Thursday 17 July 2014

Cerpen: Demi Cinta Suci

Assalamualaikum. kalau rasa betul2 free bacalah. tak sehebat penulis lain. Saya menulis dalam serba kekurangan ilmu. So sad. Haha. Jadi, sebar2 kan lah ilmu kalian untuk dikongsi kepada saya mahupun orang lain.

Demi Cinta Suci- UNIC

...

Benar hatiku luka pedih
Kerana dicalari tinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna.

Amani mengetuk hujung pen di meja. Makin lama makin kuat. Geram! Pen di letak kasar. Kerja tak jalan. Tangan mula meraup wajah. Kusut. Keliru. Resah.

Aku sayang dia. Tapi. Ada perasaan ragu-ragu di hujung-hujung hati aku. Betul ke sayang?

Selalu lepak sekali. Makan sekali. Belajar sekali. Berbual sampai lewat malam. Mesej lagi. Dulu seronok. Sekarang? Macam ada yang tak cukup.

Bukan Hadif ada buat yang tak baik. Dia layan aku baik sangat. Terlalu baik. Tapi. Macam ada yang kurang.
“Kau ada masalah?” Farihah mendekati. Dah lama dia nampak Amani begitu. Selalu dia beri kata-kata mudah untuk Amani fahami. Tapi, Amani tetap tak mahu kongsi masalahnya.

Amani diam. Tak tahu nak cakap ke tidak. Segan. Farihah tak macam dia. Farihah ke mana pun orang akan hormat. Orang akan nampak apa yang tiada pada Amani.

“Selagi di izin-Nya, aku akan cuba bantu. Pasal Hadif?”

Mestilah dia tahu. Setiap hari pasti kena tadah telinga dengar Amani bergayut dengan akhawat bernama Hadif. Lambat-lambat Amani mengangguk. Farihah duduk di katil Amani.

“Ceritalah,” Farihah senyum nipis. Amani pusing kerusinya mengadap Farihah. Akhirnya semua terluah juga. Walaupun ada sedikit kekok. Tapi, sekurang-kurangnya Farihah dah jadi pendengar setia.

“Antara lelaki dan perempuan, Allah dah ciptakan satu fitrah. Iaitu apa yang terjadi antara kau dan Hadif. Tapi, fitrah yang tu selalu kita salah tafsir. Sepatutnya, terjadi dalam hubungan yang halal….,”

Amani tunduk. Malu dengan sahabat sebiliknya. Dia dah salah langkah. Mungkin ini sebabnya dia rasa ada yang kurang.

“Minta maaf kalau kata-kata aku akan buat kau terguris…,” Farihah mencari anak mata Amani. “…apa yang kau buat selama ni salah, Amani. Allah tak redha dengan hubungan yang tak halal,”

Wajah terasa panas. Tekak perit. Mata dah berat dengan air mata.

“Amani…kalau betul Hadif jodoh kau, Allah akan hantar kau kepada dia dengan jalan yang baik. Kita semua milik Allah. Allah dah aturkan segala yang terbaik untuk kita. Cuma kita perlu tunggu dan terima. Sebab segala perancangan Allah…sangat kemas,” Farihah menggenggam erat tangan Amani. Sejuk. Wajahnya dah basah sejak tadi.

“Kau muhasabah diri kau balik. Jangan segan nak minta petunjuk Allah. Allah sentiasa perhatikan kita. Satu saat pun kita tak terlepas dari Dia. Aku harap kau akan nampak jalan yang betul. Selesaikan secepat mungkin hal kau dengan Hadif. Kalau dia senyap juga, kau bertindak dulu. Moga dipermudahkan. Biiznillah,” Farihah mendakap erat tubuh Amani. Alhamdulillah, Ya Allah. Engkau dah lembutkan hati Amani.


Mencari nur kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga.

“Amani…,”

Satu suara yang sudah lama dia tak dengar. Dia rindu suara itu. Dalam samar-samar dia nampak wajah yang sangat dia rindui.

“Ibu!” Wanita itu diam tanpa senyuman. Amani berlari mendapatkan ibunya. Di dakapnya erat. Seerat yang mungkin. Dah lama dia tak dapat peluk ibu. Tak dapat rasa hangatnya tubuh ibu.

“Amani rindu ibu. Ibu jangan pergi sana lagi. Amani perlukan ibu. Amani nak ibu…,” Namun, pelukan itu dileraikan kasar. Wajah ibu muram. Amani terkesima. Lama-lama ibu menjauh pergi.

“Ibu!” 

Amani terjaga dari lena. Bulat matanya memerhati sekeliling. Mimpi. Tanpa sedar air matanya gugur. Ibu dah lama pergi. Pergi yang tak akan pernah kembali lagi. Maafkan Amani, ibu…Amani gagal jadi anak ibu yang solehah. Macam yang ibu pesan dulu.

Sejuk menusuk ke tulang. Tikar sejadah di hampar. Tenangkan jiwa yang pedih. Menyerahkan sepenuh hati dan jiwa kepada Ilahi. Allah…terimalah taubatku.

Terketar tangannya mengangkat menadah doa kepada Allah Ar-Rahman. Mengharap keampunan dari-Nya. Di tunjukkan jalan yang benar. Di bukakan pintu rahmat untuknya. Allahu rabbi…aku hina. Aku tak berada di jalan-Mu yang benar. Aku leka dengan nikmat dunia. Aku tak nampak apa yang kau redhai. Aku lakukan perkara yang Kau murkai. Ampunkan aku, Ya Allah…ampunkan aku.

Amani terus tenggelam dalam khilafnya. Farihah memerhati dalam samar-samar. Senyuman menghiasi bibirnya. Syukur. Amani perasan Farihah sedang memerhatinya. Selalu dia nampak Farihah bangun malam. Tapi, dulu dia leka sampai tak sedar dia juga Islam seperti Farihah.

Setelah selesai solat, Farihah menghampiri Amani. Dia tak berganjak lagi dari tikar sejadahnya sejak tadi.

“Amani okey?”

Tersentak. Tak perasan Farihah di sebelahnya.

“Aku rindu ibu, Far,” Air mata gugur lagi. Perit hendak mengungkap. Tapi, itulah kenyataan. Farihah peluk bahu Amani. Di gosoknya perlahan.

“Ibu kau tunggu kau di syurga,” Farihah berbisik. Jelas di telinga Amani. Lama dia sembam wajahnya di bahu Farihah.

“Ibu marah aku, Far. Ibu marah aku ingkar cakap dia…,” Farihah diam. Memberi ruang Amani meluahkan.

“Aku abaikan pesan ibu. Ibu nak aku jadi anak yang solehah. Patuh kepada agama. Tapi, aku tak buat. Aku hanyut dengan dunia, Far. Aku tersasar. Aku lupa yang cinta Allah lebih hebat daripada cinta manusia,” Amani diam. Wajahnya yang kering, basah lagi. Farihah mengeratkan dakapan.

“Kau sempat lagi untuk tunaikan permintaan ibu kau. Sempat lagi, Amani. Allah dah bukakan pintu hati kau. Kau dah nampak hidayah Allah,”

“Tapi, aku dah salah. Aku kejar cinta manusia lebih daripada kejar cinta Allah. Aku berdosa, Far. Aku malu dengan kau,”

“Amani…manusia tak akan nampak jalan kalau dia tak buat silap. Allah sayang kau. Sebab tu Dia uji macam ni. Dia nak kau cari Dia balik. Dia nak kau dekat dengan Dia…,”

Amani diam.

“Tak ada sebab kau kena malu dengan aku. Kita sama-sama hamba Allah. Sama. Tak ada beza langsung pada pandangan Dia. Aku pun pernah buat silap. Tapi kesilapan aku tak sama dengan kau. Sebab Allah uji kita melalui pelbagai bentuk,”
Sepi. Azan subuh berkumandang.


Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri.
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padaNya Yang Esa.

“Hubungan kita ni boleh pergi jauh ke?”

Pernah suatu ketika soalan itu ditanya kepada Hadif.

“Selagi saya setia. Selagi awak setia,” Hadif pandang Amani. “Kenapa tanya macam tu?”

“I have bad feeling,”


Mungkin hal ni akan buat awak terkejut. Tapi, ini memang keputusan saya. Untuk kebaikan iman awak dan saya. Kita berpisah. Saya tak boleh setia dengan awak. Saya perlu mencari cinta lain yang lebih suci.

Hadif…kita tersalah kejar cinta selama ni. Cinta yang sepatutnya kita kejar adalah cinta Ilahi. Itu cinta yang lebih berhak.

Awak jagalah iman awak macam mana awak pernah janji nak jaga saya. Kita berpisah di dunia. Jadi, moga syurga nanti tempat kita bertemu.

Amani melipat kertas itu kemas. Nafas di hela. Moga ini yang terbaik.

“Kenapa tak jumpa je?” Farihah duduk di birai katil Amani.

“Aku tak sampai hati,”

“Kau redha?”

“InshaaAllah…demi cinta Dia,”

Farihah senyum sebaris.


“Far…aku tak boleh lupa dia,”

“Kau berpisah dengan dia sebab apa?”

“Nak cari redha Allah,”

“Then?”


Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa.

Amani mengahabiskan bacaan terakhir ayat suci Al-Quran. Di ciumnya naskhah suci itu lalu di dakap erat. Allah…beri aku kekuatan.

“Amani…,”

Suara itu bergema lagi. Suara yang dia rindu. Suara yang dah lama dia tak dengar.
Seorang wanita mendekati Amani. Lalu mereka berdakapan. Erat. Dah lama Amani tak rasa hangatnya tubuh ibu.

“Ibu marah Amani?” Pelukan di lerai.

“Tak, sayang..,”

Amani senyum lega. Di peluknya lagi tubuh wanita itu.

“Janji dengan ibu. Amani akan jadi anak ibu yang solehah. Kuatkan iman. Boleh, sayang?”

Amani mengangguk.

“Ibu taknak Amani jatuh lagi. Ingat pesan ibu….,”

“…jangan kejar cinta manusia selagi Amani tak dapat kejar cinta suci Allah,”

Angguk.

“Ibu tunggu Amani di syurga,”

“Amani..,” Tubuhnya di goncang perlahan. Wajah ibu menghilang.

Dia bangun dari baringnya. Telekung masih bersarung. Naskhah suci masih erat dalam dakapan. Wajahnya basah.

“Mimpi ibu kau?”

Amani mengangguk. Farihah menggosok bahu Amani.

“Dah la. Pergi siap. Semalam kan dah janji nak pergi surau sama-sama,”

Amani hanya menurut.


Tiada cinta yang lebih hebat daripada cinta Ilahi. Cinta yang sebenar yang membawa ke syurga. Cinta manusia, jika tak dapat kita akan kecewa kecuali jika balik kepada Dia. Sedangkan cinta Ilahi…Dia terus menjanjikan syurga abadi.

Cinta tanpa redha Allah bukan cinta yang suci. Apa erti berada di dunia jika redhaNya kita tak cari. Sedangkan tanpa redhaNya kita tak layak menyentuh syurga.

Demi Cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi.


“Amani, tolong aku..,” Azie berwajah muram.

Amani menutup buku islamik yang di baca.

“Ada apa?”

“Aku nampak Faiz dengan perempuan lain,”

“Kau dengan dia kan dah berpisah?”

“Memang. Tapi, aku sayang dia lagi,”

Amani diam.

“Hati aku sakit bila tengok dia dengan perempuan lain,” Adunya lagi.

“Azie…,” Amani menarik lengan Azie ke ribanya. “…cinta manusia, sekali kita kecewa..kita akan jatuh. Kecuali jika kita balik kepada Allah..Allah yang akan beri kita kekuatan,”

Azie tunduk. Diam.

“Kau ada dua pilihan. Cinta manusia yang belum tentu milik kita. Atau cinta Ilahi yang hakiki yang akan bawa kau ke syurga Dia,”

Senyap. Amani mengeratkan genggaman tangan Azie.

“Berbaloi ke kalau kau kejar cinta Faiz? Sedangkan dia dah tinggalkan kau. Sebab perempuan lain…,”

“…kalau dia sayang kau. Dia tak akan buat semua ni, Azie. Kita sayanglah seseorang tu banyak mana pun..tapi kalau Allah kata dia bukan takdir kita, dia tetap bukan takdir kita. Lupakan dia. Boleh?”

Azie merenung Amani. Lambat-lambat dia mengangguk.

“Tapi, kau kena bantu aku,”

“Allah akan bantu kau. Kau mintalah pada Dia,”

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri.
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering di dustai.

...

The End.



Kepada yg terbaca tu. Maaf. Penulisan tak seberapa. 

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...