Wednesday, 6 August 2014

Projek Kita

Assalamualaikum wbt. 

Apa khabaq? *senyum lebar* *kononnya tengah bahagia la tu*

Apa motif menaip malam ni? Sesi luahkan perasaan Terapi jari kot. Takda motif. Rasa macam nak menaip sampai bila-bila. Bulih dok?

*Sampaikan Rindu- Izzue Islam ft. Syarifah Sakinah*

Boleh abaikan tulisan kecik di atas. Just nak gitau tengah heart feeling dengan lagu serba jiwa kacau tu. Heee (^_^)v ....................Kau ada?

Sekarang musim countdown bagi kami-kami geng matrikulasi dan asasi. Sebab?

Cuti kami tinggal tak sampai sebulan pun. T_T

Tarikh yang di tunggu bakal tiba. 12/8 . UPU&USM day.

Otak jammed memikir 'Depa campak aku ke mana agaknya?'. Wallahu'alam.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Takdir Allah takda siapa boleh tolak. Dia dah aturkan segala yang terbaik untuk kita. Apa-apa hal tak puas hati, talk to Allah. Melainkan diri sendiri belajar redha dengan ketentuan-Nya.

Apabila perlu buat keputusan yang serius, berfikirlah dengan tenang. Di samping jangan lupa komunikasi dengan Dia yang menentukan. 

Good luck to you. 
...

Ada projek untuk kalian dan saya.

Cuba pergi soal selidik orang yang dah berjaya. Dengar apa yang mereka cerita di sebalik kejayaan mereka. Ambil iktibar. Jangan lupa save dalam hati, lock dalam otak.

Tak mencabar pun kan projek yang ni. Sebab saya nak kita sama-sama berjaya. Macam orang yang dah berjaya tu. Dengan doa usaha yang luar biasa kita pasti berjaya. Biidznillah. :)

...
Hati loaded dengan happiness. Sebab dapat talking dengan kamu di sini.

Sekian.

Sunday, 3 August 2014

"Apa harus aku lakukan?"

Assalamualaikum wbt.

Apa khabo? 

Cukup seminggu aku biar otak aku rest daripada mengarang ayat-ayat chenta dalam ni. Bukan ku sengaja. Tapi di takdirkan. Sebab. Ramadan kan dah seminggu berlalu. Means? Rehat sempena raya. Gituuu.

Sambut lebaran tak meriah sangat. Cukup dengan bermaaf-maafan. Meraikan sebulan kita menunaikan ibadah puasa. 

Penuhkan perut dengan kuih raya. Biasanya orang penuhkan perut dengan ketupat, lemang, soto and so on. Tapi jujur eden cakap. Tahun ni ketupat dapat hadam sebiji saja. I dont know why. =,=

Dapatku lihat manusia melaram dengan pelbagai gaya dan budaya. Time pergi cari baju raya, mati kutu jugak aku mencari baju yang sesuai. Mostly pakaian yang di jual adalah pakaian yang agak jarang. Kena pakai berlapis-lapis taknak bagi menyerlah ke-jarang-an tu. Hadoiii.

Pakaian di reka dengan pelbagai fesyen. Fesyen yang TAK menutup aurat dengan sempurna. Why? Menggalakkan kaum wanita mendedahkan aurat yang se-wajib-nya di jaga.

Apabila tengok fashion designer memperkenalkan pakaian yang di reka (pakaian yang berunsurkan 'mendedahkan aurat'). Aku macam "Dia tahu tak fesyen macam tu tak boleh di pakai dalam Islam?"

Seharusnya. Jika di ikut logik akal. Sepatutnya mereka tahu. 

Dan kita pun kena tahu. Kita tak boleh pakai pakaian yang mendedahkan aurat. Siapa yang tengok Satu Jam Bersama Ustaz Don di TV9 mungkin akan sedar tentang hal ini.

...

Kita nak berubah. Tapi sekeliling kita tiada yang menyokong perubahan kita. Maknanya kita kena bangun sendiri. Fikiran kita tak sama dengan apa yang mereka fikirkan. 

Lebih parah apabila mereka tak sedar apa yang sepatutnya mereka kejar di dunia yang tak kekal ini. 

Aku sendiri gentar. Memikirkan cabaran yang perlu aku hadapi. Seribu persoalan dah selalu terjah akal ku. "Apa harus aku lakukan?"

Susah nak kawal diri. Dah tu macam mana nak berjuang seorang diri? Asyik berubah pastu tersasar. Berubah. Tersasar. 

Be my partner? So that saya akan terus berubah dan tak akan tersasar lagi. Sebab saya ada kamu untuk membetulkan saya.

...
Post yang agak beremosi. Sebab emosi saya sejak kebelakangan ini asyik terganggu. Need psychology treatment. Huhu ada ke?

Sekian, Wassalam.

Wednesday, 23 July 2014

Dugaan Sakit

Assalamualaikum wbt.

Akhir-akhir ni di uji dengan selesema. Jika dengan sakit ni Allah nak hapuskan dosa-dosa kecilku, Alhamdulillah. 

Sempat juga aku menggoogle nikmat sihat dan sakit. Sakit itu suatu nikmat. Dengan di uji sakit barulah kita akan sedar, betapa kita tak pernah menghargai nikmat sihat yang Allah beri dulu.

Waktu sihat. Tak guna sepenuhnya masa untuk menghambakan diri kepada Allah. Langsung tak peduli pasal iman yang semakin tenat. Lupa bahawa diri ini sentiasa ada yang memerhati.

Waktu sakit. Mengeluh yang paling utama.

"Isy, bencilah. Hidung ni kejap-kejap meleleh. Leceh betul,"

"Susahnyaa. Nak bergerak pun tak larat,"

"Kenapalah aku demam hari ni. Kalau tak, boleh buat macam-macam kerja dah," 

"Peningnya kepala. Meluatlah. Nak belajar pun susah,"

Dan macam-macam lagi rungutan. Yang keluar dari mulut kita. Tanpa kita sedar. 

Baru demam selesema. Pening kepala. Tak di uji lagi dengan sakit yang berat yang hanya menunggu mati. 

Bagaimanapula jika di uji dengan sakit berat yang selama-lamanya? Mampukah kita nak hadapi? Sedangkan di uji dengan sakit yang ringan pun kita dah mengeluh. 

Ya Rabb, kuatkanlah hati dan iman kami untuk kami menempuh apa saja dugaan yang Engkau beri.

Firman Allah s.w.t:
"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu" (Asy-Syura: 30)
Tak kisah Allah menduga kita dengan apa ujian sekali pun. Sabar. 

Dengan di beri ujian sakit, kita akan tahu. Iman kita sihat atau tidak. Kita ni hamba-Nya yang bersyukur atau tidak. Menilai sejauh mana kita mencintai Allah sebab. Allah datangkan penyakit kepada kita sebagai bukti Allah juga mencintai kita.

Ada satu kisah yang selalu dikaitkan apabila berbicara tentang sakit. Iaitu kisah Nabi Ayyub as.

InshaaAllah saya ceritakan sikit.

Nabi Ayyub as. telah di uji dengan suatu penyakit. Penyakit gatal-gatal yang sangat kritikal. Sehingga di garu dengan alat yang keras pun, tetap gatalnya tak hilang. Malah lebih teruk.  

Sehingga ada isteri yang disayang meninggalkannya kerana jijik dengan penyakit yang di tanggung. Hanya seorang isterinya yang sanggup bersamanya menghadapi ujian itu.

Nabi Ayyub as. juga di usir keluar negeri oleh jiran-jirannya. 

Tapi. Walaupun di uji seberat itu. Nabi Ayyub as.tetap bersabar. Tak mengeluh. Redha dengan ujian Allah. Doanya tidak putus kepada Sang Pencipta. 

Baca yang lebih detail kisah kesabaran Nabi Ayyub as dekat SINI.

"Ada hikmah di sebalik ujian yang Allah Taala beri." 

Ayat ni yang selalu kita dengar daripada mulut orang. Kadang-kadang kita rasa biasa. Tapi, jika di ambil kata-kata ni. Dan pahat di dalam hati. Sungguh. Allah tak pernah beri kekecewaan di sebalik dugaan.

...
Muhasabahlah diri. Tengok balik paras mana level iman kita. Cukup atau tak amalan baik sepanjang kita hidup di bumi pinjaman daripada Allah ni.

Moga kita sama-sama segan dan takut untuk melakukan dosa. Dan sentiasa menginsafi segala dosa yang pernah kita lakukan.

Setakat ni yang mampu di lakar. Saat hidung tak henti-henti minta tisu. Kalau tulis panjang lagi pun syok. Hehe. Tapi kudrat sekarang ni agak menghalang.


...
Sekian tinta kasih daripada saya. Wassalam

Tuesday, 22 July 2014

Hati

Assalamualaikum wbt.

Selagi cuti aku tak habis selagi tu lah aku addicted nak update blog. Haha. 

Ilmu kalau kita tak catat. Lama-lama boleh lupa. Lainlah kalau kita memang ada kelebihan ingat segala benda.

Lagipun, waktu ni ja betul-betul free. Nanti dah mula belajar. Dah mula sibuk. Nanti rindu pulak nak update blog. Terseksa oh kalau rindu. Jari rasa gatal ja nak tekan keyboard. Tak senang duduk jadinya. Hoho. Kritikal sangat aku ni.

Blogger saja memahami.

...


Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
di dalam hati.
-Mestica: Destinasi Cinta-

Kadang-kadang kita tak payah buat luahan perasaan panjang-panjang. Cukup dengan lagu pun dah boleh faham. Keadaan jiwa kita.

Depends kepada hati dan jiwa masing-masing. Kalau saya. Memang lagu pengubat hati. Instrumental. Dah jadi makanan untuk mental.

Waktu study. Buka buku. Wajib lagu pun terbuka. Sampaikan nak menghafal pun tetap earphone di telinga. 

"Isma, kuatnya buka lagu. Study masuk ke?"

Hehe. 

Tika itu aku pakai earfon. Fuhh. Baru sedar sound kuat sangat. Sampai kawan pun boleh teka aku dengar lagu apa. 

Lain manusia lain jiwa. Lain hati lainlah taste dia.

Back to rangkap yang tersusun indah di atas. Destinasi Cinta nyanyian Mestica. Bukan cinta zaman moden. Tapi. Cinta Ilahi. Fahamkan tu. Tak dengar lagu ni tak boleh faham.

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan akan cuba menodai 
Segumpal darah bernama hati.

Hati kita kalau tak di didik dengan cara yang betul. Susah nak di kawal. Sebab tu orang sekeliling kita suka berpesan. 

Jaga diri.
Jaga Iman.
Jaga hati.

Nampak tak betapa pentingnya hati untuk kita jaga. Walaupun pada zahirnya. Hati ja pun. Hati. Organ badan. Spesis paru-paru, jantung.

Sumber wikipedia. Hati. Adalah.

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. 

Fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Ha. Ha. Ha. Clear aku bagi penerangan. Confirm malas nak baca kan? Sekian lama meninggalkan ilmu biologi. Baca ja laahh. Fakta. Kejadian Allah untuk kita. Hebat kuasa Allah. Subhanallah.

Namun, pada batinnya. Apa yang kita faham maksud tersirat kita mengenai hati?

Ini contoh hati yang di sebut dalam ayat Al-Quran:
"Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka dari golongan jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang alpa (tidak berzikir)" (Al-A'raf: 17) 
Lagi.
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa(seseorang) dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Allah mengetahui segala sesuatu." (Al-Taghabun: 11)
Dalam ayat suci Al-Quran hati di sebut. Qalb. 

Hati yang kita kaitkan dengan perasaan. Pada hati, terletaknya pelbagai sifat. Semuanya lahir dari hati.

Apabila kita nak menegur orang. Kita kena tegur guna hati. Nak terima teguran pun. Kita kena terima melalui hati. Sebab dari hati. lahirnya rasa ketakwaan kita kepada Allah. 

"Ohh. Kerana Allah, aku kena tegur kawan aku,".

"Kerana Allah, aku kena terima teguran kawan aku,".

...

Apabila bercakap soal hati. Keluar topik cinta. Cinta Ilahi. Harapnya topik ni lah yang selalu keluar dari mulut kita.

Dia yang mencipta kita. Kita hanya hamba. Jadi, kita siapa nak abaikan Dia? Allah Yang Maha Esa.


Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
di dalam hati.

Allah dekat dengan kita. Tapi kita tak sedar. Kita leka. Dunia mendahului segala-galanya. Asyik mencari keseronokan.

Lepas solat cepat-cepat lipat telekung. Nak tengok handphone. Masa tengah solat tadi terdengar bunyi SMS masuk. Tak apa. Mungkin isi kandungan SMS itu lebih penting daripada isi kandungan dalam Al-Quran.

Tersimpan kemas di dalam almari. Langsung tak terusik. Sedangkan dia penolong kita di sana nanti. Al-Quran. Kalamullah.

Allah berfirman:
"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Al-Isra: 82) 
... 
Tuhan...layarkan ku ke arah cinta-Mu
Tuntuni ku menggapai redha-Mu
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan..

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan.
-Mestica: Layar Keinsafan-

Ambillah iktibar daripada setiap musibah yang Allah turunkan. Dengan berfikir sejenak. 

Kematian yang silih berganti di sekeliling kita. Kemusnahan alam. Peperangan(buka hanya di Palestin, banyak lagi peperangan dan persengketaan yang berlaku yang kita tak tahu). Contoh, terjadinya tragedi pesawat MH17, baru kita tahu. Ada persengketaan di negara Ukraine dan Russia. Banyak kemusnahan yang berlaku.

Rajin-rajin lah tengok berita semasa. Bukan dalam negara. Berita Dunia. 

Dua tiga hari lepas. Tak ingat dah berita hari apa. Berita Tv3. Banyak bencana alam yang berlaku. Berlainan negara. Letusan gunung berapi. Banjir. Ribut taufan. Tu baru yang kita nampak. Yang kita tak nampak?

Allahu rabbi. Bergetar hati aku apabila tengok musibah yang ada di mana-mana. Dengan kuasa Allah Taala semua boleh jadi. Jangan sangka kita akan selalu dalam kesenangan.

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga di berkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi.
-Mestica: Layar Keinsafan-

Kita mohonlah kepada Allah. Supaya lembutkan hati kita. Dengan bermuhasabah diri sebentar kita akan berasa insaf. Biidznillah.

Bekalan untuk diri sendiri. Dan juga kawan-kawan.

Kalau ada apa-apa yang tak kena atau tak betul atau tak sahih. Jangan segan nak tegur saya. 

Wassalam.

Monday, 21 July 2014

Ukhuwah

Assalamualaikum wbt.

Tika kesunyian kau menjengah 
Dekati diriku yang hampir rebah 
Dibayangi dengan kedukaan 
Diselimuti dengan kekusutan 
Bukan datang sekadar bersinggah 
Yang nyata kau bawakan dirimu 
Merentasi duniaku

-Nasyeed Underground: Teman-

Nampak tajuk post ni apa? Ukhuwah. Buddy. Friendship. Persahabatan. Per-kawan-an. Per-rakan-an. Persaudaraan. Per-keluarga-an. 

Dah lama nak garap ukhuwah sebagai tajuk entry. Tapi tak terluah dalam otak. Sebab ikatan persahabatan saya dah kunci dalam hati. Letak pad lock sekali. Moga tak terkeluar terjatuh tercicir tergolek di mana-mana.

Jadi hari ni. 21/7/2014. Hari Isnin. Petang selepas Asar. Bulan Ramadan. 23 Ramadan 1435.
.
.
.
.
Saya isytiharkan bahawa anda semua ialah sahabat saya dulu, kini dan selamanya. 

Happy tak dapat confess daripada saya? Haha. Confess yang tak seberapa i know. Sepatutnya kena letak bunga ros sekali. Coklat seribu kotak. Tapi. 

Buat apa nak letak bunga dan coklat bagai? Sedangkan keikhlasan bersahabat terletak di hati. Bukan pada bunga. Ataupun coklat.

...
Ingin aku singkap kembali 
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi.
-Amar: Sahabat-

Sebut part sahabat memang aku lemah. Taktau kenapa. Cepat sangat nak sebak. Hati mudah sangat tersentuh. Mulut ringan saja nak ucap 'Aku rindu sahabat-sahabat aku'.

Mungkin hati di kaburi dengan perpisahan yang Allah aturkan untuk pertemuan yang akan datang. Tiada sahabat yang selalu ketawa bersama. Kerana saban hari sahabat berganti sahabat. 

Masa berlalu meninggalkan pesan. Kenanglah sahabatmu. Letaklah sahabatmu di hati. Dia. Sahabat. Yang tak ada pengganti. 

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah aku dalam doamu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku.

Sahabat yang sanggup berkorban. Sahabat yang selalu ada tika susah. Sahabat yang setia mendengar luahan hati kita. Sahabat yang turut bergembira dengan kejayaan kita. Sahabat yang turut berduka tika kita sedih.

Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan, rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah.

Setiap hari ku pujuk hati ini. Agar berpijak di dunia yang nyata. Dia. Sahabat. Yang berlalu bersama masa. Selalu berperang dengan hati. Kenapa harus masa memisahkan kita?

Namun, ku pujuk juga hati ini.

Biarlah masa memisahkan kita.
Kerana.
Ingatan dan ikatan antara kita tak akan mungkin terpisah.

...
Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di Atas jalinan yang suci.
-Brothers: Doa Perpisahan-

Kita tak sedar. Pertemuan kita dulu adalah satu ujian. Sejauh mana 'sejati' dapat duduk sebaris dengan 'persahabatan'. 

Sejauh mana kejujuran dalam persahabatan. Sejauh mana kita menilai persahabatan dengan hati yang sepenuhnya kerana Allah.

Pertemuan itu yang buat ukhuwah kita kekal sampai hari ini. Gembira bersama. Sedih bersama. Hari-hari tak berlalu dengan sepi. Ada saja usikan darimu, sahabat. 

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua.

Sekali lagi kita di uji. Dulu pertemuan. Sekarang kita di uji dengan perpisahan. Pujuklah hati. Agar redha dengan aturan Yang Esa.

Semakin hari kenangan lalu kuat mencengkam di hati. Ada saja hal yang buat detik bersama sahabat dulu kembali menjengah. *tetiba masuk part sahabat aku jadi minah sastera*

...
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu.
-Brothers: Selamat Berjuang-

*Izinkan saya bercakap secara tak formal. hehe*

Sahabat dunia dan akhirat, terima kasih! Terima kasih sebab sabar melayan saya yang perangainya sukar di jangka. Haha.

Mungkin dulu tak puas ucap selamat tinggal. Tak sempat nak sedia text yang panjang-panjang. Kali ni boleh ja. Walaupun nampak macam ke-boring-an. 

Walaupun susah, tapi inshaaAllah. Allah akan pertemukan juga kita suatu hari nanti. Walaupun setiap kali nak jumpa ada saja halangan. Planning Allah tak pernah tak cantik. Pasti ada keindahan di sebalik semua ni.

Sepanjang melayan feeling dekat blog ni. Wajah-wajah ni lah yang terbayang dalam minda.

Miss you, Friends!

Lagi 4 orang menghilang. Dont worry. Takda dalam gambar. tapi ada dalam hati saya. Hahah. Miss Asma.


5 kuntum bunga of F3P1. Miss all of you, F3P1. Stay Connected. Miss KMPP.

Gambar roommates tak ada langsung dalam netbook. Sedih betol! Huhu. Tak apa. Here they are :

Qyla. Aida. Farah. My beloved roommates ever!

Tak lupa juga kengkawan yang selalu menegur di tepi jalan, dekat pasar, dekat kedai, dekat mall, tandas awam, facebook, twitter...Nak sebut semua sampai tak tersebut.

Hanya Allah yang tahu dengan siapa saya bersahabat. May Allah Bless all of you.

Ukhuwah fillah abadan abada. InshaaAllah.

...
Wassalam.

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (ii)

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tu. Entry ni sambungan daripada entry yang lepas. Sila baca Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (i) dulu. 

"Kenapa merana? Kenapa sia-sia? Minat ja pun,".

Huh?!

Hati kita susah nak kawal kan? Orang tu baik dengan kita. Minat. Nampak orang tu hensem. Minat. Nampak orang tu cantik. Minat. And so on.

Sekali pandang saja. Dah terpegun. Dah mula nak berangan. Senyum sorang2. Usha dari jauh. Tulis dalam diari bagai nak rak. Puji itu dan ini. Syok sendiri.

Jujur saya tak pandai nasihat dalam hal ni. Sekadar melarang boleh la. So, ni ada penyelesaiannya. Wajib baca entry Boleh ke ada crush?. Harap sentaplah lepas baca. Haha. Make it clear. Okey?

Tak payah la ada crush bagai. Normallah tu hati kita tertarik dekat seseorang. Tapi jangan layan. Boleh? 

Buruk akibatnya kalau melayan. Jiwa tak tenang. Nak study pun terganggu. Terbawa-bawa dalam persahabatan. Menyusahkan diri dan kawan. 

"Gaya cakap macam ada pengalaman."

Ha. Ha. Sebab tu saya melarang anda. Please. Saya dah menyesal. Dan saya takmau adik-adik pulak hadap benda yang sama. Serius. If ada tertarik pada mana-mana lelaki/perempuan cepat-cepatlah istifghfar. Jangan layan.

Saya tegaskan dekat sini sebab. Matrikulasi. Masa yang singkat untuk belajar.

"Dah banyak kali crush dekat orang. Tapi result okey jaa. Takdak apa pun,".

Result saya pun okey waktu saya dok gila gedik pasal crush! Bahkan better daripada exam yang lain. 

Bukan sudut result ja dik kita kena pandang. Dosa dan pahala pun kena fikir juga. Masa dan tenaga. Hati dan perasaan. Boleh jadi kita okey. Tapi rakan yang asyik dok dengar kita cerita pasal crush? Tak fikir pasal diri sendiri, fikirlah pasal kawan.

Huuuu. Soal cintan-cintun ni. Takkan pernah habis nak tegur. Susah amat. Setiap entry aku dok cerita pasal ni apaa. Bosan dah. Tapi perlu. Wajib. Sebagai saudara Islam.

...

First day sampai KMPP. Iaitu hari pertama orientasi. Cari bilik dulu. Sebab masa jumpa bilik tu lah kita jumpa kawan yang akan bersama kita sepanjang setahun. Roommates.

Empat orang satu bilik. Bangunan kompel(asrama) paling tinggi pun tingkat 4. Tu pun jenuh nak panjat tangga. Letih ohhh. *buat teruk* Haha

Roommate yang kita dapat tu ikut nasib masa daftar. Tak boleh pilih-pilih kawan dah. Jumpa Mariam, Mariam lah yang akan bersama kita selama setahun. Mariam yang akan dengar kita membebel pasal homework banyak, lapar, penat and bla bla bla..

Dalam setahun tu macam-macam boleh jadi. Bergaduh. Berseronok. Luahan perasaan. Sharing masalah. Pergi sana bersama. Pergi situ bersama. Makan bersama. Lepak bersama. Merajuk.

Masuk matrikulasi ni maybe kamu akan celik sikit. 

"Dekat sekolah dulu tak pernah jumpa orang macam ni,"

Biasa. Dah nama pun lain negeri. Lainlah cara. Dalam berkawan kita kena buka minda. Kalau orang tu banyak cakap, memang dia tetap akan banyak cakap sampai bila-bila. Nak tak nak..hadapi dengan sabar dengan pelbagai kerenah.

Matrikulasi ni just persediaan untuk masuk university. Masuk uni nanti takda lah culture shock sangat. 

Nak pesan. Hati-hati apabila berkawan. Pelbagai orang pelbagai ragam. Sabar dalam bersahabat. 


...
Saya buat entry ni hanya untuk bersih dan mantapkan jiwa saja. Lebih kurang persediaan mental. Kalau nak tahu lebih-lebih. Pasal bangunan, kemudahan, tak payah la kot. Mai KMPP tengok sendiri.

Entry yang ke (iii) saya akan brainwash anda pasal exam. UPS 1. PSPM 1. UPS 2. PSPM 2. Lagi. Lecturer.

To be continued.

Sunday, 20 July 2014

Doaku

Assalamualaikum wbt.

Ada orang cakap aku addicted dengan blog. Yes! Memang pun. Blog buat aku nampak segala benda. Blog buat aku berfikir perkara yang sepatutnya aku fikir. Blog bagi aku ilmu yang best ever!

Lepas sahur tadi macam biasa. Jadi tugu depan tv. Haha. Best tengok tv bulan puasa. Banyak rancangan yang inputnya sangat ohsem! Bukan ohsem yang melalaikan. Tapi ohsem yang boleh clean n clear our heart.

Pengisian rohani banyak. Kan best kalau rancangan-rancangan tu kekal dan di tayangkan even bukan bulan ramadan.

Actually, nak related kan bebelan saya dengan tajuk bebelan saya tu. Doaku is a song for my soul. Dah lama cari lagu ni. Hari ni baru jumpa. Huhu. T_T

Berkenan lagu ni lama dah. Masa tengok cerekarama tv3-Kisah Hidup Jai this song menggetarkan jiwa aku. Fuhhh

"Lagu apa ni?" Keep ask this question dalam otak.

Sampailah Kisah Hidup Jai di ulang tayang hari Jumaat lepas. Tetap tertanya-tanya lagi. Menggetarkan jiwaku tahap maksima!

Search dekat google lagu latar Kisah Hidup Jai. Tetap tak jumpa. Sampai ketiduran aku dok cari. Lastly, biarlah. Nanti ada la tu lagu ni muncul kat mana-mana. Huhu. Pasrah ja bunyi.

Semalam hari Ahad. Tatap Geng Kampung Pisang dulu. Mulut dok nyanyi lagu Kalau Aku Kaya. Haha. Dengan adanya KALAU semua benda pun boleh jadi. Ye dok?

Macam tengah buat kronologi pulak. Panjang benar aku bercerita. So, skip Kiasan Ramadan.

Macam biasa. Layan Zikir Hati 2. Aku terfikir. Kenapa Zikir Hati 2? Maybe sebab last year dah ada Zikir Hati. Kot. Last year wa puasa dekat KMPP. So, agak kebutaan pasal rancangan tv.

Tajuknya 'Mungkir Janji'. Dengar Dr.Robiah dok bersoal-jawab dengan Raja Farah. Nak menyampuk sekali. Aku pun ada benda nak tanya gak! Ahaha. Mimpi ja lah. Karang aku cakap depan tv tu mak aku cakap aku wayar putus.

Pembukaan rancangan tu. Ada song for my soul! 

"Eh! Lagu ni," Bergetar lagi jiwaku. Sesak nafas pun ada. Time ni tak ada pulak inisiatif nak search dekat google. Tunggu sampai habis Zikir Hati 2. Jem! Depa ni tak letak la pulak lagu-lagu latar. Kecewa lagi.

Pagi tadi Zikir Hati 2 ulangan yang semalam. Dapat idea. Hafal lirik. Then, guna lirik tu untuk search dekat tok google. Bijak..bijak. Haha. Masuk dalam bas tutup pintu sendiri. 

Search punya search. Akhirnya! Ini resultnya. 
.
.
.
Hadad Alwi - Doaku.

Alhamdulillah. Allah permudahkan. 

Cuba dengar. Moga dapat tenangkan hati dan tenggelam dalam kekhilafan.

Download dekat stafa band. 

Wassalam.



Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...