Wednesday 23 July 2014

Dugaan Sakit

Assalamualaikum wbt.

Akhir-akhir ni di uji dengan selesema. Jika dengan sakit ni Allah nak hapuskan dosa-dosa kecilku, Alhamdulillah. 

Sempat juga aku menggoogle nikmat sihat dan sakit. Sakit itu suatu nikmat. Dengan di uji sakit barulah kita akan sedar, betapa kita tak pernah menghargai nikmat sihat yang Allah beri dulu.

Waktu sihat. Tak guna sepenuhnya masa untuk menghambakan diri kepada Allah. Langsung tak peduli pasal iman yang semakin tenat. Lupa bahawa diri ini sentiasa ada yang memerhati.

Waktu sakit. Mengeluh yang paling utama.

"Isy, bencilah. Hidung ni kejap-kejap meleleh. Leceh betul,"

"Susahnyaa. Nak bergerak pun tak larat,"

"Kenapalah aku demam hari ni. Kalau tak, boleh buat macam-macam kerja dah," 

"Peningnya kepala. Meluatlah. Nak belajar pun susah,"

Dan macam-macam lagi rungutan. Yang keluar dari mulut kita. Tanpa kita sedar. 

Baru demam selesema. Pening kepala. Tak di uji lagi dengan sakit yang berat yang hanya menunggu mati. 

Bagaimanapula jika di uji dengan sakit berat yang selama-lamanya? Mampukah kita nak hadapi? Sedangkan di uji dengan sakit yang ringan pun kita dah mengeluh. 

Ya Rabb, kuatkanlah hati dan iman kami untuk kami menempuh apa saja dugaan yang Engkau beri.

Firman Allah s.w.t:
"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu" (Asy-Syura: 30)
Tak kisah Allah menduga kita dengan apa ujian sekali pun. Sabar. 

Dengan di beri ujian sakit, kita akan tahu. Iman kita sihat atau tidak. Kita ni hamba-Nya yang bersyukur atau tidak. Menilai sejauh mana kita mencintai Allah sebab. Allah datangkan penyakit kepada kita sebagai bukti Allah juga mencintai kita.

Ada satu kisah yang selalu dikaitkan apabila berbicara tentang sakit. Iaitu kisah Nabi Ayyub as.

InshaaAllah saya ceritakan sikit.

Nabi Ayyub as. telah di uji dengan suatu penyakit. Penyakit gatal-gatal yang sangat kritikal. Sehingga di garu dengan alat yang keras pun, tetap gatalnya tak hilang. Malah lebih teruk.  

Sehingga ada isteri yang disayang meninggalkannya kerana jijik dengan penyakit yang di tanggung. Hanya seorang isterinya yang sanggup bersamanya menghadapi ujian itu.

Nabi Ayyub as. juga di usir keluar negeri oleh jiran-jirannya. 

Tapi. Walaupun di uji seberat itu. Nabi Ayyub as.tetap bersabar. Tak mengeluh. Redha dengan ujian Allah. Doanya tidak putus kepada Sang Pencipta. 

Baca yang lebih detail kisah kesabaran Nabi Ayyub as dekat SINI.

"Ada hikmah di sebalik ujian yang Allah Taala beri." 

Ayat ni yang selalu kita dengar daripada mulut orang. Kadang-kadang kita rasa biasa. Tapi, jika di ambil kata-kata ni. Dan pahat di dalam hati. Sungguh. Allah tak pernah beri kekecewaan di sebalik dugaan.

...
Muhasabahlah diri. Tengok balik paras mana level iman kita. Cukup atau tak amalan baik sepanjang kita hidup di bumi pinjaman daripada Allah ni.

Moga kita sama-sama segan dan takut untuk melakukan dosa. Dan sentiasa menginsafi segala dosa yang pernah kita lakukan.

Setakat ni yang mampu di lakar. Saat hidung tak henti-henti minta tisu. Kalau tulis panjang lagi pun syok. Hehe. Tapi kudrat sekarang ni agak menghalang.


...
Sekian tinta kasih daripada saya. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...