Wednesday 18 July 2018

Allah is The Great Planner

Assalamualaikum.

It is late evening already. The best time to spend on outdoor activities, but I chose to just stay at home. Sleep is better. Yes or No? I bet myself will say "No" as I am not a sleepy head person. Sleep can only spoil my mood.



So, why I am here? To ask you to check my grammar error. hahaha. Joke guys.



Actually, I am not that good at speaking in English. But, I have to. It's important right? I amazed at my friend who is really good at expressing something in English. Like ohhh woww you are sooo cool dude! 



Okay let's stop here.



Ada sesuatu yang running wild in my mind. I kept thinking about it. Jadi, rasa nak muntahkan dekat sini. Mehhh baca muntah aku. 



Aku selalu overthinking. Sometimes it is good. But sometimes, it is bad. Depends on the situation. Kalau overthinking pasal pakwe sendiri ada perempuan lain, ohh its bad guys. Tapi kalau overthinking over something yang useful and boleh memberi manfaat pada orang lain dan diri sendiri, why not?



Aku selalu terfikirkan kisah hidup aku. Dan kadang-kadang aku akan bandingkan kisah aku dan rakan-rakan. Tak tahu lah entah dari mana dan sejak bila, aku selalu nampak positive side. Biasanya kalau orang lain jauh lebih baik hidupnya dari kita, kita tend to get jealous and so on kan. But to me, I am not. Mungkin aku dah lama latih diri aku macam ni supaya tak jadi benda buruk pada relationship aku dan kawan-kawan. Kadang-kadang minda kita ni perlu dilatih untuk sentiasa berfikiran positif dan terbuka.



Ramai kawan-kawan aku dah dapat apa yang aku nak sangat dapat. Aku minta dekat Allah tapi sampai sekarang tak dapat. Masih dalam fasa menunggu. Contohnya, kerja. Ada seorang kawan aku ni dia dah dapat kerja tetap. Tapi aku tak boleh cakap aku cemburu. Sebabnya, Allah dah meletakkan seseorang tu dalam situasi yang dia mampu. Sesuai dengan apa yang dia perlu. Kawan aku ni anak sulung. Telah pun kematian ayahnya. Then dalam masa yang sama dia dah dapat kerja. Sebab dia perlukan untuk support keluarga memandangkan adik-adiknya semua masih belajar sementara mak pula tidak bekerja. Cantikkan aturan Allah ni?



Selain tu, ada seorang hamba Allah ni, ditakdirkan dia kena duduk rumah dan Allah bagi keinginan dan kekuatan untuk dia berbisnes. Apabila tengok family, ayahnya bekerja jauh. Tinggal emaknya yang perlu jaga adik-adik yang ramai dan masih kecil. Tidakkah, Allah sebenarnya hantar hambaNya ini untuk membantu ringankan beban maknya?



Sebab tu aku percaya dan berpegang pada "Setiap apa yang diaturkan Allah kepada hambaNya itu pasti ada sebab." Jadi siapalah kita ni nak menidakkan apa yang Allah dah aturkan untuk kita? 



Dan aku juga percaya, kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah jualah yang menentukan. Apa yang kita rancang tu kadang-kadang langsung tak menjadi. Apa kena? Kerana Allah jualah yang merencanakan sebaik-baik rencana. 



Berfikiran terbuka dan positif sangatlah perlu dalam keadaan kita yang kritikal. Kerana selepas lebatnya hujan yang turun itu, pasti ada pelangi. Sepayah mana pun gunung yang kita daki, di puncaknya nanti pasti kita tak akan menyesal dan penat kita itu berbaloi. Sebab pemandangan dan suasana alam dari atas puncaklah yang paling terbaik. 



Kita rasa kita perlukan sesuatu itu sebab memang kita sangat memerlukannya. Tapi bagaimana kita boleh yakin sesuatu itu terbaik untuk kita? Sedangkan yang berhak menentukan tu ialah Allah? Sebab itu lah, hidup ni tidak mengajar kita untuk meletakkan satu pengharapan yang tinggi. Apa yang kita fikir yang terbaik untuk kita, sebenarnya belum tentu ia terbaik. Boleh jadi ia amat buruk. Dan sebab itu kadang-kadang Allah menjauhkan kita daripada sesuatu itu.



Pesanan aku, berpeganglah pada, Allah sebaik-baik perancang. Dan sentiasa bersangka baik. Bersangka baik tu samalah kita berfikiran terbuka dan positif terhadap aturan Tuhan kita. Tapi, dalam masa yang sama, walaupun sesuatu yang kita usahakan tu belum pasti menjadi milik kita, jangan berhenti. Tugas kita adalah untuk berusaha. Dan seterusnya kita berserah. Dont expect too high and dont struggle too low.

No comments:

Post a Comment

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...