Friday 5 January 2018

Past is a Dream.

Assalamualaikum.

Ya Allah lamanyaaa tak jenguk sini. Aku hidup lagi. Ada ja ni. Acah busy dengan life sendiri. Hihi.

Di saat blogger lain dah update macam-macam di blog masing-masing. Aku masih yang sama macam beberapa tahun yang lepas. Tak berminat nak upgrade apa-apa. Tak sampai seru pun. Janji boleh share my thoughts pun okay dah. Tapi tu lah. Pemalas tahap ular sewa kekenyangan nak buka sini. Kalau dari dulu rajin menaip dekat sini mesti banyak benda boleh cerita.

Eh?

Macam salah statement di atas. Aku rasa life degree aku berlalu seperti angin. Sama macam life matrik, sekolah, zaman kanak-kanak...semuanya berlalu pantas. Tak sempat nak cerita apa-apa. Tengok-tengok dah masuk stage baru. Sekarang dah masuk fasa job seeker. And we never know apa pula selepas ni.

Ingat lagi zaman muda baya adik-adik yang orang tak beli keropok pun boleh nangis tu. Dalam kepala terbayang fasa kehidupan ni macam pergi sekolah balik sekolah, habis sekolah masuk universiti, habis universiti dapat kerja, dah dapat kerja boleh kahwin, dah kahwin hidup berkeluarga, our cycle of life tu anak-anak kita pula yang akan go through. Repeatedly. Macam senang kan? Tapi dalam setiap fasa tu pasti kita akan tersekat di mana-mana. Tak akan semudah tu ia akan berlalu. Tak akan semudah tu kita akan dapat.

Tapi, bila kita dah melepasi setiap fasa tu, mesti kita akan rasa semuanya mudah. Sebab akan datang yang kita tak tahu apa pula yang akan kita lalui. Kita akan rasa yang lepas tu semuanya berlalu seperti angin. Cepat. Tapi ada part yang akan meninggalkan kesan kepada kita sekarang. Contoh tiga tahun life ijazah sarjanamuda tapi certain part saja yang kita akan ingat. Tak semua sepanjang tiga tahun tu kita dapat ceritakan balik. Hanya part yang buatkan kita terkesan sahaja yang akan kita ingat.

Bagi aku, masa lepas ni ibarat mimpi. Setiap hari kita bangun tidur adalah kita yang baru lahir ke dunia. Tiada hari semalam. Semua tu mimpi. Mimpi yang perlu kita belajar untuk membentuk kita yang akan lahir semula pada keesokannya. Tak ke begitu? Awak rasa masa lepas ni wujud ke? 

I know it. Sarcasm semata-mata.

Well, terpulang awak nak anggap masa lalu tu seperti apa. We have our own thought. Tak semestinya apa yang kita fikir tu perlu sama. Dont copy me.

Cycle of life ni tak mudah. Kalau awak hidup seperti awak yakin akan ada hari esok, you may ruin your own future. Percayalah.

Selalu orang cakap 'just follow the flow'. Tapi, orang selalu lupa, tak boleh follow saja tanpa toleh ke belakang. 'Just follow the flow' tu macam 'Apa nak jadi, jadilah'. Sepanjang hidup takkan nak asyik follow the flow. Mendatar sajalah hidup ni. Tak ada jatuh tak ada bangun. Tak tahu nak belok ke kiri atau ke kanan. At least kalau nak 'just follow the flow', perlu teliti juga hidup sendiri. Kalau semalam tu macam ada yang tak kena, ubah sikit supaya esok tak sama macam semalam. Sebab ada orang 'just follow the flow' tapi hidup dia tak jelas. 

Kadang-kadang masa lalu tu macam tak ada apa sebab kita sendiri tak memaknai masa itu. Kita tak cukup tabur benih untuk dia terus bercambah pada hari ni. Kita tak suburkan masa lalu dengan sesuatu yang akan berterusan sehingga ke hari ini. Rugi kan?

Patutlah masa lalu tu rasa macam berlalu seperti angin. Cepat. Dia tinggalkan kesan sekejap sahaja. Lepas tu dah tak rasa apa. Ruginya. Rugi.

Aku cukup takut hidup dalam penyesalan. Mati dalam penyesalan apatah lagi. Tapi, dah namanya manusia. Alpa juga. Tak kiralah sebesar mana pun penyesalan dia, hari-hari yang dilalui tu akan tetap sama. Sehingga terulang lagi penyesalan tu. Pelik kan manusia?

Seperti yang aku cakap sebelum ni, we never know apa akan jadi selepas ni. Hari esok tu belum pasti ada. Tapi semalam tu cuma mimpi. Mimpi yang panjang dan berterusan. Sedar-sedar dah masuk ke alam lain. Bukan lagi mimpi yang bawa kita ke dunia.

Jadi?

Taburlah seberapa banyak pun benin-benih kebaikan pada hari ini supaya ia akan terus bercambah pada hari-hari esoknya. Semoga masa lalu kita adalah masa lalu yang bermakna pada hari ini.

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...