Monday 20 October 2014

Berubah

Assalamualaikum wbt.

Sahabat semua sihat? Moga berada dalam rahmat Allah. Saya alhamdulillah dapat lagi merasa nikmat sihat.

Apasal macam formal sangat. kekok nak keluarkan idea. sebab aku ni blur. Eheh.


...

"Aku tak cari hidayah. Tapi Allah tetap tunjukkan aku hidayahNya. Betapa jahilnya aku dulu. Tapi Allah tetap pandang aku.. bagi aku hidayah." Nada sebak.

"Jangan pandang siapa diri kau yang dulu. Pandang diri kau yang sekarang depan aku ni." 

Peluk dia.

...

Awak pernah berubah? Berubah di sini maksudnya hijrah. Hijrah di sini maksudnya update diri jadi lebih baik.

Senang nak berubah. Tapi nak istiqomah tu...seriously, kalau kau tak cari tongkat, kau akan jatuh. Kalau kau tak berpaut pada tali yang kuat, kau tak akan selamat. Kalau kau dalam kegelapan dan kau tak usaha cari cahaya, kau akan sentiasa dalam kegelapan tu.

Awak... awak faham tak maksud saya?

Siapa yang berjaya berubah. Wa salute sama lu! Istiqomahlah. Kalau dah berubah tapi jambatan iman masih bergoyang, tak apa. Sekurangnya awak sedang berusaha untuk berubah. Percayalah..ada yang mahu berubah. Tapi ia hanya meniti di bibir. Tak terkesan pun di hati.

...

"Apa yang awak kenal tentang diri awak?"

Seorang yang mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak dan pelajar.

"Sebenarnya, cukuplah kita tahu yang diri kita ni ialah Muslim."

Ohhh.

Bila mana kita sedar bahawa kita ialah Muslim, maknanya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Iaitu abid dan khalifah. Tiada manusia yang terlepas daripada dua ni.

Abid- berserah diri kepada Allah.
Khalifah- mengajak orang lain berserah diri kepada Allah.

Sahabat, sedar tak yang selama ni kita ialah seorang muslim? 

Tengok balik hati kita. Double check iman kita. Triple check amalan kita. Double, triple check hidup kita selama ni. Solat kita macam mana? Sekadar solat nak sedapkan hati bahawa 'aku dah solat, laksanakan tanggungjawab sebagai muslim'. Atau kita benar-benar khusyuk menyembah Yang Esa?

Bila kita kenal diri kita sebagai Muslim.. Kitaran hidup kita mesti yang melambangkan kita ni berada dalam landasan yang benar.

Maksud landasan yang benar tu.. bukan sekadar solat lima waktu, berpuasa dalam bulan ramadhan, buat baik sesama manusia. Tapi dari segala aspek. Sikap. Amalan. Belajar. Makan. Tidur. Bercakap. Berjalan. Dan seterusnya.

Kau Islam. Islam ada cara. Islam ada hukum hakam. Darah Islam dah memang mengalir dalam diri kau. Takkan kau nak ikut gaya hidup barat lagi?

Kalau asyik nak ikut gaya hidup orang barat..kau hidup selama ni atas tujuan apa? Kau sedar tak mati tu bila-bila masa. Kau tak rasa ke Allah bagi kau hidup di dunia untuk kau mantapkan iman kau supaya dekat akhirat nanti kau tak merana?

Tarik nafas..hembus. Dada aku sesak sambil menaip ni. 

Diri kita yang selama ni gagah berdiri..jalan tak jatuh..lari tak tersungkur..ketawa bak orang bahagia..rupanya iman tak kuat mana.

Para sahabat rasulullah dulu iman mereka naik dan turun. naik dan turun. naik dan turun.

Kita? Naik dan turun. turun dan turun. turun dan turun. turun dan turun. naik sikit.

Angkat kening.

...

Bila nak berubah, jiwa kena kental. Hati kena sado. Sebabnya, syaitan tak akan pernah berhenti untuk pengaruh minda kita. Bila iman anak cucu Adam jatuh, seronoknya mereka bak seronoknya kita bila dapat 10a's spm.

Aku yakin. Bila niat kau betul-betul nak berubah, Allah akan hantar kepada kau sesuatu yang buat kau sendiri set kan dalam otak kau yang 'Aku nak berubah'. Maksudnya, banyak cara yang kau akan dapat.

Contoh. Allah hantar sahabat kepada kau. Sahabat yang sedia menegur kau kalau kau futur. Sahabat yang sedia memberi sepenuh khidmatnya pada kau. 

Contoh lain. Allah permudahkan untuk kau sertai majlis ilmu. Allah dekatkan kau dengan environment yang boleh buat kau sentiasa terfikir untuk berubah.

Kita di datangkan dengan pelbagai cara. Allah nak ingatkan kita untuk kembali beriman kepada Dia dalam pelbagai cara. Cuma kita saja yang sedar atau tak. Sebab tu otak kena sentiasa berfikir. Jangan terlampau taksub dengan sesuatu yang boleh menutup mata hati kita.

Masyarakat sekarang...lebih pentingkan dunia daripada risaukan keadaan diri sendiri dan ummah apabila di akhirat kelak.

Kau tak percaya? Nilai la diri kau sendiri.

...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...