Tuesday 18 November 2014

Belajar.

Inche Google

Assalamualaikum wbt.



Emmm. Diam satu minit.


Apa khabar? Ni hao? Aku anggap semua orang baik-baik saja la. Kalau tak macam mana boleh scroll blog ni haaa. Kehkeh.

Nakal kan aku sekarang ni. Maya sahaja. Ini monolog dalaman. So, tak sama dengan realiti. Even aku nampak macam penipu. Tapi, tolonglah percaya. ><


Di saat lab report melambai-lambai, aku bertandang kat sini. Power tak? 

Actually susah hati. Sebabnya... aku percaya bukan aku sahaja yang gelisah memikirkan benda ni. Aku percaya seorang pelajar yang berharap masa depannya nanti cerah melahang akan susah hati memikirkan hal mustahak ni.



Prestasi akademik.


Well, nampak macam small matter. Tapi...... bila kamu dah niatkan kerana Allah, dan kamu rasa prestasi kamu teruk, ni boleh buat kamu rasa serba salah ohhhh. 


Kita nak berjaya. Tapi, usaha kita sedikit. Adil tak? Patut ke kita terus mintak dekat Allah yang kita nak berjaya? Kita sendiri boleh agak sebenarnya setakat mana yag kita boleh dapat berdasarkan usaha yang kita buat.



Got it?


Sekadar cakap 'Aku nak dapat dekan sem ni', tanpa usaha..tanpa doa..tanpa tawakal, jangan mimpi di siang hari. Malam pun jangan mimpi jugak. Buat penat roh saja. Wahaha.

Selalunya penghalang kepada kejayaan adalah alasan. Manusia dan alasan berpisah tiada.

Bila result jatuh merudum. Kenapa? Sibuk dengan projek. Sibuk buat kerja part time sebab nak tambah income. Tiada masa study kerana banyak assignment. Wallaweyy. Betul lah awak! Manusia dan alasan berpisah tiada.

Satu nasihat yang mungkin berguna.

'Jangan terlalu mengejar akademik sehingga tarbiyah diri kecundang di belakang.'


Sebabnya, kita manusia yang sememangnya di cipta tak sempurna. Terkadang kita tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Terkadang juga, bila kita dah start taksub mengejar kejayaan akademik, perkara lain dah macam 'makan kacang'. Mula lah nak pandang remeh.


Hal syurga neraka dosa pahala pun kita pandang remeh. Haaa ni berat. Layak masukkan diri dalam wad ICU. Kerana iman betul-betul dah nazak.


Remember this. Sebagai muslim, bila dah berada di jalan tarbiyah mahu pun dakwah, sepatutnya pasal study ni dah jadi small matter dah untuk kita. Kerana ketika itu mungkin kita sedang risaukan ummah lebih daripada diri kita sendiri.


Belajar kerana Allah adalah suatu jihad. Belajarlah dengan gembira. Kerana kita sedang melaksanakan suruhan Allah. Kita di jalan yang benar. Maka, teruskan perjuangan! Maju!

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...