Friday 4 May 2018

Which is Better?

Assalamualaikum. Hi guys.

So, Iam back. After such a longggg break. Actually, tak faham lah kenapa aku malas nak update blog ni. Maybe sebab syok sendiri kot eh? I dont know who is reading my writings here. But, I also mad with myself sebab selalu update cerita yang tak membangun.

I do loves writing so much. Pardon my grammar error. Sis cuba nak improve english. Lama-lama boleh tulis full in english kot nanti kan. So, memang aku suka menulis. Tapi mood tu tak sampai nak update dekat sini. Its better for me to publish my stories in socmed right? Contoh confess dekat iium confession ke? Hahahahaha. I do guys. Aku ada confess dekat iium confession. Tapi its anonymous. Mana boleh bagitau. And confess dekat situ lagi best. Ramai orang baca. So input aku sampailah pada ramai orang. Hahahhaa.

But, its okay. Menulis lah di mana-mana pun. Asalkan bila kita tiada nanti, tulisan kita akan kekal. Orang akan masih baca. Luaskan penyampaianmu di mana saja. Dont focus on satu tempat saja.

Sebenarnya tak semangat tau aku nak update ni pun. Sometimes i lost motivation. Sad news, laptop aku rosak. Aku lagi suka bunyi ketiketik jari tekan keyboard daripada guna handphone. Senyap sunyi. Tak tahu lah kenapa dengan laptop tu. Belum hantar servis. Okay bukan nak cerita pasal laptop.

Aku sebenarnya prihatin dengan kamu yang nak sambung belajar ni. Ada satu entry aku yang ramai orang baca. Iaitu 'Kehidupan di Matrikulasi'. Tak tahu how come boleh ramai pulak orang jumpa entry aku tu. I wrote it longg time ago. Aku tak tahu masih valid tak untuk sekarang. Tapi rasanya ada lah kot even bayang2?

Huh feeling menaip untuk update dekat blog guna laptop and handphone ni lain tau. Okay abaikan.
Ramai yang confuse. Nak pilih either matrik or form 6? Diploma or matrik? Asasi or matrik? And so on.
Untuk pengetahuan kalian, ini baru permulaan untuk kalian buat pilihan. Masa depan nanti banyakkk lagi benda yang korang kena pilih. Sad truth,  this life is full of decision making. Setiap masa ada je benda yang kena pilih.

Dan jawapan tu tidak ada pada orang lain. Ia ada pada diri you sendiri. Rajinkan buat research pasal matrik, asasi, diploma, form 6. Minta pendapat. Kalau nakkan sesuatu ni memang kena bersungguh. Kalau tak, tak dapatlah hasil yang kita nak. Dan jangan lupa, back to The Creator. Mohon Allah permudahkan urusan. Allah jualah yang merancang dan mengatur hidup kita. Semuanya daripada Allah. Jadi, mohonlah petunjuk daripada Allah.

Kalau dah buat research apa semua tapi masih tak confident juga dan taktau hala tuju? Minta lagi pada Allah. Tetapkan hati dengan pilihan kita. Allah tak pernah miss dari menjawab doa hamba-hambaNya. Percaya lah. Bersungguh-sungguh.

Jangan bandingkan diri you dengan orang lain. Kemampuan setiap manusia lain-lain. Dia boleh dengan cara dia. Kita boleh dengan cara kita. Takde yang buat ini nampak kurang, buat itu nampak lebih. Semuanya bergantung kepada kemampuan you sendiri.

Belajar dekat matrik laju sangat ke. Belajar dekat asasi susah ke. Form 6 buku tebal-tebal ke. Diploma lambat sangat habis belajar ke. At the end of the day, semua orang akan hadap benda yang sama. Nak kerja nanti employer tak tengok progress, dia tengok outcome.

Yang penting masuk je belajar mana-mana yang you rasa nak masuk. Dan belajar. Focus. You nak belajar. Bukan nak compare tempat belajar mana lagi bagus. Masuk belajar, then belajar sungguh-sungguh. Faham betul-betul. Dapatkan pointer yang cantik.

Ingat, orang nak tengok outcome. Bukan progress. Apa yang you lalui tu semua yang akan menguatkan diri you akan datang.

Belajar ni ikut kemampuan sendiri. Kalau rasa tak mampu di pertengahan jalan, you boleh stop. Boleh tukar hala tuju. Tak salah pun kalau try and error. Yang penting, minat nak belajar. Jangan pernah berhenti belajar.

Pedulikan apa orang nak kata. Tak rugi pun kalau kita ikut kata hati sendiri. Kalau orang lain kecam you, you buktikan lah you mampu. You just need to focus. Stay on the track. Mulut-mulut orang yang nak mematahkan semangat kita ni, kadang dengki. Kadang apa yang dia cakap tu khabar angin je.

Just go for it, kalau betul-betul nak. Yakin dengan diri sendiri. Mulut orang akan senyap, kalau kita berjaya buktikan yang kita ni boleh jadi hebat even tak ikut apa yang orang kata. Ni aku cakap ikut situasi tau. Kadang ada kekangan-kekangan tertentu, jangan la memaksa diri nak jugak ikut hati tu. Tengok kiri kanan juga okay.

Aku ada kawan yang dia tak boleh belajar sains dekat matrik, so dia tukar ambil akaun. Ada yang tak boleh setahun je dekat matrik, so dia tukar ambil dua tahun. Ada yang tak boleh go belajar dekat matrik, dia tukar masuk form 6. Ada yang dia tak boleh go dengan form 6, dia tukar masuk SPA. Even dekat universiti, dia tak boleh dan taknak dapat course ni, dia tukar ambil course lain. Even belajar jadi lambat habis.

Benda kita boleh ubah. Kita boleh perbaiki. Kita boleh betulkan mana yang rasa tak kena. Jangan risau untuk melangkah. Jangan takut untuk bersuara. In case kalau tiba-tiba rasa pilihan tu tak kena dengan jiwa.

Jadi, itu saja kot for this time. Good luck and all the best untuk calon-calon pelajar sekalian. Bye!

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...