Wednesday, 20 August 2014

Kehilangan

Asslamualaikum wbt.

Sudah jawab salam baru boleh baca leteran aku yang seterusnya. Peraturan baru untuk blog ni. Okey?

....

Tok Wan approach me. Then, he ask.

"Nak bagi cerah mata kena buat apa?" With his senyum lebar.

Aku betulkan spec. "Emmm...taktau," Aku ni spesis malas fikir jawapan.

"Baca Al-Quran," Jawab Tok Wan dua patah. Dengan senyum lebar tak sudah.

Sengih. Angguk.

Muka ni lah yang selalu kena merepek dek Tok Wan, mak, mak saudara kerana only me pakai spec yang tebalnya bakal di tambah lagi. 

"Tengok tv macam nak telan tv tu terus. Padan la kena pakai spec,"

"24 jam dok mengadap laptop, henset...patut power spec naik,"

Rabun ni sejak dulu lagi. Since 2009. Yang bezanya. Dulu power kiri-75 kanan-50. Dan sekarang kiri-350 kanan-325. Apa boleh buat? 

Baru angka 3 di hadapan. Dah ramai yang bising. Kalau angka 8 di hadapan.. Acano tu?

....

-Tragedi MH17-

Esok. 22 Ogos 2014. Jumaat. Merupakan Hari Berkabung untuk negara kita. Malaysia. Kerana jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 bakal tiba pada jumaat ini.

Tipu la kalau hati tu langsung tak rasa sebak. 

Terbaca istiadat untuk berkabung. Siaran-siaran televisyen perlu menunda segala rancangan hiburan. Dan di gantikan dengan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran.

Baca istiadat pun dah sebak. Lagi la apabila terdengar instrumental yang sangat sayu di kaca televisyen. Video yang menayang gambar-gambar mangsa dan ahli keluarga mangsa.

Tekak rasa perit. Nak telan liur pun sakit. Mereka. Saudara kita. Lagi perit bahu keluarga mangsa yang harus menggalas dugaan berat ini. Kehilangan orang yang kita sayang merupakan dugaan yang sangat berat. Percayalah.

...............
Inche Google

Saudara.
Kehilangan itu satu dugaan. Tiada siapa yang dapat menerima kehilangan dengan senyuman riang!
Jika dia dapat melakar satu senyuman. Pasti. Senyuman itu hambar.
Allah menguji kita dengan sebuah kehilangan. Ini satu petanda. Ini satu peringatan.
Tiada siapa yang akan kekal di sini. Berat mana kasih sayang yang di limpahkan.
Kita pasti akan pergi juga!

Semalam aku baru mendengar ketawa mu.
Semalam kita bergurau. Kau berjenaka. Aku ketawa melihat mu.
Semalam aku mendengar cerita dari mu. Kau bercerita dengan bersungguh. Aku tekun mendengar.
Semalam kau potretkan sebuah lukisan.
Kau kata. 'Jika aku tiada. Jadikan potret ini sebagai penggantiku'.
Mana mungkin lukisan angin ini dapat menggantimu! Sela ku.
'Rasailah kehadiranku dengan angin.'
'Kita tidak dapat melihat angin. Tapi, kita dapat merasai kehadiran angin.'
'Seperti aku. Nanti jika aku tiada. Kau tak dapat lihat aku lagi. Tapi, aku yakin kau akan dapat merasai kehadiranku.'

Hari ini. Kau dah tiada. Pergimu tanpa ku duga.

Saudara.
Kehilanganmu amat berat bagiku.
Kau pergi dengan tiba-tiba. Tanpa pesanan yang jelas.
Baru aku sedar. Ketentuan Allah itu kadang-kadang datangnya tanpa amaran.
Kehilangan itu selalu datangnya tiba-tiba.
Perit jika datangnya saat kemuncak kasih sayang kita.

Tak hairanlah jika semalam aku baru saja memeluk tubuhmu erat.
Hari ini berita kehilanganmu sudah ku dapat.
Kerana kau juga milik Dia. Dia yang lebih berhak ke atas kau.

.............

Menyayangi itu harus berpada-pada. Cukup kita saling menyayangi kerana Allah Taala. Kerana waktu itu kita dah sedar orang yang kita sayang bukan milik kita seorang. Tapi juga milik Dia, Sang Pencipta. 

.............

Aku bukan minah sastera. Belajar sastera pun tak pernah. Belajar subjek Bahasa Melayu pun akulah budak yang selalu tertidur tu. So, apa-apa kerosakan dekat puisi tak jadi di atas. Halalkan ya!

Adioss. Salam 

Choice

Assalamualaikum wbt.

Mood: No mood available

Satu tujuan. Satu matlamat. Satu impian. Sejuta usaha. Satu kejayaan. Satu kebanggaan. Satu kepuasan. 

"Apa yang budak ni tengah merapu pun aku taktau,".

Seriously. Tak perlu tau. Semua orang boleh nyatakan seperti yang aku list kan di atas. Mustahil hanya aku seorang yang ada tujuan, matlamat, usaha and so on. Korang pun mesti ada kan?

Dan sekarang. Satu tujuan. Bakal. Satu matlamat. Errr tak nampak lagi. So sad. Kalau tak ada matlamat dan impian macam mana nak usaha? 

"Usaha sampai ada matlamat dan impian."

Eh. Macam dah terlambat ja nak usaha. Sebab jangan lupa! Kita ada masa. Sedang tengah usaha sampai ada matlamat dan impian...macam mana kalau masa tu dah tak berguna lagi? Time limited!!!

Dah tu. Macam mana?

"Carilah matlamat kau sekarang! Sementara kau tak mulakan lagi 'tujuan' kau!"

Hanya ada 3 tahun. 3 tahun yang kena usaha tanpa berpaling ke belakang. 3 tahun yang bakal membawa aku entah ke mana. 3 tahun yang bakal membentuk aku menjadi manusia yang MATANG. 

Hoho. Acanoo kalau lepas 3 tahun tu tak matang-matang jugak. 

"Belum apa-apa lagi dah think negative!"

Okey. Perlu think positive ja la sekarang ni. 

....

Runsing. Keliru. Pening. Ragu-ragu. Buntu.

"Kenapa?"

Banyak benda nak kena fikir lah.

"Orang lain pun ada banyak benda nak kena fikir jugak!"

Aku benci jawapan macam ni!

....

Choice.

Yes. Aku asyik buntu memikir pasal 'pilihan'.

Semua benda kena ada pilihan kan? Parah kalau diri sendiri tak reti nak buat pilihan tu. Parah benar parah. Parah sangat. Kritikal!

Selesai satu pilihan. Pilihan lain pulak yang kena buat. Haahaahaaa *gelak kurang siuman*

Baru buat planning sebagai students. Dah jadi macam ni. Belum lagi pegang status pekerja, isteri, ibu, majikan.....and so on. Perlu latih lagi diri supaya tak terlalu manja dengan 'bergantung kepada orang lain'.

....

Kegilaan bakal bersambung...

Friday, 15 August 2014

Sejak akhir-akhir ni

Assalamualaikum wbt.

Omaigashhhhh. rindunya nak berimaginasi kat sini. Poyo budak ni poyo. Dah tetiap hari dok muncul dekat sini. kejap kejap blog updated. takdo koje lain ke? Okey annoying.

Today iam so tired ohhh. *bajet*. Nak tahu tak? Waa dah jemu nak hadap skrin yang bercahaya ni. Tadi cakap rindu. Sekarang dah jemu. Okey boleh baling blogger ni dengan bantal yang superb lembut.

Mood nak berkarya hilang begitu saja. ~~~~~~~~~~ terbang macam burung. Begitu jugak perkongsian tentang ilmu yang superb berguna untuk ummah. Leteran-leteran manja. Syok sendiri~~~ 

Eh nampaknya kategori 'syok sendiri' tu tetap ada. 

Otak saya tak bekerja dengan jayanya akhir-akhir ni. Susah nak imaginasi tahap akif-haifa yang sungguh la 'akif-haifa tu apa?'. Tak follow blog saya so anda taktauuu. Dah kebuntuan ayat untuk bersastera bagai.

Ada perkara yang ehem ehem. Busy sekarang ni busy!! Dua lamaran. Cuma boleh ada satu pilihan. +__+ Macam biasalah kan. Dua hero. Takkan nak pilih kedua-duanya. Ohh sungguh aku tamak.

Dan pilihan itu telah pun saya pilih berpaksikan redha daripada mak abah. Preparation 1/3 saja nii. 

'Dah bersediakah aku?'

Allah sebaik-baik perancang. Ya. Kita siapa nak menolak takdir? Sedangkan takdir itu tiada yang mampu mengubah selain Dia? Bersyukur dengan aturannNya lebih baik daripada merungut tak tentu pasal.

Aku ni kononnya nak buat kejutan laa. Okey hambar. Hang memang selalu hambar. Lonely forever. 

Insomnia. Aku kena insomnia!! Susah sangat nak tidur sejak akhir-akhir ni. Why mesti 'sejak akhir-akhir ni'? Why? Sejak akhir-akhir ni aku dah berubah? Maybe. I got lamaran already. So, sejak akhir-akhir ni dan seterusnya agak hambar suasana blog ni.

Sebab.

Ada laaa.

Rahsia.

Cehhh. Main rahsia. Konon. Meh kita tengok rahsia ni boleh simpan sampai bila.

....

Martabatkan Bahasa Kebangsaan!! Hidup Bahasa Malaysia! err Okey tetiba jaa. 

But, for sure ada kaitan dengan 'sejak akhir-akhir ni'.

....
Leaved.

Monday, 11 August 2014

Cerpenish: Reality version

Assalamulaikum wbt.

Budak ni mula dah nak bercerita. Kami tak baca pun. *Jeling 360 darjah*

Saya pun tak suruh dan tak hingin hampa baca! *tutup laptop bangun tolak kerusi ke belakang kuat-kuat*

Okey. Boleh abaikan ayat-ayat ke-sensitif-an di atas. Today, I want to talk about..........................................................

(5.30 ke atas) Sore tika ini.

Bunyi hujan menimpa bumbung rumah membingitkan telinga.(rumah kami rumah atap zink). Ketika ini jari ralit menekan keyboard. Tanpa peduli ada musibah di luar sana. Earphone di telinga di betulkan. Volume lagu dikuatkan. Tapi bunyi air hujan menikam bumi lebih kuat bunyinya.

'I have no idea why abah pilih bumbung rumah jenis ni. Kan dah bising bila hujan turun,'.

Idea di otak di persembahkan menggunakan keyboard. Ketika ini Aakif dan Haifa saja di minda. 

Titisan air hujan maha kuat. 'Alhamdulillah. Rahmat daripada Allah'. Tekan button stop. Lagu berhenti. Earphone di tanggalkan. Allahuakhbar. Bila buka earphone bunyinya lagi dahsyat.

'Sebelum ni hujan lebat tak bunyi macam ni pun,'. Bisikku lagi. Pandang kakak di sebelah. Relaks tengok movie dekat laptop. Walau aku tahu dia tengok ber-sound-kan air hujan.

Habuk-habuk mula berterbangan. Pasir halus jatuh dari atas. Pelik. Terkejut. 'Rumah nak runtuh ka apa ni?' My thought at first. Sebab bilik yang aku duduk ni baru siap awal tahun ni.

Di tambah dengan bunyi hujan yang berbisa. Pasir-pasir kecil jatuh dengan banyaknya. Aku bangun. Tengok kakak aku. 'Kenapa?'. Dia pun turut bangun. Aku pandang atas. Tengok dinding, bumbung. Elok lagi. Tak ada retak pun.

Mak jengul dekat pintu bilik. (Situasi cemas). Aku tengok tingkap yang dah di tutup waktu hujan awal-awal tadi. Macam ada pokok tumbang. 

'Bacalah Al-Quran,'. Suruh mak. 

Waktu keluar dari bilik. Macam terpijak ais. Sejak bila mak pandai main baling-baling ais ni? Eheh. Okey waktu ni akal memang dah terbelit dek suasana yang agak kelam-kabut.

'Eh? Hujan batu..!'. Aku tunduk ke lantai. Tangan meraba-raba di lantai. (rumah dah terputus bekalan elektrik dek hujan lebat tambah kilat). Dapat pegang seketul ais! Maha Suci Allah. First time rasa hujan batu.

Patut pun bunyi hujan kuat semacam. Hujan batu. Hendap tengok ke luar. Belakang rumah habis pokok tumbang. Pokok buluh serumpun melentur ke tanah. Angin kuat semacam. Dan namanya ribut.

Drama apakah ini?

Pokok-pokok bergoyang mengamuk teruk. Abah dah tak senang duduk. Kereta orang tiga buah di luar. (My father is a mechanic). Bimbang kereta orang rosak teruk dek dahan dan ranting yang patah di sepak ribut.

Kira-kira sepuluh minit kemudian. Ribut berhenti. Tapi hujan masih lebat. Cuma tak lah se-lebat bak mengamuk tadi. Keluar tengok keadaan luar. MasyaAllah. Macam bukan rumah sendiri.

Pokok-pokok kecil tercabut akarnyanya dari tanah. Serumpun pokok buluh menyembah bumi. Tiang elektrik tumbang. Wayar elektrik putus. Ranting dan daun yang masih hijau bertaburan.

Dahan pokok rambutan patah. (Tahun depan tak ada rezeki rambutan dah nampak gayanya). Buah-buah merah menyala menyentuh tanah. Mujur tak jatuh timpa kereta orang.

Orang-orang kampung dah start buat lawatan. Sebab. Kira-kira 7 atau 8 buah rumah atapnya melayang. Alhamdulillah rumah sendiri tak rosak. Legend rumah aku ni.huhu(gurauan sebagai selingan)

Orang lain kecoh pasal rumah rosak. Aku pulak kecoh dok cari Mona dan Minah. Dua ekor kucing ni memang kami bela di luar rumah. Tak dapat kebenaran untuk bawa masuk. So sad.

Cari. Tak jumpa. Dalam hati. Melayang di bawa ribut ka? Heh, aku tak nampak mana logiknya.

Resah di hati lenyap. Apabila nampak Mona tergedik-gedik dok lompat main apa entah. Sambil di ushar oleh bapaknya, Moneii. Hahaha. Bikin wa risau saja.

Petang tu busy dok kutip buah rambutan masuk bakul. 'Sekilo lima hinggit! Sekilo lima hinggit!'. Okey syok sendiri sebab tak ada orang beli pun. Cuma depa ambil tanpa bayaran. Hee

Malamnya. Hidup bercahayakan kegelapan. Di sinari pelita yang suram dek tak cukup minyak. Yang overnya...dalam gelap boleh lagi p tumbuk cabai hijau nak buat sambal hijau ikan bilis. Hahah. 

Kerosakan yang di alami di laporkan kepada polis dan pemilik kawasan. Tiada kecederaan yang di alami. Tengah malam elektrik berjaya di pulihkan. Syukur.

Dugaan yang sedikit pun dah rasa macam 'Lemahnya aku...,'.

Perlu perbaiki lagi dan tingkatkan prestasi iman.

...

Di saat fikiran melayang terbang teringat musibah semalam. Hati ini berdebar hebat dek hari yang bakal tiba. 

'Tomorrow is the day....!!'. (di petik daripada status twitter yang di update beberapa jam yang lalu)

Perasaan tika ini. Nak masuk dalam gua yang gelap. Tanpa ada sumber cahaya. Biarlah hidup ini di selubungi kegelapan sesuai pada perasaan ku ini yang tiada beza dengan menanti di hukum makan ulam rebus!

Buat sahabat-sahabat yang ku love-i...
Kita tak akan dapat jernihkan air di sungai. Begitu juga kahwin. Tak dapat kahwin kalau tak ada calon isteri/suami. Kecuali jika Dia yang beri. Dia yang mempunyai kuasa ke atas sepotong ayat 'Kun fa yakunn'.
Makanya, apa jua keputusan yang di terima setelah nombor i/c di masukkan ke ruangan cek status ipta. Terimalah berpaksikan redha dengan ketentuan-Nya. Buatlah keputusan berasaskan petunjuk daripada Nya.
Jika perlu membuat pilihan yang superb membelitkan urat di otak, jangan lupa Dia yang berkuasa memudahkan segala. Buatlah pilihan dengan istikharah dan istisyarah.
Ingat. Jangan hanya tahu redha Allah. Redha mak ayah pun penting. Kita mampu mengatasinya. Kita mampu menghadapinya.  
 ...
Tajuk entry kemain. Ahahaha. Letak tepi cerita cinta. Kita kasi live punya imaginasi. Tapi kisah ribut tu bukan main-main arr. Dugaan untuk kami.. Penduduk Kampung Tiban.

Dadaling..!

Saturday, 9 August 2014

Aku Tak Hebat Aku Jahil

Assalamualaikum wbt.

Dah kenapa salam letak di tengah-tengah. Orang nak lalu pun susah. (Boleh tanya tuan punya blog kenapa hal kecik pun nak jadi isu)

Percayalah. Aku menelaah satu blog tarbiyah ni sampai terpejam sesaat. Eh bukan sebab tarbiyah yang di kongsi bosan. Aku suka penyampaian beliau. Cuma. Aku. Tak cukup tidur. 

Aku tak hebat.

Macam. Dia.

Dia. Orang hormat sebab..mungkin terlampau sebu dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat.

Cemburu? Tipu kalau cakap 'Tak'. Dia dah sampai mendidik ummah. Aku terdidik pun belum lagi. Sad. Orang lain dah boleh hafal hadis, ayat-ayat -Al-Quran. Aku dengar tengok baca. Nganga saja.

Al-Quran yang sepatutnya boleh khatam lima enam kali setahun. Aku belum tentu cukup tiga kali. See? Yang sepatutnya khatam berapa kali setahun pun aku tak tau. Main aci teka saja. Bila orang lain sibuk berbahas pasal ilmu itu dan ini. Aku sendiri tak tau nak cakap ilmu apa yang mereka bahaskan tu.

Sejak lahir aku tak suka dibeza-bezakan dengan orang lain. Tapi. Dalam hal ni. Aku berani cakap aku bo*** kalau aku masih tak suka di bezakan dengan orang yang tinggi ilmu akhirat dia.

(Cerita zaman sekolah) Beberapa akhwat dari sebuah sekolah yang berlatar belakang agama. Di jemput ke sekolah kami. Tanpa di beritahu umur mereka. Di atur program untuk men'basuh' kami. Memandangkan SPM tinggal hujung mata pensil saja waktu tu.

Tak mau panjangkan cerita. Nak tarik satu hal ni saja. Kami di pisahkan ke dalam beberapa kumpulan. Duduk dalam bulatan. Dan pasti ada ketua. Pelajar Maahad. Tak ingat dah apa nama ukht tu. Eheh. terang-terang kami sama umur. Tak salah nak panggil kakak. Lagipun dia naqibah kami.

Baru sekarang aku tau. Bulatan antara kami tu sebenarnya usrah. Allah...betapa jahilnya waktu tu apa pun tak tahu. Layak campak aku ke dalam lombong.

Bulatan gembira- Usrah

Dekat kmpp dulu selalu jugak nampak bulatan-bulatan gembira ni. Dan, sayangnya. Tak terdetik pulak di hati untuk join mana-mana bulatan. 

"Masuk university nanti jangan lupa cari usrah". 

Pesan seorang ukht suatu masa dulu. Tegas benar dia berpesan. Dekat situ aku dah rasa. Kalau usrah tak penting dia takkan tegas macam ni.

Siap pesan lagi. "Kalau tak jumpa kumpulan usrah, contact akak. Tak kisah walaupun berlainan universiti". Nampak? 



Listening to ~~~ Beethoven Virus- Diana Boncheva



Bimbang jika suatu hari nanti aku terjatuh. Sedangkan sekarang aku dah hampir-hampir terjatuh. Dan masih menggeletar nak capai benda untuk bangun semula. Terfikir pulak...macam mana kalau aku jatuh dan sukar untuk bangun.

Waktu apa aku nak buat? Cari tongkat untuk menyokong. Jerit panggil sesiapa untuk membantu. Atau....

Biarkan jatuh dan jangan bangun lagi.

"Tak boleh...dengar macam berputus asa saja,"

Tanya diri-sendiri. 

Playlist dalam music. Lagu Korea lagi banyak atau zikir, nasyid dan ayat Al-Quran lagi banyak?

Folder dalam Hard disk. Drama korea, jepun, barat lagi banyak. Atau ceramah agama video untuk tarbiyah diri lagi banyak?

Rak buku. Novel cinta sampai tiga tingkat. Atau buku-buku majalah naskhah bersumberkan Islamik lagi banyak?

Mulut. Terkumat-kamit menyanyi lagu melayu cina korea jepun english. Surah dalam muqaddam dah habis hafaz? Atau surah tiga qul pun masih terkial-kial.

Sam Smith, Rihanna, Pitbull, CNBlue, Big Bang, Exo, JYP...apa lagi? Datang Malaysia berebut nak pergi tengok. Ada konsert. Live. Dataran penuh. Padat. Ketat. Rapat. Jerit sana-sini. Yang perempuan apatah lagi, suara paling kuat. Terkejut tengok artis pujaan real sampai pitam.

Sedarlah yang di agung-agungkan tu Bukan Islam. Dan Bukan Cara Islam.

Tambah pula yang lagi mencabar. Konsert CNBlue serentak dengan ceramah Ustaz Abdullah Khairi. Waktu dan tarikh sama. Last-last pilih pergi Konsert. Ya lahhh bukan senang CNBlue nak datang Malaysia. Ceramah dekat masjid bila-bila pun boleh pergi.

Sayangnya bila terlalu cintakan dosa, pahala di abaikan.

Aku bukan mengata orang. Teguran especially untuk aku yang selalu sasau. Tambah pulak tak boleh tahan hati bila Chris Evans depan mata. Ohhh memang kena basuh dengan air lumpur dah aku ni.

...
Part membebel dalam blog memang aku yang juara. 

Rasa macam nak update entry setiap masa. Kisah apa aku. Blog aku. Bukannya setiap kali update kena minta permission reader. username dan password aku yang pegang.

Annoying dak? Aku jahat. Tunggu aku baik nanti baru kawan.

Statement salah. Perlukah yang jahat di sisihkan?

...
:: Sekian ::

Wassalam.

Friday, 8 August 2014

Aku Nak Jadi Dia

Assalamualaikum wbt.

Sementara cuti tak habis lagi kita gunakan blog ni habis-habisan. Bertahanlah 3 minggu saja lagi tuan-tuan dan puan-puan.

Entry yang semalam macam lagha lagha. But, okey kot aku takda mengumpat pun kannn. hehe

Percayalah seharian netbook aku terbuka dan broadband terpasang. Agak-agak boleh rosak kaaa. Netbook ni pun sebenarnya start buat hal dah ni. Lepas tekan button on, dia naik system apa entah. Nasib ada cara nak resume.

Petanda nak suruh aku beli laptop kot.

Eh, kena jimat ekonomi. Yang mana ada kita pakai dulu. Ingat nak dapat duit tu senang ka? Apatah lagi yang nak dapatkan duit tu bukannya kita. Abah.

...

"Aisya, kau pernah bencikan seseorang?" Waktu ni Aisya tengah sibuk siapkan assignment. Hee pepandai je aku kacau dia.

"Tak ingat. Pernah kot,"

Aku macam 'fuyyooo sampai tak ingat. Agaknya bila kali terakhir dia benci orang?'. Akur, Aisya memang sangat baik. Banyak kali anak buah pijak kepala pun dia sabar saja.

"Macam mana nak jadi macam Aisya?" Tetiba aku bertanya soalan yang aku sendiri rasa tak logik. Aisya, Aisya lah. Aku, aku..

Aisya pandang aku pelik. Kemudian dia ketawa kecil.

"Sya...aku serius,"

"Buat apa nak jadi macam Aisya?" Dia tanya balik.

"....."

"Nana, Allah jadikan setiap makhluknya berbeza. Cuba tengok kucing. Boleh ke dia nak jadi harimau. Sedangkan kucing bunyinya meow, harimau pulak besar dan mengaum,"

Err.

"Maksud aku...Aisya baik. Susah nak jumpa manusia macam kau. Kau tenang bila ada masalah. Tak pernah aku nampak kau merungut kalau ada yang tak puas hati...," 

Belum pun sempat nak habiskan ayat, Aisya mencelah. Aku puji dia over sangat kot.

"Perkara yang buat kita tenang, Allah Taala. Susah senang kita aturan Allah. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia. Cukup itu," 

Ringkas. Satu jawapan saja. Allah Taala.

"Nak jadi macam Aisya ke?" Nadanya bergurau.

Aku senyum. Kemudian sama-sama kami ketawa.

Mustahil kita nak bertukar jadi orang lain. Meski kita kagum dengan seseorang. Jadikan dia sebagai contoh dan ikutan. Kalau kucing nak jadi harimau pun, cukuplah dengan jadi kuat seperti harimau. Memandangkan kucing mengiau, harimau mengaum. Beza.

Eh, sanggup ke nak tengok kucing jadi harimau? Kalau macam tu peminat kucing dah tak boleh peluk cium kucing laa. Risau nanti kena baham. Heee

...

Sometime rasa macam, senang ja nak sedarkan diri sendiri. Membaca. Tapi kalau dah orang kalau tak minat macam mana kita nak paksa depa suruh membaca.

Sekarang kan dah ramai orang berdakwah dalam alam maya. Gamak susah sangat nak buka buku baca. Bukalah internet. Buka blog, tumblr, apa lagi? Dekat facebook dan twitter pun ramai sangat yang berdakwah.

Maybe, tengok baca pastu buat taktau. Macam tu lah kot.

Dengarnya orang yahudi nak hancurkan kita melalui facebook, twitter. Macam tak percaya ja dema yang kaki like, kaki follow, kaki retweet, kaki favourite...nak deactive fb, twt.

Tak payah deactive. Teruskan bermaharajalela dekat laman sosial tu. Kita berdakwah dekat situ. Apa salahnya? Kita gunakan laman sosial untuk membangkitkan Islam. Sedarkan ummah yang leka. 

Kita yang muslim, carilah page yang Islamik. Follow orang yang suka berdakwah melalui twitter. Lama-lama kita nampaklah hidayah Allah. 

...

Nak tahu perangai kita? Tengoklah perangai kawan kita macam mana.

Pernah tak bila orang mengumpat pasal kawan kita, kita terasa? 

Aku pernah. Ada orang mengata kawan aku gedik. Automatik aku terbayang diri aku. Tahu kan macam mana rasanya 'terasa'?

Ingat, kita ni bukan saja-saja di lahirkan kat dunia ni. Renung-renungkan bila orang cakap,

"Dunia tak kekal".

dan

"Kita pasti akan mati".

...
Sekian, Wassalam.

'Hati' again

Assalamualaikum. Selamat petang. 

Kali ni menulis tanpa motif lagi kot. Why? 

Entah.

Tuan tanah sendiri tak tahu. Otak kosong. Asyik  perhati orang saja. Jaga-jaga. 

Nak sembang kosong. Memang otak macam tak boleh digest nak buat ayat skema. Maybe bahasa yang agak rude? Eh, tak boleh tak boleh. Hancur blog aku kalau main kasar dalam ni.

Slow talk. Macam mana nak kosongkan hati kita? Ek enaaaa. Bukan ke hati aku tengah kosong ni. 

Sis, Bro..Pernah tak tengok lelaki/perempuan tanpa perasaan. I mean sometimes kan kita ada perasaan macam bajet falling in love gitu. Ternampak yang okey automatik hati kita akan 'okey'.

Pernah tak rasa penat untuk ada perasaan macam tu? 

Fuhhh. Aku tanya soalan direct edisi ke berapa ni. Honestly, aku penat. Mudah sangat nak suka orang. Haihh. Dah la suka. Pastu pepandai pulak taruh harapan dan keinginan palsu. Yakssss

Save me from this world yang maha make my heart rasa macam ...... *Psiko aku ni psiko*

"Alah, abaikan ja. Buat tak tahu,"

Nak suruh aku abaikan perasaan yang konon 'falling in love' tu? Dah lama aku buat. And jujur, tak berkesan. Dilema wanita. Sigh.

Kalau dah ada jejaka sehensem dan sesedap suara Sam Smith depan mata. Tipu sangatlah kalau buat dont know. At least aku akan excited buka cerita 'falling in love with this pakcik' dekat my sis. Hee. 

Dah tu macam mana? Dilema wanita. Sigh.

Problem~~~Ariana Grande.

Stop here, Nisak. Cukuplah dengan jiwa yang superb kacau tu. Orang lain tak kisah pun. Habis kuat, 'budak ni takda kerja lain ka selain merapu dalam blog ni'. Okey, sigh.

....
.
....
.
....

Macam cantik pulak aku buat gap kat atas. @_@ Nobody care.

Semalam someone text aku. Then, dia buat pengakuan dan bagi pesanan yang bermakna untuk aku. Huuuu. *macam romantik jekk* Aku macam .... "Yeayy!! Tak sabar nak tunggu hari tu tiba".

At the same time. Nervous ahh. Why cepat sangat. Aku tak puas lagi bermesra dengan family aku. ...................Dah nak dapat family baru. Ohsem!










Okey jangan think yang bukan-bukan. This is the real one.

15888- "RM0.00 UPU: Semakan ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf sesi 2014/15 mulai 12tgh hari 12/08/14. Layari http://upu.moe.gov.my atau taip: UPU RESULT (NoKP) & SMS 15888.

Surprise tak? Hehe. Perasan tak post kali ni nampak macam otak aku masuk ayer. To be honest, kekadang mood di pengaruhi music.

Nahhh bukti.

Radioactive by Imagine Dragons.
...
Sekian. Adios! 

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...