Tuesday 22 July 2014

Hati

Assalamualaikum wbt.

Selagi cuti aku tak habis selagi tu lah aku addicted nak update blog. Haha. 

Ilmu kalau kita tak catat. Lama-lama boleh lupa. Lainlah kalau kita memang ada kelebihan ingat segala benda.

Lagipun, waktu ni ja betul-betul free. Nanti dah mula belajar. Dah mula sibuk. Nanti rindu pulak nak update blog. Terseksa oh kalau rindu. Jari rasa gatal ja nak tekan keyboard. Tak senang duduk jadinya. Hoho. Kritikal sangat aku ni.

Blogger saja memahami.

...


Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
di dalam hati.
-Mestica: Destinasi Cinta-

Kadang-kadang kita tak payah buat luahan perasaan panjang-panjang. Cukup dengan lagu pun dah boleh faham. Keadaan jiwa kita.

Depends kepada hati dan jiwa masing-masing. Kalau saya. Memang lagu pengubat hati. Instrumental. Dah jadi makanan untuk mental.

Waktu study. Buka buku. Wajib lagu pun terbuka. Sampaikan nak menghafal pun tetap earphone di telinga. 

"Isma, kuatnya buka lagu. Study masuk ke?"

Hehe. 

Tika itu aku pakai earfon. Fuhh. Baru sedar sound kuat sangat. Sampai kawan pun boleh teka aku dengar lagu apa. 

Lain manusia lain jiwa. Lain hati lainlah taste dia.

Back to rangkap yang tersusun indah di atas. Destinasi Cinta nyanyian Mestica. Bukan cinta zaman moden. Tapi. Cinta Ilahi. Fahamkan tu. Tak dengar lagu ni tak boleh faham.

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan akan cuba menodai 
Segumpal darah bernama hati.

Hati kita kalau tak di didik dengan cara yang betul. Susah nak di kawal. Sebab tu orang sekeliling kita suka berpesan. 

Jaga diri.
Jaga Iman.
Jaga hati.

Nampak tak betapa pentingnya hati untuk kita jaga. Walaupun pada zahirnya. Hati ja pun. Hati. Organ badan. Spesis paru-paru, jantung.

Sumber wikipedia. Hati. Adalah.

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman

Fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Ha. Ha. Ha. Clear aku bagi penerangan. Confirm malas nak baca kan? Sekian lama meninggalkan ilmu biologi. Baca ja laahh. Fakta. Kejadian Allah untuk kita. Hebat kuasa Allah. Subhanallah.

Namun, pada batinnya. Apa yang kita faham maksud tersirat kita mengenai hati?

Ini contoh hati yang di sebut dalam ayat Al-Quran:
"Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka dari golongan jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang alpa (tidak berzikir)" (Al-A'raf: 17) 
Lagi.
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa(seseorang) dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Allah mengetahui segala sesuatu." (Al-Taghabun: 11)
Dalam ayat suci Al-Quran hati di sebut. Qalb. 

Hati yang kita kaitkan dengan perasaan. Pada hati, terletaknya pelbagai sifat. Semuanya lahir dari hati.

Apabila kita nak menegur orang. Kita kena tegur guna hati. Nak terima teguran pun. Kita kena terima melalui hati. Sebab dari hati. lahirnya rasa ketakwaan kita kepada Allah. 

"Ohh. Kerana Allah, aku kena tegur kawan aku,".

"Kerana Allah, aku kena terima teguran kawan aku,".

...

Apabila bercakap soal hati. Keluar topik cinta. Cinta Ilahi. Harapnya topik ni lah yang selalu keluar dari mulut kita.

Dia yang mencipta kita. Kita hanya hamba. Jadi, kita siapa nak abaikan Dia? Allah Yang Maha Esa.


Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
di dalam hati.

Allah dekat dengan kita. Tapi kita tak sedar. Kita leka. Dunia mendahului segala-galanya. Asyik mencari keseronokan.

Lepas solat cepat-cepat lipat telekung. Nak tengok handphone. Masa tengah solat tadi terdengar bunyi SMS masuk. Tak apa. Mungkin isi kandungan SMS itu lebih penting daripada isi kandungan dalam Al-Quran.

Tersimpan kemas di dalam almari. Langsung tak terusik. Sedangkan dia penolong kita di sana nanti. Al-Quran. Kalamullah.

Allah berfirman:
"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Al-Isra: 82) 
... 
Tuhan...layarkan ku ke arah cinta-Mu
Tuntuni ku menggapai redha-Mu
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan..

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan.
-Mestica: Layar Keinsafan-

Ambillah iktibar daripada setiap musibah yang Allah turunkan. Dengan berfikir sejenak. 

Kematian yang silih berganti di sekeliling kita. Kemusnahan alam. Peperangan(buka hanya di Palestin, banyak lagi peperangan dan persengketaan yang berlaku yang kita tak tahu). Contoh, terjadinya tragedi pesawat MH17, baru kita tahu. Ada persengketaan di negara Ukraine dan Russia. Banyak kemusnahan yang berlaku.

Rajin-rajin lah tengok berita semasa. Bukan dalam negara. Berita Dunia. 

Dua tiga hari lepas. Tak ingat dah berita hari apa. Berita Tv3. Banyak bencana alam yang berlaku. Berlainan negara. Letusan gunung berapi. Banjir. Ribut taufan. Tu baru yang kita nampak. Yang kita tak nampak?

Allahu rabbi. Bergetar hati aku apabila tengok musibah yang ada di mana-mana. Dengan kuasa Allah Taala semua boleh jadi. Jangan sangka kita akan selalu dalam kesenangan.

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga di berkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi.
-Mestica: Layar Keinsafan-

Kita mohonlah kepada Allah. Supaya lembutkan hati kita. Dengan bermuhasabah diri sebentar kita akan berasa insaf. Biidznillah.

Bekalan untuk diri sendiri. Dan juga kawan-kawan.

Kalau ada apa-apa yang tak kena atau tak betul atau tak sahih. Jangan segan nak tegur saya. 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...