Wednesday 2 July 2014

Sahabat Non-muslim

Assalamualaikum. Saja nak kembalikan mood menulis. Kalau menulis asyik guna tulisan yang sama ja agak ketandusan idea kan? Alhamdulillah kawan-kawan. Hari ni 4 ramadan 1435. Hari yang ke-4 kita umat Islam berpuasa. Bahkan saya percaya ada juga sahabat non-muslim yang berpuasa. Tahniah kepada mereka. 

Bercakap tentang sahabat non-muslim. Tertariklah pulak saya nak berkongsi kisah sahabat saya ni. Non-muslim sudah pasti. Sahabat zaman sekolah dulu. *bajet macam zaman sekolah dah lama sangat berlalu padahal baru 2 tahun, keh3*. Okeyh. Back to kisah my sahabat. Ada dua orang yang saya akan kongsikan. Seorang chinese. Seorang indian.


Sahabat chinese saya ni hanya setahun saya satu kelas dengan dia. Waktu form 4. Maklumlah dia terlebih genius. Dari form 1 sampailah form 5. Dialah best student. Kalau tak silap, best student untuk negeri Kedah jugak kategori sekolah harian. Ranking number 1 memang dia dah cop awal-awal lagi. Hanya form 4 saya rasa diri saya tersangatlah bertuah sebab dapat satu kelas dengan budak genius ni. *Heheh. actually nak perasan diri ini pandai jugak. kalau dah dapat satu kelas dengan budak genius mestilah kita pun genius jugak kan? eheh. Okay gurau*. 


Dia. Pelajar kesayangan guru-guru. Pernah sekali dalam ujian dia dapat ranking ke-2. Mak dia tak puas hati. Then, datang sekolah berjumpa dengan cikgu. Bertanya sekian sekian tentang kekurangan anaknya ni. At last, dapat kekalkan jugak ranking first. Tengok orang chinese. Sampai macam tu sekali. Anak jatuh tempat ke-2 pun sampai pergi jumpa cikgu. Padahal tempat ke-2. Bagi kita masih tersangatlah hebat kan? *aku yang dulu tiap kali exam dapat ranking top 3, tapi naik sekolah menengah terus mendadak menonjol kebodohan aku. Tapi, parents takda pulak nak bertanya sekian sekian dekat cikgu. eheh. Okay gurau lagi*.


Fyi, dia berkawan rapat dengan anak-anak melayu. Katanya buang masa berkawan sesama chinese. And, sungguh la. Dia hang out pun dengan anak-anak melayu. Kalau kawan-kawan dia nak p surau nak solat, dia akan ikut. Tapi, dia duduk luar surau. Dia sangat hormat sahabat-sahabat Islam dia. Kalau dia tengah bercakap, then azan berkumandang. Dia akan berhenti dan senyap sampai azan habis sampai kawan-kawan dia selesai baca doa selepas azan. Subhanallah. Kawan-kawan yang lain pernah ajak dia masuk Islam. Dia tanya, 'kenapa?' then dia senyum saja. Memang jiwa dia lembut apabila bersama-sama sahabat Islam. Memang dia hormat kaum Islam tapi, satu yang anda perlu tahu. Dia taat kepada agama dia. Kiranya tahap ketaatan dia, jika diandaikan dia Islam, orang akan cakap dia muslimah sejati. 


Okeyh. Sahabat indian pula. Saya hanya berkawan dengan dia sampai form 3 sahaja. Sebab, lepas tu dia pindah sekolah. Almaklumlah, tak sanggup berjauhan lagi katanya. Mana tak nya, sekolah dekat Alor Setar, rumah dekat Langkawi nuuuhh. So, ceritanya, dia ialah satu-satunya non-muslim di asrama kami. Kasihan. Jujur aku cakap perasaan kasihan aku dekat dia sangat tebal. Bayangkanlah, kita satu-satunya muslim dalam sebuah rumah yang besar. Rumah tu pulak dipenuhi dengan non-muslim. Budaya non-muslim macam-macam. Malah ada yang tak menghalalkan di sisi agama kita. Tapi, kita nak lakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Nak solat, baca Al-quran...sedangkan kita di kelilingi non-muslim. Apa ya perasaan kita masa tu? Kekok? Terasing? Macam itulah juga situasi yang berlaku kepada sahabat saya ni.


Tambah pulak dia seorang indian. Kalau kita dekat dengan orang india ni, apa yang kita rasa? Kadang-kadang ada rasa geli jugak kan? Dengan mereka ni ada bau-bauan yang kurang enak. Saya tak pasti dari mana datangnya bauan tu. Selalulah juga nampak dia bersendirian. Pernah sekali, balik dari bercuti sempena deepavali, dia bawa bekalan maruku dan kuih-kuih tradisional hindu dekat kami. Kawan-kawan saya yang lain ragu untuk makan. Sebabnya, takut ada sumber tak halal atau sebagainya. Dah la banyak makanan yang dia bawa. Nak tak nak saya ajak jugak kawan-kawan yang lain makan. Cuba yakinkan depa. Pasti mak dia yang bekalkan, bukannya mak dia tak tahu anak dia tinggal dengan kelompok muslim. Untuk hidangan indian memang saya agak tak meragui sangat. Nyata indian ialah masyarakat yang tak makan daging. *boleh faham kot kenapa depa tak makan daging?*. So, sangat jauhlah dari sumber makanan yang 'satu' itu.


Pernah satu ketika, form 3 diberi cuti tambahan untuk satu hujung minggu ni. Kami di benarkan balik asrama pagi ahad sebab ada majlis dengan ibu bapa. Tapi, aku terpaksa balik macam biasa sebab rumahku jauh bahhhh. Pagi-pagi nak p sekolah macam biasa memang tak lah. Jadi, hari sabtu tu, hanya aku dan beberapa rakan lain yang senasib denganku balik asama seperti biasa. Termasuklah sahabat indian ku. Sepanjang malam tu, saya berkawan dengan dia. Saya p mana semua dia ikut. Termasuklah nak p surau. 


Malam tu saya p surau sebab nak solat isyak. Dia nak ikut. Jadi, saya pun okey lah. Masa saya solat dia tunggu luar surau. Then, after habis solat saya duduk sekejap dalam surau. *terlupa dia tunggu saya dekat luar. heheh*. Pastu dia jengul kepala dekat pintu. Nak masuk tapi teragak-agak. Kesian pulak. Saya pun keluar. Hari sebelum tu ustaz dah pesan jangan benarkan saudara non-muslim masuk surau. Sebab surau juga tempat yang suci. Tempat kita beribadat. Non-muslim kan main dengan haiwan yang kita perlu samak. kan kan kan? Dia pun seperti sahabat chinese juga. Hormat sahabat muslim dia. Penyabar orangnya. Pernah sekali dia ada krisis dengan someone tapi saya tak pasti sangatlah pasal apa. Masa tu dia sembur kemarahan dia depan saya. Macam-macam yang dia kata. Terkilan saya di situ. Apabila sahabat non-muslim menegur sikap muslim yang memang patut di tegur.


The end. :) Selamat berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...