Saturday 1 November 2014

Apa Awak Rasa?

Assalamualaikum wbt.

Eh, muncul pulak budak freshie ni kat sini. 

Eheh. Aku pun tak tahu kenapa aku kat sini. Minta hadam ja lah apa yang di tulis ni. Nak muntahkan balik pun boleh. Tak kesah.

Nak buat luahan perasaan. Please baca. T.T Pleaseeeeee. And lend me your hujung lengan baju. Nak lap air(bahasa sopan).


....

Amaran: entry ini penuh dengan kiasan. Jadi, pengisiannya dah macam rojak.

....



Pernah tak kamu rasa hati kamu lemah sangat. Masa tu tiada siapa yang kamu nampak selain minta pertolongan Allah. 

Dan tanpa sedar, Allah hantarkan seseorang untuk bantu kamu. Tapi kamu tak sedar dia hadir untuk bantu kamu. Dan bila dia menjauh. Hati kamu kembali lemah. Bukan lemah yang biasa. Tapi lemah selemah-lemahnya.

....
*mata pandang dua rangkap tulisan di atas*

This is we call, muqadimah yang agak panjang.

Okey abaikan perkara di atas. Kerana ia di tulis entah abad ke berapa. Check draft, baru perasan ada entry yang di tulis separuh jalan. Dan rasa malas nak sambung apa sebenarnya yang aku nak tulis tu. 



Dan sekarang meh kita bincangkan JDT vs Pahang. Eh.


krik krik.

Dan Pahang juara Piala Malaysia. *julang piala*

Yeay!


Aku penchenta Kedah Darul Aman. K bye.

...

Manusia yang kalah adalah manusia yang gagal seimbangkan naik turun imannya. Jadi, kalah menang dalam perlawanan, tak ada apa lah sangat nak di bandingkan dengan kalah menang dalam menjaga iman.


Kang ada pulak yang menghentam aku kerana membanding antara iman dan perlawanan(refer to bola). Haha. Lek bro. Lek sis. 


Perasaan tak puas hati memang akan wujud sekiranya apa yang kita harapkan, tak dapat. Nak pulak bila sedang kita tak puas hati tu, kita nampak orang lain bersuka-ria, bersorak tak hengat dunia, muka penuh dengan senyuman lebar. Timbul rasa dengki di hati. 

Mohon istighfar ketika itu.

Sebab, andai anda kalah mengawal perasaan anda maka timbullah persengketaan. Riak wajah pun suram dan masam. Nak buat apa pun rasa tak best. Rasa macam jantung hati paru-paru limpa buah pinggang segala nak meletup. Haaa.

Dan tak syok la kalau masam muka dengan buddyz and familyz. Kan.

Eh, ini nasihat secara general ya. Bukan berpihak kepada mana-mana. Bukan kerana JDT tak menang aku dedicate special untuk penyokong JDT. Tak.. *muka serba salah* This is for all something yang ada adat kalah dan menang.

*the point is, what iam talking about* *dengan grammar, susun ayatnya terabur* kihkih. 

Berakhir sudah muqadimah yang panjang berjela. *senyum sikit*




Inche Google
....

Aku meroyan di sini bersebab. Sebab nak mengadu. Boleh tak macam ni?

Okey aku teruskan dengan suatu bayangan.

Awak tak pernah memasak. Nak pegang senduk pun tak reti. Kuali dengan periuk pun tak tahu beza. Nak potong bawang pun tak tahu nak kupas kulit luar ke kulit dalam. Garam dan gula dedua rasa macam rasanya sama ja. Pisau pun orang pegang guna tangan awak pulak pegang guna kaki. Heh.

Tapi, tetiba mak mentua awak suruh awak masak untuk makan malam. Yang mana satu family mentua ada. Dan awak perlu memasak untuk mereka semua. Dan ketika itu husband awak ada. Kalau hasil yang awak masak tu terlebih masin/manis, mentah, kelat, payau semua ada.. mesti malu kannnn.

Jadi, awak pun minta tolong saudara2 yang ada. Tapi, seorang pun tak bagi respon. Masing-masing be like... 'Ahhh tu keja kau buat apa nak libatkan kami'. Sedangkan makanan tu nanti mereka jugak nak makan. Dan end up awak masak seorang diri dengan ilmu memasak langsung tiada. T_T



Apa awak rasa?



Perkara di atas hanya suatu bayangan. Perkara yang realnya...rahsia.

Cuma, lebih kurang keadaan di atas la. 

Dah kita tak tahu memasak, saudara2 kena lah ajar dan bimbing. Buat apa nak harap kita saja yang masak. Nanti masakannya terlebih gula kau jugak yang nak kutuk. Kau pun tahu kita tak reti masak, first impression pun kau dah 'tak boleh harap langsung budak ni'. Dah tu, tolong la. Kita minta tunjuk ajar, bagi la kerjasama.


Aku boleh nampak manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri. Jenis yang sesuka hati lepaskan tanggungjawab pada ketua(contohnya), dia fikir ni semua kerja ketua seorang. Dan mungkin juga dia fikir yang ketua dia tak ada kerja goyang kaki duduk saja.


Bila mana kita perlukan kerjasama orang. Dan tiada kerjasama yang diberikan. Ibarat kau minta nak kahwin tapi takdak siapa yang nak kahwin dengan kau. Hahah.


Bukankah kita perlu mendengar cakap ayah dan ibu?

Bukankah kita perlu mentaati suami?

Bukankah kita perlu mentaati Allah?

Bukankah kita perlu mentaati boyfriend? Eh. *tambahan sebagai gurauan.jadi, abaikan*


I wonder... kenapa kita selalu mencipta alasan untuk tidak mentaati apa yang sepatutnya kita taati.



And of course you wonder... kenapa tak faham satu habuk pun apa yang dia tulis ni. Bahaha.

Sesiapa yang tidak faham.. meh contact direct. Boleh buat sesi luahan perasaan. Huhu. Gurau sahaja okey. Biarlah segala benda ni jadi pengajaran untuk masa yang mendatang.


...

Sekian. Dadaliiiii. 

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...