my lovey dovey followers

Monday, 16 May 2016

R&R

Assalamualaikum.

Tak jawab salam, dosa. Aiyokkkk

Tahu tak bila aku akan muncul sini? Tak tahu diam. Aku gigit nanti. haha


Tetiba tengok pic upload gerun pulak rasa. Ada maksud tersirat tu. Tapi aku tak bermaksud yang itu. Tak sedia lagi. Huhuhuhu. Aku takmau rehat daripada kerja yang sia-sia. Aku nak bila suatu saat aku betul-betul perlu rehat tu, saat tu aku dah sedia. Aku dah puas sebarkan yang haq. 

Tapi kita siapa nak tentukan kita nak 'pergi' bila. huhuhuhuhuhuhuhu

Okay. Cukup satu perenggan je aku ingatkan readers dengan kematian. Wakaka. Sesekali kena insaf juga tau. Buat jahat jangan selalu. Nak nakal-nakal sikit boleh. Tapi jangan sampai manusia murka. Jangan sampai Allah murka. Pedih wooo.

...............

"Bila kau dah penat, jangan give up. Kau relax. Kau tenang. Kau tarik nafas dalam-dalam. Refresh your mind. Ingat Allah. Selawat."

Nak belajar memang banyak dugaannya. Tak kira lah belajar ke apa. Semua ada dugaan. Allah tak bias okay. Kalau Dia rasa ketika itu kau mampu untuk di uji, Allah akan uji. At that time lah, peluang untuk kau asah balik iman kau yang tumpul tu. Bukan  nak memandai. Tapi sekali iman kau jatuh, Allah takkan biar ia bergolek macam tuu je. Allah akan give something untuk kau get back dengan iman kau. Tak caya, muhasabah lah.

...............

"Akak.... susahnya belajar."

Sesiapa yang tanya macam ni, akak pulas telinga tu. ahahaha. Akak pun belajar dik. Akak pun merasa susahnya belajar. Tapi, takkan lah susah sampai nak berhenti belajar. Nonsense lah you all. Please reset your mind back if you almost sampai tahap give up namateyy tu. 

Memang. Belajar tu kadang melelahkan. Tapi sekurangnya ada hasil. 

"Penat tapi ada hasil tak apa. Layannn je."

Dan sampai satu tahap tu, kau memang perlu berhenti sekejap. Ya lah. Mana ada orang masuk highway 300 km tapi tak stop dekat R&R kan? eheh

Meh kami nak bagi precaution jugak. Bila layan penat tu tak bermakna awak boleh layan sewenang-wenangnya. Ada orang layan penat dia dengan tengok movie. Okay tak menjadi masalah. Yang jadi masalah, bila dia addicted pulak nak cure penat dia tu dengan tengok movie. Sampai..... melalaikan. Ini masalah.

Nak bagi tips bila penat, tapi nak bertenaga rohani dan jasmani secara halus?

  1. Berwudhuk. (cara yang betul. ikut tertib. bukan main basuh je segala anggota.)
  2. Duduk diam sebentar. Tenangkan fikiran. Waktu ni kalau nak baca Al-Quran, silalah baca. Or better gantikan lagu dengan recitation of Al-Quran. Lagi manisss.
  3. Bersukan. Amatlah digalakkan. Bila kita dah keluarkan peluh segala toksik tu ringan je rasa kepala. 
  4. Buat baik dengan manusia. Pergi tolong mak masak ke. Tolong mak cik cleaner buat kerja kee. hehe
  5. Senyum depan cermin. Cakap "Cantiknya ciptaan Allah ni.." 
  6. Main kucing. Or do something yang you suka. Kalau suka shopping pergi lah shopping. Kalau suka hiking pergi hiking. Hang out ke pantai. Awesome nya!
  7. etc.
Lepas dah berpenat lelah belajar dan berkhidmat tu, jangan lupa reward diri sendiri tau! Aku nak reward diri sendiri macam tak berbaloi. Sebab struggle nya tak nampak. Yang nampaknya, asal nak buat assignment je main fon lah, main kuku lah, scroll segala media sosial yang ada lah, what ever lah. Stress makk.

So, buat yang baru nak tahu erti penatnya belajar ni, WELCOME TO OUR WORLD!

Kau nampak ada orang tengah belajar pun sempat lagi pergi travel merata tu menipu je tu. Senyuman di wajah mampu menutupi segalanya. Nak puas bila travel ke apa, make it as your reward. Kau struggle betul-betul, then make it real. Haaa baru puas!

Adiosss.

No comments:

Post a Comment