my lovey dovey followers

Wednesday, 22 October 2014

Move on.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni marathon dekat twitter dari pagi sampai ke pagi. Heh. Almost 24 hr la kan. Ni namanya cuti malas nak buat assignment jadi saya marathon dekat twitter. Dan sekarang blogging. 

Eh. Dah pagi la.

Ada pesanan. Buat yang terbaca entry 'Berubah', untuk pengetahuan entry tersebut lahir daripada monolog dalaman saya. Jadinya, bahasa tu agak kureng sesuai untuk umum. Mungkin. Entry tersebut juga saya tuju khas untuk diri saya sendiri. Dan anda.




'Kalau nak orang terkesan dengan penulisan kita, biarlah penulisan tu lahirnya dari hati. Supaya nanti apa yang nak disampaikan tu turun ke hati dia yang membaca.'. -Someone





Inche Google

Kadang-kadang sesuatu yang kita rasa susah untuk kita, sebenarnya sangat senang pada orang lain. Trust me.
..

Lantak la orang nak kata kita men-susah-kan diri sendiri ka apa. Janji diri kita senang dengan apa yang kita buat. 
..

Sampai bila kita nak peduli apa orang lain fikir pasal kita? Kalau macam tu sampai bila-bila pun kita tak boleh nak move on.
..

Yes. Aku sedang berusaha keras nak move on. Aku tekad nak kembali ke bumi perjuangan dengan jiwa yang baru. dengan semangat yang waja. dengan hati yang kental. dengan otak yang bukan lagi hanya ada DIA!




Buat diri yang tahu. Mungkin mereka pandang perkara ni remeh. Tapi jika ia melibatkan perasaan dan jiwa..ini bukan benda mudah! 

Dia hadap situasi yang sama. Bahkan kami memang dalam situasi yang sama. Jika dia boleh berada di atas. Tak selamanya aku perlu berada di bawah. Kenapa tidak kami sama-sama di atas? Apa beza antara aku dan dia?


Aku. Dia. Kedua-duanya manusia biasa.



Duhai diri, campakkan rasa yang menghalangmu untuk ke hadapan! Tiada yang rugi melainkan ia sangat menguntungkan.

Apa yang nak diragukan lagi? Masa? 

Sayang, masa tak akan selamanya milik kita. Sesekali kita kena lepaskan. Biarkan masa yang menentukan siapa diri kita yang seterusnya.
..





Allah ada bersama kita. Jika kita perlukan kekuatan. Minta pada Dia dengan rendah hati. Allah sentiasa perhatikan kita. Buat apa kita nak takut untuk maju ke hadapan? Andai kata ketika itu kita hendak rebah, Allah pasti ada untuk bantu kita. Pasti. Yakinlah.


-Wassalam.

No comments:

Post a Comment