my lovey dovey followers

Saturday, 11 October 2014

Cerpen: Payy&Nana.

Assalamualaikum wbt.

...

"Kau cuti berapa lama, Payy?" Elman mengambil tempat di sofa bertentangan.

"Dua minggu. Mula cuti minggu lepas lagi. Tapi lima hari burn dah. Ada program dekat Ipoh. Ni baru habis," 

"Nak berprogram pun kau kena ingat, Payy. Kau ada bini. Jangan sampai tak sempat langsung nak luangkan masa dengan dia," Pesan abang iparnya.

Payy senyum kelat. "Payy pun takut Nana rasa terabai, bang. Kebelakangan ni banyak sangat jemputan program. Banyak program under kolej. Susah nak tolak,".

"Nana tahu tak kau tengah cuti ni?"

Payy geleng. 

"Kau ni contact lagi tak dengan bini kau?"

"Contact je. Tapi yang cuti ni tak sempat lagi nak beritahu. Baru hari ni free," Payy sendiri kesal dengan kesibukannya. Nasib ada abang ipar yang mengingatkan.

"Kau kena ingat. Tugas kau bukan je sebagai pendidik ummah semata-mata. Nana pun berhak dapat bimbingan daripada kau walaupun jauh. Malah bimbingan yang lebih lagi. Dia bukan sekadar bini kau. Dia juga sebahagian daripada ummah yang siang malam kau kena risaukan,"

Payy terpukul dengan kata-kata abang iparnya. Rasa macam nak jerit sepuasnya. Dia mengaku sejak sebulan ni asyik sibuk berprogram. Sehingga terlupa isteri yang jauh di sana. Waktu pagi saja mereka dapat berhubung. Tu pun sekali cakap hanya dua tiga minit.

...

"Untung jadi kau, Nana. Ada orang sayang. Kekasih halal pulak tu," Fatimah mengusik.

"Alhamdulillah. Kau pun boleh je nak ada orang sayang. Kahwinlah cepat," Nana membalas lalu senyum mengusik.

"Takde orang nak aku lah. Lagipun, family aku bukan macam family kau. Family aku jenis yang pentingkan kerjaya baru fikir pasal kahwin. Bosan. Aku nak juga kahwin awal," 

Nana hanya membalas dengan senyuman. Dulu, terima perkahwinan adalah paksaan baginya. Arahan nak berkahwin bukan dia yang minta. Ayong yang beria. 

Setelah di-tazkirah-kan oleh Payy sepanjang sebulan itu. Hati dia makin lama makin pulih. Tanggungjawab sebagai isteri walaupun tak laksanakan sepenuhnya lagi tapi dah dapat rasa bebannya. Dah boleh hadam 'syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami'.

Namun, ada suatu ujian membuatkan dia senyum dalam keterpaksaan. Mampukah untuk dia bertahan? Terus tersenyum atau bertegas minta untuk didekatkan? 

...

Payy&Nana. Cerita rekaan saya. Namun, keindahan hidup mereka amat saya cintai.
Ada dalam koleksi 'dunia fantasi' saya. 

No comments:

Post a Comment