my lovey dovey followers

Sunday, 29 June 2014

Nostalgia berpuasa di SMK Sultanah Asma

Assalamualaikum. Sihat dak? Puasa dak? Heee. First post untuk bulan ramadhan rasanya ni. Maklumlah blogger yang paling busy sekali. Kihkihkih. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa 1 ramadhan dekat rumah. Agak kekok juga lah kat rumah ni sebab baru nak merasa nikmat buka puasa dekat rumah yang real punya. Hahah. Hiperbola ja aku ni. InshaaAllah sepanjang bulan ramadhan tahun aku akan duduk rumah sepenuh masa. Tahun-tahun sebelum ni, 5 tahun dekat sekolah sebab aku dulu penghuni asrama. Then setahun di matrik. Tahun ni dekat rumah pulak lah. Gaya macam tak pernah berbuka dekat rumah langsung kan? Hehehhe. Biasaaaa. Nak cewi sikit.

Nak cerita nih. Kenangan berpuasa dekat sekolah dulu. Setiap tahun ada kisahnya sendiri. Bila ingat balik...ternangis pun ada, tergelak pun ada, geleng kepala...Ingat balik nostalgia ni buat eksperesi muka aku jadi macam pulak. Nasib ingat masa tengah nak tidur. Kalau masa siang, confirm depa cop aku gila. hahah. Post yang agak panjang. Mohon jangan berhenti baca. Aku excited benar nak berceghita di kala perut tengah menyanyi ni.

Form 1(2008)
Tahun pertama aku bergelar pelajar di smk sultanah asma. Kerenah budak2 form 1 ni tahu2 sendiri lah macam mana kan. Masing2 anak manja mak dan abah lagi, so, perangai pun jenuh la warden asrama nak jaga. ahaha. Kami segerombolan 'fly'. Mogok sebab sir(ketua warden) tak bagi outing sendiri. Padahal minggu tu masing2 banyak barang yang nak di beli. parents pula tak boleh mai. Minta dekat sir nak keluar, tapi sir tak bagi. Then, nekad nak keluar jugak. Hehehe. Keluar tanpa kebenaran tahu lah kan macam mana. Keluar ikut pintu belakang dengan panggilan lain bagi budak hostel....fly. Pergghh. Tak padan dengan junior. Form 1 pulak tu. Dah berani fly. Malam tu, sir suruh mengaku siapa yang keluar tanpa kebenaran. Aku and the geng buat derk saja. Hahah. Jahat benar! Selain kami, ada lagi yang fly. Sir marah betul. Sampaikan ada yang kena buang jawatan pengawas. Itu saja. Aku and the geng tak mengaku sampai ke habis sekolah. Hahah

Form 2(2009)
Tahun ni sedih sikit lah. Tapi, bukan terjadi dekat aku. Tragedi dekat family kawan aku. Aku pula tukang sampaikan berita saja. Hal ni dua hari sebelum raya. Masa ni semua pakat dah cuti. Pakat tak sabar nak raya dah. Pagi tu kakak aku tengah baca surat khabar. Then aku pun nak baca jugak lah. Macam drama dah waktu ni. Aku tengoklah muka depan surat khabar metro tu. Terpampang besar2 tajuknya, Syawal Pilu. Tengok tajuk, biasalah kan kita pun terasa kasihannya sekali.

Then, baca pula description bawah tu. Eh, nama budak ni macam nama kawan aku. Hah sudahhh. Umur pun sama. Lebuhraya gurun. Berdekatan dengan rumah dia juga. Tengok gambar, tak jelas sangat sebab gambar terlalu besar. Jantung macam nak pecah ja, sebab memang tu gambar dia. Air mata dah mencurah-curah. Baca pula berita penuh dekat muka surat dalam, memang confirm dia kawan aku. Sekelip mata saja dia kehilangan mak, ayah dan dua orang kakak. Kemalangan membabitkan kereta dan lori muatan minyak.

Form 3(2010)
Zaman PMR ni. Dompet hilang. Tercicir dekat mana cek pun taktau. Yang pasti, maybe tercicir masa aku berbuka puasa dekat luar (Old Village) dengan classmates and guru kelas. Entah macam mana aku boleh langsung tak sedar. Malam masa nak tidur baru aku perasan dompet takda! Cari punya cari, memang takda. Hairan betul. Sekali dengan ic hilang. Lepas raya pulak PMR. Naya ja aku masuk dewan exam dengan ic sementara. Famous lah sat! Hahaha.

Form 4(2011)
Masa ni up sikit. Dah perasan jadi senior. Hoho. Tapi saya seorang senior yang baik okey. Tahun ni aku ada krisis dengan senior form 5 masa bulan puasa. Sampai kena maki habis-habisan baq hanggg.

After balik dari cuti raya, senior form 5 panggil aku dan tiga orang lagi kawan. Kami berempat di cop 'kepala'. Faham? Maksudnya kami yang memulakan krisis ni. Haaaa hebat tak? Sampai kena tuduh macam tu sekali. Jujur, memang kami ada tak puas hati dengan depa. Tapi, serius aku terkilan dengan apa yang depa balas dekat kami. Sebabnya, krisis ni pun jadi sebab sikap depa sebagai senior tu agak melampau. Kami cuma nak menegakkan keadilan untuk adik-adik junior kami okey. Huh termarah pulak. Hehe. Maaf.

Form 5(2012)
Tahun ni pulak hilang handset. Terjadi pada bulan puasa juga. Masa ni aku baru habis tuisyen. Tuisyen luar bukan under sekolah. Tertinggal fon dekat Pusat Dakwah. Patah balik nak ambil, dah tak ada. Tanya orang tu tanya orang ni. Semua cakap tak tahu. Hairan sangat. Tak sampai 5 minit aku tinggal, dah diambil. Kebetulan pula handset aku bateri kong. Memang takda rezeki nak dapat balik lah. Hari tu buka puasa pun dah tak selera. Handset kesayangan kot. Kesayangan aku dan abah. Huhu.

Abah aku gelak ja. Hahah. Dulu hilang dompet. Ni hilang handset pula. Jaguh keciciran barang aku ni. Kihkihkih. Balasan lah kot. Sudah di larang bawa handset ke asrama, tapi aku bawa juga. Degil kan. Seminggu aku dok berchenta dengan public fon. Macam kembali ke zaman junior dah kena beratur nak guna public fon. Bahaha.

The end.

No comments:

Post a Comment