Monday 8 April 2013

20 sen vs. RM5

Assalamualaikum and hai from me to you all . about crush aku tuuuu . lain kali ar aku story pasal dia . mood bercrush-crush ni tak ada maaa . and now, story aku ni untuk pengajaran aku dan juga reader(kalaw ada yang baca la) . suatu peristiwa yang aku tak dapat jawapannya sampai sekarang .

kadang-kadang aku ada terfikir pasal benda tu . kenapa benda tu terjadi time tu . apa mesej di sebalik peristiwa tu . meh aku story ...... time tu aku and kawan2 keluar p Karnival Pengajian Tinggi dekat Stadium Darul Aman . kan masing2 lama tak jumpa . time tu la kami curi peluang nak berjumpa .

orait, so lepas penat dah cari ilmu, minta nasihat untuk pilihan masuk universiti and so on, kami pun take a break for lunch . kami lunch dekat KFC . and untuk related kan peristiwa yang aku kata tu , sebenarnya pasal duit .

before keluar tu aku dah bajet siap2 duit aku tu . untuk makan, tambang bas and teksi, and beli apa2 . kena bajet la sebab aku bukan anak orang kaya . aku keluar tu pun guna duit sendiri yang hanya ada RM40 . bayangkan wey, aku keluar dari kuala ketil ke alor setar dengan duit RM40 ja . tambang bas pergi and balik dah RM16 dah . teksi ada la aku habis dalam RM6 . untuk makan KFC tu aku dah bajet RM10 ja .

haa,time makan KFC ni la bajet aku hilang . sebab kawan aku yang tolong belikan . aku jaga meja . "nak duit berapa?"aku tanya. "rm20" damn!!! aku terkedu . sebab duit aku masa tu rm20 cukup2 . dengan muka yang cover habis aku sua kat dia rm20 . ingatkan lebih dalam rm7 .

dapat2 balik balance . rm4 . sepatutnya murah lagi . tapi, punya la cerdik kawan aku tu . dia beli semua yang large untuk aku . hahahaha . tapi aku tak complain laa . aku buat muka biasa ja . sembang and gelak2 . lama kan tak jumpa depa . dalam hati aku.........hanya tuhan saja yang taw betapa resahnya hati aku time tu .

then,kawan aku plan nak p sembahyang dekat Pusat Dakwah . and nak p situ kena naik teksi or bas!!! grrrr . duit lagi . naik bas takpa, jimat sikit . tapi, kawan aku semua mengebat sikit . depa nak naik teksi ja!! dalam hati aku ni...'harap2 teksi takdak . bagi la ada bas ja' Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih . Dia ja tahu keresahan aku time tu . kawan aku call teksi semua tak boleh . lepas 15 or 20 minit tunggu, penyelamat aku tiba . Bas! terujanya aku time tu . see....Allah tak akan biarkan hambaNya dalam kesusahan .

okey...lepas sembahyang apa semua . tiba la masa untuk balik . aku cek purse aku . hanya ada rm9.50 . rm6.70 untuk bas sungai petani dah lepas . nak balik kuala ketil ja tak lepas . tak cukup 20 sen! hahahaha . tapi aku relaks ja . apa gunanya kawan kan? tapi segan jugak ar nak mintak .

then, time aku on the way nak p dekat bus stop, aku jalan ngan sorang kawan aku ni . jalan dalam keadaan marah sebab ada la something kan . takleh cerita . sedang aku berjalan, sorang perempuan India mai dekat aku .

"adik, saya nak RM5 . saya maw balik kuala kedah tapi tak ada duit" tapi aku buat don't know ja..dalam hati aku "aku nak balik pun tak cukup duit ni, macam mana nak bagi kat dia" aku buat taktaw ja . bila pusing belakang tengok dia, aku rasa serba salah pulak .

aku ada kawan, boleh minta tolong kat kawan aku . tapi, perempuan tu sorang dia ja . perasaan menyesal tu memang rasa gila la . aku rasa aku di uji time tu . so, maknanya aku fail .

tapi, sampai sekarang aku masih terfikirkan mesej sebenar yang hendak disampaikan . kalaw ada yang baca ni, tolong fikirkan untuk aku ... time tu aku tengah serabut sebab duit tak cukup nak balik . tetiba sorang perempuan dekati aku and minta RM5 . reason yang sama . senasib dengan aku . nak balik tak cukup duit . K,Bye! Salam .

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...