Friday 2 May 2014

Ilmu Tiada Pengakhiran

Assalamualaikum. wahhh. bahagianya rasa bila dapat tekan keyboard ni. dah lama berpuasa daripada menaip. sebab my netbook buat hal! selalu macam ni. aku start start cuti panjang ja, dia rosak. ni pun guna notebook my sis. by the way, hope aku boleh 'berkarya' malam ni. :D

aku baru ja lepas habis baca buku Arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam. alhamdulillah. Subhanallah sepanjang hidupnya sentiasa diisi dengan aktiviti-aktiviti yang besar faedahnya. bertepatan dengan ungkapan yang ditujukan kepada ayahnya, hidup di dunia biar berpenat..hidup di akhirat nanti berehat. lebih kurang macam tu lah ayatnya. Nak dibandingkan dengan aku yang sekarang ni sedang bercuti panjang... entah apa ja sumbangan yang aku dah buat. tengok drama cintan-cintun yang hanya unuk kepuasan duniawi saja.

Jujur... hati aku terniat juga nak mengikuti bantuan kemanusiaan. tak kisah lah di mana pun. Sebelum cuti dulu ada juga terbayang nak join program-program amal atau seumpama dengannya. tapi, mana aku nak dapat? Jauh di sudut hati aku hanya mampu berkata, jika Allah murahkan rezeki aku dalam hal ni, nanti adalah tu peluangnya. Cuti aku kali ni, lebih kurang 4 bulan. dulu aku cuti lepas SPM, 6 bulan. and dalam 6 bulan tu sepenuhnya dihabiskan dirumah. sumbangan apa yang aku dah buat? Apabila aku baca kisah Arwah Ahmad Ammar, jelas sekali sangat berbeza kehidupanku dengannya. Terdetik dihati, seandainya aku pun boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mulia itu..subhanallah. mungkin aku akan jadi tersangat teuja kot.

Hari yang ke hadapan akan berterusan macam ni kah? boring without any drama or movie. maksud aku, mungkin orang lain dah pun bermula episod drama mereka. ada yang dah kerja. mungkin ada yang tengah buat persiapan nak kahwin or tunang. apa yang aku harus buat? ada ka seorang putera yang akan selamatkan aku dari kebosanan aku ni? mungkin aku patut tidur kot, sebab bila aku tidur aku akan mimpi. and dalam mimpi tu muncullah nanti putera aku tu. hahaha. dah mula berangan dah.

apa yang aku akan buat sepanjang cuti ni? mungkin akan dihabiskan dengan membaca buku-buku yang belum habis dibaca. rasa macam nak terapkan hobi membaca dalam diri. sejak akhir-akhir ni aku rasa macam nak membaca ja. then aku rasa macam nak tahu kehidupan masyarakat-masyarakat di luar sana. mungkin baru tersedar, betapa fakirnya aku dengan pengetahuan di dunia ni. apatah lagi akhirat. selama ni seolah-olah aku hidup umpama katak dibawah tempurung.

Aku suka sangat menulis. tapi, apabila hendak menulis, mesti ada ja yang menghalang. and, nak tahu apa yang menghalang aku tu? Ilmu. aku miskin sangat dengan ilmu. banyak benda yang aku tak tahu. banyak benda yang aku tak faham. banyak benda yang aku tak pernah nampak lagi. seandainya aku ada ilmu, aku tak akan berhenti menulis di separuh jalan.

Formal sangat rasanya cara penulisan aku malam ni. haha. biarlah. kalau nak menulis kan kena menulis melalui apa yang terlintas di hati dan fikiran. Susah sebenarnya nak jadi seorang yang berilmu. bermacam hal yang perlu lalui. mungkin kisah Arwah Ammar boleh dijadikan tauladan dan panduan. dia tak pernah berhenti menuntut ilmu. prestasinya sangat cemerlang. Dia sangat cintakan ilmu. Sehingga ke akhir hayatnya, ilmulah yang digenggamnya. Ilmu itu pula bukanlah ilmu yang hanya biasa-biasa tetapi, ilmu yang sebelum ni tak pernah terlintas pun di fikiran aku untuk mendalaminya. sedangkan ilmu itu sebenarnya buat kita dekat dengan Allah. Subhanallah. terasa diri ini sangat kerdil apabila berbicara tentang dia. Al-Fatihah buat Ahmad Ammar.

2 comments:

  1. rindu isma, ku, muni, pqah.. semua lah.. F3P1.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh, terkejut nampak ana kat sini. huhu. rindu ana jugak.

      Delete

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...