Saturday, 19 July 2014

Transkrip Exam

Assalamualaikum wbt. 

Nampak tak? Nampak tak? Rasa macam nak kekal guna font jenis ni. Kecik-kecik. Macam comel lak. Then, mudah nak baca if satu perenggan letak 2 or 3 ayat. Kan? Daripada tulisan yang dulu. Aku simpulkan orang nak baca pun boleh juling terus mata.

If saya dah menjulingkan mata kalian. Maaf nohh. Aku selalu aci trial and error. Ikut suka hati aku ja. Tak apa. Kita belajar daripada benda yang dah lepas. 

Nak habaq. Transkrip exam sudah dapat lohhh. Rakan-rakan matrikulasi sekalian! Syok tak dapat transkrip ber-cop-kan usaha anda selama setahun? 

Awal pulak abang posmen on duty hari ni. Selalunya kalau ada apa-apa post ke rumah aku tengah hari or petang baru dapat. Ni pukul 10 pagi dah sengih depan rumah. Haha.

Maklumlah post ekspress gitu. Posmen pun kena lah ekspress. Walaupun dengan motor kapcai. Hahah. Marah dia aku panggil motor dia macam tu.

coffee yg aku suka beli dekat koperasi kmpp untuk stay up malam

Aku renung transkrip akademik. 2 3 kali jugak lah. Terbayang balik banyak mana usaha aku dulu. Then, compare usaha semester 1 and semester 2. 

Semester 1 : 
Usaha habis-habisan. Dek trauma dengan result UPS 1. Result yang bagi aku ala-ala hidup segan mati takmau. Dah di ceritakan result tu di post yang sebelum ni. Kalau rasa nak tau koreklah sendiri. Wa malu nak ulang cerita balik. Kui3

Semester 2 :
Semester angan-angan. Semester angau. Semester gatal. Semester berlagak sombong. Semester yang aku buat macam selepas semester 2 ada lagi semester 3. Huuu mintak jauh mintak jauh.
p/s: semester 3 yg dimaksudkan adalah repeat. The one and only budak2 PST mintak dijauhkan.

Study aku main-main. Dugaan hati banyak sungguh. Sampai ke akhirnya aku tersasar. Mujur result okey! 

Tak payah kot di ceritakan di sini. *tak sedia nak cerita. rasa macam 'teruknya aku dulu'*

Ku sangka result ku merudum jatuh. Ku sangka lepas ni dah tak sanggup nak tatap muka mak abah. Ku sangka nak sepi sampai bila-bila daripada kawan-kawan if betul-betul result teruk.

Banyak dah planning dan sangkaan aku. Ahaha. Dah bungkus dalam plastik hitam ikat ketat2 buang dalam lori majlis bandaraya dah pun. Takut dengan kesilapan lalu punya pasal. Jangan risau ya, kawan. Iam still your bestfriend for everrrrr.

Tapi. Tak apa. Allah Maha Adil. Di makbulkan juga doa aku setiap hari walaupun aku banyak buat salah. Alhamdulillah, ya Allah.

Kita belajar daripada kesilapan. Betul tak?

Macam dah serik. Tapi mampu ka? *eheh. betulkah dah serik?* Tu baru masuk matrikulasi. Belum masuk university. Masih banyak dugaan dan cabaran menanti. Allah...kirimkanlah kepadaku kawan yang baik-baik.

Susah benor nak jaga hati. Agak-agak kalau cabut hati. Cuci dengan clorox(peluntur). Gilap segilap gilapnya. Pastu bungkus elok-elok dengan kain. Pastu letak balik tempat asal. Ikat ketat-ketat. Boleh bersih ka hati tu? Boleh terjaga ka?

"Banyak ingat Allah. Dekatkan diri kepada-Nya."

"Al-Quran jangan dibiar tidak terusik. Dekatkan diri kepada Al-Quran."

"Zikrullah biar di bibir. Ringankan bibir untuk berzikir."

O...key.

"Jika sekadar 'okey' tak menunjukkan sungguh-sungguh nak buat. Lebih elok 'inshaaAllah'."

Erk!. Err. InshaaAllah. *senyum kelat* 

Mana yang baik, ambillah. Mana yang buruk, tempek dekat blog ni pun takpa. Hehe

Wassalam.

Friday, 18 July 2014

Ujian

Assalamualaikum. Hati dan iman sihat? 

Lately ni aku suka over think lah. Terpengaruh dengan apa. Fikir pasal apa. Serius. Takmau tulis kat sini. Kasi privacy lebihhh. Bajet macam ada orang nak baca. 

17.7.2014. Malaysia gempar dengan tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17. Tak mampu nak ulas or komen lebih-lebih. Sebab aku tak layak. Apa yang mampu kita buat. Doa. Allah Maha Mendengar. Kita siapa nak mengkritik kerja Allah.
Allah Pencipta langit dan bumi dan apabila Dia berkehendakan untuk mencipta sesuatu, maka cukuplah Dia hanya mengata kepadanya 'jadilah' lalu jadilah ia. (Al-Baqarah:117)
Tabahlah keluarga mangsa. Tabah. Kuatkan hati. Terima dugaan yang Allah beri dengan sabar dan redha. Allah tak akan beri kita dugaan jika kita tak mampu. 

Allah beri kita ujian kehilangan untuk kita sedar. Semua yang kita miliki ini hanya pinjaman sementara.
.
.

"Cak, hang tak tengok breaking news ka?"

Aku tengah rancak menaip entry baru untuk blog. "Awat?" Masa ni 'Ada aku kisah'. Hoho. Heartless lagi.

Dah siap entry. Publish. phewww. Panjang tulisan aku. Untuk adik-adik punya pasal. Daki Gunung Everest pun aku sanggup menaip lagi okey tipu.

Buka Facebook. Bosan. Tarak apa. Buka Twitter. Huyoohh. Banyaknya new tweets. Aku macam bajet 'huyoohh. banyaknya noti.' Kecoh betul. Macam biasa. Layan tweet-tweet para twitterer. 

"MH17. MH17. Trending top one lagi. Apakah?" Blur. "MH17 ka MH370?" Tersalah taip ka apa. Blur takdak tahap. Haha

"Orang suruh tengok breaking news tadi lagi," 

Okey. Aku sorang ja dalam rumah ni tak menahu apa-apa.

"MAS?"

"Again?"

Allahu..ujian lagi untuk mereka. Moga mereka kuat hadapi dugaan-dugaan ni. Tak selesai kehilangan MH370. Allah datangkan lagi dengan ujian tragedi MH17. Kami yang sekadar mengikuti perkembangan dari kaca tv juga merasai kesedihan. Sebak. 


Dan Allah tak akan tangguh(kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. (Al-Munafiqun:11)
Allah, daripadaMu kami datang dan kepadaMu kami kembali.

Silih berganti updates di Facebook dan Twitter. Pray for Gaza. Pray for MH17. Allah uji kita umat Islam dengan pelbagai bentuk cubaan. Moga iman kita terlatih dan makin kuat dengan dugaan-dugaan ini.

Di bumi Palestin, tak berhenti lagi hujan peluru. Semakin hari semakin bertambah bilangan yang syahid. Rejim zionis tak henti-henti membedil rakyat yang tak bersalah. Allahu Robbi. 

Kita di sini bergelak ketawa. Di sana ada saja tangisan. Ada saja yang syahid.
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah(mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya. (Al-Baqarah:154)
p/s: hidup di atas bermakna mereka hidup di alam yang kita tak tahu. Alam yang Allah beri kenikmatan dan hanya Allah yang mengetahui bagaimana kehidupan di alam itu. Allahu'alam. 
Kita dah lama tenang di sini. Jika tiba-tiba di datangi musibah. Kuatkah kita? Hendak mempertahankan diri. Atau mempertahankan Islam?

Kita dah lama tenggelam dalam kenikmatan dunia. Bila masa kita nak berhijrah? Kata nak jejak kaki ke syurga-Nya nanti. Tapi. Apa usaha kita? Banyak mana amalan kita sepanjang hidup?

"Ahh. Banyak masa lagi. Aku masih muda. Masih panjang perjalanan hidup aku,"

"Esoklah berubah,"

"Sementara masih muda. Kita enjoy!"

Sekali Allah berikan kita ujian pada usia muda. Masih nak enjoy? Bukan masa tu kita menangis teresak-esak? Sampailah di ingatkan. Innallaha ma'ana. Allah ada bersama kita.

Buka celik mata luas-luas. Buka minda. Lapangkan dada. Muhasabah diri. Kita mati tak kira usia. Tua. Muda. Bila-bila masa Allah tarik balik nyawa kita. 

Mahukah mati tanpa iman? Mahukah mati dengan saham-saham dunia yang tak ada nilai untuk di timbang di sana nanti?

Kawan. Marilah kita saling membimbing. Jangan leka lagi. Kata sayang sahabat. Jika sayang mestilah kena sama-sama masuk syurga. 

....
Jika saya tersalah bicara, tolong tegur. Wassalam.

Thursday, 17 July 2014

Aurat

Assalamualaikum wbt.

Tangan lembik nak menaip. Cadang nak tidur lepas subuh. Tapi mata tak boleh pejam. Allah nak suruh aku hormat hari Jumaat kot. Karang aku tidur lepas subuh, bangun lepas zohor. Wahaha. Pecah tembelang duty aku tiap-tiap hari.

Time mata tak boleh nak pejam tadi. Ter-flashback balik perbualan saya dan mak 2 3 hari lepas. 

Saja-saja masuk dapur. Anak permaisuri nak melawat ibunda dia masak apa. Hee melawat saja. Takmau kacau. Nak dekat buka puasa baru aku kacau "Ada apa-apa kerja lagi yang perlu dibuat?". Penuh hemah aku menyoal. Haha

Okey. Back to the main point.

"Semalam tak tengok Ustaz Don dok bagi ceramah dekat TV9?" Mak tanya. Tangan dok exercise tumbuk cabai(cili) guna lesung batu.

Errr. 

Satu jam bersama Ustaz Don tu kaaa. Aku kalau dah abang Johan dan kak Farah depan mata. Tak ubah channel lain dah. #RamadanJanganPergi

"Ustaz Don kata. Pakai jubah tak boleh pakai yang ketat dekat pinggang...,"

Erk!

"...pakai tudung, sanggul jangan bagi terjojol ke atas. ikat rambut ke bawah. bagi tak nampak sanggul,"

Ya. Ya. Faham mak. 

"Tukang jahit baju pun apa kurangnya, mak. Depa dok reka macam-macam jenis fesyen. Cuba semua fesyen depa buat straight cutting...,"

Aku dah mula tuding jari ke orang lain. Haha. Elok sangat perangai tu. Yang hang p kedai dok cari baju jenis yang ikut shape buat apa. derrr

"...okey, tapi raya tahun ni nak pakai jubah jugak. Usaha cari yang betul-betul menutup," Pesanku pada diri.

Tengok balik baju-baju lama. Ada yang memang aku tak pakai dah. Segan nak pakai. Sebab. Sudah lama ditinggalkan. Sebab. Orang tengok, malu hoii. Sebab. Segan ingin saya nyatakan. Sebab. Dah haram untuk di pakai. Hoho. Kiasan banyak sangat.

But. ada lagi pakaian yang aku berdegil nak pakai juga. Sebab. Yang tu ja ada yang paling better daripada pakaian yang lain. Aku pun bukan orang senang nak gesa mak beli baju yang baru banyak-banyak.

"Tak apa laa. Beli sikit-sikit. Lama-lama jadi banyak lah," 

"Okey..,"

"Setiap kali kita berpakaian. Kita mempunyai dua pilihan. Syurga atau Neraka."
Jenis baju yang lain pun banyak yang ikut badan, jarang dan sebagainya. Berhati-hati dalam memilih pakaian. 

"Dah lama tak selempang(kiri kanan tudung di silang terlampau atas) tudung. Sekarang dah malu nak ikut gaya dulu. Selesa labuhkan tudung lagi,"

"Ingat balik cara pemakaian dulu...termalu sendiri. Terfikir. Dulu aku tak rasa malu ka?"

...

"Anak-anak mak ni dok bertukar jantina dah. Nak kata lelaki. Nama ada binti,"

Saat my mom membebel nampak aku bersiap masa nak keluar. Dia nengok aku mula dari bawah dulu. Pakai seluar. Jeans lagi. Hancusss. Haha

"Menutup lagi, mak. Bukan macam orang lain. Lagi teruk," 

Selamba badak ja menjawab. Awas! Jangan tiru aksi ini.

"Lain kali nak keluar pakailah kain," Mak nyambung lagikkk.

"Okey. Nanti mak beli sehelai dekat orang,"

Haha. This dialog di ulang setiap kali aku bersiap nak keluar. Bukannya takmau ikut cakap mak. Tapi duit tak keluar untuk beli kain lagi. Kain bunga-bunga ada laa. Tapi dah dua kali aku jadi bahan gurauan kasar. Sentap mehhh. 

Kengkawan! Bukan nak ajak you all pakai seluar jeans ikut saya. Tapi nak ajak kamu semua jadi muslimah sejati. Jom. Kita pakat-pakat jadi perempuan melayu tertutup. Takmau pakai pakaian yang memudaratkan mata si jejaka. Okey?

Kita bertindak dulu. Biar jadi ikutan kawan yang lain. Lama-lama depa ikutlah. 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seseorang itu mengikut agama temannya. Oleh itu, hendaklah seseorang itu melihat dengan siapa dia berteman"
 Bila kita dah selalu buat baik. Kita akan segan nak buat jahat.

Bila kita dah selalu menutup diri kita dengan sempurna. Kita akan segan dan malu nak pakai balik pakaian yang tak sempurna.

Wassalam.


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (i)


Assalamualaikum. Bakal-bakal jenazah sekalian...sihat? Bekas-bekas bayi sekalian...sihat? Dok baca ni dah solat ke belum? Kalau baca tengah-tengah malam make sure p pastikan dulu pintu rumah berkunci, tingkap tutup, p ambil wuduk. Kalau dah mengadap laptop confirm malas bergerak dah kan? Alih-alih tertidur sampai terbabas subuh sebab semalam stalk blog orang sampai pukul 3 4 pagi. Ehhh

tangkap guna corby ja. cantik tak? hehe

Panjang pulak aku berletiaq(membebel). Baru lepas kemaskini my 'usang' blog. Ada lah baca entry yang lepas. Rupa-rupanya banyak yang aku cakap tapi aku tak tunaikan. Maaf. *Talking to myself*

KMPP. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Matrik yang paling ohsemmmm. Kan? *Nope. yang paling oldddd*. gurau ja kawan. chill

Dulu saya excited dok menjaja *Aku dapat matrik Penang!*. Sekarang ni takmau menjaja. Tapi nak lelong *Mai masuk kmpp maihhh!*. 

Saya. Alumni. KMPP. Sejak. 29 April 2014.

Adik-adik yang dikasihi. Dapat tawaran KMPP? Atau dah pasang angan-angan nak masuk KMPP? Jangan ragu-ragu untuk masuk KMPP, dik. InshaaAllah akan dapat segala yang baik belaka. -kalau pandai bawa diri

Sesungguhnya KMPP tak akan jadi daebak! kalau adik-adik yang tak menggerakkan sendiri. Lecturer memang dah lama gerak dan buat KMPP jadi ohsem!. Tapi. Dengan belajar math, chemistry, physics, biology, sains komputer, pendidikan islam, english, koku, dinamika sahaja tak cukup untuk anda buat KMPP jadi daebak!.

Makanya. Saranan saya. Teruskan legacy Brotherhood, ANC, AFC. Boleh? Dengan aktifnya group dakwah ini. Maka aktif lah ke-daebak-an KMPP. 

KMPP best tak? Okey tak? Belajar macam mana? Susah tak nak skor? Lecturer garang tak? Kompel(asrama) okey tak? Makanan sedap tak? Toilet bersih tak? Cafe mahal ke murah? KMPP sosial tak?

Saya tak nampak apa point nya korang bertanya macam-macam. Nak buat preparation. Okey fine betullah tu. Tapi. Matrik ni macam tandas awam ja, dik. Bergantung kepada si pengguna yang menggunakan tandas tersebut. Kalau tandas tu bersih, maknanya pengguna ialah pengguna yang prihatin dan baik.

Nak mudah faham. Setiap tahun pelajar matrikulasi ialah pelajar yang berbeza. *kecualilah pelajar PDT*. Selepas batch '95, batch '96 pulak. Selepas batch '96, batch '97 pula. Berterusan bersilih ganti. 

Anda ialah generasi yang nak sambung kehebatan KMPP. Jadi, tugas anda sendiri yang nak bagi KMPP tu best ka tidak. Kalau attitude anda baik, maka baiklah semua lecturer. Lecturer baik kalau kalian baik. Misal kata dalam dewan kuliyah. Kalau anda bagi perhatian, tak main fon, tak bercakap yang sia-sia, tak tidur, tak buat bising..maka lecturer pun tak marah lah.

"Belajar senang tak? Ada orang cakap matrik ni susah."

Siapa yang cakap tu? Mohon tampar dia laju-laju. Mengikut apa yang saya dah lalui. First time belajar sesuatu topik, memang saya kata susah. Dah benda tu kita baru nampak, memanglah jadi susah. Lainlah kalau setiap masa kita dok belajar benda yang sama.

Time dalam kuliyah saja kita akan nampak susah. Lepas keluar dewan kuliyah, masuk bilik atau pergilah mana-mana pun pastu tengok balik renung balik notes..lepas tu baru "Ohhh...macam ni rupanya,".

"Masuk matrik kena struggle betul-betul. Yang luar biasa punya."

Habis tu, hang masuk university hang tak payah struggle lah? Tak payah dapat 4 flat lah? Dekat matrik ja hang kena pulun bagi dapat 4 flat. Gitu?

Bukannya nak marah. Tapi, orang boleh gerun nak masuk matrik kalau kita tak bercakap yang baik-baik. Apa salah matrik? Tempat belajar jugak. Susah? Belajar apa yang senang? Kita masuk university, pastu dok kata jugak "Ishh...susahlah subjek ni,". Dok pening lagu tu jugak la. Sama ja.

Di mana-mana tempat belajar pun. Sekolah. University. Tadika. Matrik. Kolej. Mesti kena struggle betul-betul. Okey? 

Bakal-bakal penghuni matrikulasi sekalian. Jadi student yang rajin. Boleh? Jangan jadikan matrik tempat untuk bersantai tak payah pegang buku. Nak bersantai lepak-lepak dekat tasik tak apa. Tapi. Make sure rajin study. Lepak-lepak sambil cakap pasal electrochemistry. Boleh? Buat apa nak lepak-lepak mengumpat pasal cikgu. Nanti dapat dosa. Masuk liang lahad dengan saham-saham mengumpat. Nauzubillah.

Ada lagi hal yang lebih serius. Memang benda ni kat mana-mana pun terjadi. Tapi saya nak highlight perkara ni di KMPP. Budaya couple. Menjadi-jadi. 

Culture shock kot. Tak pernah-pernah tengok awek-awek cun kelantan, johor, terengganu. Tak lupa juga jejaka-jejaka macho. Selama ni kan dok dalam negeri ja. Jarang nampak yang comel cantik hensem yang luar biasa. Masuk ja KMPP, sebut ja nak akhi ukhti dari mana. Semua ada.

Mula-mula rapat sebab study. Sama-sama nak kejar 4 flat. Nak tanya soalan yang tak faham. Lama-lama dapat mesej ayat bunga-bunga. 

"Alaa... setahun ja pun. Pastu break lah,".

"Kita rapat sebab nak study. Hang pandai, boleh ajar aku. Bagi semangat kalau aku down,".

Bla bla bla bla.

Pergi ke mana saja berdua. Dating ke sana. Dating ke situ. Macam belangkas. Orang puji "Couple paling sweet,". Bangga. Pastu ada la yang mendoakan "Semoga kekal sampai kahwin,". Geli pulak tangan aku nak menulis.

Adik-adik. Elakkan gejala couple. Boleh? Kalau tak boleh kena bagi boleh jugak. Kalau rasa diri tu tak mampu contohnya kalau si abang ajak couple dan kita rasa macam nak terima..janganlah dok buat gedik p rapat dengan lelaki. Elakkan. Usaha. Ini tidak. Syaitan bisik sikit dah goyah.



Perempuan dan lelaki bertepuk tampar sesuka hati. Macam tak ada agama. Dah Allah larang perempuan dan lelaki bukan mahram bersentuhan. Yang dok p tepuk tampar juga buat apa? Kaum perempuan punyalah ramai. Yang nak cari jugak ajnabi untuk di buat kawan buat apa? Kaum lelaki pulak tahu-tahulah limit kan gurauan anda. 

Nak berkawan. Kawan. Sekadar kawan atas sebab yang betul-betul mustahak. Nak study sekali tak kisah. Tapi. Study dalam group. Kalau hanya berdua. Bukan group. Itu cari bala namanya. Lelaki kan ada yang pandai tahap genius. So, nak jugak study dengan depa. Study lah. Ajak kawan-kawan 3 4 orang. Boleh?

Kita manusia. Remaja lagi. Hati tak boleh tahan bila tengok perempuan/lelaki yang cantik/hensem. Mesti nak suka dia. Dan angkat jadi crush. Kalau ini terjadi. Maka meranalah hidup anda di KMPP. Maka sia-sialah setahun/dua tahun di sini.

Kenapa merana? Kenapa sia-sia? Minat ja pun. 

To be continued...

Cerpen: Demi Cinta Suci

Assalamualaikum. kalau rasa betul2 free bacalah. tak sehebat penulis lain. Saya menulis dalam serba kekurangan ilmu. So sad. Haha. Jadi, sebar2 kan lah ilmu kalian untuk dikongsi kepada saya mahupun orang lain.

Demi Cinta Suci- UNIC

...

Benar hatiku luka pedih
Kerana dicalari tinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna.

Amani mengetuk hujung pen di meja. Makin lama makin kuat. Geram! Pen di letak kasar. Kerja tak jalan. Tangan mula meraup wajah. Kusut. Keliru. Resah.

Aku sayang dia. Tapi. Ada perasaan ragu-ragu di hujung-hujung hati aku. Betul ke sayang?

Selalu lepak sekali. Makan sekali. Belajar sekali. Berbual sampai lewat malam. Mesej lagi. Dulu seronok. Sekarang? Macam ada yang tak cukup.

Bukan Hadif ada buat yang tak baik. Dia layan aku baik sangat. Terlalu baik. Tapi. Macam ada yang kurang.
“Kau ada masalah?” Farihah mendekati. Dah lama dia nampak Amani begitu. Selalu dia beri kata-kata mudah untuk Amani fahami. Tapi, Amani tetap tak mahu kongsi masalahnya.

Amani diam. Tak tahu nak cakap ke tidak. Segan. Farihah tak macam dia. Farihah ke mana pun orang akan hormat. Orang akan nampak apa yang tiada pada Amani.

“Selagi di izin-Nya, aku akan cuba bantu. Pasal Hadif?”

Mestilah dia tahu. Setiap hari pasti kena tadah telinga dengar Amani bergayut dengan akhawat bernama Hadif. Lambat-lambat Amani mengangguk. Farihah duduk di katil Amani.

“Ceritalah,” Farihah senyum nipis. Amani pusing kerusinya mengadap Farihah. Akhirnya semua terluah juga. Walaupun ada sedikit kekok. Tapi, sekurang-kurangnya Farihah dah jadi pendengar setia.

“Antara lelaki dan perempuan, Allah dah ciptakan satu fitrah. Iaitu apa yang terjadi antara kau dan Hadif. Tapi, fitrah yang tu selalu kita salah tafsir. Sepatutnya, terjadi dalam hubungan yang halal….,”

Amani tunduk. Malu dengan sahabat sebiliknya. Dia dah salah langkah. Mungkin ini sebabnya dia rasa ada yang kurang.

“Minta maaf kalau kata-kata aku akan buat kau terguris…,” Farihah mencari anak mata Amani. “…apa yang kau buat selama ni salah, Amani. Allah tak redha dengan hubungan yang tak halal,”

Wajah terasa panas. Tekak perit. Mata dah berat dengan air mata.

“Amani…kalau betul Hadif jodoh kau, Allah akan hantar kau kepada dia dengan jalan yang baik. Kita semua milik Allah. Allah dah aturkan segala yang terbaik untuk kita. Cuma kita perlu tunggu dan terima. Sebab segala perancangan Allah…sangat kemas,” Farihah menggenggam erat tangan Amani. Sejuk. Wajahnya dah basah sejak tadi.

“Kau muhasabah diri kau balik. Jangan segan nak minta petunjuk Allah. Allah sentiasa perhatikan kita. Satu saat pun kita tak terlepas dari Dia. Aku harap kau akan nampak jalan yang betul. Selesaikan secepat mungkin hal kau dengan Hadif. Kalau dia senyap juga, kau bertindak dulu. Moga dipermudahkan. Biiznillah,” Farihah mendakap erat tubuh Amani. Alhamdulillah, Ya Allah. Engkau dah lembutkan hati Amani.

…

Mencari nur kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga.

“Amani…,”

Satu suara yang sudah lama dia tak dengar. Dia rindu suara itu. Dalam samar-samar dia nampak wajah yang sangat dia rindui.

“Ibu!” Wanita itu diam tanpa senyuman. Amani berlari mendapatkan ibunya. Di dakapnya erat. Seerat yang mungkin. Dah lama dia tak dapat peluk ibu. Tak dapat rasa hangatnya tubuh ibu.

“Amani rindu ibu. Ibu jangan pergi sana lagi. Amani perlukan ibu. Amani nak ibu…,” Namun, pelukan itu dileraikan kasar. Wajah ibu muram. Amani terkesima. Lama-lama ibu menjauh pergi.

“Ibu!” 

Amani terjaga dari lena. Bulat matanya memerhati sekeliling. Mimpi. Tanpa sedar air matanya gugur. Ibu dah lama pergi. Pergi yang tak akan pernah kembali lagi. Maafkan Amani, ibu…Amani gagal jadi anak ibu yang solehah. Macam yang ibu pesan dulu.

Sejuk menusuk ke tulang. Tikar sejadah di hampar. Tenangkan jiwa yang pedih. Menyerahkan sepenuh hati dan jiwa kepada Ilahi. Allah…terimalah taubatku.

Terketar tangannya mengangkat menadah doa kepada Allah Ar-Rahman. Mengharap keampunan dari-Nya. Di tunjukkan jalan yang benar. Di bukakan pintu rahmat untuknya. Allahu rabbi…aku hina. Aku tak berada di jalan-Mu yang benar. Aku leka dengan nikmat dunia. Aku tak nampak apa yang kau redhai. Aku lakukan perkara yang Kau murkai. Ampunkan aku, Ya Allah…ampunkan aku.

Amani terus tenggelam dalam khilafnya. Farihah memerhati dalam samar-samar. Senyuman menghiasi bibirnya. Syukur. Amani perasan Farihah sedang memerhatinya. Selalu dia nampak Farihah bangun malam. Tapi, dulu dia leka sampai tak sedar dia juga Islam seperti Farihah.

Setelah selesai solat, Farihah menghampiri Amani. Dia tak berganjak lagi dari tikar sejadahnya sejak tadi.

“Amani okey?”

Tersentak. Tak perasan Farihah di sebelahnya.

“Aku rindu ibu, Far,” Air mata gugur lagi. Perit hendak mengungkap. Tapi, itulah kenyataan. Farihah peluk bahu Amani. Di gosoknya perlahan.

“Ibu kau tunggu kau di syurga,” Farihah berbisik. Jelas di telinga Amani. Lama dia sembam wajahnya di bahu Farihah.

“Ibu marah aku, Far. Ibu marah aku ingkar cakap dia…,” Farihah diam. Memberi ruang Amani meluahkan.

“Aku abaikan pesan ibu. Ibu nak aku jadi anak yang solehah. Patuh kepada agama. Tapi, aku tak buat. Aku hanyut dengan dunia, Far. Aku tersasar. Aku lupa yang cinta Allah lebih hebat daripada cinta manusia,” Amani diam. Wajahnya yang kering, basah lagi. Farihah mengeratkan dakapan.

“Kau sempat lagi untuk tunaikan permintaan ibu kau. Sempat lagi, Amani. Allah dah bukakan pintu hati kau. Kau dah nampak hidayah Allah,”

“Tapi, aku dah salah. Aku kejar cinta manusia lebih daripada kejar cinta Allah. Aku berdosa, Far. Aku malu dengan kau,”

“Amani…manusia tak akan nampak jalan kalau dia tak buat silap. Allah sayang kau. Sebab tu Dia uji macam ni. Dia nak kau cari Dia balik. Dia nak kau dekat dengan Dia…,”

Amani diam.

“Tak ada sebab kau kena malu dengan aku. Kita sama-sama hamba Allah. Sama. Tak ada beza langsung pada pandangan Dia. Aku pun pernah buat silap. Tapi kesilapan aku tak sama dengan kau. Sebab Allah uji kita melalui pelbagai bentuk,”
Sepi. Azan subuh berkumandang.

…

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri.
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padaNya Yang Esa.

“Hubungan kita ni boleh pergi jauh ke?”

Pernah suatu ketika soalan itu ditanya kepada Hadif.

“Selagi saya setia. Selagi awak setia,” Hadif pandang Amani. “Kenapa tanya macam tu?”

“I have bad feeling,”

…

Mungkin hal ni akan buat awak terkejut. Tapi, ini memang keputusan saya. Untuk kebaikan iman awak dan saya. Kita berpisah. Saya tak boleh setia dengan awak. Saya perlu mencari cinta lain yang lebih suci.

Hadif…kita tersalah kejar cinta selama ni. Cinta yang sepatutnya kita kejar adalah cinta Ilahi. Itu cinta yang lebih berhak.

Awak jagalah iman awak macam mana awak pernah janji nak jaga saya. Kita berpisah di dunia. Jadi, moga syurga nanti tempat kita bertemu.

Amani melipat kertas itu kemas. Nafas di hela. Moga ini yang terbaik.

“Kenapa tak jumpa je?” Farihah duduk di birai katil Amani.

“Aku tak sampai hati,”

“Kau redha?”

“InshaaAllah…demi cinta Dia,”

Farihah senyum sebaris.

…

“Far…aku tak boleh lupa dia,”

“Kau berpisah dengan dia sebab apa?”

“Nak cari redha Allah,”

“Then?”

…

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa.

Amani mengahabiskan bacaan terakhir ayat suci Al-Quran. Di ciumnya naskhah suci itu lalu di dakap erat. Allah…beri aku kekuatan.

“Amani…,”

Suara itu bergema lagi. Suara yang dia rindu. Suara yang dah lama dia tak dengar.
Seorang wanita mendekati Amani. Lalu mereka berdakapan. Erat. Dah lama Amani tak rasa hangatnya tubuh ibu.

“Ibu marah Amani?” Pelukan di lerai.

“Tak, sayang..,”

Amani senyum lega. Di peluknya lagi tubuh wanita itu.

“Janji dengan ibu. Amani akan jadi anak ibu yang solehah. Kuatkan iman. Boleh, sayang?”

Amani mengangguk.

“Ibu taknak Amani jatuh lagi. Ingat pesan ibu….,”

“…jangan kejar cinta manusia selagi Amani tak dapat kejar cinta suci Allah,”

Angguk.

“Ibu tunggu Amani di syurga,”

“Amani..,” Tubuhnya di goncang perlahan. Wajah ibu menghilang.

Dia bangun dari baringnya. Telekung masih bersarung. Naskhah suci masih erat dalam dakapan. Wajahnya basah.

“Mimpi ibu kau?”

Amani mengangguk. Farihah menggosok bahu Amani.

“Dah la. Pergi siap. Semalam kan dah janji nak pergi surau sama-sama,”

Amani hanya menurut.

…

Tiada cinta yang lebih hebat daripada cinta Ilahi. Cinta yang sebenar yang membawa ke syurga. Cinta manusia, jika tak dapat kita akan kecewa kecuali jika balik kepada Dia. Sedangkan cinta Ilahi…Dia terus menjanjikan syurga abadi.

Cinta tanpa redha Allah bukan cinta yang suci. Apa erti berada di dunia jika redhaNya kita tak cari. Sedangkan tanpa redhaNya kita tak layak menyentuh syurga.

Demi Cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi.

…

“Amani, tolong aku..,” Azie berwajah muram.

Amani menutup buku islamik yang di baca.

“Ada apa?”

“Aku nampak Faiz dengan perempuan lain,”

“Kau dengan dia kan dah berpisah?”

“Memang. Tapi, aku sayang dia lagi,”

Amani diam.

“Hati aku sakit bila tengok dia dengan perempuan lain,” Adunya lagi.

“Azie…,” Amani menarik lengan Azie ke ribanya. “…cinta manusia, sekali kita kecewa..kita akan jatuh. Kecuali jika kita balik kepada Allah..Allah yang akan beri kita kekuatan,”

Azie tunduk. Diam.

“Kau ada dua pilihan. Cinta manusia yang belum tentu milik kita. Atau cinta Ilahi yang hakiki yang akan bawa kau ke syurga Dia,”

Senyap. Amani mengeratkan genggaman tangan Azie.

“Berbaloi ke kalau kau kejar cinta Faiz? Sedangkan dia dah tinggalkan kau. Sebab perempuan lain…,”

“…kalau dia sayang kau. Dia tak akan buat semua ni, Azie. Kita sayanglah seseorang tu banyak mana pun..tapi kalau Allah kata dia bukan takdir kita, dia tetap bukan takdir kita. Lupakan dia. Boleh?”

Azie merenung Amani. Lambat-lambat dia mengangguk.

“Tapi, kau kena bantu aku,”

“Allah akan bantu kau. Kau mintalah pada Dia,”

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri.
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering di dustai.

...

The End.



Kepada yg terbaca tu. Maaf. Penulisan tak seberapa. 

Monday, 14 July 2014

Amani

Assalamualaikum.


Tangisan sanubari telah terhenti

Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci



Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi




Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah



Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya



Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat

Penawar hati

Actually Amani is gabungan between Amar dan Wani. And this song is belong to abang Amar*sopan sangat aku ni. haha*. Tak kenal Amar? Tipu sangat. He created this song for his wife. Wow! So sweet. Kan? Sweet kan? Hahaha. Aku pulak yang terlebih gedik. Padahal lagu ni berkurun lama dah orang tahu. 

Perasan tak? Perasan tak? Perenggan atas aku cakap orang putih. Errrr. Maaf. Ada feeling dok kat UK tadi. Hehe

Kalau anda hayati lagu ni baik-baik. Anda akan tahu feel saya macam mana. Excited. Tersyok sendiri. Rasa macam aura semacam ja. Apa yang saya nampak dalam lagu ni. Repeat, apa yang saya nampak. Seorang suami sangat menghargai seorang isteri. So, perempuan mana yang tak tersentuh kalau si suami ni sayang sangat kat dia. 

Saya suka part ni. 

Menggenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Dapat bayangan tak bila baca rangkap ni? Saya dapat bayang situasinya adalah. Sebelum hubungan tu jadi halal. So, pay attention to me guys. Andaikan diri anda berlawanan dengan ayat-ayat tersebut. Boleh?

Tak faham? Sat. Emmmmmm

Andai kata kamu sekarang dah ada kekasih hati. Haaa straight to the point dah tu. Maknanya anda bukan dalam kategori rangkap lagu tersebut. Harap maaf. Boleh berhenti baca okey gurau saja. 

Sekarang ni dah ramai yang.... bertemu kasih dengan jasad, bicara dengan suara, hanya tulisan errrr sekarang ni orang pakai watsapp wechat beetalk calling-calling videochat. Dah tak main pakai tulisan tangan ni. Kuno. 

Try ikut kata abang Amar tu. pegang pada janji. Janji dengan siapa? Kan dalam ayat Al-quran ada Allah nyatakan 'Laa taqrabu zina'. Jangan hampiri zina. Dah tu kenapa nak bertemu kasih dengan jasad pulak? Siap bicara dengan suara lagi? Apa salahnya bercinta lepas nikah? Halal. Berkat. Allah redha. Mak ayah abang kakak makcik pakcik tok tokwan pun redha.



Ada unsur emotional dalam perenggan di atas. Haha. Maaf. Marah diri sendiri sebenarnya. Nak ingatkan diri-sendiri juga. Syaitan tak akan putus asa. Kerja dia nak menyesatkan anak cucu Adam. Sekali kita terleka. Syaitan pun seronok nak kacau. 

Jadi, takmau bebel panjang lagi. Dah banyak medium yang tegaskan tentang hal ni. Semua pakat dok kempen 'Jangan hampiri zina'. Tapi kita hampir juga. Pandai-pandai ingat-mengingati kawan-kawan. Kita semua kan saudara. Saya ambil berat pasal kamu. Kamu ambil berat pasal saya. Deal?

Wassalam.


Sunday, 13 July 2014

Cuci Otak

Assalamualaikum. Kalam tetap dimulai dengan nada yang sopan. *senyum*. Post yang ni nak jadi orang lain sat. Baru lepas marathon blog orang. So, feel dan roh orang lain termasuk dalam badan saya. So, kita tolak campur darab bahagi jasad aku tengah nak rehat. Post ni kira selingan bagi post aku yang lain yang serba formal. Ada kaitan lah kot dengan cuci otak? Cuci otak dan brainwash berbeza ya. *my thought* Hoho

Tengah dengar lagu Bahtera Hamba-Zulfan. *amek feel BudakTomato*. Sedih.

Aku pun sibuk nak tiru BudakTomato jugak. *bukan tiru. kan dah cakap tadi nak jadi orang lain sat*. Search dekat google pasal akh ni. Kemain blogger-blogger tanah air ni. Dok syok angkat penulisan BudakTomato sebagai sumber inspirasi depa. Baguih baguih. Sekurangnya BudakTomato dah bagi satu impak positif kepada rakyat Muslim Malaysia. Credit to him.

One more. Pasal seorang blogger ni. Saya jamin siapa yang obsess sangat dengan BudakTomato sure akan terjumpa satu blog ni. Heee pakat dok tuding jari dekat aku. Aku yang jumpa blog kakak ni so, aku la yang obsess tu? Tidak tidak. Ter-ter-jumpa saja blog kakak ni.

Nak mention tapi. Ada pesanan dekat situ “harap takde siapa baca”. Hahaha. Budak ni dah terbaca kak. Sorry. *senyum nampak gigi tak tersusun*. Jadi tak boleh berhenti lepas baca satu entri. Nak sambung lagi. Dan lagi. Bahasa yang dia guna sangat sempoi dan ku akui agak kasar. Tapi unik. Kena dengan jiwa saya kak.

Semua post pasal hidup dia. Gaya penulisan sangat happening. But saya tak dapat nak describe betul-betul. Sometimes blogger ni….monolog dalaman tak sama dengan actual manner dia. Dan. Sometimes bahasa hati tak sama dengan bahasa di mulut. Nampak macam aku tengah merepek. Tapi. Mostly macam tu.

Kakak. Saya nampak kakak ni macam banyak sangat tak reveal hidup dia yang sebenar. Even cara dia tulis dah nampak dah itu memang life dia. Tapi. Susah nak describe. Kakak sangat complex. Makin lama saya baca entri kakak makin saya jadi seram. Hahahaha. Apa punya tak sopan aku cakap macam tu.

Saya jadi ting tong. Kakak ni wujud ka? Itu yang buat aku jadi seram. Dia lagi misteri daripada BudakTomato. I guess. Hehehe. Kalau kakak terbaca dan tercam aku cakap pasal dia. Menggigil mulut aku. Bulu roma pun dah naik. Okey. Stop cakap pasal kakak. Jap. Nak sambung lagi sikit.

Saya sebenarnya tabik dengan family kakak. Nampak kamceng sangat. Nampak rapat sangat. Nampak keakraban antara masing-masing, Family kakak besar. Besar macam family abah saya. Saya suka life macam family kakak. Bahagia. I dream for it. 

----happy sebab Allah bagi saya nampak blog kakak.

Back to my cerita merapu. Tergelak termalu tersengih tertampar pipi sendiri lepas baca post-post aku yang lama. Hahahaha. Nampak ada ketidak-matured-an di situ. Kenapa ya? Makin kita besar makin kita dapat faham. Faham sesuatu. Sesuatu yang biasa. Tapi. Cara berfikir dulu dan sekarang tak sama.

Ada beberapa yang saya dah delete. Post yang saya rasa tak perlu. Tak ada manfaat kepada pembaca. Dan ada lagi yang perlu di delete tapi. Internet buat hal! Jadi lembab pula. Menonjol tahap kesabaran aku yang cetek ni.

Karangan panjang kan post aku ni? Pada hal syok sendiri. Otak tengah jammed. Urat macam berselirat. Hidung pula kejap okay kejap rasa macam nak cabut hidung cuci bagi bersih pastu letak balik. Dok rumah sepatutnya relaks. Tapi. Aku. Seksa diri. Tak puas lagi menyeksa diri dekat matrik dulu agaknya.


Sekarang tengah dengar lagu Amani-Amar. Dengar lagu ni semangat terus gah! Fuyohhh. Tapi tetap ngantok. Lagu Amani buat aku rasa nak jadi macam Amani. Kenapa? Sila baca post selepas ini. 

Maaf kalau post ni nampak macam ada 'gila' sikit. Biasa. Ada roh orang lain dalam diri. 

Wassalam.


Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...