Tuesday 8 July 2014

Celikkan Hatimu Wahai Pelajar



Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah jika kamu sihat. Kamu masih berpeluang berjuang. Apa yang nak di perjuangkan? Apa-apa sahaja. Jika kamu pelajar berjuanglah dalam pelajaranmu. Jika kamu seorang anak berjuanglah membalas jasa mak dan ayah. Jika kamu seorang doktor, berjuanglah menyelamatkan nyawa manusia selagi termampu. Tengok. Apa-apa sahaja kita boleh perjuangkan.

Kali ini saya nak cabut satu karakter. Saya nak robek hidup seorang pelajar. Kerana saya juga masih seorang pelajar. Nak robek hidup seorang doktor tak bolehlah. Saya bukan doktor. Nanti tersalah robek habis nyawa orang melayang. Hehe. Nak conteng pasal hidup seorang isteri lagilah macam tak kena pula. Rasa macam esok nak kahwin. Eh, apa salahnya. Buat persediaan awal. Hmmm. Lain kalilah.

Semangat seorang pelajar sangat tinggi. Saya dengan berbesar hati nak menganugerahkan pujian terhormat ini kepada mereka yang bergelar pelajar. Tak kiralah pelajar itu yang tercorot terceret tercicir asalkan dia pelajar. Bukan pelajar yang straight A, 4 flat, semua excellent sahaja yang saya nakpuji. Semuanya. Kalau rasa anda pelajar. Maknanya saya sedang memuji anda.



Beringatlah wahai sahabat. Ramai diluar sana yang tak dapat nak sambung belajar. Kita tak tahu. Manusia yang ada di atas bumi ni sekarang bukan kita sahaja. Dalam hutan rimba pun ada lagi manusia. Entah-entah dalam laut pun ada manusia. Kita mana tahu. Kan? Bertuah kan kita dapat belajar. Tapi....

Tak pernah bersyukur.

Apa pula tak bersyukur? Aku pergi belajar apa. Setiap hari attendants aku full. Tak pernah skip. Lecturer pun dah kenal aku. Sebab muka ni muka tak pernah ponteng.

Apa pula tak bersyukur? Aku pergi belajar apa. Walaupun ada certain hari aku skip kelas tapi aku rajin study. Kalau ada yang tak faham aku pergi jumpa lecturer. Lecturer siap janji dengan aku lagi nak bagi extra marks.

Kalau itu jawapan kamu. Tak apa. *senyum*. Betullah tu. Kira baiklah kan tak pernah skip kelas. Jumpa lecturer selalu. Baik. Bagus. Cenggini *thumbs up*. Tapi...

Itu sahajakah cara kamu bersyukur? Setiap kali solat ada iringan doa tentang pelajaran tak? Kamu belajar kerana apa? Lecturer yang selalu mengajar kamu hormat tak? Kawan-kawan yang selalu pergi kelas sekali dengan kamu. Ajar kamu kalau kamu tak faham. Tolong ambilkan notes untuk kamu. Nasihat kamu kalau kamu tetiba down. Kamu sertakan nama mereka dalam doa kamu tak?

Sahabat. Kita ni tak sempurna. Perkara yang kita ingat, kita buat. Perkara yang kita tak ingat, kita tak buat. Contoh, waktu makan. Kadang-kadang kita terlupa basuh tangan. Dapat nasi, terus sambar. Lepas makan, Allah.. *tepuk dahi* aku dah basuh tangan ke belum? Ahh,lantaklah. Makan dah pun. Keadaan lain pula, Basuh tangan. Makan dengan tangan kanan. Tertib betul. Sedap ja melantak makanan tu. Tetiba...Eh, aku baca doa tak tadi?

Sama juga macam seorang pelajar. Kita belajar tapi kadang-kadang kita terlupa nak baca doa sebelum belajar. Kita buat semua tugas tapi kita teralpa yang kita tak hormat lecturer rupanya. Kita mendoakan kawan-kawan kita tapi kita terleka bila kawan kita minta kita ajar dia, kita cakap "esoklah," dan esoknya kita terlupa. Dia nak minta lagi kita ajar dia tapi dia malu. Last-last berhutang macam tu saja. Setiap hari kita pergi kelas tapi kita terlupa yang kita tak telefon mak ayah lagi. Haru betul kan?

Nampak tak? Nak belajar pun kena ada "Berhati-hatilah,". Bukan saja nak memandu saja kita kena berhati-hati. Setiap hari mintalah dekat Allah supaya ilmu yang kita pelajari itu berkat. Kita tak tahu mana letaknya keberkatan sesuatu itu. Yang kita tahu, kita minta dekat Allah supaya ilmu tu berkat.

Saya juga seorang pelajar. Sebut saja exam apa. UPSR. Ujian bulanan. Peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan Akhir Tahun. UPKK. PMR. SPM. MUET. UPS. PSPM. Lagi? Setakat tu sajalah exam yang saya tahu. *cek ni lepasan matrikulasi*. Bukan nak tunjuk yang saya ni ambil semua exam. Tapi....

Perjalanan hidup kita hampir sama cuma tak serupa. Pelajar. Hampir semua orang pernah pegang gelaran ni. Hampir. Maknanya ada yang tak pernah merasainya. Ada. Orang yang kita terlepas pandang. Jadinya, pelajar-pelajar sekalian. Teruskan jihad anda! Perbaiki apa yang patut. Tambahkan apa yang kurang. Kalau ada yang terkoyak sikit, tampal.

Jika anda 5a UPSR 8a PMR 10a SPM 4flat setiap kali exam. Tak perlu selesa sangat. Ilmu itu milik Allah. Bukan milik kamu. Kamu berjaya Dia yang bagi. Staright a sentiasa tak semestinya cemerlang. Sebab. Cuba tanya orang yang berjaya. Dalam hidup mereka, mereka terus berjayakah? Saya jamin mereka akan menceritakan kisah pahit mereka sebelum berjaya.

Bagi kita yang biasa-biasa. Lulusan kita hanya biasa-biasa. Teroponglah balik. Pasti kita nampak usaha kita yang biasa-biasa. Ataupun, kita terlampau patuh dengan prinsip "Bersederhanalah dalam setiap perkara". Gitu?

Sahabat. Saudara kita di Gaza berjuang untuk tewaskan israel. Kita di sini juga berjuang. Tapi kita berjuang untuk belajar. Belajarlah selagi termampu. Belajar kerana Allah. Belajar sebab nak korek kejadian yang Allah cipta. Belajar sebab nak tegakkan Islam di dalam diri dan di bumi. Cukup kita lakukan kerana Allah. Kerana dunia ini tempat persinggahan. Di sini kita di uji. Segala yang ada adalah milik-Nya. Pengakhiran kita...syurga atau neraka? Wallahualam.

Laju tanganku menaip. Perkataan keluar tak henti dalam otak ni. Bercampur habis. Jadi, setakat ni sajalah. Jika ada yang terbaca contengan saya ni, Jazakallahu khairan kathira. Ilmu ini milik Allah. Untuk di sampaikan kepada saudara-saudara saya. Jika salah, mohon perbetulkan. Wassalam.


:)

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...