Saturday, 14 June 2014

Bosan!

Assalamualaikum. Apa khabar? Tengah buat apa tu? Talk with me huh? Yeah! I'm talking with you. I nak ajak you keluar. Amacam? Mauu? Mohon setuju sebab orang yang ajak anda ni anak kepada ketua segala bodyguard. Muahahaha. Okay merapu. Aku bosangggggg.

Saat ini aku kepanasan. Hari ni panasnyaaa Ya rabbi. Sangat! Tapi boleh la hidup lagi. Dua bulan lebih lagi bercuti. Haiiyaakkk. Selagi aku tak habis cuti selagi tu lah aku akan cerita tahap kebosanan aku dalam blog ni.

Bangun pagi. Sarapan. Tengok tv. Facebooking. Twittering. Laptop aku kejap on pastu off. sama juga macam fon kejap unlock kejap locked. Boleh faham tak tahap kebosanan aku ni paras mana? Blog ni dah jadi macam diari aku dah nak cerita segala benda ni.

Hari ni adik aku balik asrama dah. Almaklumlah cuti sekolah dah habis. Lepas ni takda orang nak buli aku dah. Wakaka. Nampak tak? Bukan kakak yang buli adik. Adik yang buli kakak! Nakal benar pakcik sorang tu. Kesunyian bertambah tatkala hanya aku n kakak sulung yang asyik bertikam lidah.

Macam nak nangis ja rasa! Rasa macam...boleh tak ada drama sikit dalam hidup aku ni? Drama ala-ala Korea. Kalau tak Korea melayu pun boleh! Weeee~~~

Jadi pembantu rumah pun jadi lah. Sesiapa perlukan pembantu rumah? You can contact me. Hehehe. *Kalau macam tu baik kahwin ja terus!*

Teringin nak travelling! Wahhhh bestnya. Andai aku bisa. Andai aku punya banyak wang. Andai aku bisa driving. Andai aku...Astaghfirullah......jauh kan aku ber-andai? Berangan sangat kan? Itulah. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu berbuat apa-apa selain tengok muka mak dan abah everyday.

Maaf andainya aku gila sebentar. Saja nak merapu tatkala mood bosan melanda. Ada cadangan nak aku buat apa dalam masa dua bulan lebih berbaki ni? Sesiapa yang memahami..give me high 5! >_<

Nice to meet you.


Monday, 19 May 2014

Muhasabah Diri

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat? Ya. Awak yang tengah baca ni lah. Sihat ke idak? Alhamdulillah kalau sihat. Kalau tak sihat tu..jangan bersedih pula. Itu semua dugaan dari Allah. Jangan merungut. Just say..Alhamdulillah Allah dah berikan sakit untuk aku. Happy apa dapat sakit. Bukan senang nak sakit. >_<
Today I want to post about…ILMU? Hmmm. Ilmu lagi. Post sebelum ni pun terang-terang tajuknya ILMU TIADA PENGAKHIRAN. Takda idea lain yang lebih menarik ka wahai penulis? Bosan betul. Eh??!! Korang peduli apa. Ikut suka akulah nak menulis pasal apa pun. Ini blog aku. Hehehe. Jangan marah pula. Karang ada jugak yang update status FB sekali gus tweet blog BudakGempak ni bosan + kurang ajar!! Pergghh. Sentap gua. >_<

Jangan cepat melatah ye. Tujuannya saya nak slow talk dengan sahabat-sahabat, dan saudara-saudara sekalian tentang pentingnya ilmu daripada cinta. Perasan tak sepanjang hidup kita ni ilmu tak pernah jemu menemani kita. Sejak kecil lagi kita dah diberi ilmu. Ingat tak lagi mula-mula Mak dan Ayah ajar kita apa? “Sayang..panggil mama? Ma..ma..” “Sayang..panggil papa? Pa..pa..”. Kita pun terkial-kial. Lidah nak menyebut tapi tak boleh-boleh. Mak dan Ayah pun ajar lagi. Dan lagi. Lagi. Sampai kita boleh bercakap. Sampai dah boleh melawan cakap Mak dan Ayah lagi. Haa..terasa? >_<

Selalu kita dengar orang cakap..”Kejar cita-cita dulu..Pastu barulah kejar cinta,”. Betul tu. Tapi kita ni..kejar cita-cita sambil kejar cinta kan? Mohon terasa. Saya pun macam tu. Rugi la kan kalau tak usha gadis-gadis cun/jejaka-jejaka gantengg. Bila lagi nak cari. Alang-alang dah ada depan mata..orang tua-tua cakap kalau rezeki depan mata tak baik tolak. Alang-alang ada orang dah minat kat aku tu..Harap dialah yang aku cari selama ni. Ini kah yang terjadi kepada anda sewaktu anda tengah syok menuntut ilmu?  

Bangga sangatkah dah ada someone special yang belum tentu jadi milik awak yang halal? Best ke? Saya nak tahu juga. Takda pengalaman lagi ni. Share laa. *perli semata-mata* Awak bangga dengan ‘someone special’ awak tapi hakikatnya awak bangga dengan dosa-dosa awak. Hidup awak tak bosan sebab awak ada dia yang mampu happy kan awak tapi hakikatnya awak tak bosan sebab awak ada dosa yang mampu buat awak ‘happy’. Tahniah!

Sebagai pelajar aka orang muda cabarannya dalam pelajaran sejak azali lagi..cinta! Betul tak? Even tak bercinta pun, perasaan suka dekat someone tu mesti ada kan. I know la. Perkara yang sama berlaku dekat saya. Susah kan nak hadap situasi macam ni? Kalau dah terjebak macam mana?

‘Aku dah suka kat dia!’. ‘Nak buat apa pun mesti akan teringat dekat dia,’. ‘Oh My God!Aku nampak dia tadi,’.  
‘Awak, hujung minggu ni kita keluar eh?’. ‘Awak, malam ni saya call awak tau,’. ‘Awak, esok kita study sama-sama eh,’.

Jiwa kita mudah rapuh. Hati kita mudah terjatuh. Iman kita mudah tergoda. Susahnya nak kawal hati apabila menghadapi situasi macam ni. Apa tujuan kita berada di bumi ini ya? Apa tugas kita sebenarnya dihidupkan di sini? Kita tahu kan bumi ini hanya sementara. Kita juga tahu sekeliling kita ni hanya pinjaman. Kita juga tahu kita akan mati nanti…tetapi..bila ya? Sekarang? Allah…aku belum cukup kumpulkan amalan. Maka teringat semula..tujuan aku di bumi adalah mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Jika di sekolah rendah ketuanya ialah Guru Besar. Jika di sekolah menengah ketuanya ialah Pengetua. Jika kita di university ketuanya ialah Pengarah. Jika di kelas ketuanya ialah Ketua Kelas. Jika di rumah pula..ayah ialah ketua kita. Jika di bumi? Allah s.w.t..

Tanpa menuntut ilmu, awak yang tengah baca karangan panjang saya ni tak akan faham apa yang saya tulis. Dah berapa banyak ya amalan baik kita sepanjang kita hidup ni? Amalan baik lebih banyak atau amalan buruk? Andai malaikat maut datang kepada kita sekarang, sudahkah kita bersedia? ‘Ada apa malaikat maut datang dekat aku?’. ‘Untuk menjemput kamu bertemu Penciptamu,’. ‘Eh?? Aku baru 18 tahun. Belum habis belajar lagi. Belum kerja lagi. Belum kahwin lagi. Belum bahagiakan ibubapa lagi. Amalan aku untuk dihisab nanti?..belum cukup lagi,’. Allahuakhbar..banyaknya belum.

Maka…apa yang kita tengah tunggu lagi? Cepatlah kejar cinta! Ilmu tak penting pun. Malaikat tak tanya di kubur nanti. *perli semata-mata*. Alangkah bagusnya jika kita dapat mengasingkan antara cita-cita dan cinta. Kan?


Andai tersalah coretan mohon diampunkan. Saya juga masih bertatih dalam berdakwah. Wassalam.

Friday, 2 May 2014

Ilmu Tiada Pengakhiran

Assalamualaikum. wahhh. bahagianya rasa bila dapat tekan keyboard ni. dah lama berpuasa daripada menaip. sebab my netbook buat hal! selalu macam ni. aku start start cuti panjang ja, dia rosak. ni pun guna notebook my sis. by the way, hope aku boleh 'berkarya' malam ni. :D

aku baru ja lepas habis baca buku Arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam. alhamdulillah. Subhanallah sepanjang hidupnya sentiasa diisi dengan aktiviti-aktiviti yang besar faedahnya. bertepatan dengan ungkapan yang ditujukan kepada ayahnya, hidup di dunia biar berpenat..hidup di akhirat nanti berehat. lebih kurang macam tu lah ayatnya. Nak dibandingkan dengan aku yang sekarang ni sedang bercuti panjang... entah apa ja sumbangan yang aku dah buat. tengok drama cintan-cintun yang hanya unuk kepuasan duniawi saja.

Jujur... hati aku terniat juga nak mengikuti bantuan kemanusiaan. tak kisah lah di mana pun. Sebelum cuti dulu ada juga terbayang nak join program-program amal atau seumpama dengannya. tapi, mana aku nak dapat? Jauh di sudut hati aku hanya mampu berkata, jika Allah murahkan rezeki aku dalam hal ni, nanti adalah tu peluangnya. Cuti aku kali ni, lebih kurang 4 bulan. dulu aku cuti lepas SPM, 6 bulan. and dalam 6 bulan tu sepenuhnya dihabiskan dirumah. sumbangan apa yang aku dah buat? Apabila aku baca kisah Arwah Ahmad Ammar, jelas sekali sangat berbeza kehidupanku dengannya. Terdetik dihati, seandainya aku pun boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mulia itu..subhanallah. mungkin aku akan jadi tersangat teuja kot.

Hari yang ke hadapan akan berterusan macam ni kah? boring without any drama or movie. maksud aku, mungkin orang lain dah pun bermula episod drama mereka. ada yang dah kerja. mungkin ada yang tengah buat persiapan nak kahwin or tunang. apa yang aku harus buat? ada ka seorang putera yang akan selamatkan aku dari kebosanan aku ni? mungkin aku patut tidur kot, sebab bila aku tidur aku akan mimpi. and dalam mimpi tu muncullah nanti putera aku tu. hahaha. dah mula berangan dah.

apa yang aku akan buat sepanjang cuti ni? mungkin akan dihabiskan dengan membaca buku-buku yang belum habis dibaca. rasa macam nak terapkan hobi membaca dalam diri. sejak akhir-akhir ni aku rasa macam nak membaca ja. then aku rasa macam nak tahu kehidupan masyarakat-masyarakat di luar sana. mungkin baru tersedar, betapa fakirnya aku dengan pengetahuan di dunia ni. apatah lagi akhirat. selama ni seolah-olah aku hidup umpama katak dibawah tempurung.

Aku suka sangat menulis. tapi, apabila hendak menulis, mesti ada ja yang menghalang. and, nak tahu apa yang menghalang aku tu? Ilmu. aku miskin sangat dengan ilmu. banyak benda yang aku tak tahu. banyak benda yang aku tak faham. banyak benda yang aku tak pernah nampak lagi. seandainya aku ada ilmu, aku tak akan berhenti menulis di separuh jalan.

Formal sangat rasanya cara penulisan aku malam ni. haha. biarlah. kalau nak menulis kan kena menulis melalui apa yang terlintas di hati dan fikiran. Susah sebenarnya nak jadi seorang yang berilmu. bermacam hal yang perlu lalui. mungkin kisah Arwah Ammar boleh dijadikan tauladan dan panduan. dia tak pernah berhenti menuntut ilmu. prestasinya sangat cemerlang. Dia sangat cintakan ilmu. Sehingga ke akhir hayatnya, ilmulah yang digenggamnya. Ilmu itu pula bukanlah ilmu yang hanya biasa-biasa tetapi, ilmu yang sebelum ni tak pernah terlintas pun di fikiran aku untuk mendalaminya. sedangkan ilmu itu sebenarnya buat kita dekat dengan Allah. Subhanallah. terasa diri ini sangat kerdil apabila berbicara tentang dia. Al-Fatihah buat Ahmad Ammar.

Friday, 7 February 2014

Get the Best result in matriculation

Assalamualaikum. my midsem break only 2 days left. so sad. lepas ni belajar 3 bulan. awal bulan 5 in shaa Allah habis matrik. masa berlalu seperti angin. rasa macam baru semalam daftar masuk matrik. even hanya setahun...banyak pengalaman dan pengajaran yang sy dapat. Alhamdulillah. semua ni bekalan untuk sy gunakan pada masa depan.

Dengar ja pasal pointer, mesti orang akan cakap...'masuk matrik pointer kena tinggi'..'masuk matrik kena skor 4 flat, kalau tak tak boleh survive untuk apply degree'..'kalau pointer tak tinggi.....bla..bla..bla..'.

Come on lahh. lebih baik kita merasai sendiri pengalaman tu daripada asyik mendengar gosip manusia yang tak pernah habis. ayat2 seperti itu akan menggerunkan si penerima tawaran masuk matrik. 

sy akui result kena baik dalam setiap exam. exam mana yang result tak kena score? even exam diploma pun kena score jugak..kalau tak u tendang keluar ataupun repeat sampai lulus..tak pun lecturer tulis besar2 dekat kertas tu.."SEE ME".

Dekat matrik, kertas soalan yang korang jawab(ups dan pspm) takkan dapat balik macam dekat sekolah dulu. tak tahu lah lecturer simpan buat apa. untuk dikitar semula maybe. 

base on my experience.. tak susah pun nak score result yang bagus time exam. ups 1 sy kecundang(physics-D, chemistry-D, mathematics-E, sains komputer-A) sangat teruk kan? students matrik tak ramai yang score untuk ups 1. sebab masing2 masih teringat nak peluk mak ayah. hahaha.

Matrik ni just belajar balik apa yang korang belajar time sekolah dulu. aplikasi kan ilmu yang anda tuntut sewaktu di sekolah ketika ini lah. tapi, makin high level kita langkah makin mendalam la kan apa yang kita belajar. dont panick. relaks ja time belajar. jangan suka tangguh kerja. if korang suka tangguh2 kerja...haaa, time ni la korang akan tahu erti stress.

Pointer sy untuk pspm 1....Alhamdulillah, 3.39. bersyukur ja la dapat berapa pun. even tak dapat 4 flat, redha. kita sendiri tahu banyak mana yang kita usaha. Allah itu Maha Adil. 50% korang usaha 50% lah yang korang dapat. 

belajar di matrik jangan pernah give up. stress tu confirm korang akan lalui. tapi lalui lah stress tu dengan profesional. seeloknya, after habis kelas, jangan terus buat revision. kesian dekat otak tu. korang balik kelas dalam pukul 4 or 5 petang. ambil sikit masa petang2 tu keluar beriadah. tak beriadah pun jalan2 ka...time ni la korang kena tenangkan fikiran. malam barulah start buat homework. habis buat homework, revision then tidur.

Ada seorang senior ni..result pspm(final result yang telah dipuratakan) dapat 2.96. tapi boleh ja dia sambung degree dekat ukm untuk IT kalau tak salah. jangan takut untuk masuk matrikulasi okey! 70% markah exam, selebihnya markah di ambil daripada penilaian berterusan oleh lecturer. kuiz, tutorial, kehadiran, presentation...tak susah untuk score 3.0. believe me!

Perkara2 yang adik2 kena buat untuk score 3.0 above:


1) Solat jangan tinggal. doa kepada Allah. (Ya Allah..kurniakanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat). Allah takkan pernah jemu untuk mendengar doa hamba-hambaNya. Eh, jangan lupa doakan kawan-kawan juga!

2) Jangan lupa mak ayah kat rumah. sekurang-kurangnya mesej(tanya khabar)

3) Hormati lecturer anda. apa yang lecturer suruh anda buat. anda buatlah. 

4) Pastikan anda buat tutorial. dimana tutorial tu sebenarnya menguji pengetahuan basic anda tentang apa yang anda belajar tu. sama ada faham atau tidak. 

5) Jangan ponteng kuliah/kelas. selalunya time lecture korang tak berapa faham apa yang lecturer ajar. tapi, time kelas tutorial/amali korang akan faham. sebab time ni lecturer akan usaha sungguh2 bagi anak2 muridnya faham.

6) If tak faham, TANYA lecturer or kawan2. tanya sampailah korang faham. Ini kerana, if adik2 study sorang2, boleh jadi gila! korang akan tension ja. so, daripada buang masa untuk fahamkan sendiri better tanya lecturer/kawan.

7) Elakkan gejala couple. Elakkan! Tapi sy tau mesti ada juga yang dah couple. Kalau boleh tak payah layan sangat kot pakwe/makwe hampa tu. Rugi masa. Rugi perasaan. 

8) If 'ter'couple dengan budak satu kolej, kurangkan masa bersama. kalau dia ajak jumpa/dating, cakap kat dia..."Saya nak study! Kalau nak jumpa juga. Break!" Ahaha. kan senang tak payah couple terus.

9) Jaga hubungan dengan kawan. if bergaduh. minta maaf. kalau bergaduh lagi, minta maaf lagi. jangan pernah berhenti untuk mohon maaf dengan mereka. kadang2 kita tersakitkan hati mereka tanpa sedar.

10) Ada yang belajar di PDT(program 2 tahun). jangan rasa masa berlalu dengan lambat. teruskan berjuang sampai habis dua tahun. Okey!

Belajar jangan pernah jemu. Kalau anda ikut apa yang sy cakap ni, in shaa Allah. ganjaran yang lumayan anda akan dapat. Banyak lagi sebenarnya. Sampai esok pun saya dok ngadap skrin laptop kalau nak senarai semua.

So, Do Your Best! Think positive! Follow The Flow. 

Semoga Berjaya!

Thursday, 6 February 2014

Kehidupan di Matrikulasi....best!!

Sediakan mata anda untuk baca entry yang tersangat panjang ni ya. ;) Baca sampai habis tau. Semuanya pasal life dekat matrik.


Assalamualaikum. takmau cakap tapi nak tulis.*blog ada apps untuk bercakap ke?* haha. just kidding okey. *otak masuk air*. dari petang tadi sy asyik mengadap skrin ntbook ni ja. macam biasa...melawat kehidupan masyarakat sekalian. baik ke? ada accident kat mana? bencana alam ke? peperangan? racist? macam2 isu dah keluar sekarang ni. apa nak jadi dengan Tanah Airku 10 tahun akan datang pun tak tahu lah.Drop the subject. nanti keluar habis isu politik. tak pasal2 blog ni pulak yang famous. -_-



We are here because....petang tadi time sy syok stalk facebook teman2, sy terbuka satu group ni. Halatuju Selepas SPM. tertarik pulak sy nak buat post pasal life in matriculation. sebab ramai adik2 yang tertanya-tanya pasal kehidupan dekat matrik ni. 



sy tahu. adik2 nak sangat tahu kan macam mana kehidupan matrik? tak sabar nak masuk dunia baru la tuuu. sy pun pernah alami perasaan macam kalian.*kenyit mata*. sy dulu excited sampai kenalan pun sy dapat sebelum masuk matrik lagi.*facebook*. haha. bila ingat2 balik, macam tak matured pun ada.*termalu sendiri*



Lupa nak mention. saya pun student matrik. one of KMPP big family. :D PST(program satu tahun). budak modul 2(physics, chemistry, sains komputer, mathematics). a.k.a physical student. perempuan jadi physical student? what? perempuan jadi physical student? soalan yang seringkali menjadi persoalan kepada orang2 yang tak berapa faham. ingat perempuan ni lembik sangat ke. be strong dengan reaksi orang2 macam tu kalau adik2 dapat jurusan physical ye.



It's begin with..."ismatul..hampa dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. jurusan sains,". okey. time ni internet kat rumah sy slow. so, kawan sy yang baik hati yang tolong check kan. and my reaction time tu...."hah???!!". tak expect sebenarnya. sy target dapat Kolej Matrikulasi Kedah. alih2 dapat P.Pinang. terkejut tu, kononnya jauh la kan. *dengar nama negeri lain mesti la macam jauh je*. rupa-rupanya around 30 minutes ja dari rumah sy.*excited*.



So, buat adik2, takdir Allah kita mana tahu kan. rezeki kita pun manalah kita tahu dulu. semua tu Allah yang atur. bersyukur and redha dapat tempat belajar dekat mana pun. dekat dengan rumah ke jauh ke....jangan peduli dah. letak niat satu ja...'aku pergi sebab nak belajar...'. In shaa Allah..niat kita baik..yang baiklah yang akan kita dapat nanti. 



sy tahu, ada yang dah pasang niat or berangan nak jumpa mamat2 hensem lah, gadis2 cute lahh. abaikan dik. masuk matrik dah tak sempat dah nak fikir pasal pakwe/makwe ni. siapa yang couple time matrik, memang tough la rutin hariannya.(berdasarkan yang sy nampak dekat matrik sy). 



if terjadi jugak couple tu dekat korang...kena pandai manage your time. jangan asyik nak dating ja. couple olok2 cukup la. sekadar nak jadikan teman study ke. 



jangan belanja banyak sangat duit untuk pakwe/makwe. elaun rm250 yang dapat tu belum tentu cukup untuk seorang. kesian dekat mak ayah kalau mintak duit selalu. yang rumah jauh tuu, nak beli tiket bas lagi(kosnya antara rm40-rm150 pergi dan balik). better jangan terjebaklah dalam couple2 ni. [saya cakap ni sebab sy tau memang akan terjadi jugak couple. walaupun bernanah mulut orang larang couple]



Orientasi untuk students baru.



Selama seminggu. time orientasi ni sangatlah best! time ni la adik2 berpeluang kenal2 dengan kawan baru. akak2 and abang2 fasilitator. akak2 and abang2 yang sanggup datang time cuti diaorang semata-mata untuk menguruskan adik2 matrik yang baru daftar masuk. 

Adik2 akan dapat briefing pasal kolej, jurusan yang ada, peraturan. 


Perasaan awkward tu biasalah. kan baru nak biasa dengan life baru. time orientasi ni, adik2 akan dapat tahu kelas masing2(macam sy..kelas f3p1, modul 2). 



time orientasi ni jugak adik2 akan diberi peluang untuk tukar modul(cnth: dapat modul 2, then nak tukar ke modul 3...anda diberi peluang). dekat kmpp macam ni la. matriks lain tak sure macam mana. 



Yang pastinya siapa yang dapat jurusan akaun then nak tukar ke sains...memang TAK boleh. if dari sains nak ke akaun, BOLEH.



MODUL 1(biology, chemistry, physics, mathematics) 



Budak hayat. engineering boleh. medical boleh. and banyak lagi course yang boleh pilih. students modul ni memang pure science laa. otak pun mesti kena pure. sebab belajar ketiga-tiga subject sains. 



mostly sy nampak kawan2 sy yang modul ni...stress banyak. adik2 jangan takut pulak. belajar apa yang tak susah? tell me. semuanya ada kesusahan dan kesenangan masing2. 



Nampak budak hayat stress sebab subjectnya tu boleh tahan beratnya. biology yang kena banyak hafal. physics yang kena ingat formula yang banyak. chemistry yang ada hafalan + formulaan. 



Tapi, time exam, budak2 modul lain semua jealous kat budak modul 1. sebab depa habis exam awal. haha. jadual kelas pulak..modul 1 yang agak tough laa. balik kelas pukul 4 or 5 petang. kelas start pukul 8 pagi ye. bangun macam korang bangun nak g sekolah dulu. haha.



MODUL 2(physics, chemistry, sains komputer, mathematics) 



Budak physics. more kepada engineering/computer/ict. tak bermakna tak boleh sambung ke bahagian perubatan. boleh je. asalkan adik2 ada belajar biologi time sekolah dulu. 



Tapi, disarankan kalau korang nak sambung medic untuk degree, mintak tukar pergi modul 1/modul3 time orientasi ya. 



physical students, of course ratio untuk lelaki : perempuan is... 7:3. yes. lelaki lebih ramai daripada perempuan. lelaki lebih ramai yang ambil modul ni. at first, memang perempuan ramai ja. sebab perempuan ramai dariapada lelaki di setiap tempat belajar kan. tapi, bab2 physics ni perempuan tak ramai yang suka. perempuan ramai dekat modul 3/modul 1.



Pengalaman sy sebagai budak physics...satu cabaran untuk sy because sy akui perempuan memang lembab sikit nak faham. tambahan benda yang nak difahamkan tu berkaitan dengan something man's do. 



Terngiang-ngiang lagi suara cikgu sains komputer sy. "Perempuan ni otak depa lembab!".."Tak macam lelaki. kalau orang lelaki senang ajar depa. walaupun tak rajin datang kelas. tapi, kalau saya bagi soalan depa boleh jawab."..."perempuan ni rajin datang kelas ka, tak ponteng kelas ka, rajin study ka, tetap lembab bila nak jawab soalan.". 



Amacam kaum hawa sekalian? tercabar tak? cikgu sendiri cakap macam tu. di hadapan lelaki2 yang baginya tak menyusahkan. my feeling at that time...hati ni bagai tersiat-siat! malu! macam takda maruah! diperkatakan macam tu di hadapan kaum adam.(kelas sy 5 perempuan, 11 lelaki). 



Malu sangat dengan kaum adam waktu tu. okey...wahai adik2 perempuan sekalian yang dapat modul 2, jangan give up time belajar physics n sains komputer. minat subjek tu betul2. cuba fahamkan betul2. prove that korang pun boleh. lelaki boleh belajar biologi kenapa pulak kita tak boleh belajar physics?



MODUL 3(biology, chemistry, sains komputer, mathematics) 



Budak bio. mostly untuk medic and seangkatan dengannya. perempuan lebih ramai. budak bio ni biasalah.kerjanya menghafal saja. istilah2 sains yang pelik2. 



selalu dengar roommate sy menghafal. blur terus dengar istilah2 sainsnya. hanya budak bio n modul 1 yang faham. haha. tak banyak yang sy tahu tentang modul ni.(niat di hati sejak dapat modul 2, dah taknak ambil tahu pasal biology).



Perakaunan(perakaunan, math, ekonomi, bisnes...err, lain-lain tak tahu. google ya!)



Sebelum tu maaf. Pengetahuan saya untuk jurusan ni agak low. Base on apa yang saya dengar daripada budak-budak akaun, macam biasa. Akaun. kamu dah belajar di sekolah kan? Macam tu juga di matrik. 



Tapi faham-faham lah. Belajar lebih detail. Math untuk perakaunan lain. Tak sama dengan math jurusan sains. Math perakaunan lagi mendalam. Biasa. Perakaunan mostly otak kira-kira.


Budak akaun banyak aktif dalam aktiviti. (bergantung kepada matrik masing2)


...



Jadual students matrik takda la pack sangat. pergi kelas 8 pagi and habis kelas paling lewat 5 petang. penat tu semestinya. tapi dah korang nak ambil jalan singkat dalam study korang, kena la lalui semua ni. set dalam minda, belajar jangan stress...enjoy! 



Jangan terlampau stress time study. amalan ini sangatlah tidak baik untuk anda. try buat something supaya korang tak stress. study sambil dengar lagu. its work for me. and lagu yang didengar tu yang bersesuaian la. nasyid and zikir lebih baik. tenang ja time study.*tak tipu*.



Waktu malam biasanya buat kerja masing2. siapkan homework/assignment. ada jugak lecturer yang rajin nak buat kelas malam. pergilah ye. lecturer tu sanggup berkorban masa bersama keluarga semata-mata nak nak tambahkan ilmu korang. 



Biasanya dekat2 exam barulah students sibuk nak study. *amalan yang tak bagus*. satu semester ada 2 kali exam. ujian pertengahan semester(UPS). PSPM(i dont know it stand for what. googlelah ye). Kita setahun ada 4 kali exam.



Usually, latihan yang lecturer bagi tu sebenarnya dah cukup untuk latihan kita. macam sy, sy tak pernah beli buku rujukan pun. sebab semua bahan yang lecturer bagi sebenarnya dah cukup. 



Life dekat matriks lebih senang daripada life dekat asasi(nanti ada pulak budak asasi nak bash aku. haha). Tapi kenyataan tau. Student matrik ni lecturer biasa akan treat kita macam budak sekolah.



Aktiviti yang dianjurkan pun banyak. cari peluang untuk korang join the activity. jangan malas! its very fun okey dapat join aktiviti. disamping dapat menambah markah kokurikulum(10% diperlukan). so, join la aktiviti sebanyak yang mungkin.



Weekends...iam pretty sure that you all suka 'weekend' kan? tahu dah...mesti dalam fikiran korang, 'boleh bangun lambat!'. haha. itu yang sy selalu buat. 



Tapi janganlah layan sangat tidur tu. Nak tidur lama tunggu mati nanti. Boleh? Agak2 pukul 6.45 gitu ajaklah kawan keluar joging. Tak pun jalan-jalan. 



Best sebenarnya dapat keluar pagi2 buta. tenang ja. sebab suasana tak ramai orang. mereka yang lain masih buat kuak lentang dengan selimut masing2. sila amalkan. lepas solat subuh, jangan tidur. keluar joging sambil hayati keindahan alam milikNya.



Outing...adik2 boleh keluar weekends saja. hari lain, kalau nak keluar kena buat surat. time outing ni jangan fikir nak dating ja. save sama duit tu. jangan berbelanja lebih. kalau tak.. hujung bulan, korang tahu lah macam mana nanti. makan nasi lauk telur je! tak pun, makan maggi yang tak berapa sihat tu. sangatlah menyeksakan kalau duit tak cukup. amaran keras dari sy! jangan berbelanja besar! pandai2 bajet.



Buat yang berasal dari family yang ada masalah kewangan...jangan harapkan elaun ja. elaun tu belum tentu cukup untuk tanggung makan korang. duit yang mak ayah bagi jangan guna ikut suka hati. 



Selain makan, banyak lagi benda yang korang kena guna duit. awal2 semester selalunya duit akan digunakan untuk bayar duit buku(bajet rm70-rm120). bajet untuk makan bagi sy paling kurang boleh bajet dalam rm3. sy hanya makan nasi sehari sekali iaitu lepas habis kelas. time rehat selalunya guna rm1. untuk malam, kalau lapar makan maggi or apa2 ja stok makanan yang ada.



Hormati lecturer anda. setiap manusia lain perangainya. jangan ingat lecturer takda perasaan. lecturer pun boleh merajuk tau!.so, jagalah hati lecturer anda. kalau dia suruh siapkan homework, siapkan! 



Jangan tidur dalam kuliyah. kalau tak tahan sangat pesan dekat kawan sebelah, tolong kejutkan kalau tertidur. spare gula2 dalam beg. seeloknya gula2 yang berangin(hakcs, kiss, hudson, double mint). 



setiap apa yang lecturer sampaikan, take notes. jangan buat lecturer tu marah atau terasa hati. kalau terjadi, pergi minta maaf and pujuklah lecturer tu. bagi cadbury ke, aiskrim ke, buat muka comel ke. janji lecturer tu senyum balik dekat korang.



Ada banyak lagi yang nak cerita sebenarnya. hehe. maaflah panjang sangat. sy ceritakan based on experience sy sepanjang hampir setahun sy merasai life as students matrik ni. 



Lepas masuk matrik nanti, adik2 akan terbayang balik apa yang sy pernah ceritakan ni. ni lah kehidupan students matrik yang sebenar. abaikan kalau orang cakap masuk matrik ni susah. yang penting niat kita nak belajar untuk jadi insan yang berguna. 



Kawan sy yang resultnya hanya 2.36 time PSPM 1...even dia tahu yang kedudukan dia sekarang ni tak selamat sebab perlu fight dengan budak yang hebat2 untuk sambung degree, dia tetap move on. teruskan usaha dia yang sebelum ni. no turning back. rezeki Allah ada di mana2. asalkan kita usaha. Allah akan bagi.



Okey ya adik2...matrik jadualnya tak pack pun. time sekolah dulu pernah kan pergi sekolah pagi then balik petang. lebih kurang dengan kehidupan sekolah je. korang dah praktikkan dekat sekolah, selama 5 tahun, even sekolah rendah dulu pun. dekat matrik takkan lah tak boleh? so..pasal pointer nanti tengok post yang lain ya. dah cukup panjang dah ni. haha. sy pun tak larat baca.






Hope adik2 dapat apa yang dicari. :)



p/s: sebelum ni sy belajar di matrik penang. So, sebarang perbezaan matlumat dengan matrik lain, harap maaf. Thanks baca! Heee

Monday, 3 February 2014

Mohonlah cinta Allah

Assalamualaikum.. malam yang sangat sunyi, dingin...hanya kedengaran bunyi kipas berputar. *sejuk sangat macam duduk dkat oversea dah ni!!!*pepagi buta ni tetiba pulak rasa macam nak menaip. berteman kan mak buyung sekor ni. *kucing yang tengah sarat mengandung*. bijak ohhh mak buyung ni. apa aku buat dy ikut jaa. *give applause to mak buyung*.

Sy tak tahu apa yg ada dalam fikiran sy sekarang ni. nak kata jiwa kacau....nope! kerinduan maybe...maybe. hanya Allah s.w.t. yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. what's going on in my life..when iam happy, sad, feeling really great...how much i love my family, my friends...when iam fall in love..only He knows.

Keserabutan ini...erghhhh. sekarang ni warga2 matrik/asasi and so on pakat dok kalut isi UPU dah. including me!!!! memanglah ada 8 pilihan. keserabutannya bermula apabila perlu letak yang paling diminati pada pilihan nombor satu. what if sy letak dua pilihan pada pilihan nombor satu?? apa rule ituuu. one choice for each. engineering or IT yang aku minat ni? kecelaruan.

Apa course yang boleh dapat duit banyak lepas kerja nanti? *mata duitan*. sungguh laa. sy hanya mampu memohon petunjuk daripada Allah s.w.t. ja sekarang ni. only He knows what are the best for us. Jadi serabut sebab...sy asyik fikir Mr. White sy tu pilih course apa? U mana?*bajet nak dapat u sekali la tu nanti* . niat dah tak betul ni. haaa...ini tidak patut dicontohi yaa. seriously....sy takut tak dapat jumpa dia lagi nanti. only 3 months left.

Kita sebagai manusia terkadang alpa. hal yang remeh pun kita tak mampu buat. tambahan lagi hal yang remeh tu sebenarnya boleh dapat keuntungan yang berganda-ganda. apakah hal yang remeh tu?? sediakan otak masing2..and think..berzikir. kalau kita berzikir perlu buat larian 4x400 ka? just ringankan mulut anda untuk say...Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar.. tak susah kan? solat. wajib untuk setiap umat Islam menunaikan solat 5 waktu. apa yang berlaku kalau tak buat? bila mati nanti, malaikat tanya kenapa tak sembahyang, jawablah sendiri ye.

*senyum*. sengaja nak mengingatkan diri sendiri. yang terbaca pun, beringatlah sama. diri ini pun sebenarnya masih tersangatlah kerdil berkaitan dengan Islam ni. masih banyak yang perlu sy pelajari. setiap hari berdoa agar suatu hari nanti dikurniakan seorang imam yang sentiasa ada untuk memperbetul apa yang sy salah, yang boleh membimbing sy. itu bukan bermakna sekarang ni peoples around me tak boleh memperbetul apa yg sy salah. sangat di alu-alukan. mereka sebenarnya yg memulakan semua ni. mereka buat sy sedar yang sy ni masih tak kuat imannya. Allahuakbar...



Aaminn Ya Rabbal Aalaminn....

Wednesday, 12 June 2013

#short story#

Assalamualaikum and hai. rasa pelik semacam ja nak tekan keyboard ni. pelik. betul ni, pelik semacam ja. sebab selalunya tekan keyboard ni dok dengar bunyi cengkerik ja. tapi, malam ni dengar bunyi kipas pulak. hahaha. ehemmm, aku dah start belajar dah oiiii. macam tak caya pulak. maklumlah cuti sampai enam bulan dulu.

Jadi students KMPP memang terbaek ahhh. tiap2 hari stress. wakakaka. jangan tanya la stress kenapa. segala2nya buat orang stress. = ='. first day masuk KMPP happy2 jaa. after seminggu, macam orang tak terurus dah. lawak la hang ni. chemist and physics punya pasal. biol otak aku.

sebelum masuk sini beria-ria takmaw tengok dah subjek physics. kononnya nak jadi doktor, so, berangan la dapat modul 3. sekali rezeki turun untuk modul 2. pergghhh, nak jadi doktor ka ni? = ='. takda motif. kena buat research la untuk cita2 baru. seriously, aku tak nampak lagi apa aku nak jadi lepas habis matrik ni. gelap jaa. how? drop the subject. *bikin aku stress maa*

meh aku nak story pasal life aku sekarang. kawan2 praktikum aku semua sporting arr + owesome arrr. *F3P1* happy ja aku dekat kelas tu. 18 ahli. 13 males and 5 females. owesome tak? hahaha. bersyukur sangat2 sebenarnya dapat kelas macam ni. dulu kan aku pengalaman 5 tahun belajar dekat girl's school. perasaan menyampah memang confirm ada. sebab apa? kebanyakkan perempuan ni gedik2 sikit. aku anti girls like that.

kaum Adam ni macam sempoi sikit. so, tak stress sangat la pasal kawan2 ni. *baru lagi memang boleh ja cakap macam ni* kawan perempuan aku tu, alhamdulillah, baik2 semua. tak boleh nak mention nama depa lagi. nanti aku sediakan satu post khas untuk sahabat praktikum ku. :) hmmm.

makanan kat sini pun owesome jugak taw. tapi aku makan makanan berat such as nasi tu sehari sekali ja tiap2 hari. jimat duit weyyy. duit tu nak kena guna banyak lagi. bayar duit buku la apa la. hah,pasal roomates pulak. roomates aku pun owesome. hehehe. baik2 ja. caring. loving. everything is best.

actually, aku type post ni kalut2. homework banyak lagi tak siap. tak paham punya pasal. tertangguh semuanya. lain kali arr story panjang sikit. bila rasa diri ini dah sibuk rasa malas pulak nak melayan blog ni. dulu boleh arrr, dok rumah taktaw nak buat apa. blog ja yang dicari. K,Bye Salam.

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...