my lovey dovey followers

Monday, 19 May 2014

Muhasabah Diri

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat? Ya. Awak yang tengah baca ni lah. Sihat ke idak? Alhamdulillah kalau sihat. Kalau tak sihat tu..jangan bersedih pula. Itu semua dugaan dari Allah. Jangan merungut. Just say..Alhamdulillah Allah dah berikan sakit untuk aku. Happy apa dapat sakit. Bukan senang nak sakit. >_<
Today I want to post about…ILMU? Hmmm. Ilmu lagi. Post sebelum ni pun terang-terang tajuknya ILMU TIADA PENGAKHIRAN. Takda idea lain yang lebih menarik ka wahai penulis? Bosan betul. Eh??!! Korang peduli apa. Ikut suka akulah nak menulis pasal apa pun. Ini blog aku. Hehehe. Jangan marah pula. Karang ada jugak yang update status FB sekali gus tweet blog BudakGempak ni bosan + kurang ajar!! Pergghh. Sentap gua. >_<

Jangan cepat melatah ye. Tujuannya saya nak slow talk dengan sahabat-sahabat, dan saudara-saudara sekalian tentang pentingnya ilmu daripada cinta. Perasan tak sepanjang hidup kita ni ilmu tak pernah jemu menemani kita. Sejak kecil lagi kita dah diberi ilmu. Ingat tak lagi mula-mula Mak dan Ayah ajar kita apa? “Sayang..panggil mama? Ma..ma..” “Sayang..panggil papa? Pa..pa..”. Kita pun terkial-kial. Lidah nak menyebut tapi tak boleh-boleh. Mak dan Ayah pun ajar lagi. Dan lagi. Lagi. Sampai kita boleh bercakap. Sampai dah boleh melawan cakap Mak dan Ayah lagi. Haa..terasa? >_<

Selalu kita dengar orang cakap..”Kejar cita-cita dulu..Pastu barulah kejar cinta,”. Betul tu. Tapi kita ni..kejar cita-cita sambil kejar cinta kan? Mohon terasa. Saya pun macam tu. Rugi la kan kalau tak usha gadis-gadis cun/jejaka-jejaka gantengg. Bila lagi nak cari. Alang-alang dah ada depan mata..orang tua-tua cakap kalau rezeki depan mata tak baik tolak. Alang-alang ada orang dah minat kat aku tu..Harap dialah yang aku cari selama ni. Ini kah yang terjadi kepada anda sewaktu anda tengah syok menuntut ilmu?  

Bangga sangatkah dah ada someone special yang belum tentu jadi milik awak yang halal? Best ke? Saya nak tahu juga. Takda pengalaman lagi ni. Share laa. *perli semata-mata* Awak bangga dengan ‘someone special’ awak tapi hakikatnya awak bangga dengan dosa-dosa awak. Hidup awak tak bosan sebab awak ada dia yang mampu happy kan awak tapi hakikatnya awak tak bosan sebab awak ada dosa yang mampu buat awak ‘happy’. Tahniah!

Sebagai pelajar aka orang muda cabarannya dalam pelajaran sejak azali lagi..cinta! Betul tak? Even tak bercinta pun, perasaan suka dekat someone tu mesti ada kan. I know la. Perkara yang sama berlaku dekat saya. Susah kan nak hadap situasi macam ni? Kalau dah terjebak macam mana?

‘Aku dah suka kat dia!’. ‘Nak buat apa pun mesti akan teringat dekat dia,’. ‘Oh My God!Aku nampak dia tadi,’.  
‘Awak, hujung minggu ni kita keluar eh?’. ‘Awak, malam ni saya call awak tau,’. ‘Awak, esok kita study sama-sama eh,’.

Jiwa kita mudah rapuh. Hati kita mudah terjatuh. Iman kita mudah tergoda. Susahnya nak kawal hati apabila menghadapi situasi macam ni. Apa tujuan kita berada di bumi ini ya? Apa tugas kita sebenarnya dihidupkan di sini? Kita tahu kan bumi ini hanya sementara. Kita juga tahu sekeliling kita ni hanya pinjaman. Kita juga tahu kita akan mati nanti…tetapi..bila ya? Sekarang? Allah…aku belum cukup kumpulkan amalan. Maka teringat semula..tujuan aku di bumi adalah mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Jika di sekolah rendah ketuanya ialah Guru Besar. Jika di sekolah menengah ketuanya ialah Pengetua. Jika kita di university ketuanya ialah Pengarah. Jika di kelas ketuanya ialah Ketua Kelas. Jika di rumah pula..ayah ialah ketua kita. Jika di bumi? Allah s.w.t..

Tanpa menuntut ilmu, awak yang tengah baca karangan panjang saya ni tak akan faham apa yang saya tulis. Dah berapa banyak ya amalan baik kita sepanjang kita hidup ni? Amalan baik lebih banyak atau amalan buruk? Andai malaikat maut datang kepada kita sekarang, sudahkah kita bersedia? ‘Ada apa malaikat maut datang dekat aku?’. ‘Untuk menjemput kamu bertemu Penciptamu,’. ‘Eh?? Aku baru 18 tahun. Belum habis belajar lagi. Belum kerja lagi. Belum kahwin lagi. Belum bahagiakan ibubapa lagi. Amalan aku untuk dihisab nanti?..belum cukup lagi,’. Allahuakhbar..banyaknya belum.

Maka…apa yang kita tengah tunggu lagi? Cepatlah kejar cinta! Ilmu tak penting pun. Malaikat tak tanya di kubur nanti. *perli semata-mata*. Alangkah bagusnya jika kita dapat mengasingkan antara cita-cita dan cinta. Kan?


Andai tersalah coretan mohon diampunkan. Saya juga masih bertatih dalam berdakwah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment