Monday 16 June 2014

Pesanan Buat Hawa

Assalamualaikum. Apa khabar? Izinkan saya menulis bicara. Saat ini mood menulis saya agak down. So, harap yang membaca ni pun janganlah down. Penulisan saya mungkin tak sehebat idola saya... Hlovate. Bahkan jauh sekali blogger-blogger yang hebat tara Irine Nadia Marcello...Hanis Zalikha.

Mohon maaf kiranya blog saya sangat kekurangan input. Mungkin saya banyak cerita tentang saya. Tapi, percayalah...saya bercerita tentang saya untuk anda. Ya. Anda yang sedang membaca.

Ini cerita beberapa hari yang lepas...

Sedang asyik bersantap bersama bonda dan kakanda, someone we call Wan Lek datang rumah. Masa tu abah ada dekat ruang tamu. Jadi, abah yang bersembang dengan Wan Lek. Wan Lek ialah adik kepada Tok Wan. Kiranya bapa saudara abah. Suara Wan Lek sangat lantang. Garang pun ada. Maklumlah kerjaanya bapak polisi. Dengar ja bunyi riuh dekat luar, dah tahu tu suara Wan Lek.

Tengah-tengah syok makan tengah hari, Wan Lek datang dekat kami sambil cekak pinggang. Gaya macam tengah tengok aku makan. Perasan kejap. Sempatlah mak pelawa dia makan nasi sekali.

"Mai la makan," Mak pelawa.

"Anak dara tak ajak. Aku tak mau lah," Wan Lek memang suka melawak. Selalunya gurau kasar gitu. Kami dah biasa. Aku makan sambil menunduk. Mak masak kari sedap. Tak pandang lain dah.

"Ni yang mengaji di mana?" Sambil tengok aku. Aku pun tengok mak. Nak tunggu mak jawab. Mulut aku penuh. Wan Lek jarang nampak aku. Sebab akulah yang paling jarang ada dekat rumah. Dulu masa kecik-kecik selalulah nampak.

"Kepala Batas," Mak jawab. Harap aku nak jawab, tak menjawab soalanlah gamaknya. Aku sangat tak pandai berbicara dengan orang yang lebih tua.

Wan Lek gaya macam nak balik dah. Tengah dia nak pusing ke belakang, gamaknya ternampaklah bilik perkongsian kami bertiga. Biliknya hanya bertirai. Pintu dalam proses nak beli.

"Ni bilik sapa?" Wan Lek tunjuk dekat bilik kami. Aku angkat kepala. Alamak!

"Bilik anak-anak dara," Mak jawab. Wan Lek geleng kepala. Terkejut dengan kesepahannya mungkin.

"Kalau aku jadi ayah hampa lah...memang kena dah. Aku cukup tak boleh tengok sepah-sepah...,"

Aku tengok kakak aku. Pastu jeling mak pula. Mak gelak. Kena brainwash dengan Wan Lek dah.

"...kalau anak dara ni aku tengok dua benda ja. Bilik tidur. Sinki dapur. Kalau dua benda ni tak jadi... memang dak la," Bla...bla...bla...ada banyak lagi yang Wan Lek bebel. tak ingat dah. Tapi, memang betul-betul kena brainwash lah kami. Sekali dengan mak pun dok bebel jugak. Hahaha.

Lepas habis matrik ni aku rasa macam hidup aku dah lain. 19 tahun sudah. Buat salah sikit, mesti ada yang menegur. Part yang tak pernah berhenti di bebel... memasak. Mengemas rumah. Dah kata anak dara...memang tak boleh lari dari benda-benda ni.

Pakcik Makcik aku semua dah mula masuk campur. Bukan mak dan abah ja. Masak tak kena, tadah telinga laaa. Kemas rumah tak reti, memang kena sebakul laaa. Dari situ aku dah nampak alam dewasa. Bak kata orang, umur sebaya aku ni dah boleh berumahtangga.

Ada betulnya juga. Pernah terfikir..kalau esok aku kena kahwin, pegang senduk belanga pun kekok. Kemas rumah reti...tapi, selalunya tak perfect. Nak melayan mak dan abah pun entah apa-apa. Inikan pula nak melayan mertua yang baru kenal. Oh tidakkkk. Pendek kata belum bersedia.

Maksudnya kena bersedia dari sekarang lah. Kena belajar dari sekarang. Sementara ada masa yang sangat lapang, better grab the chance. kan?

Jadi, sekian sahaja pesanan buat anak gadis mak dan abah sekalian. Kita bakal menjadi suri rumah. Tak kiralah awak kerja besar tara mana pun, nanti akan masuk dapur juga!

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...