Sunday 29 June 2014

Nostalgia berpuasa di SMK Sultanah Asma

Assalamualaikum. Sihat dak? Puasa dak? Heee. First post untuk bulan ramadhan rasanya ni. Maklumlah blogger yang paling busy sekali. Kihkihkih. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa 1 ramadhan dekat rumah. Agak kekok juga lah kat rumah ni sebab baru nak merasa nikmat buka puasa dekat rumah yang real punya. Hahah. Hiperbola ja aku ni. InshaaAllah sepanjang bulan ramadhan tahun aku akan duduk rumah sepenuh masa. Tahun-tahun sebelum ni, 5 tahun dekat sekolah sebab aku dulu penghuni asrama. Then setahun di matrik. Tahun ni dekat rumah pulak lah. Gaya macam tak pernah berbuka dekat rumah langsung kan? Hehehhe. Biasaaaa. Nak cewi sikit.

Nak cerita nih. Kenangan berpuasa dekat sekolah dulu. Setiap tahun ada kisahnya sendiri. Bila ingat balik...ternangis pun ada, tergelak pun ada, geleng kepala...Ingat balik nostalgia ni buat eksperesi muka aku jadi macam pulak. Nasib ingat masa tengah nak tidur. Kalau masa siang, confirm depa cop aku gila. hahah. Post yang agak panjang. Mohon jangan berhenti baca. Aku excited benar nak berceghita di kala perut tengah menyanyi ni.

Form 1(2008)
Tahun pertama aku bergelar pelajar di smk sultanah asma. Kerenah budak2 form 1 ni tahu2 sendiri lah macam mana kan. Masing2 anak manja mak dan abah lagi, so, perangai pun jenuh la warden asrama nak jaga. ahaha. Kami segerombolan 'fly'. Mogok sebab sir(ketua warden) tak bagi outing sendiri. Padahal minggu tu masing2 banyak barang yang nak di beli. parents pula tak boleh mai. Minta dekat sir nak keluar, tapi sir tak bagi. Then, nekad nak keluar jugak. Hehehe. Keluar tanpa kebenaran tahu lah kan macam mana. Keluar ikut pintu belakang dengan panggilan lain bagi budak hostel....fly. Pergghh. Tak padan dengan junior. Form 1 pulak tu. Dah berani fly. Malam tu, sir suruh mengaku siapa yang keluar tanpa kebenaran. Aku and the geng buat derk saja. Hahah. Jahat benar! Selain kami, ada lagi yang fly. Sir marah betul. Sampaikan ada yang kena buang jawatan pengawas. Itu saja. Aku and the geng tak mengaku sampai ke habis sekolah. Hahah

Form 2(2009)
Tahun ni sedih sikit lah. Tapi, bukan terjadi dekat aku. Tragedi dekat family kawan aku. Aku pula tukang sampaikan berita saja. Hal ni dua hari sebelum raya. Masa ni semua pakat dah cuti. Pakat tak sabar nak raya dah. Pagi tu kakak aku tengah baca surat khabar. Then aku pun nak baca jugak lah. Macam drama dah waktu ni. Aku tengoklah muka depan surat khabar metro tu. Terpampang besar2 tajuknya, Syawal Pilu. Tengok tajuk, biasalah kan kita pun terasa kasihannya sekali.

Then, baca pula description bawah tu. Eh, nama budak ni macam nama kawan aku. Hah sudahhh. Umur pun sama. Lebuhraya gurun. Berdekatan dengan rumah dia juga. Tengok gambar, tak jelas sangat sebab gambar terlalu besar. Jantung macam nak pecah ja, sebab memang tu gambar dia. Air mata dah mencurah-curah. Baca pula berita penuh dekat muka surat dalam, memang confirm dia kawan aku. Sekelip mata saja dia kehilangan mak, ayah dan dua orang kakak. Kemalangan membabitkan kereta dan lori muatan minyak.

Form 3(2010)
Zaman PMR ni. Dompet hilang. Tercicir dekat mana cek pun taktau. Yang pasti, maybe tercicir masa aku berbuka puasa dekat luar (Old Village) dengan classmates and guru kelas. Entah macam mana aku boleh langsung tak sedar. Malam masa nak tidur baru aku perasan dompet takda! Cari punya cari, memang takda. Hairan betul. Sekali dengan ic hilang. Lepas raya pulak PMR. Naya ja aku masuk dewan exam dengan ic sementara. Famous lah sat! Hahaha.

Form 4(2011)
Masa ni up sikit. Dah perasan jadi senior. Hoho. Tapi saya seorang senior yang baik okey. Tahun ni aku ada krisis dengan senior form 5 masa bulan puasa. Sampai kena maki habis-habisan baq hanggg.

After balik dari cuti raya, senior form 5 panggil aku dan tiga orang lagi kawan. Kami berempat di cop 'kepala'. Faham? Maksudnya kami yang memulakan krisis ni. Haaaa hebat tak? Sampai kena tuduh macam tu sekali. Jujur, memang kami ada tak puas hati dengan depa. Tapi, serius aku terkilan dengan apa yang depa balas dekat kami. Sebabnya, krisis ni pun jadi sebab sikap depa sebagai senior tu agak melampau. Kami cuma nak menegakkan keadilan untuk adik-adik junior kami okey. Huh termarah pulak. Hehe. Maaf.

Form 5(2012)
Tahun ni pulak hilang handset. Terjadi pada bulan puasa juga. Masa ni aku baru habis tuisyen. Tuisyen luar bukan under sekolah. Tertinggal fon dekat Pusat Dakwah. Patah balik nak ambil, dah tak ada. Tanya orang tu tanya orang ni. Semua cakap tak tahu. Hairan sangat. Tak sampai 5 minit aku tinggal, dah diambil. Kebetulan pula handset aku bateri kong. Memang takda rezeki nak dapat balik lah. Hari tu buka puasa pun dah tak selera. Handset kesayangan kot. Kesayangan aku dan abah. Huhu.

Abah aku gelak ja. Hahah. Dulu hilang dompet. Ni hilang handset pula. Jaguh keciciran barang aku ni. Kihkihkih. Balasan lah kot. Sudah di larang bawa handset ke asrama, tapi aku bawa juga. Degil kan. Seminggu aku dok berchenta dengan public fon. Macam kembali ke zaman junior dah kena beratur nak guna public fon. Bahaha.

The end.

Thursday 19 June 2014

Surah Al-fatihah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pemilik Hari Pembalasan.
Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Jalan yang Engkau berikan nikmat kepada mereka.
Bukan jalan mereka yang engkau murkai.
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Assalamualaikum. Apa khabar? Boleh cam tak barisan-barisan ayat yang indah di atas? Kalau yang tahu, Alhamdulillah. Kamu wajib tahu. Bukan kamu saja. Semua orang Muslim wajib tahu. Andainya tak tahu, bukalah hati untuk tahu. Ayat-ayat di atas adalah makna surah yang kamu baca dalam setiap rakaat solat mu. Al-fatihah.

Ada yang sekadar membaca tanpa mengerti apakah maksudnya. Bangga sekali dengan orang kerana dia mampu baca Al-fatihah. Dia mampu solat dengan kalimah-kalimah yang indah. Sedangkan lagi indah jika dia tahu erti ayat-ayat tersebut.

Apa kata mula daripada sekarang, kita sama-sama menghayati betul-betul surah Al-fatihah ni. Hayati erti setiap ayat tersebut. Ingat pengertiaan tersebut. Tak susah untuk hafal makna-makna tujuh baris ayat tu. Percayalah…dengan izin-Nya, tak susah.



Solat rasa berbaloi kalau kita tahu apa yang kita minta sebenarnya dalam setiap rakaat. Just want to share. Perbetulkan saya kalau saya salah. Terima kasih.

Monday 16 June 2014

Pesanan Buat Hawa

Assalamualaikum. Apa khabar? Izinkan saya menulis bicara. Saat ini mood menulis saya agak down. So, harap yang membaca ni pun janganlah down. Penulisan saya mungkin tak sehebat idola saya... Hlovate. Bahkan jauh sekali blogger-blogger yang hebat tara Irine Nadia Marcello...Hanis Zalikha.

Mohon maaf kiranya blog saya sangat kekurangan input. Mungkin saya banyak cerita tentang saya. Tapi, percayalah...saya bercerita tentang saya untuk anda. Ya. Anda yang sedang membaca.

Ini cerita beberapa hari yang lepas...

Sedang asyik bersantap bersama bonda dan kakanda, someone we call Wan Lek datang rumah. Masa tu abah ada dekat ruang tamu. Jadi, abah yang bersembang dengan Wan Lek. Wan Lek ialah adik kepada Tok Wan. Kiranya bapa saudara abah. Suara Wan Lek sangat lantang. Garang pun ada. Maklumlah kerjaanya bapak polisi. Dengar ja bunyi riuh dekat luar, dah tahu tu suara Wan Lek.

Tengah-tengah syok makan tengah hari, Wan Lek datang dekat kami sambil cekak pinggang. Gaya macam tengah tengok aku makan. Perasan kejap. Sempatlah mak pelawa dia makan nasi sekali.

"Mai la makan," Mak pelawa.

"Anak dara tak ajak. Aku tak mau lah," Wan Lek memang suka melawak. Selalunya gurau kasar gitu. Kami dah biasa. Aku makan sambil menunduk. Mak masak kari sedap. Tak pandang lain dah.

"Ni yang mengaji di mana?" Sambil tengok aku. Aku pun tengok mak. Nak tunggu mak jawab. Mulut aku penuh. Wan Lek jarang nampak aku. Sebab akulah yang paling jarang ada dekat rumah. Dulu masa kecik-kecik selalulah nampak.

"Kepala Batas," Mak jawab. Harap aku nak jawab, tak menjawab soalanlah gamaknya. Aku sangat tak pandai berbicara dengan orang yang lebih tua.

Wan Lek gaya macam nak balik dah. Tengah dia nak pusing ke belakang, gamaknya ternampaklah bilik perkongsian kami bertiga. Biliknya hanya bertirai. Pintu dalam proses nak beli.

"Ni bilik sapa?" Wan Lek tunjuk dekat bilik kami. Aku angkat kepala. Alamak!

"Bilik anak-anak dara," Mak jawab. Wan Lek geleng kepala. Terkejut dengan kesepahannya mungkin.

"Kalau aku jadi ayah hampa lah...memang kena dah. Aku cukup tak boleh tengok sepah-sepah...,"

Aku tengok kakak aku. Pastu jeling mak pula. Mak gelak. Kena brainwash dengan Wan Lek dah.

"...kalau anak dara ni aku tengok dua benda ja. Bilik tidur. Sinki dapur. Kalau dua benda ni tak jadi... memang dak la," Bla...bla...bla...ada banyak lagi yang Wan Lek bebel. tak ingat dah. Tapi, memang betul-betul kena brainwash lah kami. Sekali dengan mak pun dok bebel jugak. Hahaha.

Lepas habis matrik ni aku rasa macam hidup aku dah lain. 19 tahun sudah. Buat salah sikit, mesti ada yang menegur. Part yang tak pernah berhenti di bebel... memasak. Mengemas rumah. Dah kata anak dara...memang tak boleh lari dari benda-benda ni.

Pakcik Makcik aku semua dah mula masuk campur. Bukan mak dan abah ja. Masak tak kena, tadah telinga laaa. Kemas rumah tak reti, memang kena sebakul laaa. Dari situ aku dah nampak alam dewasa. Bak kata orang, umur sebaya aku ni dah boleh berumahtangga.

Ada betulnya juga. Pernah terfikir..kalau esok aku kena kahwin, pegang senduk belanga pun kekok. Kemas rumah reti...tapi, selalunya tak perfect. Nak melayan mak dan abah pun entah apa-apa. Inikan pula nak melayan mertua yang baru kenal. Oh tidakkkk. Pendek kata belum bersedia.

Maksudnya kena bersedia dari sekarang lah. Kena belajar dari sekarang. Sementara ada masa yang sangat lapang, better grab the chance. kan?

Jadi, sekian sahaja pesanan buat anak gadis mak dan abah sekalian. Kita bakal menjadi suri rumah. Tak kiralah awak kerja besar tara mana pun, nanti akan masuk dapur juga!

Saturday 14 June 2014

Bosan!

Assalamualaikum. Apa khabar? Tengah buat apa tu? Talk with me huh? Yeah! I'm talking with you. I nak ajak you keluar. Amacam? Mauu? Mohon setuju sebab orang yang ajak anda ni anak kepada ketua segala bodyguard. Muahahaha. Okay merapu. Aku bosangggggg.

Saat ini aku kepanasan. Hari ni panasnyaaa Ya rabbi. Sangat! Tapi boleh la hidup lagi. Dua bulan lebih lagi bercuti. Haiiyaakkk. Selagi aku tak habis cuti selagi tu lah aku akan cerita tahap kebosanan aku dalam blog ni.

Bangun pagi. Sarapan. Tengok tv. Facebooking. Twittering. Laptop aku kejap on pastu off. sama juga macam fon kejap unlock kejap locked. Boleh faham tak tahap kebosanan aku ni paras mana? Blog ni dah jadi macam diari aku dah nak cerita segala benda ni.

Hari ni adik aku balik asrama dah. Almaklumlah cuti sekolah dah habis. Lepas ni takda orang nak buli aku dah. Wakaka. Nampak tak? Bukan kakak yang buli adik. Adik yang buli kakak! Nakal benar pakcik sorang tu. Kesunyian bertambah tatkala hanya aku n kakak sulung yang asyik bertikam lidah.

Macam nak nangis ja rasa! Rasa macam...boleh tak ada drama sikit dalam hidup aku ni? Drama ala-ala Korea. Kalau tak Korea melayu pun boleh! Weeee~~~

Jadi pembantu rumah pun jadi lah. Sesiapa perlukan pembantu rumah? You can contact me. Hehehe. *Kalau macam tu baik kahwin ja terus!*

Teringin nak travelling! Wahhhh bestnya. Andai aku bisa. Andai aku punya banyak wang. Andai aku bisa driving. Andai aku...Astaghfirullah......jauh kan aku ber-andai? Berangan sangat kan? Itulah. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu berbuat apa-apa selain tengok muka mak dan abah everyday.

Maaf andainya aku gila sebentar. Saja nak merapu tatkala mood bosan melanda. Ada cadangan nak aku buat apa dalam masa dua bulan lebih berbaki ni? Sesiapa yang memahami..give me high 5! >_<

Nice to meet you.


Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...