Wednesday 20 August 2014

Kehilangan

Asslamualaikum wbt.

Sudah jawab salam baru boleh baca leteran aku yang seterusnya. Peraturan baru untuk blog ni. Okey?

....

Tok Wan approach me. Then, he ask.

"Nak bagi cerah mata kena buat apa?" With his senyum lebar.

Aku betulkan spec. "Emmm...taktau," Aku ni spesis malas fikir jawapan.

"Baca Al-Quran," Jawab Tok Wan dua patah. Dengan senyum lebar tak sudah.

Sengih. Angguk.

Muka ni lah yang selalu kena merepek dek Tok Wan, mak, mak saudara kerana only me pakai spec yang tebalnya bakal di tambah lagi. 

"Tengok tv macam nak telan tv tu terus. Padan la kena pakai spec,"

"24 jam dok mengadap laptop, henset...patut power spec naik,"

Rabun ni sejak dulu lagi. Since 2009. Yang bezanya. Dulu power kiri-75 kanan-50. Dan sekarang kiri-350 kanan-325. Apa boleh buat? 

Baru angka 3 di hadapan. Dah ramai yang bising. Kalau angka 8 di hadapan.. Acano tu?

....

-Tragedi MH17-

Esok. 22 Ogos 2014. Jumaat. Merupakan Hari Berkabung untuk negara kita. Malaysia. Kerana jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 bakal tiba pada jumaat ini.

Tipu la kalau hati tu langsung tak rasa sebak. 

Terbaca istiadat untuk berkabung. Siaran-siaran televisyen perlu menunda segala rancangan hiburan. Dan di gantikan dengan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran.

Baca istiadat pun dah sebak. Lagi la apabila terdengar instrumental yang sangat sayu di kaca televisyen. Video yang menayang gambar-gambar mangsa dan ahli keluarga mangsa.

Tekak rasa perit. Nak telan liur pun sakit. Mereka. Saudara kita. Lagi perit bahu keluarga mangsa yang harus menggalas dugaan berat ini. Kehilangan orang yang kita sayang merupakan dugaan yang sangat berat. Percayalah.

...............
Inche Google

Saudara.
Kehilangan itu satu dugaan. Tiada siapa yang dapat menerima kehilangan dengan senyuman riang!
Jika dia dapat melakar satu senyuman. Pasti. Senyuman itu hambar.
Allah menguji kita dengan sebuah kehilangan. Ini satu petanda. Ini satu peringatan.
Tiada siapa yang akan kekal di sini. Berat mana kasih sayang yang di limpahkan.
Kita pasti akan pergi juga!

Semalam aku baru mendengar ketawa mu.
Semalam kita bergurau. Kau berjenaka. Aku ketawa melihat mu.
Semalam aku mendengar cerita dari mu. Kau bercerita dengan bersungguh. Aku tekun mendengar.
Semalam kau potretkan sebuah lukisan.
Kau kata. 'Jika aku tiada. Jadikan potret ini sebagai penggantiku'.
Mana mungkin lukisan angin ini dapat menggantimu! Sela ku.
'Rasailah kehadiranku dengan angin.'
'Kita tidak dapat melihat angin. Tapi, kita dapat merasai kehadiran angin.'
'Seperti aku. Nanti jika aku tiada. Kau tak dapat lihat aku lagi. Tapi, aku yakin kau akan dapat merasai kehadiranku.'

Hari ini. Kau dah tiada. Pergimu tanpa ku duga.

Saudara.
Kehilanganmu amat berat bagiku.
Kau pergi dengan tiba-tiba. Tanpa pesanan yang jelas.
Baru aku sedar. Ketentuan Allah itu kadang-kadang datangnya tanpa amaran.
Kehilangan itu selalu datangnya tiba-tiba.
Perit jika datangnya saat kemuncak kasih sayang kita.

Tak hairanlah jika semalam aku baru saja memeluk tubuhmu erat.
Hari ini berita kehilanganmu sudah ku dapat.
Kerana kau juga milik Dia. Dia yang lebih berhak ke atas kau.

.............

Menyayangi itu harus berpada-pada. Cukup kita saling menyayangi kerana Allah Taala. Kerana waktu itu kita dah sedar orang yang kita sayang bukan milik kita seorang. Tapi juga milik Dia, Sang Pencipta. 

.............

Aku bukan minah sastera. Belajar sastera pun tak pernah. Belajar subjek Bahasa Melayu pun akulah budak yang selalu tertidur tu. So, apa-apa kerosakan dekat puisi tak jadi di atas. Halalkan ya!

Adioss. Salam 

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...