Saturday, 12 July 2014

'Anak' Kita

Assalamualaikum. Moga sihat-sihat belaka ye. Kucing sihat dak? Dah bagi dia makan? Selalu bagi kucing makan berapa kali sehari? Prihatin pulak noh saya ni dekat kucing. Eh, mesti. My cat My love. Haaa, gitu. Tergerak hati nak buat satu post khas untuk makhluk Allah yang comel. Kucing. Apa yang korang rasa bila tengok kucing? Rasa geram nak peluk cium penyet dia pastu takmau lepas. Kan? Bagi pencinta kucing rasa macam tu lah. Bagi yang bukan pencinta kucing?

Kucing. Kucing. Kucing. Pergi ke mana-mana rumah mesti kita nampak ada kucing kan? Tak kisahlah rumah kedai restoran pasar. Bahkan tepi jalan pun mesti ada makhluk Allah yang comel tu kan? Apa yang anda tak suka tentang kucing? "Dia suka kacau kami makan". "Dia suka membuang merata tempat". Jawapan yang common. Meh nak kongsi satu gambar.


Gambar ni saya kongsi daripada facebook. Apa perasaan kamu? Setiap manusia Allah bagi satu perasaan. Belas kasihan. Setiap manusia mesti ada perasaan ni. Ada. Cuba buat eksperimen tengok. Terbukti semua makhluk ada perasaan belas kasihan. Tapi....agak-agak kamu apa yang dah jadi dengan kucing ni? Tak payah takut nak sebut. Memang betul. Angkara makhluk yang Allah bagi kepadanya perasaan belas kasihan tapi dia langsung tak tunjuk yang dia ada ciri-ciri tu. So, nak cakap sekarang ni betul ka semua manusia ada perasaan belas kasihan? Ada. Eh?

Kucing itu di campak oleh seseorang dari tingkat 7. Boleh bayang tak tingkat 7 tu tinggi tara mana? Sekarang ni nak tanya lagi. Betul kah semua manusia ada perasaan belas kasihan? Ada. Memang ada. Sebab itu perasaan semulajadi. Secara rasionalnya. lepas kita tengok gambar tu, mesti tak habis-habis mulut kita cakap "Kejamnya!". 

Kalau tak suka kucing, marah kucing sekali pun mohonlah jangan hilang sikap kemanusiaan tu. Kucing bernyawa. Macam kita juga. Kita tak kacau dia, dia tak akan kacau kita. Kalau kita bagi perut dia kenyang, dia tak akan kacau kita. Kedekut sangat kah nak bagi makan kucing? Takut makanan dekat rumah habis? Tak pernahlah aku dengar "Rezeki akan berkurangan jika memberi makan makhluk Allah". Yang aku tahu murah rezeki. Gambar kat atas tu antara manusia dan kucing. Meh nak tunjuk lagi satu gambar. 


Ini kucing dengan kucing pulak. Kongsi daripada facebook. Tolong faham betul-betul gambar di atas. Teliti tengok suluh teropong celik mata luas-luas. Kucing hitam tu dah bunuh kucing kelabu tu okey tipu. Kucing kelabu dilanggar dan mati. Kucing hitam jaga kucing kelabu sepanjang tak ada orang nak tolong tanam kucing kelabu. Nasib ada juga manusia prihatin yang tolong tanam.

Aku sebak gila bila tengok kedua-dua gambar ni jauh bezanya. Lagi sebak bila teliti betul-betul gambar-gambar ni.

Hampa tak ada perasaan bila tengok gambar di atas? Tipu. Tengoklah. Betapa manusia perlu dan mesti malu dengan makhluk Allah yang tak ada akal tu. Kita yang ada akal? Kalau kita ada akal, gambar yang first tak akan pernah wujud. Okey sentap. 

Bukan dengan kucing saja kita kena tunjuk sikap perikemanusiaan kita. Makhluk Allah yang lain pun sama. Makhluk Allah. Means setiap benda. Aku sensitif tahap paling maksima jika terbangkit isu kejam terhadap makhluk Allah ni. Dan. Aku yakin hampa pun rasa yang sama. Setiap orang Allah jadikan ada perasaan belas kasihan kan?

Sometimes dengan gambar pun sebenarnya kita dah boleh faham. Tak perlu diperjelaskan pun confirm kita boleh faham. Sesuatu itu tak akan tejadi kalau tak ada yang memulakan dulu. Betul?

Saya yakin sangat. Bukan sikit kes dera binatang peliharaan ni. Banyak lagi nasib kucing malang yang terjadi tapi kita tak tahu. Saya rompak satu kisah yang gempar satu dunia. Hero. Kalau tak pernah dengar, google. Beribu list cerita pasal dia. Dia kudung dua kaki hadapan. Di potong gara-gara curi ikan. Mohon semua orang menangis. Sebab ia angkara manusia! 



Bagi pihak kaum kerabat kucing di luar sana, saya merayu sangat-sangat. Tolong. Jangan. Tunjuk. Sikap. Kejam. Kepada. Kucing. Tolong. Layan. Kucing. Baik-baik. Layan seperti anak sendiri boleh? Tak rugilah kawan-kawan. Dekat akhirat nanti dia akan tolong kita. Please.

'Kami ada nyawa. Macam manusia. Nyawa manusia sangat bernilai. Nyawa kami?'

'Kami ada perut. Macam manusia. Manusia perlu makan kan? Kalau tak makan merana kelaparan. Kami pun sama.'

'Kami tak ada akal. Tapi manusia ada akal. Yang ada akal bukankah pemikiran baik bagus genius daripada binatang. Jadi, jagalah kami. Janganlah seksa kami. Kami juga makhluk Allah.'


Tuesday, 8 July 2014

Celikkan Hatimu Wahai Pelajar



Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah jika kamu sihat. Kamu masih berpeluang berjuang. Apa yang nak di perjuangkan? Apa-apa sahaja. Jika kamu pelajar berjuanglah dalam pelajaranmu. Jika kamu seorang anak berjuanglah membalas jasa mak dan ayah. Jika kamu seorang doktor, berjuanglah menyelamatkan nyawa manusia selagi termampu. Tengok. Apa-apa sahaja kita boleh perjuangkan.

Kali ini saya nak cabut satu karakter. Saya nak robek hidup seorang pelajar. Kerana saya juga masih seorang pelajar. Nak robek hidup seorang doktor tak bolehlah. Saya bukan doktor. Nanti tersalah robek habis nyawa orang melayang. Hehe. Nak conteng pasal hidup seorang isteri lagilah macam tak kena pula. Rasa macam esok nak kahwin. Eh, apa salahnya. Buat persediaan awal. Hmmm. Lain kalilah.

Semangat seorang pelajar sangat tinggi. Saya dengan berbesar hati nak menganugerahkan pujian terhormat ini kepada mereka yang bergelar pelajar. Tak kiralah pelajar itu yang tercorot terceret tercicir asalkan dia pelajar. Bukan pelajar yang straight A, 4 flat, semua excellent sahaja yang saya nakpuji. Semuanya. Kalau rasa anda pelajar. Maknanya saya sedang memuji anda.



Beringatlah wahai sahabat. Ramai diluar sana yang tak dapat nak sambung belajar. Kita tak tahu. Manusia yang ada di atas bumi ni sekarang bukan kita sahaja. Dalam hutan rimba pun ada lagi manusia. Entah-entah dalam laut pun ada manusia. Kita mana tahu. Kan? Bertuah kan kita dapat belajar. Tapi....

Tak pernah bersyukur.

Apa pula tak bersyukur? Aku pergi belajar apa. Setiap hari attendants aku full. Tak pernah skip. Lecturer pun dah kenal aku. Sebab muka ni muka tak pernah ponteng.

Apa pula tak bersyukur? Aku pergi belajar apa. Walaupun ada certain hari aku skip kelas tapi aku rajin study. Kalau ada yang tak faham aku pergi jumpa lecturer. Lecturer siap janji dengan aku lagi nak bagi extra marks.

Kalau itu jawapan kamu. Tak apa. *senyum*. Betullah tu. Kira baiklah kan tak pernah skip kelas. Jumpa lecturer selalu. Baik. Bagus. Cenggini *thumbs up*. Tapi...

Itu sahajakah cara kamu bersyukur? Setiap kali solat ada iringan doa tentang pelajaran tak? Kamu belajar kerana apa? Lecturer yang selalu mengajar kamu hormat tak? Kawan-kawan yang selalu pergi kelas sekali dengan kamu. Ajar kamu kalau kamu tak faham. Tolong ambilkan notes untuk kamu. Nasihat kamu kalau kamu tetiba down. Kamu sertakan nama mereka dalam doa kamu tak?

Sahabat. Kita ni tak sempurna. Perkara yang kita ingat, kita buat. Perkara yang kita tak ingat, kita tak buat. Contoh, waktu makan. Kadang-kadang kita terlupa basuh tangan. Dapat nasi, terus sambar. Lepas makan, Allah.. *tepuk dahi* aku dah basuh tangan ke belum? Ahh,lantaklah. Makan dah pun. Keadaan lain pula, Basuh tangan. Makan dengan tangan kanan. Tertib betul. Sedap ja melantak makanan tu. Tetiba...Eh, aku baca doa tak tadi?

Sama juga macam seorang pelajar. Kita belajar tapi kadang-kadang kita terlupa nak baca doa sebelum belajar. Kita buat semua tugas tapi kita teralpa yang kita tak hormat lecturer rupanya. Kita mendoakan kawan-kawan kita tapi kita terleka bila kawan kita minta kita ajar dia, kita cakap "esoklah," dan esoknya kita terlupa. Dia nak minta lagi kita ajar dia tapi dia malu. Last-last berhutang macam tu saja. Setiap hari kita pergi kelas tapi kita terlupa yang kita tak telefon mak ayah lagi. Haru betul kan?

Nampak tak? Nak belajar pun kena ada "Berhati-hatilah,". Bukan saja nak memandu saja kita kena berhati-hati. Setiap hari mintalah dekat Allah supaya ilmu yang kita pelajari itu berkat. Kita tak tahu mana letaknya keberkatan sesuatu itu. Yang kita tahu, kita minta dekat Allah supaya ilmu tu berkat.

Saya juga seorang pelajar. Sebut saja exam apa. UPSR. Ujian bulanan. Peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan Akhir Tahun. UPKK. PMR. SPM. MUET. UPS. PSPM. Lagi? Setakat tu sajalah exam yang saya tahu. *cek ni lepasan matrikulasi*. Bukan nak tunjuk yang saya ni ambil semua exam. Tapi....

Perjalanan hidup kita hampir sama cuma tak serupa. Pelajar. Hampir semua orang pernah pegang gelaran ni. Hampir. Maknanya ada yang tak pernah merasainya. Ada. Orang yang kita terlepas pandang. Jadinya, pelajar-pelajar sekalian. Teruskan jihad anda! Perbaiki apa yang patut. Tambahkan apa yang kurang. Kalau ada yang terkoyak sikit, tampal.

Jika anda 5a UPSR 8a PMR 10a SPM 4flat setiap kali exam. Tak perlu selesa sangat. Ilmu itu milik Allah. Bukan milik kamu. Kamu berjaya Dia yang bagi. Staright a sentiasa tak semestinya cemerlang. Sebab. Cuba tanya orang yang berjaya. Dalam hidup mereka, mereka terus berjayakah? Saya jamin mereka akan menceritakan kisah pahit mereka sebelum berjaya.

Bagi kita yang biasa-biasa. Lulusan kita hanya biasa-biasa. Teroponglah balik. Pasti kita nampak usaha kita yang biasa-biasa. Ataupun, kita terlampau patuh dengan prinsip "Bersederhanalah dalam setiap perkara". Gitu?

Sahabat. Saudara kita di Gaza berjuang untuk tewaskan israel. Kita di sini juga berjuang. Tapi kita berjuang untuk belajar. Belajarlah selagi termampu. Belajar kerana Allah. Belajar sebab nak korek kejadian yang Allah cipta. Belajar sebab nak tegakkan Islam di dalam diri dan di bumi. Cukup kita lakukan kerana Allah. Kerana dunia ini tempat persinggahan. Di sini kita di uji. Segala yang ada adalah milik-Nya. Pengakhiran kita...syurga atau neraka? Wallahualam.

Laju tanganku menaip. Perkataan keluar tak henti dalam otak ni. Bercampur habis. Jadi, setakat ni sajalah. Jika ada yang terbaca contengan saya ni, Jazakallahu khairan kathira. Ilmu ini milik Allah. Untuk di sampaikan kepada saudara-saudara saya. Jika salah, mohon perbetulkan. Wassalam.


:)

Thursday, 3 July 2014

Ramadan 19

Assalamualaikum. Macam biasa. Apa khabar? Tuan punya blog ni sihat malah rasa macam terlebih vitamin. Bulan puasa ni tak syok la kan kalau mandom saja. *faham dok mandom tu apa? mohon buka kamus utagha*. Pelik-pelik kan. Sepatutnya tengah berpuasa ni buka Al-quran. Tambah amalan. Tapi....*gagap* aku buka blog. hehehe

Nak buat amalan bukan saja Al-quran caranya. Banyak lagi cara awak-awak sekalian. Tak semestinya kalau buka blog jaa mesti post benda yang tak baik. Hah, meh sini akak nak brainwash kamu-kamu sekalian. Mohon jangan lari. Tahu lerr aku ni tak berapa pandai bermadah bicara. Apatah lagi menulis pujangga. Saya ni menulis ikut apa yang tersampai ke otak saya je kakak-kakak abang-abang sekalian. *ada sentap sikit* kih2.


Sepanjang hari-hari yang dah berlalu dalam bulan ramadan kareem ni, apa feel korang? tenang? gembira? atau seronok dapat makan banyak-banyak? Kononnya bulan puasa ni makanan yang tak ada pada bulan-bulan lain bulan puasa mesti semua ada. Cakap saja nak apa. Petik jari ja ada depan hidung. Dahsyat kan bulan puasa ni?


Mohon jangan salah faham. Orang-orang yang beriman sepatutnya makanan bukan jadi penyebab dia gembira di bulan ramadan. Got it? Ada seorang ustaz ni pernah kata, jangan panggil bulan puasa. Kalau panggil bulan puasa, puasa je lah yang dia tahu. Kita panggil bulan ramadan. Luas sikit pengertiannya. Maknanya bulan untuk kita beribadat sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. understand?


Zaman kecik-kecik dulu, tengok makanan ja sure akan tergoda. Pantang mak keluar dapur, laju ja tangan buka tudung saji. Mula-mula ingatkan nak ambil aroma ja. Tup tup terambil ayam goreng seketul masuk mulut. Hahahaha. Batal puasa. Petang-petang keluar naik basikal. Pergi kedai runcit. Beli keropok. Terliur tengok keropok bika madu. Niat asal, "Nak makan waktu sahur. Sedap apa makan keropok pagi2 buta'. Tup tup tak sempat nak berbuka puasa pun, plastik keropok dah koyak. *mak taktau pun yang anak dia ni dah buka puasa awal lagi* Keh3


Bila makin dewasa. Dah boleh fikir logik. Tak nikmatlah pulak kalau tak puasa betul-betul. Asyik puasa tipu saja. Perlahan-lahan belajar puasa. Cek pun taktau sejak bila start puasa penuh. Kalau bangun sahur dapat pahala kan? Wahhh. Baru bangun tido dengan air liur basi penuh muka pun dah dapat pahala. Time sekolah dulu, aku punyalah bangga. Cerita dekat kawan-kawan. "Weh, aku tak bangun sahur. Tapi, cergas elok . Hebat dak?".*Kecik-kecik dulu aku memang suka cakap besar. Meluat jugak aku. Hahahaha*


Dah 19 tahun dah aku hidup atas bumi ni. 19 tahun 3 hari. Nampak tak? Birthday aku baru ja lepas. Hehehe. Tarikh lahir bulan Islam korang apa? Tuan tanah blog ni, 1 Muharam 1416. Kalau tak salah lah. Tapi rasa macam salah ja, yang pasti memang bulan Muharam lah. Hehe. Nampak tak betapa jahilnya aku dalam Islam ni? Tak, actually nak cakap, dah cukup dewasa untuk aku faham pengertian bulan ramadan ni. Kalau tak faham lagi. Kalau tak buat suruhan Allah lagi. Nauzubillah.


Nampak tajuk post? Bukannya tarikh ramadan ni. Kita baru ja 5 hari puasa. Maksudnya, tahun ke-19  aku merasa bulan ramadan. Time baby mestilah tak rasa tapi, sekurang-kurangnya aku memang hidup kan waktu bulan ramadan tahun 1416? Hahaha


To be continued...

Wednesday, 2 July 2014

Sahabat Non-muslim

Assalamualaikum. Saja nak kembalikan mood menulis. Kalau menulis asyik guna tulisan yang sama ja agak ketandusan idea kan? Alhamdulillah kawan-kawan. Hari ni 4 ramadan 1435. Hari yang ke-4 kita umat Islam berpuasa. Bahkan saya percaya ada juga sahabat non-muslim yang berpuasa. Tahniah kepada mereka. 

Bercakap tentang sahabat non-muslim. Tertariklah pulak saya nak berkongsi kisah sahabat saya ni. Non-muslim sudah pasti. Sahabat zaman sekolah dulu. *bajet macam zaman sekolah dah lama sangat berlalu padahal baru 2 tahun, keh3*. Okeyh. Back to kisah my sahabat. Ada dua orang yang saya akan kongsikan. Seorang chinese. Seorang indian.


Sahabat chinese saya ni hanya setahun saya satu kelas dengan dia. Waktu form 4. Maklumlah dia terlebih genius. Dari form 1 sampailah form 5. Dialah best student. Kalau tak silap, best student untuk negeri Kedah jugak kategori sekolah harian. Ranking number 1 memang dia dah cop awal-awal lagi. Hanya form 4 saya rasa diri saya tersangatlah bertuah sebab dapat satu kelas dengan budak genius ni. *Heheh. actually nak perasan diri ini pandai jugak. kalau dah dapat satu kelas dengan budak genius mestilah kita pun genius jugak kan? eheh. Okay gurau*. 


Dia. Pelajar kesayangan guru-guru. Pernah sekali dalam ujian dia dapat ranking ke-2. Mak dia tak puas hati. Then, datang sekolah berjumpa dengan cikgu. Bertanya sekian sekian tentang kekurangan anaknya ni. At last, dapat kekalkan jugak ranking first. Tengok orang chinese. Sampai macam tu sekali. Anak jatuh tempat ke-2 pun sampai pergi jumpa cikgu. Padahal tempat ke-2. Bagi kita masih tersangatlah hebat kan? *aku yang dulu tiap kali exam dapat ranking top 3, tapi naik sekolah menengah terus mendadak menonjol kebodohan aku. Tapi, parents takda pulak nak bertanya sekian sekian dekat cikgu. eheh. Okay gurau lagi*.


Fyi, dia berkawan rapat dengan anak-anak melayu. Katanya buang masa berkawan sesama chinese. And, sungguh la. Dia hang out pun dengan anak-anak melayu. Kalau kawan-kawan dia nak p surau nak solat, dia akan ikut. Tapi, dia duduk luar surau. Dia sangat hormat sahabat-sahabat Islam dia. Kalau dia tengah bercakap, then azan berkumandang. Dia akan berhenti dan senyap sampai azan habis sampai kawan-kawan dia selesai baca doa selepas azan. Subhanallah. Kawan-kawan yang lain pernah ajak dia masuk Islam. Dia tanya, 'kenapa?' then dia senyum saja. Memang jiwa dia lembut apabila bersama-sama sahabat Islam. Memang dia hormat kaum Islam tapi, satu yang anda perlu tahu. Dia taat kepada agama dia. Kiranya tahap ketaatan dia, jika diandaikan dia Islam, orang akan cakap dia muslimah sejati. 


Okeyh. Sahabat indian pula. Saya hanya berkawan dengan dia sampai form 3 sahaja. Sebab, lepas tu dia pindah sekolah. Almaklumlah, tak sanggup berjauhan lagi katanya. Mana tak nya, sekolah dekat Alor Setar, rumah dekat Langkawi nuuuhh. So, ceritanya, dia ialah satu-satunya non-muslim di asrama kami. Kasihan. Jujur aku cakap perasaan kasihan aku dekat dia sangat tebal. Bayangkanlah, kita satu-satunya muslim dalam sebuah rumah yang besar. Rumah tu pulak dipenuhi dengan non-muslim. Budaya non-muslim macam-macam. Malah ada yang tak menghalalkan di sisi agama kita. Tapi, kita nak lakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Nak solat, baca Al-quran...sedangkan kita di kelilingi non-muslim. Apa ya perasaan kita masa tu? Kekok? Terasing? Macam itulah juga situasi yang berlaku kepada sahabat saya ni.


Tambah pulak dia seorang indian. Kalau kita dekat dengan orang india ni, apa yang kita rasa? Kadang-kadang ada rasa geli jugak kan? Dengan mereka ni ada bau-bauan yang kurang enak. Saya tak pasti dari mana datangnya bauan tu. Selalulah juga nampak dia bersendirian. Pernah sekali, balik dari bercuti sempena deepavali, dia bawa bekalan maruku dan kuih-kuih tradisional hindu dekat kami. Kawan-kawan saya yang lain ragu untuk makan. Sebabnya, takut ada sumber tak halal atau sebagainya. Dah la banyak makanan yang dia bawa. Nak tak nak saya ajak jugak kawan-kawan yang lain makan. Cuba yakinkan depa. Pasti mak dia yang bekalkan, bukannya mak dia tak tahu anak dia tinggal dengan kelompok muslim. Untuk hidangan indian memang saya agak tak meragui sangat. Nyata indian ialah masyarakat yang tak makan daging. *boleh faham kot kenapa depa tak makan daging?*. So, sangat jauhlah dari sumber makanan yang 'satu' itu.


Pernah satu ketika, form 3 diberi cuti tambahan untuk satu hujung minggu ni. Kami di benarkan balik asrama pagi ahad sebab ada majlis dengan ibu bapa. Tapi, aku terpaksa balik macam biasa sebab rumahku jauh bahhhh. Pagi-pagi nak p sekolah macam biasa memang tak lah. Jadi, hari sabtu tu, hanya aku dan beberapa rakan lain yang senasib denganku balik asama seperti biasa. Termasuklah sahabat indian ku. Sepanjang malam tu, saya berkawan dengan dia. Saya p mana semua dia ikut. Termasuklah nak p surau. 


Malam tu saya p surau sebab nak solat isyak. Dia nak ikut. Jadi, saya pun okey lah. Masa saya solat dia tunggu luar surau. Then, after habis solat saya duduk sekejap dalam surau. *terlupa dia tunggu saya dekat luar. heheh*. Pastu dia jengul kepala dekat pintu. Nak masuk tapi teragak-agak. Kesian pulak. Saya pun keluar. Hari sebelum tu ustaz dah pesan jangan benarkan saudara non-muslim masuk surau. Sebab surau juga tempat yang suci. Tempat kita beribadat. Non-muslim kan main dengan haiwan yang kita perlu samak. kan kan kan? Dia pun seperti sahabat chinese juga. Hormat sahabat muslim dia. Penyabar orangnya. Pernah sekali dia ada krisis dengan someone tapi saya tak pasti sangatlah pasal apa. Masa tu dia sembur kemarahan dia depan saya. Macam-macam yang dia kata. Terkilan saya di situ. Apabila sahabat non-muslim menegur sikap muslim yang memang patut di tegur.


The end. :) Selamat berbuka puasa.

Sunday, 29 June 2014

Nostalgia berpuasa di SMK Sultanah Asma

Assalamualaikum. Sihat dak? Puasa dak? Heee. First post untuk bulan ramadhan rasanya ni. Maklumlah blogger yang paling busy sekali. Kihkihkih. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa 1 ramadhan dekat rumah. Agak kekok juga lah kat rumah ni sebab baru nak merasa nikmat buka puasa dekat rumah yang real punya. Hahah. Hiperbola ja aku ni. InshaaAllah sepanjang bulan ramadhan tahun aku akan duduk rumah sepenuh masa. Tahun-tahun sebelum ni, 5 tahun dekat sekolah sebab aku dulu penghuni asrama. Then setahun di matrik. Tahun ni dekat rumah pulak lah. Gaya macam tak pernah berbuka dekat rumah langsung kan? Hehehhe. Biasaaaa. Nak cewi sikit.

Nak cerita nih. Kenangan berpuasa dekat sekolah dulu. Setiap tahun ada kisahnya sendiri. Bila ingat balik...ternangis pun ada, tergelak pun ada, geleng kepala...Ingat balik nostalgia ni buat eksperesi muka aku jadi macam pulak. Nasib ingat masa tengah nak tidur. Kalau masa siang, confirm depa cop aku gila. hahah. Post yang agak panjang. Mohon jangan berhenti baca. Aku excited benar nak berceghita di kala perut tengah menyanyi ni.

Form 1(2008)
Tahun pertama aku bergelar pelajar di smk sultanah asma. Kerenah budak2 form 1 ni tahu2 sendiri lah macam mana kan. Masing2 anak manja mak dan abah lagi, so, perangai pun jenuh la warden asrama nak jaga. ahaha. Kami segerombolan 'fly'. Mogok sebab sir(ketua warden) tak bagi outing sendiri. Padahal minggu tu masing2 banyak barang yang nak di beli. parents pula tak boleh mai. Minta dekat sir nak keluar, tapi sir tak bagi. Then, nekad nak keluar jugak. Hehehe. Keluar tanpa kebenaran tahu lah kan macam mana. Keluar ikut pintu belakang dengan panggilan lain bagi budak hostel....fly. Pergghh. Tak padan dengan junior. Form 1 pulak tu. Dah berani fly. Malam tu, sir suruh mengaku siapa yang keluar tanpa kebenaran. Aku and the geng buat derk saja. Hahah. Jahat benar! Selain kami, ada lagi yang fly. Sir marah betul. Sampaikan ada yang kena buang jawatan pengawas. Itu saja. Aku and the geng tak mengaku sampai ke habis sekolah. Hahah

Form 2(2009)
Tahun ni sedih sikit lah. Tapi, bukan terjadi dekat aku. Tragedi dekat family kawan aku. Aku pula tukang sampaikan berita saja. Hal ni dua hari sebelum raya. Masa ni semua pakat dah cuti. Pakat tak sabar nak raya dah. Pagi tu kakak aku tengah baca surat khabar. Then aku pun nak baca jugak lah. Macam drama dah waktu ni. Aku tengoklah muka depan surat khabar metro tu. Terpampang besar2 tajuknya, Syawal Pilu. Tengok tajuk, biasalah kan kita pun terasa kasihannya sekali.

Then, baca pula description bawah tu. Eh, nama budak ni macam nama kawan aku. Hah sudahhh. Umur pun sama. Lebuhraya gurun. Berdekatan dengan rumah dia juga. Tengok gambar, tak jelas sangat sebab gambar terlalu besar. Jantung macam nak pecah ja, sebab memang tu gambar dia. Air mata dah mencurah-curah. Baca pula berita penuh dekat muka surat dalam, memang confirm dia kawan aku. Sekelip mata saja dia kehilangan mak, ayah dan dua orang kakak. Kemalangan membabitkan kereta dan lori muatan minyak.

Form 3(2010)
Zaman PMR ni. Dompet hilang. Tercicir dekat mana cek pun taktau. Yang pasti, maybe tercicir masa aku berbuka puasa dekat luar (Old Village) dengan classmates and guru kelas. Entah macam mana aku boleh langsung tak sedar. Malam masa nak tidur baru aku perasan dompet takda! Cari punya cari, memang takda. Hairan betul. Sekali dengan ic hilang. Lepas raya pulak PMR. Naya ja aku masuk dewan exam dengan ic sementara. Famous lah sat! Hahaha.

Form 4(2011)
Masa ni up sikit. Dah perasan jadi senior. Hoho. Tapi saya seorang senior yang baik okey. Tahun ni aku ada krisis dengan senior form 5 masa bulan puasa. Sampai kena maki habis-habisan baq hanggg.

After balik dari cuti raya, senior form 5 panggil aku dan tiga orang lagi kawan. Kami berempat di cop 'kepala'. Faham? Maksudnya kami yang memulakan krisis ni. Haaaa hebat tak? Sampai kena tuduh macam tu sekali. Jujur, memang kami ada tak puas hati dengan depa. Tapi, serius aku terkilan dengan apa yang depa balas dekat kami. Sebabnya, krisis ni pun jadi sebab sikap depa sebagai senior tu agak melampau. Kami cuma nak menegakkan keadilan untuk adik-adik junior kami okey. Huh termarah pulak. Hehe. Maaf.

Form 5(2012)
Tahun ni pulak hilang handset. Terjadi pada bulan puasa juga. Masa ni aku baru habis tuisyen. Tuisyen luar bukan under sekolah. Tertinggal fon dekat Pusat Dakwah. Patah balik nak ambil, dah tak ada. Tanya orang tu tanya orang ni. Semua cakap tak tahu. Hairan sangat. Tak sampai 5 minit aku tinggal, dah diambil. Kebetulan pula handset aku bateri kong. Memang takda rezeki nak dapat balik lah. Hari tu buka puasa pun dah tak selera. Handset kesayangan kot. Kesayangan aku dan abah. Huhu.

Abah aku gelak ja. Hahah. Dulu hilang dompet. Ni hilang handset pula. Jaguh keciciran barang aku ni. Kihkihkih. Balasan lah kot. Sudah di larang bawa handset ke asrama, tapi aku bawa juga. Degil kan. Seminggu aku dok berchenta dengan public fon. Macam kembali ke zaman junior dah kena beratur nak guna public fon. Bahaha.

The end.

Thursday, 19 June 2014

Surah Al-fatihah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pemilik Hari Pembalasan.
Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Jalan yang Engkau berikan nikmat kepada mereka.
Bukan jalan mereka yang engkau murkai.
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Assalamualaikum. Apa khabar? Boleh cam tak barisan-barisan ayat yang indah di atas? Kalau yang tahu, Alhamdulillah. Kamu wajib tahu. Bukan kamu saja. Semua orang Muslim wajib tahu. Andainya tak tahu, bukalah hati untuk tahu. Ayat-ayat di atas adalah makna surah yang kamu baca dalam setiap rakaat solat mu. Al-fatihah.

Ada yang sekadar membaca tanpa mengerti apakah maksudnya. Bangga sekali dengan orang kerana dia mampu baca Al-fatihah. Dia mampu solat dengan kalimah-kalimah yang indah. Sedangkan lagi indah jika dia tahu erti ayat-ayat tersebut.

Apa kata mula daripada sekarang, kita sama-sama menghayati betul-betul surah Al-fatihah ni. Hayati erti setiap ayat tersebut. Ingat pengertiaan tersebut. Tak susah untuk hafal makna-makna tujuh baris ayat tu. Percayalah…dengan izin-Nya, tak susah.



Solat rasa berbaloi kalau kita tahu apa yang kita minta sebenarnya dalam setiap rakaat. Just want to share. Perbetulkan saya kalau saya salah. Terima kasih.

Monday, 16 June 2014

Pesanan Buat Hawa

Assalamualaikum. Apa khabar? Izinkan saya menulis bicara. Saat ini mood menulis saya agak down. So, harap yang membaca ni pun janganlah down. Penulisan saya mungkin tak sehebat idola saya... Hlovate. Bahkan jauh sekali blogger-blogger yang hebat tara Irine Nadia Marcello...Hanis Zalikha.

Mohon maaf kiranya blog saya sangat kekurangan input. Mungkin saya banyak cerita tentang saya. Tapi, percayalah...saya bercerita tentang saya untuk anda. Ya. Anda yang sedang membaca.

Ini cerita beberapa hari yang lepas...

Sedang asyik bersantap bersama bonda dan kakanda, someone we call Wan Lek datang rumah. Masa tu abah ada dekat ruang tamu. Jadi, abah yang bersembang dengan Wan Lek. Wan Lek ialah adik kepada Tok Wan. Kiranya bapa saudara abah. Suara Wan Lek sangat lantang. Garang pun ada. Maklumlah kerjaanya bapak polisi. Dengar ja bunyi riuh dekat luar, dah tahu tu suara Wan Lek.

Tengah-tengah syok makan tengah hari, Wan Lek datang dekat kami sambil cekak pinggang. Gaya macam tengah tengok aku makan. Perasan kejap. Sempatlah mak pelawa dia makan nasi sekali.

"Mai la makan," Mak pelawa.

"Anak dara tak ajak. Aku tak mau lah," Wan Lek memang suka melawak. Selalunya gurau kasar gitu. Kami dah biasa. Aku makan sambil menunduk. Mak masak kari sedap. Tak pandang lain dah.

"Ni yang mengaji di mana?" Sambil tengok aku. Aku pun tengok mak. Nak tunggu mak jawab. Mulut aku penuh. Wan Lek jarang nampak aku. Sebab akulah yang paling jarang ada dekat rumah. Dulu masa kecik-kecik selalulah nampak.

"Kepala Batas," Mak jawab. Harap aku nak jawab, tak menjawab soalanlah gamaknya. Aku sangat tak pandai berbicara dengan orang yang lebih tua.

Wan Lek gaya macam nak balik dah. Tengah dia nak pusing ke belakang, gamaknya ternampaklah bilik perkongsian kami bertiga. Biliknya hanya bertirai. Pintu dalam proses nak beli.

"Ni bilik sapa?" Wan Lek tunjuk dekat bilik kami. Aku angkat kepala. Alamak!

"Bilik anak-anak dara," Mak jawab. Wan Lek geleng kepala. Terkejut dengan kesepahannya mungkin.

"Kalau aku jadi ayah hampa lah...memang kena dah. Aku cukup tak boleh tengok sepah-sepah...,"

Aku tengok kakak aku. Pastu jeling mak pula. Mak gelak. Kena brainwash dengan Wan Lek dah.

"...kalau anak dara ni aku tengok dua benda ja. Bilik tidur. Sinki dapur. Kalau dua benda ni tak jadi... memang dak la," Bla...bla...bla...ada banyak lagi yang Wan Lek bebel. tak ingat dah. Tapi, memang betul-betul kena brainwash lah kami. Sekali dengan mak pun dok bebel jugak. Hahaha.

Lepas habis matrik ni aku rasa macam hidup aku dah lain. 19 tahun sudah. Buat salah sikit, mesti ada yang menegur. Part yang tak pernah berhenti di bebel... memasak. Mengemas rumah. Dah kata anak dara...memang tak boleh lari dari benda-benda ni.

Pakcik Makcik aku semua dah mula masuk campur. Bukan mak dan abah ja. Masak tak kena, tadah telinga laaa. Kemas rumah tak reti, memang kena sebakul laaa. Dari situ aku dah nampak alam dewasa. Bak kata orang, umur sebaya aku ni dah boleh berumahtangga.

Ada betulnya juga. Pernah terfikir..kalau esok aku kena kahwin, pegang senduk belanga pun kekok. Kemas rumah reti...tapi, selalunya tak perfect. Nak melayan mak dan abah pun entah apa-apa. Inikan pula nak melayan mertua yang baru kenal. Oh tidakkkk. Pendek kata belum bersedia.

Maksudnya kena bersedia dari sekarang lah. Kena belajar dari sekarang. Sementara ada masa yang sangat lapang, better grab the chance. kan?

Jadi, sekian sahaja pesanan buat anak gadis mak dan abah sekalian. Kita bakal menjadi suri rumah. Tak kiralah awak kerja besar tara mana pun, nanti akan masuk dapur juga!

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...