Tuesday 2 August 2016

About past.

Assalamualaikum. 


Sihat?



*Tarik meja jepun. Hidang teh tarik panas. Biskut Hup Seng. Ada lah beberapa balang kuih raya yang baki je tinggal.*



Masing-masing sila lah ambil tempat duduk. Relax-relax je kita. Borak-borak kosong tapi berisi. Kena lah bagi input sikit. Biar nanti output nya pun jadi long term punya. 


Semua mesti was like "Dah kenapa perempuan ni hidang teh tarik bagai". Hahaha nak borak berisi kann mesti lah ada makanan. Kang yang tukang dengar tidur. Eh macam mana pulak yang membaca ni? hmmm jangan tidur k? Forbidden. Aku rotan nanti. Walaupun ilusi semata.


Here we go.


Since SPM pun dah dekat kan. Let me calm you all okay. Hakak dah lalui dah apa yang awak lalui. Perasaan malas nak study walaupun exam dah dekat. Biasa. Rasa nak tengok drama setiap masa. Biasa. Asyik fikir pasal crush jeeee. Biasa. Solat pun tak lekat sedangkan pada Tuhan lah nak minta permudahkan jawab exam. Biasa. Huhuhu. Apa lagi? Biasa tu semua tuu. 


Rasa tak yakin nak jawab exam sebab percubaan pun ke laut. Tak mampu sebab tak pernah faham pun selama 2 tahun belajar. Lambat catch up bila cikgu ajar. Tak cukup masa nak belajar. Pergi sekolah awal pagi buta balik sekolah dah malam. Kerja sekolah banyak. Tugasan itu. Tugasan ini. Bilanya nak study?

Hmmm ni mesti bila waktu p&p budak asrama asyik tersengguk dalam kelas.Tak terkecuali the outsider jugak ye. Bila cikgu takde pergi meeting atau mc mesti dok bergosip je ni. Si lelaki mesti dok melepak dekat tangga tunggu awek lalu. Waktu rehat lagi lah. Kalau boleh nak round satu sekolah. Kan? Itu tak cakap lagi pegi lepak kelas kawan. Ponteng duduk belakang kelas-kelas. Sembunyi dalam bilik kelab. Kalau sekolah ada gym lagi lah. 

Tapi akak.... tak sekolah lah tak buat semua tu. Kenangan kott. Zaman sekolah lah nak acah-acah lompat pagar, jadi taiko, ketua geng, kepala batch, kutuk cikgu, ngorat cikgu hensem cikgu lawa, bercinta dengan budak sekolah sebelah, gaduh senior junior, buli junior, dating dengan pakwe makwe, past surat dekat crush, bla bla bla bla...


Buat lah apa yang kalian suka. Benda tu semua akak dah khatam pun. HAHAHHATIPUJETAKSEMUAPUN.


Dah form 5 kan... Dah puas jadi taiko. Dah puas honeymoon. Dah puas enjoy. Mari lah focus spm. Say goodbye perlahan-lahan pada semua kerja jahat tu okay. Biarlah hati tak rela. Bila dah tiba masa belajar, awak belajar. 


"Kalau tak pulun betul-betul nanti bila dah lepas, menyesal haaaa. Kawan-kawan syok je A berderet-deret dalam slip. Awak? Taknak?"

Akak dah menyesal pun awak. Kalau boleh ambil spm lagi sekali pun akak sanggup tapi tipu je. Malas pulak nak repeat. Dulu punya lah nak cepat habis sekolah. Alih-alih bila dah habis, nak repeat pulak. Cakap keling beteyyy.


Nasihat ni bunyi macam cliche tau. Tapi sungguh. Siapa tak seronok dapat result yang cemerlang kan? Nak apply belajar mana-mana pun senang je. Walaupun sebenarnya orang cakap result tu tak penting pun. Yang penting usaha nak belajar tu. TAPI TIPU LAHHHHHHH. Sape taknak tunjuk result yang cemerlang dekat orang? Go for it! Fight!


Nak berjaya tu susah. Tapi dah kalau peluang depan mata. Takkan nak biar dia pergi macam tu saja?


Siapa diri kita sekarang menggambarkan siapa diri kita akan datang. Kalau sekarang awak malas belajar, dapat result soso je, macam tu jugak lah awak nanti. Malas. Nak kerja pun malas.


....

Tak hairan sebenarnya education tak tinggi ni. Dah ramai orang akak jumpa stop belajar, pastu kerja. Kerja pulak part time. Tukar-tukar. Tak tetap. Yang best nya, apa persamaan antara golongan ni? 

"Kalau boleh memang nak sangat belajar. Tapi tu lah dulu tak belajar betul-betul. Bila dah tua ni baru rasa teringin nak belajar."

"Takpe, sambung je lah belajar. Belajar ni tak kira umur. Tak kira lah ada anak cucu ke, belajar je."

"Memang nak sangat. Tapi saya malu dengan kawan-kawan yang lain. Kita baru nak start belajar sedangkan diorang dah habis pun."

 Antara dialog yang pernah dibualkan dengan golongan-golongan ni.


....

Akak dulu kan, masa form 1 result teruk sangat. Kejutan budaya kot kan. Kedudukan dalam kelas pun memang yang nak last-last tu. Tapi tak pernah lagi la dapat tempat last. Ada lagi yang teruk. Kihkihkih. Dulu memang subjek gred D, E berlambak je. Tapi lama-lama tu okay dah. Kena rajin sikit lah tapi. Disebabkan sedih result asyik teruk je, masa form 2 akak pulun habis. Pernah sekali math dapat 100 markah. Hehehe nak jugak di mention nya.

Tiada usaha yang tiada hasil. Ingat tu.

Kalau tak usaha, memang jangan mimpi la nak dapat hasil.

Masa ada lagi. Sebelum menyesal sepenuhnya. Baik think wisely bila nak enjoy tu. Kalau boleh cinta-cinta ni letaklah tepi kejap. Tahun depan sambung balik. Haaa. Ni dah di saat-saat terakhir. SPM sekali je kot seumur hidup. 5 tahun sekolah menengah takkan taknak cipta sejarah dapat result best? Last struggle untuk zaman sekolah. LAST. TERAKHIR. Nanti dah tak jumpa. Masuk universiti nanti life dah tak macam tu.



Lain lah cerita kalau awak sambung form 6. Ini akak tak mampu nak cakap apa.


Akak bukan nak pressure. Study memang wajib. Tapi smart. Jangan hard. Takut blank bila dah exam. Smart tu macam mana? Revise semula notes. Soalan-soalan lepas. Buat past year. Try target soalan berdasarkan soalan past year. Matematik atau addmath buat semua past year kalau boleh. Then cari soalan tambahan. Solat jaga. Stop kutuk cikgu. 


Enjoy je okay baki hari yang tinggal ni. Jangan stress. Kalau stress, stop study, pergilah jalan-jalan, exercise.


Ingat, lepas spm tu cuti lama. 4 bulan tak silap. so, lepaskan lah kejap apa yang menghalang awak untuk study tu. Lepaskan kejap je. Ni exam 3 minggu je pun. Nanti cuti punya lah lama. 4 bulan haaa. Time tu nak buat apa pun, buatlah. Masa tu, baru nikmat uollss. 


Best of luck! Enjoy!

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...