Friday 18 July 2014

Ujian

Assalamualaikum. Hati dan iman sihat? 

Lately ni aku suka over think lah. Terpengaruh dengan apa. Fikir pasal apa. Serius. Takmau tulis kat sini. Kasi privacy lebihhh. Bajet macam ada orang nak baca. 

17.7.2014. Malaysia gempar dengan tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17. Tak mampu nak ulas or komen lebih-lebih. Sebab aku tak layak. Apa yang mampu kita buat. Doa. Allah Maha Mendengar. Kita siapa nak mengkritik kerja Allah.
Allah Pencipta langit dan bumi dan apabila Dia berkehendakan untuk mencipta sesuatu, maka cukuplah Dia hanya mengata kepadanya 'jadilah' lalu jadilah ia. (Al-Baqarah:117)
Tabahlah keluarga mangsa. Tabah. Kuatkan hati. Terima dugaan yang Allah beri dengan sabar dan redha. Allah tak akan beri kita dugaan jika kita tak mampu. 

Allah beri kita ujian kehilangan untuk kita sedar. Semua yang kita miliki ini hanya pinjaman sementara.
.
.

"Cak, hang tak tengok breaking news ka?"

Aku tengah rancak menaip entry baru untuk blog. "Awat?" Masa ni 'Ada aku kisah'. Hoho. Heartless lagi.

Dah siap entry. Publish. phewww. Panjang tulisan aku. Untuk adik-adik punya pasal. Daki Gunung Everest pun aku sanggup menaip lagi okey tipu.

Buka Facebook. Bosan. Tarak apa. Buka Twitter. Huyoohh. Banyaknya new tweets. Aku macam bajet 'huyoohh. banyaknya noti.' Kecoh betul. Macam biasa. Layan tweet-tweet para twitterer. 

"MH17. MH17. Trending top one lagi. Apakah?" Blur. "MH17 ka MH370?" Tersalah taip ka apa. Blur takdak tahap. Haha

"Orang suruh tengok breaking news tadi lagi," 

Okey. Aku sorang ja dalam rumah ni tak menahu apa-apa.

"MAS?"

"Again?"

Allahu..ujian lagi untuk mereka. Moga mereka kuat hadapi dugaan-dugaan ni. Tak selesai kehilangan MH370. Allah datangkan lagi dengan ujian tragedi MH17. Kami yang sekadar mengikuti perkembangan dari kaca tv juga merasai kesedihan. Sebak. 


Dan Allah tak akan tangguh(kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. (Al-Munafiqun:11)
Allah, daripadaMu kami datang dan kepadaMu kami kembali.

Silih berganti updates di Facebook dan Twitter. Pray for Gaza. Pray for MH17. Allah uji kita umat Islam dengan pelbagai bentuk cubaan. Moga iman kita terlatih dan makin kuat dengan dugaan-dugaan ini.

Di bumi Palestin, tak berhenti lagi hujan peluru. Semakin hari semakin bertambah bilangan yang syahid. Rejim zionis tak henti-henti membedil rakyat yang tak bersalah. Allahu Robbi. 

Kita di sini bergelak ketawa. Di sana ada saja tangisan. Ada saja yang syahid.
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah(mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya. (Al-Baqarah:154)
p/s: hidup di atas bermakna mereka hidup di alam yang kita tak tahu. Alam yang Allah beri kenikmatan dan hanya Allah yang mengetahui bagaimana kehidupan di alam itu. Allahu'alam. 
Kita dah lama tenang di sini. Jika tiba-tiba di datangi musibah. Kuatkah kita? Hendak mempertahankan diri. Atau mempertahankan Islam?

Kita dah lama tenggelam dalam kenikmatan dunia. Bila masa kita nak berhijrah? Kata nak jejak kaki ke syurga-Nya nanti. Tapi. Apa usaha kita? Banyak mana amalan kita sepanjang hidup?

"Ahh. Banyak masa lagi. Aku masih muda. Masih panjang perjalanan hidup aku,"

"Esoklah berubah,"

"Sementara masih muda. Kita enjoy!"

Sekali Allah berikan kita ujian pada usia muda. Masih nak enjoy? Bukan masa tu kita menangis teresak-esak? Sampailah di ingatkan. Innallaha ma'ana. Allah ada bersama kita.

Buka celik mata luas-luas. Buka minda. Lapangkan dada. Muhasabah diri. Kita mati tak kira usia. Tua. Muda. Bila-bila masa Allah tarik balik nyawa kita. 

Mahukah mati tanpa iman? Mahukah mati dengan saham-saham dunia yang tak ada nilai untuk di timbang di sana nanti?

Kawan. Marilah kita saling membimbing. Jangan leka lagi. Kata sayang sahabat. Jika sayang mestilah kena sama-sama masuk syurga. 

....
Jika saya tersalah bicara, tolong tegur. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...