Monday 29 April 2013

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Perhatian!!!
Entry ni macam syok sendiri. Heee. So, untuk apa-apa nasihat atau rujukan sila ke sini Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebarang comment atau pertanyaan akan di alu-alukan. Terima kasih.

Assalamualaikum. hai! *bunyi cengkerik ja* kejap ja masa berlalu. macam baru semalam daftar masuk form 1. huhu. hakikat yang tak dapat disangkalkan, ana dah 18 tahun bukan 13 tahun. keh3. sekarang ni masih buat kerja yang sama, menternak badan di rumah.

*smile* aku dah dapat tawaran universiti banyak dah ni. but, aku ignore. sebab semua swasta. matrik pun dah kluar result permohonannya. Alhamdulillah aku dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. niat macam nak pergi, tapi, result upu tak kluar lagi kan. so, tak confirm. dengar2 memang terbaik matrik ni. dengar2 ja laa. tak merasa lagi pun.

kawan2 sekolah aku memang ramai gila ar dapat kmpp. kalau masuk situ, senang la aku. tak jauh sangat dari rumah. macam time aku sekolah menengah dulu laa. dari rumah ke sekolah, dekat dua jam gak ar nak sampai. apa2 pun, life must go on. haha. *ada kaitan ka?*

cek semangat dah ni nak masuk belajar. almaklumlah, masuk dunia baru nanti. kawan baru, geng baru. suasana baru. pengajar baru. pakwe baru. erk? caption last tu perlu kah? *pakwe lama pun takda* porraahh.

sat, title besar apa tah? Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. start merapu dah ni. aku taktaw sangat pasal kmpp ni. lepas dpt tawaran kmpp ni, baru la terhegeh-hegeh aku buat research. serius tak pernah tahu pun pasal kmpp. time isi matrik last year aku letak ja kmpp pilihan number 3. tak sangka pulak dapat. sebab aku target kolej matrikulasi kedah sebenarnya. kaget sangat la dapat penang.

but, rezeki, Allah yang bagi kan, so...pandai2 la nak hargai. orait, lepas research pasal kmpp ni, macam2 la jugak aku dapat taw. korek dekat portal rasmi kmpp. hehe. biasa laa. curious sangat ni pasal kmpp.

kata senior kmpp, lokasi kmpp ni jauh sikit dari bandar. nak pergi bandar, naik bas dalam 5-10 minit baru sampai. *gaya cakap macam jauh sangat* meh aku bagi peta. *curi dekat portal kmpp. sebab kalau nak masuk kmpp ni nanti, cari tak jumpa pulak. here :
lokasi KMPP
jelas tak? aku cilok ja ni. kah3. orait, so. after aku research and research lagi. kmpp memang best laa. macam2 kemudahan ada. and, kalau boleh bawa diri, in shaa Allah, kalau tempat tu buruk sekali pun, we can make it comfortable. sekian. lepas ni aku post lagi pasal kmpp. K Bye. Salam.

9 comments:

  1. KMPP BEST :D haha i'm your senior :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) dok sini dah terbukti sememangnya kmpp best.haha. hai senior ^_^

      Delete
  2. assignment bnyak dak ? dengaq org kata matrik ni susah la, kena struggle la. betul ka ? mohon penjelasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assignment banyak la jugak. tapi takda la byk smpai awk tak boleh buat keja lain. relaks ja. yg jadi terlampau banyak tu kalau awk tangguhkan keja tu. so far, even banyak homework tapi enjoy jugak la, boleh ja g outing, lepak ngan kawan.
      susah? bg akak la, tak susah sangat. masuk u lagi susah kot. sebab dekat matrik, lecturer sentiasa ada untuk ajar kita. ada lecturer yg suka buat kelas malam. so, rajin2 la pergi. tambah2 dekat exam, lecturer memang berebut lah nak buat kelas untuk students. kalau dh concentrate time tutorial, lecture, amali..in shaa Allah semua akan jadi mudah.
      depends on diri sendiri. set dalam fikiran, g matrik nak belajar. habis matrik boleh terus sambung degree. umur 19 dah degree. best apaa, haha. sepanjang akak belajar dekat matrik penang, memang terbaik laaa. best! tak caya, kena cuba sendiri la. ;)

      Delete
  3. Sem 1 ni barulah saya sedar yang saya memang tak leh catch up apa yang lecturer ajar sepanjang sem 1 ...saya kalau boleh nak sangat klau tiap hari dapat gi meja lecturer buat soalan2 fizik atau kimia...kalau sem dua saya nak tukar modul 1 ke modul 2 ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firstly, perbetul niat dulu. Ingat, belajar kerana Allah. Bukan semata2 nak dapat gred tinggi or lebih hebat dari kawan2. Jangan bandingkan kemampuan diri awak dengan orang lain. Kalau tak, memang stress la jadinya. Huhu

      Usaha je. Study hard ke study main2 ke kalau Allah nak bagi kita result yg bagus, kita tetap dapat result bagus. Tak semestinya nak dapatkan result gempak ni kita kena study je 24 jam.

      Try ubah cara belajar. Kalau tak boleh catch up time dalam kelas, awak try study sendiri. Tak boleh juga, suruh kawan2 ajar. Tak boleh juga, kalau dalam kelas tu awk duduk tengah or belakang, alih pergi depan.

      Akak tak pasti boleh ke tak nak tukar. Yg akak tahu yg org selalu buat, tukar ke pdt ada la. Huhu.

      Kalau nak tanya apa2, or minta nasihat ke, contact akak guna social media eh. Twitter/facebook/wechat semua akak aktif. :)

      Semoga berjaya. ^^

      Delete
  4. Saya stress jugak tengok roomate saya study hard sangat2 sedangkan saya modul 1 tapi study relax je...

    ReplyDelete
  5. Saya x tahu macam mana nak push diri saya supaya study hard macam roomate saya...dalam bilik saya ni mesti ad je suara roomate saya yang menghafal..

    ReplyDelete
  6. Saya x tahu macam mana nak push diri saya supaya study hard macam roomate saya...dalam bilik saya ni mesti ad je suara roomate saya yang menghafal..

    ReplyDelete

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...