Monday 29 April 2013

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Perhatian!!!
Entry ni macam syok sendiri. Heee. So, untuk apa-apa nasihat atau rujukan sila ke sini Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebarang comment atau pertanyaan akan di alu-alukan. Terima kasih.

Assalamualaikum. hai! *bunyi cengkerik ja* kejap ja masa berlalu. macam baru semalam daftar masuk form 1. huhu. hakikat yang tak dapat disangkalkan, ana dah 18 tahun bukan 13 tahun. keh3. sekarang ni masih buat kerja yang sama, menternak badan di rumah.

*smile* aku dah dapat tawaran universiti banyak dah ni. but, aku ignore. sebab semua swasta. matrik pun dah kluar result permohonannya. Alhamdulillah aku dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. niat macam nak pergi, tapi, result upu tak kluar lagi kan. so, tak confirm. dengar2 memang terbaik matrik ni. dengar2 ja laa. tak merasa lagi pun.

kawan2 sekolah aku memang ramai gila ar dapat kmpp. kalau masuk situ, senang la aku. tak jauh sangat dari rumah. macam time aku sekolah menengah dulu laa. dari rumah ke sekolah, dekat dua jam gak ar nak sampai. apa2 pun, life must go on. haha. *ada kaitan ka?*

cek semangat dah ni nak masuk belajar. almaklumlah, masuk dunia baru nanti. kawan baru, geng baru. suasana baru. pengajar baru. pakwe baru. erk? caption last tu perlu kah? *pakwe lama pun takda* porraahh.

sat, title besar apa tah? Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. start merapu dah ni. aku taktaw sangat pasal kmpp ni. lepas dpt tawaran kmpp ni, baru la terhegeh-hegeh aku buat research. serius tak pernah tahu pun pasal kmpp. time isi matrik last year aku letak ja kmpp pilihan number 3. tak sangka pulak dapat. sebab aku target kolej matrikulasi kedah sebenarnya. kaget sangat la dapat penang.

but, rezeki, Allah yang bagi kan, so...pandai2 la nak hargai. orait, lepas research pasal kmpp ni, macam2 la jugak aku dapat taw. korek dekat portal rasmi kmpp. hehe. biasa laa. curious sangat ni pasal kmpp.

kata senior kmpp, lokasi kmpp ni jauh sikit dari bandar. nak pergi bandar, naik bas dalam 5-10 minit baru sampai. *gaya cakap macam jauh sangat* meh aku bagi peta. *curi dekat portal kmpp. sebab kalau nak masuk kmpp ni nanti, cari tak jumpa pulak. here :
lokasi KMPP
jelas tak? aku cilok ja ni. kah3. orait, so. after aku research and research lagi. kmpp memang best laa. macam2 kemudahan ada. and, kalau boleh bawa diri, in shaa Allah, kalau tempat tu buruk sekali pun, we can make it comfortable. sekian. lepas ni aku post lagi pasal kmpp. K Bye. Salam.

Friday 12 April 2013

Kawan Tetap Kawan

Assalamualaikum and haii you . now pukul 1:20 a.m. . aku dengan bangganya mengisytiharkan bahawa aku akan jadi Zoro tak lama lagi . erk? . yup, Zoro sebab suka sangat berjaga sampai lewat malam . kata mereka yang seusia dengan aku, tak remaja ar kalaw tidur awal . woooo ada juga ya pembicara begini . *aku la tuu* awat? tak paham? *ignore* .

my life takda la owesome sangat kalaw aku nak cerita pun . nak story pasal cinta? huuuu, aku blur bab ni . so, aku lebih suka bagi nasihat jepp . nasihat pasal apa yaaa . hmm . aku rasa my life boleh kot jadikan bahan untuk nasihat . hah! KAWAN . dua tiga hari ni lah kan , aku asyik terfikir pasal kawan2 aku jaa . macam mana depa layan aku dulu . macam mana aku layan depa . and so on laaa .

fikir pasal kawan sepatutnya yang baik2 kan . tapi, aku rasa aku ada perasaan tak puas hati dekat kawan aku . sampai aku pernah cakap dengan diri aku sendiri, aku dah tawar hati dengan kawan2 aku . but, WHY? kita sepatutnya dah taw kan...nobody is perfect . inilah jadinya kalaw asyik fikir negatif jaaa . ku akui aku memang berfikiran sempit plus negatif . take a note ya . POSITIVE THINKING BRING US TO GOOD AND BETTER LIFE .

tak kira la baik ataupun buruk kawan kita tu, kita kena selalu ingat dalam setiap doa kita jugak . even kawan kita tu kaki mengumpat plus mengutuk kita, kawan tetap kawan . tanpa kawan happy kah hidup kita? kawan yang dok mengata kita tu jugak la yang selalu tadah telinga dia untuk dengar setiap bicara kita . sama ada dia dengar atau tak bicara kita tu lain cerita laa . tu hal dia . orait, got to go . K,Bye! Salam.

Monday 8 April 2013

20 sen vs. RM5

Assalamualaikum and hai from me to you all . about crush aku tuuuu . lain kali ar aku story pasal dia . mood bercrush-crush ni tak ada maaa . and now, story aku ni untuk pengajaran aku dan juga reader(kalaw ada yang baca la) . suatu peristiwa yang aku tak dapat jawapannya sampai sekarang .

kadang-kadang aku ada terfikir pasal benda tu . kenapa benda tu terjadi time tu . apa mesej di sebalik peristiwa tu . meh aku story ...... time tu aku and kawan2 keluar p Karnival Pengajian Tinggi dekat Stadium Darul Aman . kan masing2 lama tak jumpa . time tu la kami curi peluang nak berjumpa .

orait, so lepas penat dah cari ilmu, minta nasihat untuk pilihan masuk universiti and so on, kami pun take a break for lunch . kami lunch dekat KFC . and untuk related kan peristiwa yang aku kata tu , sebenarnya pasal duit .

before keluar tu aku dah bajet siap2 duit aku tu . untuk makan, tambang bas and teksi, and beli apa2 . kena bajet la sebab aku bukan anak orang kaya . aku keluar tu pun guna duit sendiri yang hanya ada RM40 . bayangkan wey, aku keluar dari kuala ketil ke alor setar dengan duit RM40 ja . tambang bas pergi and balik dah RM16 dah . teksi ada la aku habis dalam RM6 . untuk makan KFC tu aku dah bajet RM10 ja .

haa,time makan KFC ni la bajet aku hilang . sebab kawan aku yang tolong belikan . aku jaga meja . "nak duit berapa?"aku tanya. "rm20" damn!!! aku terkedu . sebab duit aku masa tu rm20 cukup2 . dengan muka yang cover habis aku sua kat dia rm20 . ingatkan lebih dalam rm7 .

dapat2 balik balance . rm4 . sepatutnya murah lagi . tapi, punya la cerdik kawan aku tu . dia beli semua yang large untuk aku . hahahaha . tapi aku tak complain laa . aku buat muka biasa ja . sembang and gelak2 . lama kan tak jumpa depa . dalam hati aku.........hanya tuhan saja yang taw betapa resahnya hati aku time tu .

then,kawan aku plan nak p sembahyang dekat Pusat Dakwah . and nak p situ kena naik teksi or bas!!! grrrr . duit lagi . naik bas takpa, jimat sikit . tapi, kawan aku semua mengebat sikit . depa nak naik teksi ja!! dalam hati aku ni...'harap2 teksi takdak . bagi la ada bas ja' Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih . Dia ja tahu keresahan aku time tu . kawan aku call teksi semua tak boleh . lepas 15 or 20 minit tunggu, penyelamat aku tiba . Bas! terujanya aku time tu . see....Allah tak akan biarkan hambaNya dalam kesusahan .

okey...lepas sembahyang apa semua . tiba la masa untuk balik . aku cek purse aku . hanya ada rm9.50 . rm6.70 untuk bas sungai petani dah lepas . nak balik kuala ketil ja tak lepas . tak cukup 20 sen! hahahaha . tapi aku relaks ja . apa gunanya kawan kan? tapi segan jugak ar nak mintak .

then, time aku on the way nak p dekat bus stop, aku jalan ngan sorang kawan aku ni . jalan dalam keadaan marah sebab ada la something kan . takleh cerita . sedang aku berjalan, sorang perempuan India mai dekat aku .

"adik, saya nak RM5 . saya maw balik kuala kedah tapi tak ada duit" tapi aku buat don't know ja..dalam hati aku "aku nak balik pun tak cukup duit ni, macam mana nak bagi kat dia" aku buat taktaw ja . bila pusing belakang tengok dia, aku rasa serba salah pulak .

aku ada kawan, boleh minta tolong kat kawan aku . tapi, perempuan tu sorang dia ja . perasaan menyesal tu memang rasa gila la . aku rasa aku di uji time tu . so, maknanya aku fail .

tapi, sampai sekarang aku masih terfikirkan mesej sebenar yang hendak disampaikan . kalaw ada yang baca ni, tolong fikirkan untuk aku ... time tu aku tengah serabut sebab duit tak cukup nak balik . tetiba sorang perempuan dekati aku and minta RM5 . reason yang sama . senasib dengan aku . nak balik tak cukup duit . K,Bye! Salam .

Saturday 6 April 2013

nama blog aku tertukar pulak =,="

uikkkks :D sejuta kemaafan ku pohon.....hehehe. nama blog aku ni tertukar pulak . cantik kan bila guna nama sendiri yang indah lagi rupawan? heyyy! angguk please . :) masa tengah design blog tadi aku terfikir nak tukar nama blog sekali . bukannya apaaa...tadi aku search kat google, berjabu naik gadiskampong . ingat kan aku sorang ja gadiskampong . hehehe . takpa, it's okay aku dah tukar . aku dah taktaw la macam mana nak creative kan lagi blog aku ni...........aku nak minta tolong dekat orang yg pro pun, aku rasa depa tak layan orang macam aku . minta tolong kawan? boleh jaaa. tapi..........aku takmaw kawan aku tahu la pasal blog ni . buat masa ni laaa . errrrrr , apa lagi hah nak tulis(sambil tongkat kepala) ahah! aku comeyy :D . hahaha. readers mesti kata aku syok sendiri . nak tulis sikit lagi boleh? resah hati pabila terfikirkan CRUSH aku . nak tahu about my crush? siapa crush yang aku maksudkan? crush aku lelaki or perempuan? umur berapa? cantik or hensem tak? tengok post aku lepas ni kayyy . :D
K bye! Salam . :)

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...