Sunday 3 August 2014

"Apa harus aku lakukan?"

Assalamualaikum wbt.

Apa khabo? 

Cukup seminggu aku biar otak aku rest daripada mengarang ayat-ayat chenta dalam ni. Bukan ku sengaja. Tapi di takdirkan. Sebab. Ramadan kan dah seminggu berlalu. Means? Rehat sempena raya. Gituuu.

Sambut lebaran tak meriah sangat. Cukup dengan bermaaf-maafan. Meraikan sebulan kita menunaikan ibadah puasa. 

Penuhkan perut dengan kuih raya. Biasanya orang penuhkan perut dengan ketupat, lemang, soto and so on. Tapi jujur eden cakap. Tahun ni ketupat dapat hadam sebiji saja. I dont know why. =,=

Dapatku lihat manusia melaram dengan pelbagai gaya dan budaya. Time pergi cari baju raya, mati kutu jugak aku mencari baju yang sesuai. Mostly pakaian yang di jual adalah pakaian yang agak jarang. Kena pakai berlapis-lapis taknak bagi menyerlah ke-jarang-an tu. Hadoiii.

Pakaian di reka dengan pelbagai fesyen. Fesyen yang TAK menutup aurat dengan sempurna. Why? Menggalakkan kaum wanita mendedahkan aurat yang se-wajib-nya di jaga.

Apabila tengok fashion designer memperkenalkan pakaian yang di reka (pakaian yang berunsurkan 'mendedahkan aurat'). Aku macam "Dia tahu tak fesyen macam tu tak boleh di pakai dalam Islam?"

Seharusnya. Jika di ikut logik akal. Sepatutnya mereka tahu. 

Dan kita pun kena tahu. Kita tak boleh pakai pakaian yang mendedahkan aurat. Siapa yang tengok Satu Jam Bersama Ustaz Don di TV9 mungkin akan sedar tentang hal ini.

...

Kita nak berubah. Tapi sekeliling kita tiada yang menyokong perubahan kita. Maknanya kita kena bangun sendiri. Fikiran kita tak sama dengan apa yang mereka fikirkan. 

Lebih parah apabila mereka tak sedar apa yang sepatutnya mereka kejar di dunia yang tak kekal ini. 

Aku sendiri gentar. Memikirkan cabaran yang perlu aku hadapi. Seribu persoalan dah selalu terjah akal ku. "Apa harus aku lakukan?"

Susah nak kawal diri. Dah tu macam mana nak berjuang seorang diri? Asyik berubah pastu tersasar. Berubah. Tersasar. 

Be my partner? So that saya akan terus berubah dan tak akan tersasar lagi. Sebab saya ada kamu untuk membetulkan saya.

...
Post yang agak beremosi. Sebab emosi saya sejak kebelakangan ini asyik terganggu. Need psychology treatment. Huhu ada ke?

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...