. Saya buat pilihan dengan keadaan yang kucar-kacir. Dan terpaksa menerima apa jua keputusan. Dan alhamdulillah. Ada something special yang Allah aturkan untuk kita di sebalik kucar-kacir tu. Jadi, sentiasalah bersangka baik kepada Allah.


Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada sebab. Pasti ada hikmah.


Dan memang special betul la apa yang saya dapat tu. Sangat special. Double triple special. -feeling loved-



Jangan pernah ragu dengan keputusan yang kita buat. Allah jualah yang menggerakkan hati kita. Sebab hati kita Allah yang pegang. 



Bersihkan niat ya adik-adik. Tugas kita belajar. Belajar ilmu yang datangnya daripada Allah. Kita bukan tuntut saham dunia saja. Saham akhirat kena cari lebih! Kalau tak nak 'lapar' di akhirat nanti, bersusah lah di dunia. Cari Allah.



Cari ilmu tu biarlah secara merangkak pun. Asalkan ilmu itu kita dapat dan memanfaatkan untuk orang lain.



Okay?


Ingat. Jagalah Allah. Allah pasti akan jaga kita. Yakin!



Moga Allah permudahkan kamu.