my lovey dovey followers

Friday, 29 August 2014

Transform!

Assalamualaikum wbt.

Yarghhhh. *keluar gaya sumo*

Wahaha. Feeling baru ni. Sebab. Tengok atas. Apa ada di atas? Tengok saja la.

Ohh. Bumbung rumah aku.

Tak!

Habis? Dah suruh tengok atas. Apa lagi selain bumbung. =,=

'.....' *garu kepala*

Apa?

Header baru. -__-

Ohh.

Je?

Habis tu kau nak suruh aku bagi kau award?

Kalau sudi. *muka takda perasaan*

Eeuww. -__-

-Conversation ended-

............

Inche Google

Dah tiba masanya. Kita. Transform. 

Semangat!!! Mesti qowiy!

Ada orang tu kan. Blur. Dah kenapa blogger ni? Dok buat syok sendiri. Transform. Apa benda transform? Tak faham.

Baling dengan sepatu tinggi.

Dulunya kurang baik. Sekarang. Niat dalam hati nak jadi lebih baik. Haa kan transform namanya ni. Salahkah? Tak.....kan? Menjadi lebih baik menuju ke jalan yang Allah redha. 

Header blog kena tukar. Tuan punya blog pun kena bertukar la. Kan? Logik. Logik. Logik.

Tak logik. 

Heh?

....

Sebenarnya kan. Nak buat statement official dekat sini. 

Malam ni mungkin entry terakhir saya. Sebagai. Bakal mahasiswi. Sebab lepas ni. Saya official menjadi mahasiswi. Terkejut tak? Haha. 

Okey. Hambar. 

Bila menyedari diri ini bakal menjadi mahasiswi yang official. Beban di bahu berat kedua-duanya. Satu. Sebab hutang ptptn. Nak buat macam mana. Result tak cukup bagus nak apply biasiswa. Tapi. Mungkin ada peluang. Cuma kena tunggu masa. Doakan.

Kedua. Status pelajar ni bukan main-main tahu tak? Ini satu tanggungjawab! Dan satu amanah! Mak ayah amanahkan kepada kita supaya belajar rajin-rajin. Amanah yang diberi kalau kita tak ikut....haaa tak tau la. Aiyokkk.

Kita juga ada tanggungjawab kepada negara! Kita belajar supaya kita boleh jadi tulang belakang negara kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Bukan kau seorang. Pelajar merujuk kepada semua yang bergelar pelajar.

Membebel ja kan aku ni. 

Jom sama-sama kita berdoa. Mudah-mudahan kita akan menjadi pelajar yang di redhai Allah. Ingat, setiap ilmu yang kita tuntut tu datangnya daripada Allah. Rugilah kita kalau kita belajar main-main.

...............

Tak dapat nak feel lama-lama dekat sini. Sebab. Tak packing barang lagi. T_T Barang pun entah cukup entak tidak. Kerja last minute tak bagus ya anak-anak. Kelam-kabut! Jadinya, jangan contohi sahabatmu ini. T_T

Tugas sebagai pelajar tak selalunya senang ya sahabat sahabat. Sebab kita bukan belajar ilmu dunia sahaja. Tapi ilmu akhirat pun wajib belajar. Jangan asyik tumpu kepada bidang yang kita belajar saja.

Luaskan fikiranmu! Luaskan mindamu! Luaskan kuasamu!

Contoh, aktif dalam persatuan. Dan sosial.

...

Apabila saya tak sibuk nanti, muncullah entry saya di sini. 

Salam. Bye.

No comments:

Post a Comment