Saturday 30 June 2018

I am Turning 23!

Assalamualaikum. Hi guys!

How are you doing? Hope all is fine there. Acewahhhh.

Yesterday alhamdulillah Allah allow me to live another year of life. So I am officially 23 years old now. Kenapa pula aku speaking ni?

23 tahun rasa macam muda lagi. Tapi guys, aku dah bukan di alam nak berhuhahuha tak tentu arah lagi dah. Zaman aku pergi kelas pun dah habis. Zaman yang kononnya dekat library terlanggar cowok pastu buku jatuh bertaburan mata bertentang mata semua tu sudah berlalu guys.

Aku rasa being a 23 y/o ni paling mencabar sepanjang hidup aku buat masa sekarang. Semua dah kena handle sendiri. Tak ada masa orang nak manjakan itu ini. Ya they even dont care I am puteri bongsu mak abah kan.

Alhamdulillah aku pun dah graduate last year. Tapi fasa mencabar tu bila part kena cari kerja. Dah almost 8 bulan ni tetiba aku rasa aku tak well prepared untuk bekerja sebab tu lah kot Allah tak izinkan lagi rezeki kerja aku turun. Huhu.

Orang kata bila umur masuk 23y/o ni mencabar sebab, masa ni kita dah graduate, kena cari kerja untuk settle kan hutang-hutang belajar, dah start kena balas jasa parents, akan ada masa up and down, broken hearted, terpisah jauh dari kawan-kawan, forever alone, kena meet up new friends, kena build life sendiri, etc. Mencabar isnt?

Dulu boleh la nak buat-buat skema. Nak buat itu ini harapkan kakak-kakak or parents. Tapi bila dah graduate ni pakcik makcik saudara mara pun dah start tak bagi duit raya. Sebab dah besar kan. Padahal dah besar lah kena dapat duit lagi banyak. Nak bayar hutang belajar, nak cari kerja, nak bayar bil telefon. Kecik-kecik dapat duit banyak buat apa buat habis beli mainan jee. Hahahah well kecik2 dapat duit raya banyak kena menabung untuk kegunaan bila dah besar lah kan.

So far aku belum termasuk dalam fasa masalah hati tahap serius lah. Alhamdulillah masih dijauhkan. Nak handle diri aku yang terumbang-ambing sekarang ni pun tak terkejar. Inikan pulak nak handle masalah cinta. Aku pun tak terfikir langsung lagi bab ni. Even dah habis belajar pun orang tak kalut tanya bila aku nak kahwin. Maklumlah terselamat sebab I have 2 sisters. And maybe depa rasa aku ni kecik lagi? Kahkah mengarut.

For reflection, whats interesting about being 23y/o? My mom always said, anak-anak dia dah besar tapi perangai tetap sama. Dekat sini aku dah rasa pressure. Sebab? Ye lah, kalau perangai sama macam 3 4 5 tahun lepas, means, kau gagal ubah diri kau jadi lebih baik. Look back macam mana diri kau 5 tahun lepas. Compare dengan sekarang. Kalau dulu kau bangun tidur tak kemas tempat tidur dan sekarang pun sama, means, gagal lah tu.

Apa sumbangan yang kita boleh bagi dekat orang lain kalau diri sendiri pun tak mampu nak ubah? We are nothing lah kalau tak rasa nak ubah diri jadi lebih baik. Betul tak?

Usia semakin meningkat. Lagi 7 tahun nak masuk 30y/o. Memanglah nampak uishhh jauh lagi nak sampai 30y/o. Tapi pejam celik tetiba dah rasa baru semalam officially 23y/o kenapa tiba-tiba dah 30y/o? Then masa tu apa achievement yang boleh kita buktikan bahawa dengan terciptanya kita dekat dunia ni, bukanlah seorang yang useless.

Apa yang kita nak banggakan lima tahun akan datang? Apa yang kita dapat buktikan yang diri kita bukan yang sama seperti lima tahun lepas?

Live your life. Allah dah bagi peluang hidup lama ni, cuba sehabis baik guna masa yang ada buat something yang kita suka. Something yang kita happy. Aku ada terbaca di timeline facebook. Ada ustaz ni share pasal kita perlu cari kebahagiaan diri sendiri dulu baru kita bahagiakan orang lain. Focus on yourself first than others.

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah sentiasa ada bila kita perlukan Dia. Tak perlu ternanti-nanti. Tak perlu tercari-cari. 

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...