Saturday 25 May 2013

For SPM Candidates and SPM leavers

Assalamualaikum and hai. Last day update blog as penganggur lepasan spm. Lepas ni dah bergelar student Matrik dah. KMPP-ians. hehehehe. Tetiba rasa seronok. wakaka. gila tak seronok. nanti nak dapat kawan baru. cikgu baru. bilik baru. toilet baru. cafe baru. environment baru. library baru. senior baru. tukang kebun baru. makcik cleaner baru. haaaa, apa lagi yang baru? semuanya baru lah. kawan lama aku ja yang tak baru. erk? hmmm.

Oleh itu, saya nak ambil kesempatan ini untuk menulis post ni ditujukan khas untuk para junior sekalian. *kenapa formal sgt ni?* orait. nasihat ni ditujukan khas untuk batch under '95 yaa. dengan kata lain untuk sesapa ja la yang nak ambik SPM dan jugak lepasan SPM. bagi yang budak2 espiyem tuu, tolonglah terbaca post aku ni. tolonglah. tolonglah. *err. annoying btol* aku, sebagai insan yang sudah pun selamat melalui pahit-getir, dunia yang penuh dengan pancaroba, liku-liku kehidupan yang memenatkan, nak la jugak share kepandaian dan kebodohan aku melalui detik2 form 5 dengan adik2.

kalau nak berjaya ni, bukan nak tunggu mak ayah dan guru2 ja doakan kita. solat 5 waktu sehari, berdoa setiap masa saja, tak jadi jugak kalau takdak usaha. pandai sampai masuk book of record pun, kalau ilmu tu nak pakai untuk dia sorang ja, taat pada Allah, mak ayah dan guru2 pun tak, SPM tetap ada chances nak dapat 6A. *contoh la aku bagi. bukan nak mengutuk ka apa* nak berjaya ni sebenarnya senang ja.

balance kan ilmu anda dunia dan akhirat. itu pun dah memadai sebenarnya. memanglah kita cakap senang ja. BALANCE KAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT. macam senang ja kan. lima perkataan ja. tapi, kalau boleh list apa yang kita perlu buat untuk bagi balance tu laaa. emmm, penat jugak jari aku nak menulisnya. so, sebenarnya kan kalau kita fikir2 balik, memang senang la nak berjaya. maksud berjaya tu, berjaya capai apa yang kita nak lah.

Perasaan malas memang dah tersemai dalam diri setiap manusia. cuma manusia tu kena pandai guna ja. contohnya, malas untuk belajar jangan sekali. kalau malas mandi tuuu, dah selalu sangat,ya dak? aku dulu pun, nak belajar memang malas. elok buka buku ja, syaitan mai dok tepi. dok buat konsert dekat telinga aku. tidurlah tidurlah tidurlah. geram kan? hampa perasan dak setiap kali hampa buka buku, hampa akan menguap. tak caya cuba perhati lepas ni.

time dalam kelas tu please lah give 100% attention time cikgu mengajar. kalau yang style tak ambik perhatian dalam kelas tapi luar kelas dia struggle, takpa. tapi, tu laa kalau pandai sangat pun sampai tak payah dengar apa yang cikgu merepek dekat depan, jangan lah sampai buat cikgu tu macam tunggul kayu pulak.

kalau cikgu tu terasa hati, hampa nak kata apa? alah, chill laaa. before SPM nanti kan ada majlis minta restu, so, p la minta maaf kat cikgu time tu. nak risau apa? lol. dont think like that haaa. memang la hampa boleh p mintak ampun dekat cikgu time tu, tapi yang terasa hati cikgu time tu akan dihisab. buat2 kalau cikgu tu terlepas cakap apa2 kaaa, haaa. hampa jangan dok buat mudah pasal benda ni.

dulu aku macam tu laa. ambik mudah pasal ni. kena dapat result SPM yang...pergghhh. sampaikan first time aku tengok mak aku kecewa dengan aku. ayat mak aku. 'awat teruk sangat ni?' *dengan muka terkejut* sepatutnya mak aku la yang kena nasihat aku, tapi terbalik, aku yang kena nasihat ma aku. 'alah mak, okey la ni. better daripada exam orang yang sebelum ni'.

hampa nak ka jadi macam aku? mohon jangan. aku dah cukup sedih bila dapat taw ramai kawan2 sekolah rendah aku dulu dah takdak haluan. maksudnya, kahwin lah. ada yang dok keluar masuk penjara or pusat serenti. ada yang pernah masuk pusat pemulihan akhlak. come on. kita manusia, hidup kita hanya sementara di dunia ni. so, why not kita cuba jadi insan yang berguna? tak rugi pun. untung bersih lagi ada laaa.

untuk lepasan SPM pulak, baca baik2 setiap apa yang aku tulis ni. dengan bangganya aku menyatakan bahawa akulah lepasan SPM yang paling rugi sekali. sebab.......enam bulan dok rumah, tapi, apa yang aku dapat? advance berat badan. -_- kerja aku selama enam bulan, only makan, tidur, tengok tv, online, blog.

lain2 malas nyatakan sebab tak dapat manfaat pun. kalau kerja tu boleh la jugak. share pasal kerja. kot la ambik kursus apa2 ka. tak dak aihhh. cuti enam bulan semata2 menikmati rumah kampung tu ja. dont be like me okay. menyesal teramat. hah, lesen pun aku tak ambik juga. kalian janganlah meniru rutin aku. rugi. yang tu ja yang aku boleh kata. RUGI. kalau hampa p ambik lesen ka. kerja ka. ambik kursus, contoh kelas menjahit ka. adalah jugak faedahnya.

jangan dok saja kat rumah. p la mengembara ka apa ka. janji masa hampa tu tak terbazir. tolonglah jangan ikut jejak aku. pendek ja nasihat aku untuk hampa.ingat ya, jangan biar cuti hampa tu terbazir begitu sahaja. isi lah dengan apa2 aktiviti pun. asalkan berfaedah dan boleh menyenangkan hampa nanti. K,Bye. Salam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...