Saturday 11 October 2014

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum wbt.

Sembang santai. Again. Hah blog saya takda nya nak formal-formal keluar tajuk-tajuk panas dan sekian sekian. Apa yang saya nak tulis saya tulis. Oleh itu, anggap saja kita sedang bersembang. Deal?

Senyap.

Nampak sangat perasan ada reader. Haha. Biarkan.


.............


Inche Google

Biarkan gambar blur. Style dia.

Jom berfikir.

Kita membesar dengan suasana yang sangat selesa. Aman. Tenang. Tiada perang. Tiada sengketa yang besar-besaran. Kalau ada perang pun. Kita dekat sini masih lagi mampu makan tidur tengok tv macam takda apa yang berlaku.

Terdetik dekat fikiran aku. Mungkin sebab terlalu selesa dengan negara yang aman lah yang buatkan ramai anak muda terjatuh. Terlampau manja dengan keamanan negara. Terlampau manja dengan kemewahan dunia.

Bila kecoh #VictoryForGaza. Alhamdulillah. Kemenangan mesti akan berpihak kepada Islam. Bersoraklah kanak-kanak keriangan. Gembira kan bila dapat tahu kita bebas daripada perang. 

Namun, aku tak dapat rasa 'keselesaan' tu. Tak dapat rasa 'kegembiraan' yang real. Bila dapat tahu kemenangan berpihak kepada mereka. Aku terbayangkan negara sendiri. 

Kita dah lama hidup aman. Negara kita memang ada perang. Tapi perang tak sehebat perang zaman Nabi dulu. Perang yang masih kita boleh berselfie. *tetiba selfie diangkat masuk. haha*. 

Anak muda zaman sekarang. Sedih bila tengok waktu maghrib masih ada yang melepak tepi jalan. Terfikir jugak jika ditakdirkan Allah, kita kena berperang menegakkan agama di negara sendiri. Bukan perang biasa. Tapi perang versi real. Masa tu anak-anak muda mampu tak nak mempertahankan agama dan negara?

....

Nak kongsi satu situasi. Situasi yang sedih aku tengok. Betul-betul sedih. Ni cerita hari Jumaat.

Sementara nak tunggu abah dan adik selesai solat jumaat. Aku tunggu dekat sebuah pondok. Pondok dalam taman. Waktu tu dah pukul 1 lebih. Boleh la dengar kutbah jumaat. Sebab memang berdekatan masjid.

Hairan. Anak-anak muda sebaya adik aku. Sepatutnya waktu tu mereka dalam masjid. Tapi. Sekelompok lepak dekat taman. Sekelompok lagi bermegah dengan bunyi motosikal masing-masing.

Yang angkat tayar depan tu orang panggil apa? Willy? Yang aku tahu istilah yang sesuai untuk depa-depa ni. Mat rempit. 

Sakit hati. Sedih. Bila tengok remaja usia belasan dok merempit. Bermegah dengan motosikal masing-masing. Kalau waktu lain tak kisah sangat. Ni dah azan zohor dah pun. Solat Jumaat setahu saya. Wajib untuk lelaki.

Emotional aku bila masuk part ni. 

Manja sangat dengan kemewahan dunia. Manja sangat dengan keamanan negara! Sebab MANJA la jadi macam ni. 

Tak sedar musuh dah lama perhati kita. Kita mana tau. Kerja kita makan tanpa ada bunyi jet penyerang. Tidur tanpa dengar bunyi bom meletup. Melepak bergelak ketawa tanpa ada tumpahan darah di sekeliling.

Tak lagi mention yang ketagih internet. Pegang gadjet tak lepas lepas. Sibuk merindu-rindu dengan bf/gf. Sekarang ni dah muak nak sebut pakwe/awek. Rasa geli. Perasaan dah lain bila mula tersedar sesuatu.

Terlampau selesa sangat dengan keamanan!

....

Kadang-kadang sebab kita jatuh. Adalah. Malas berfikir. Malas membaca.

Jadi, saya menyeru kepada sahabat. Jomlah berfikir. Buka mata kita luas-luas. Sampai bila kita nak hidup selesa dengan bergantung kepada usaha orang lain. Tugas berjuang bukan sekadar tugas seorang polis mahupun tentera. Kita pun boleh berjuang apa!

Jatuhnya Muslim pada zaman ini kerana kita yang malas untuk membaca dan berfikir. Musuh kita curi peluang untuk jatuhkan kita melalui sikap kita yang malas membaca. Kita sedar?

Membaca apa yang paling utama?

Kalam Allah, sayang. Al-Quran.

...
Carilah mardhotillah. 



No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...