Sunday 20 July 2014

Doaku

Assalamualaikum wbt.

Ada orang cakap aku addicted dengan blog. Yes! Memang pun. Blog buat aku nampak segala benda. Blog buat aku berfikir perkara yang sepatutnya aku fikir. Blog bagi aku ilmu yang best ever!

Lepas sahur tadi macam biasa. Jadi tugu depan tv. Haha. Best tengok tv bulan puasa. Banyak rancangan yang inputnya sangat ohsem! Bukan ohsem yang melalaikan. Tapi ohsem yang boleh clean n clear our heart.

Pengisian rohani banyak. Kan best kalau rancangan-rancangan tu kekal dan di tayangkan even bukan bulan ramadan.

Actually, nak related kan bebelan saya dengan tajuk bebelan saya tu. Doaku is a song for my soul. Dah lama cari lagu ni. Hari ni baru jumpa. Huhu. T_T

Berkenan lagu ni lama dah. Masa tengok cerekarama tv3-Kisah Hidup Jai this song menggetarkan jiwa aku. Fuhhh

"Lagu apa ni?" Keep ask this question dalam otak.

Sampailah Kisah Hidup Jai di ulang tayang hari Jumaat lepas. Tetap tertanya-tanya lagi. Menggetarkan jiwaku tahap maksima!

Search dekat google lagu latar Kisah Hidup Jai. Tetap tak jumpa. Sampai ketiduran aku dok cari. Lastly, biarlah. Nanti ada la tu lagu ni muncul kat mana-mana. Huhu. Pasrah ja bunyi.

Semalam hari Ahad. Tatap Geng Kampung Pisang dulu. Mulut dok nyanyi lagu Kalau Aku Kaya. Haha. Dengan adanya KALAU semua benda pun boleh jadi. Ye dok?

Macam tengah buat kronologi pulak. Panjang benar aku bercerita. So, skip Kiasan Ramadan.

Macam biasa. Layan Zikir Hati 2. Aku terfikir. Kenapa Zikir Hati 2? Maybe sebab last year dah ada Zikir Hati. Kot. Last year wa puasa dekat KMPP. So, agak kebutaan pasal rancangan tv.

Tajuknya 'Mungkir Janji'. Dengar Dr.Robiah dok bersoal-jawab dengan Raja Farah. Nak menyampuk sekali. Aku pun ada benda nak tanya gak! Ahaha. Mimpi ja lah. Karang aku cakap depan tv tu mak aku cakap aku wayar putus.

Pembukaan rancangan tu. Ada song for my soul! 

"Eh! Lagu ni," Bergetar lagi jiwaku. Sesak nafas pun ada. Time ni tak ada pulak inisiatif nak search dekat google. Tunggu sampai habis Zikir Hati 2. Jem! Depa ni tak letak la pulak lagu-lagu latar. Kecewa lagi.

Pagi tadi Zikir Hati 2 ulangan yang semalam. Dapat idea. Hafal lirik. Then, guna lirik tu untuk search dekat tok google. Bijak..bijak. Haha. Masuk dalam bas tutup pintu sendiri. 

Search punya search. Akhirnya! Ini resultnya. 
.
.
.
Hadad Alwi - Doaku.

Alhamdulillah. Allah permudahkan. 

Cuba dengar. Moga dapat tenangkan hati dan tenggelam dalam kekhilafan.

Download dekat stafa band. 

Wassalam.



1 comment:

  1. Sama laa cari2 x jumpa alhamdulillah ade blog ni tq

    ReplyDelete

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...